BAB 54

Humor Completed 39788

Nia check telefonnya. Emm?? Izzue call? Ada kes apa pulak ni?? Nia menelefon Izzue kembali.

“Ada apa Izzue call akak ni?” muka Nia serta merta berubah.

“What?! Oklah! Akak ke sana sekarang!” Nia memutuskan talian.

“Kau kenapa ni Nia?” soal Tengku Quraisy yang melihat isterinya gelabah semacam.

“Weyh…jom pi nogori! Pergi ke matrik adik aku! Adik aku pengsan sebab asma menyerang!” Nia cepat-cepat menyarung instant shawl di kepalanya.

“Yelah…kejap!” Tengku Quraisy memakai baju salinnya. Dia mencapai handphone, wallet dan kunci kereta lalu dia dan Nia segera turun ke bawah ke kereta.

“SAYA ni rasa lain macamlah abang…” adu Puan Muna. Entah kenapa hatinya rasa tak tenang.

“Hmmm..tak ada apalah tu. Perasaan awak je tu…” tegah Tuan Rafizul.

“Taklah abang! Saya rasa lain macam je. Perasaan saya ni lain dari yang lain!” Puan Muna cuba telefon Nia. Manalah budak ni pergi? “Saya try call Nia langsung tak diangkat!”

“Cuba call Quraisy tengok!” usul Tuan Rafizul. Puan Muna hanya mengikut. Nombor Tengku Quraisy dicari dan didail.

“Assalamualaikum Quraisy! Mak ni! Quraisy apa khabar dengan Nia?”

“Alhamdulillah! Lega mak dengar! Bukan apa…perasaan mak ni risau je kebelakangan ni! Mak rasa macam ada jadi sesuatu…”

“Hmmm baiklah Quraisy! Hati-hati memandu tu! Kirim salam dekat Nia! Assalamualaikum…” Puan Muna memutuskan talian.

“Dah lega?” tanya Tuan Rafizul sambil memerhatikan isterinya

“Sikit je…” Puan Muna kembali ke dapur.

Tuan Rafizul menggeleng. Risau tak bertempat!

“MAK kirim salam!” ujar Tengku Quraisy selepas perbualannya tadi tamat. Dia menumpukan perhatian kepada pemanduan.

“Waalaikumussalam…kenapa mak call?” pelik!

“Mak tanya pasal sihat ke tak je…dia kata dia call kau, kau tak angkat!”

“Call?” Nia menggeledah beg tangannya. Lantas menepuk dahinya. “Alamak! Tertinggallah pulak henset ni!”

“Hmm…patutlah mak call tak dapat! Nasiblah dapat anak yang pelupa macam kau ni!” Tengku Quraisy mentertawakan Nia.

Nia mengetap bibirnya geram. “Bini kau jugak!” Nia mencebik. Kurang asam punya suami!

Kemudian, suasana kembali menyepi. Yang dengar hanya celoteh DJ Radio. Entah apa yang dia merepek! Tambah-tambah lagi si Nabil ni! Tak faham aku!

“APA yang kita nak buat ni Izzue? Takkan nak tunggu kak dia sampai sini? Makan masa kot!” kata Adam. Dia mengibaskan muka Hafriz dengan buku tebalnya.

“Kejap! Oh ya! Aku lupa yang dia ada simpan inhaler dalam laci!” Izzue segera mengeledah laci Hafriz. Oh yes! Ada!

“Weyh Adam…kau tolong aku. Kau pergi ke toilet then isi air dalam besen warna biru atas sinki. Cepat!” Adam akur. Dia segera menuju ke tandas.

Adam kembali bersama besen berwarna biru yang berisi air di dalamnya. Izzue mengambil besen tersebut lalu merenjis air ke muka Hafriz. Tolonglah sedar Hafriz! Kalau kau tak sedar, mampus kau kena berleter dengan kakak kau!

Hafriz yang terasa basah di mukanya segera membuka matanya. Kepalanya masih terasa berpusing-pusing.

“Weyh Hafriz! Bangunlah derr! Kakak kau nak datang ni! Cepat!” desak Izzue.

“Kakak aku? Kak Nia?” lah…dia blur.

“Ya Allah kau ni! Kau ada kakak lagi ke selain yang bernama Nia tu?!” Izzue menolak kepala Hafriz.

“Kenapa dia nak datang?” tanya Hafriz. Pelik!

“Yelah…waktu kau pengsan tadi aku call dia! So, dia on the way sekarang!”

“Kenapa kau call kak Nia?! Aduh kau ni! Kan aku dah cakap! Apa-apa pun jadi dekat aku, aku tak nak susahkan dia! Aduh kau ni…!” Hafriz membentak.

“Alah…sorry lah Riz! Aku panik tadi! Tak tahu nak buat apa! So, aku call jelah kakak kau!”

“Kau ni! Spoil lah!” Hafriz mengeluh. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Tertera nama ‘Abang Quraisy’ di skrin telefon bimbitnya. Dia segera menjawab.

“Assalamualaikum abang…”

“Banyaklah kau abang! Kau turun sekarang!” alamak! Nenek kebayan sudah sampai ka? Hafriz mengintip melalui celahan tingkap biliknya. Erkk!

“Ok…” Hafriz memutuskan talian. Hafriz mengeluh. Dia melangkah turun ke bawah.

Sampai di bawah…jelingan helang dari kakaknya sudah dapat dirasa. Mampus aku! Kena marah kejap lagi!

“Explain!” ujar Nia bila Hafriz sudah berada di hadapannya. Izzue dan Adam turut ada.

“Explain apa kak?” Hafriz menggaru kepalanya.

“Yelah! Kenapa kau kena belasah dengan senior tu?” Nia mencekak pinggangnya.

“Aku tak bagi mereka duit kak. Mereka mintak duit dari aku lagi…” tutur Hafriz.

“Mana mereka tu?! Mai sini aku nak bagi penumbuk dekat depa tu!” Nia bersuara geram.

“Tak payahlah kak…lagipun aku dah belasah depa tadi!”

“Hah…pandai pulak kau nak guna kuasa silat?? Aku ingat dah jadi bapok!”

Hafriz tarik muka. “Sampai hati kau kata aku bapok?”

“Memang pun! Kenapa sebelum ni kau tak melawan?” Nia menjongketkan keningnya.

Tengku Quraisy menepuk perlahan bahu Nia. Dia menggeleng. “Janganlah tegas sangat! Kesian aku tengok Hafriz tu…”

“Biar dekat dia! Dah tu asma menyerang! Kau memanglah Hafriz! Kau tukar matrik jelah!”

“Eh kak! Tak naklah! Aku pun dah selesa dekat sini!”

“Ok…tak apa kalau kau tak nak tukar matrik tapi kalau apa-apa jadi, kau yang settle sendiri!”

“Ok…”

“Nia…tak baiklah cakap macam tu! Kau kata kau sayangkan adik-adik kau?”

“Sebab aku sayanglah aku buat macam ni! Aku tak nak mereka jadi lembik tambah-tambah lagi yang lelaki!” balas Nia.

“Alah kak…aku selama ni bukannya tak nak lawan tapi depa kan senior?”

“So? Kalau dah senior tu boleh lah pijak kepala kau sesuka hati?” Nia tergelak. “Weyh…jom keluar makan dengan aku nak? Lama dah aku tak makan dengan kau! Lagipun aku tahu minggu depan kau busy kan?”

“Hmmm boleh jugak! Aku pun rindu nak makan dengan kau!” balas Hafriz kembali.

“Kau nak makan tak?” soal Nia kepada suaminya pula.

“Boleh jugak!” mereka menuju ke arah gerai makanan di area matrik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience