BAB 61

Humor Completed 39788

Nia terjaga dari tidurnya yang lama. Nia memerhati keadaan sekeliling. Huh?? Bilik?! Tak mungkin aku ditangkap Rayyan balik! Nia segera bangun dari pembaringannya. Dia mengamati pandangan bilik tersebut. Semalam kan aku naik motor dengan Lan?

Dia memerhati baju yang dipakainya. KJMC? Kelana Jaya Medical Centre? Errr…maknanya aku dekat hospital lah ni?? Maknanya aku bukan dekat rumah Rayyan?

Dia memerhati gerangan yang sedang tidur di sofa. Quraisy?? Pandangan Nia tertumpu kepada tiub yang menyalurkan air ke dalam badannya. Amboi! Selama ni aku tak minum air ke sampai nak sumbat air dalam badan aku? Nak kasi kembung ke apa?

Krukkk…aduh! Laparlah pulak! Isy! Aku ni pun kebelakangan ni kerap sangat lapar! Kenapa pulak ni?? Krukk…duh! Memang tak boleh tahan ni!

“Nia?” sapa seseorang. Nia memerhati. Lah…suami aku ni dah bangun rupanya.

“Ya?” terus tubuhnya didakap. Aikkk??

“Aku rindukan kau….dah sebulan aku tak makan sebab teringatkan kau!”

Sebulan??? Biar betul suami aku ni? Nia melepaskan pelukannya. “Kenapa tak makan?”

“Yelah…aku asyik teringatkan kau! Mana aku ada selera nak makan! Aku ni terfikir jugak bini aku ni dah makan ke belum?”

“Kalau ye pun janganlah sampai tak makan sebulan. Aku yang kena culik ni sihat walafiat je. Rayyan bagi aku makan tiap-tiap hari! Oppss!” alamak Nia! Macam mana kau boleh terlepas cakap ni?!

“Apa??!” Tengku Quraisy memerhati wajah Nia. “Rayyan culik kau?”

“Errr…” aduhai Nia! Mulut kau ni memang terlebih insurans lah!

“Nia….please jangan nak bersecret dengan aku! Rayyan culik kau?!” kali ini nada Tengku Quraisy tegas.

“Ye…” hanya itu sahaja mampu dijawab.

“Damn it! Mana Rayyan?! Dia culik kau sampai mana?! Kau balik pengsan berbagai-bagai! Nasib baik anak aku dalam perut kau ni ok! Kalau tak, memang habis dia aku kerjakan!”

“Anak kau dalam perut aku?” Nia blur. Aduhai Nia…format balik otak kau tu!

“Yelah…kau mengandungkan anak akulah sayang….5 weeks…”

“5 weeks?? Seriously?” errr….I’m gonna be a mother soon?

“Yelah sayang…kenapa? Tak percaya?”

“Tak…bukan aku tak percaya tapi patutlah aku kerap lapar! Rupanya ada seorang lagi yang meminta makanan. Sekarang pun aku tengah lapar!”

“Lapar? Kau nak makan apa? Aku nak pergi beli…”

“Nak burger ayam! Boleh?”

“Burger??” amboi! Burger tu! “Hmmm yelah!” Quraisy berjalan ke arah pintu.

“Quraisy!” pergerakan Quraisy terhenti. Dia menoleh. “Kenapa rambut kau panjang semacam?”

Sejak bila Quraisy ni jadi mawas?? Errr….weird, weird!

“Rambut aku ni melambangkan kerisauan aku dekat kau masa kau hilang hari tu.” Nia mencebik.

“Jiwanglah kau ni! Dahlah! Pergi beli cepat! Aku lapar ni!”

“Yelah sayang…” Tengku Quraisy berjalan keluar menuju ke kantin hospital. Nia hanya tersenyum. Sayang?? Kenapalah aku rasa macam heaven erkk?? Amboi Nia! Sejak bila kau dah pandai menggedik ni? Aku tak pernah ajar kau jadi gedik macam ni!

Pintu wadnya diketuk. Amboi? Takkan Quraisy dah sampai? Nia memerhati gerangan yang masuk ke dalam wadnya. Nada?! Oh gosh…she damn pretty! Dia dah pakai tudung?

“Kau kenapa Nia?” soal Nada yang sedang meletakkan bungkusan plastik coklat Cadbury.

“Taklah…kawan aku ni dah lawa! Sejak bila kau pakai hijab ni?” soal Nia teruja. Alhamdulillah…kawan aku!

“Baru je 2 minggu…entah kenapa hati aku tergerak nak pakai tudung!” ujar Nada.

“Alhamdulillah…Allah bagi petunjuk kepada kau! Daripada kau terdedah aurat macam hari tu baik kau macam ni. Lagi cantik dan….ayu!”

“Banyaklah kau punya ayu! Ni…aku ada bawak coklat Cadbury dekat kau! Kau sukakan??”

“Hmmm…sedap tu!”

“Mana laki kau?” tanya Nada apabila kelibat suami Nia tidak kelihatan.

“Dia turun beli makanan dekat aku! Aku tengah mengidam burger!”

“Mengidam?” Nia hanya tersengih. “Woi! Macam mana korang berlepas? Setahu aku kau ni bukan sejenis yang sukakan komitmen!”

“Hehehe…” Nia hanya ketawa kecil. Takkan aku nak ceritakan semuanya.

Tiba-tiba pintu wadnya ditolak. Wajah Aryana memenuhi pandangan mereka berdua.

“Aryana?” Nia melihat pelik ke arah Aryana. Begitu juga dengan Nada.

Eh? Sejak bila minah ni jadi alim berbagai?? Bukan dia ni model yang seksi tahap awan tu ka? bisik hati Nada.

“Hai Nia…awak sihat?” soal Aryana lembut.

“Sihat…kenapa awak ada di sini?” soal Nia pula.

“Saya datang nak jenguk awaklah. Saya dapat tahu yang awak masuk KJMC. Sebab tulah saya datang melawat awak,” Aryana tersenyum.

“Ye ke? Bukan sebab kau nak datang tarik perhatian Quraisy? Sejak bila kau insaf ni?” sindir Nada. Nia mengetuk tangan Nada. Dia mengisyaratkan supaya Nada behave.

“Saya tahu orang macam saya ni korang susah nak percayakan yang saya ni dah berubah?”

“Memang pun!” balas Nada.

“Nada!” Nia menegur. Kalau ya pun benci, janganlah sampai nak apikan dia.

“Saya mintak maaflah Nia dengan kelakuan saya dulu! Saya cemburu sebab awak yang dapat miliki Quraisy daripada saya.”

Nia tersenyum kecil. “Aryana…awak dah boleh terima kenyataan ke sekarang?”

“Ye…saya dah terima kenyataan sejak saya kahwin dengan Rayyan. Tapikan, sekarang saya nak awak dan Quraisy berhati-hati dengan Rayyan. Dia mampu lakukan apa-apa sahaja. Hari tu saya dengar dia nak bunuh Quraisy.”

“What are trying to say Aryana?” suara Tengku Quraisy mencelah.

“Nothing…just nak bagi amaran supaya korang berdua berhati-hati dengan Rayyan. I tak nak you both jadi mangsa dia! For now, Rayyan ada di New Zealand. I think you have to take care of her tightly!”

“Kau jangan nak buat baik dekat sinilah Aryana!” bidas Nada.

“Nada! Boleh tak kalau kita dengar apa yang dia cuba sampaikan?” tegas Nia menegur.

“Ok listen. Hari tu I ada dengar yang Rayyan upah orang untuk bunuh Quraisy ok! This is truth! Not fake one!”

“What?!” suara Tengku Quraisy kedengaran cemas.

“Yes! So now, please be careful! But you both don’t have to worry because I dah suruh orang-orang I protect you both. Jangan takut! Orang-orang I dah prepare!”

“Thanks Aryana! I appreciate a lot! Awak tak tipu kan?” ucap Nia.

Aryana menggeleng. “Saya berani sumpah Nia yang saya tak tipu awak.”

“Ok…tapi kalau aku dapat tau yang kau ni menipu kawan aku, siap kau aku sumbat dalam lubang tandas!” bidas Nada lagi.

“Ok…” Aryana hanya mengangguk. Tengku Quraisy pula risau dengan keselamtan dia dan isterinya. Ya Allah! Kau lindungilah kami Ya Allah! Sesungguhnya kami mengharap bantuanMu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience