BAB 43

Humor Completed 39788

Nia segera menunggu kehadiran adik beradik Rayyan selepas dirinya discharged hari ni. Lega! Aku bolehlah tahu apa kelemahan Rayyan!

“Assalamualaikum!” ujar seseorang.

“Waalaikumussalam…”

“Ini ke Nia yang telefon saya tadi? Saya Putri Hanis…adik kepada Megat Rayyan!” ujar Putri Hanis sambil tersenyum.

“Oh ya…Putri Hanis! Emmm…mana yang lain?”

“Yang lain ada kelas…” jawab Putri Hanis.

“Ok…emmm awak nak minum apa-apa?”

“Emmm…boleh jugak! Bagi saya ice chocolate satu!”

“Ok…” Nia segera ke kaunter memesan air yang diminta oleh Putri Hanis tersebut.

“Jadi, ada apa Nia panggil saya? Eh kejap! Saya kena panggil Kak Nia ke Nia eh?”

“Tak apa…panggil je Nia. Saya tak kisah pun!”

“Ok…ada apa awak panggil saya ni? Takkan Rayyan kacau awak lagi?” tanya Putri Hanis.

“Memang Hanis! Dia asyik kacau saya! Saya dah tak tahan Hanis! Hari tu hampir-hampir dia nak rogol saya!”

Putri Hanis menekup mulutnya. “Rayyan nak rogol awak? Biar betul?!” Nia mengangguk.

“Rayyan ni tak pernah pun nak berubah! Sebenarnya saya pun tak tahulah Nia nak buat macam mana! Memang saya dengan dia adik beradik tapi…entahlah! Tapi apa yang Rayyan nak buat dekat awak tu memang betul-betul melampau!”

“Sekarang ni Hanis, saya nak tahu apa kelemahan Rayyan! Saya nak sangat tahu apa kelemahan dia!”

“Kelemahan dia? Dia ni kelemahan dia kalau kita mengungkit! Especially tentang mama dia! Yes! Itulah yang membuatkan dia lemah!”

“Mama? Maknanya saya kena mention pasal mama dia?”

“Yes! Itu saja cara! Awak reka jelah ayat apa-apa pun janji ada mama.”

“Oh…thanks banyak-banyak Hanis! I owe you one!”

“Tak apa…inipun demi kebaikan rumah tangga awak. By the way, awak kahwin dengan sapa?”

“Dengan sapa awak tanya? Awak tak baca paper ke?”

“Saya tak minat dengan membaca ni. Awak kahwin dengan sapa?”

“Saya kahwin dengan Tengku Quraisy…”

“Si pelakon tu?!” Nia mengangguk.

“Wow! Anyway, congrates! Tak sangka awak kahwin dengan kawan Rayyan! Patutlah Rayyan non- stop kacau rumah tangga awak!”

“Tulah kan? Saya pun tak sangka…”

“Oklah Nia…I’ve got to go. Saya janji dengan mama nak temankan dia pergi beli groceries. So, next time we met?”

“Oh…sure and thanks for coming!” Putri Hanis hanya tersenyum lalu segera beredar.

“Mama? Oh…kelemahan kau kalau aku mention mama kau je? Hmmm…ok! I will try my best!” Nia segera beredar pergi.

KETIKA di rumah, Tengku Quraisy menanti dengan sabar kepulangan Nia. Aduhai bini aku ni pi mana? Hailah…dia dah keluar lebih kurang nak dekat 2 jam ni!

Tak apa Quraisy…rileks! Kan dia cakap dia pergi jumpa Nada! Tapi masalahnya! Dia langsung tak angkat call aku! Kalau aku mesej, lagilah dia tak reply! Call pun tak angkat ini nak mesej? Hmmm…hampeh!

Tiba-tiba dia terdengar pintu rumah ditutup. Kepalanya dijenguk dari atas. Fuh! Bini aku dah balik!

“Nia!” panggil Tengku Quraisy. Nia menjenguk kepalanya memandang ke arah atas.

“Apa?”

“Kenapa aku call kau tak angkat?”

Nia mencebik. “Eleh kau ni! Risau lebih! Kan aku dah cakap yang aku ok kalau keluar dengan Nada! Nada kan ada body guard!”

“Yelah! Tapi, kalau benda dah jadi, dia akan jadi jugak!” balas Tengku Quraisy.

“Dahlah! Sekarang aku balik dengan safe kan? Kau makan tak lagi?”

“Tak lagi…aku tunggu kaulah! Nak makan sekali!”

“Kau nak aku masak?” tanya Nia.

“Hmmm…boleh jugak!”

“Ok!” Nia menuju ke dapur.

Tengku Quraisy turun dari atas menuju ke dapur. Apalah agaknya bini aku ni nak masak?

“Kau nak masak apa?” Nia menoleh memandang suaminya sekilas dan kembali menumpu kepada menu untuk dimasaknya.

“Aku nak masak simple je…harap kau tak kisah? Sebab barang dapur dah habis! Aku lupa nak pergi beli!”

“Hmmm…kau nak masak apa?”

“Memandangkan ada kicap dan ayam serta telur yang hanya ada dua biji cukup-cukup untuk kita ni, aku nak masak ayam masak kicap dan telur sos. Amacam?”

“Ok jugak tu! Dengar pun dah sedap!”

Nia mula memotong bawang dan bahan yang diperlukan untuk memasak tanpa mempedulikan Tengku Quraisy yang sedang memerhati dirinya ralit memotong bahan masakan.

Kesian bini aku ni…sehari suntuk kena jaga aku, makan minum aku, pakaian aku…agak-agaknya dia penat tak hah? Baru balik kena masak untuk aku! Sepatutnya aku ajak dia pergi makan dekat luar je.

Tiba-tiba otak Tengku Quraisy terfikir tentang artikel yang pernah dibacanya semalam. Makna pelukan terhadap pasangan masing-masing. Kalau pelukan di pinggang dari belakang maknanya kita ni care pasal dia…kita boleh hilangkan stres dia! Tapi…agaknya kalau aku peluk si Nia ni, bukannya hilang stres dia tapi aku rasa aku akan menambah stres dia!

Alah Quraisy…kau kan nak appreciate dia je! Tak salahkan kalau kau nak peluk dia dan say yang kau ni appreciate kan dia…kita care pasal dia! Ok, mintak-mintaklah Nia tak naikkan senduk ke kepala aku! Fuh! Bismillah…perlahan Tengku Quraisy memeluk Nia dari belakang.

Nia yang terkejut terjerit. “Arghhh!!!!”

“Dah kenapa kau ni nak terjerit segala?” tanya Tengku Quraisy walaupun dia tahu kenapa Nia menjerit. Mesti terkejut kan?

“Kaulah! Kau apasal nak peluk-peluk aku? Kau ingat aku ni teddy bear kau ke?” Nia cuba menolak tangan Tengku Quraisy yang sedang memeluknya.

“Memang! Memang kau teddy bear aku! Lagipun kan, kau takkan tak tahu makna pelukan pasangan dia?” Nia tergamam. Errr…aku pernah terbaca tentang artikel tu! Itupun si sepupu aku yang suruh aku baca waktu sehari sebelum aku nikah dulu!

Tapi pelukan dia ni aku tahu….pelukan ini menunjukkan pasangan kita sangat appreciate kan diri kita dan care tentang diri kita.

“Emmm…pernahlah baca! Itupun sepupu aku yang paksa aku baca! Tapi, aku tak berapa ingat sangat sebab aku tak focus pun baca benda tu.”

“Oh…”

“Habis tu? Kau tak pandai nak lepaskan aku? Aku nak masaklah! Kacau je!” marah Nia.

“Lah…kau tak ingat ke makna pelukan ni? Makna pelukan ni ialah aku care pasal kau! Aku appreciate pasal kau! So, salah ke aku peluk kau macam ni sebab aku nak appreciate kau masakkan untuk aku? Tak salahkan?”

“Apa-apa jelah suamiku oii! Malas nak layan kau lebih-lebih!” Nia hanya membiarkan sahaja Tengku Quraisy memeluk dirinya. Kalau melawan lebih pun, mamat ni bukan nak lepaskan aku pun!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience