BAB 3

Humor Completed 39788

Qisrania menuju ke biliknya. Letih tak hinggalah sebab dia kerja lebih masa. Saja sebab terlebih rajin.

Puan Muna duduk di sebelah anaknya. “Anak mak dah balik? Macam mana kerja?”

“Oklah mak…letih sikit! Hari ni kedai tu ada shooting! Lemas!”

“Lah…sapa pulak yang shooting kali ni?” tanya Puan Muna berminat.

“Tengku Quraisy dengan Zahirah Zira…orang pun terlibat sekali dalam shoot tu. Jadi waitress. Ada lah jugak muka ni sikit-sikit!”

“Lah…muka anak mak ni pun ada?” Qisrania mengangguk perlahan. “Nak buat macam mana mak? Dah pengarah tu suruh, takkanlah kita nak tayang sombong kan?”

Ringtone Bad Blood dari Taylor Swift itu mengejutkan Qisrania. Nada? Apa hal?

“What’s up?” tak bagi salam dah! Anak sapalah Qisrania ni!

“Aku dapat berita baru dari bos yang kau esok macam biasa ada jugak muka dalam shoot depa tu.”

“What?! Aku lagi? Kenapalah diorang tak bagi dekat kau je Nada?”

“Tulah kan tapi tuah untung dapat kat kau! Tak apalah…aku tutup dulu. Nak tidur…bye!”

“Bye!” telefon jenama Xiaomi atau dikenali sebagai Redmi atau dekat lagi Mi diletakkan di atas meja.

“Dahlah mak…Nia nak naik atas. Nak tidurlah…ngantuk!”

“Dah sembahyang?”

“Period.” Qisrania mendaki tangga menuju ke biliknya.

TENGKU Quraisy duduk di sofa ruang tamu bersama papanya. Katanya ada hal yang perlu dibincangkan.

“Ada apa papa?” tanya Tengku Quraisy sebaik melabuhkan punggungnya di atas sofa.

“Ini pasal kerja dan karier kamu…macam mana shooting?” tanya Tengku Ariff Syah.

“Not bad.”

“Dengan sapa kamu berlakon?”

“Ku Reen, Zahirah Zira…ada banyak lagilah…kenapa pa?”

“Tak ada apalah…kamu shooting berapa hari?”

“Lebih kurang seminggu lebih.”

“Lepas tu kamu tak ada apa-apa shooting?” tanya Tengku Ariff Syah inginkan kepastian.

“Maybe sebab sekarang pihak syarikat lain tak bagi lagi tawaran berlakon yang lain.”

“Baguslah kalau macam tu. Papa nak lepas habis shooting tu, lepas cuti sehari kamu masuk ofis ya? Papa nak adakan meeting tentang projek kita di Jepun nanti. Boleh?”

“Boleh pa…”

“WEYH dik…kau tengok cite apa?” tanya Qisrania sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusi.

“Tu…aku suka tengok semua cerita Tengku Quraisy berlakon. Dahlah hensem…” ujar Aisya. Adik Qisrania.

“Eleh kau ni! Drama lebih! Tengku Quraisy tu bukannya hensem mana pun!” Qisrania mencebik. Adik aku ni pantang! Pelakon lelaki semuanya dia kata hensem!

“Betullah! Tengku Quraisy ni muka dia nak macam Syarul Ridzwan! Perghhh!”

“Dik…kalau kau kemaruk sangat dengan Tengku Quraisy tu…kau singgah je dekat tempat kerja aku tu! Esok depa ada shooting lagi dekat situ! Plus…muka aku terjebak sekali dalam tu tau!” balas Qisrania. Aisya melihat kakaknya.

“Serius ke kak?? Aku nak pergi boleh?”

“Kau jangan nak gedik errkk?? Lupa esok kau kena ambik result PT3! Tak ingat?”

Aisya menepuk dahinya. “Ha arrlah! Lupa pulak aku! Alah…tapi lepas ambik result, aku boleh datang kan?”

“Ikut suka kau lah! Jangan nak jadi kucing galak dekat situ sudah!” balas Qisrania malas.

Aisya menukar siaran drama tadi ke siaran astro Ria. Rancangan Meletop bermula. Qisrania turut meminati rancangan ini. Terhibur dengan gelagat Nabil yang kadang-kadang bergaduh dengan Neelofa.

“Sapa agaknya tetamu jemputan ye?” gumam Qisrania.

“Alah akak…rileks arr.”

“Kau diamlah penyibuk! Suka menyibuk orang tua berangan!” Aisya hanya mencbeik.

Sehinggalah 20 minit tinggal masa penyiaran…

“Yep! Kita kembali lagi. Meletop!” ujar Nabil.

“Ok…kali ini tetamu jemputan kita ialah Tengku Quraisy dengan Zahirah Zira! Hey guys…apa khabar?” tanya Neelofa pula.

“Good!” jawab Tengku Quraisy dengan Zahirah Zira serentak.

“Ahhh!!! Tengku Quraisy!” jerit Aisya tiba-tiba.

“Kalau ye pun excited, janganlah nak jerit macam harimau gila!” sampuk Hafriz. Adik ketiga Qisrania.

“Eh abang ni! Menyibuk je kerja!” Aisya mencebik lalu melihat kembali ke televisyen.

“Balik-balik muka dia yang aku jumpa! Petang tadi dia shooting, nampak muka dia! Ini aku nak layan Meletop pun nampak muka dia? Menyampah pulak aku!” Qisrania mendengus. Esok jumpa lagi!

“Kau dah kenapa kak?” tanya Hafriz.

“Aku bosanlah tengok muka mamat ni! Petang tadi dahlah dia shoot dekat tempat kerja aku, tv pun ada muka dia? Bosanlah! Esok pun sama jugak! Nak kena hadap dengan dunia lakonan dia tu! Meluat pulak aku!”

“Dah tu, kawan kau Nada? Kenapa tak suruh dia je?”

“Masalahnya itulah! Bos aku tak nak dan director nak aku je pergi ambik order lakonan depa tu! Menyampah!”

“Layan jelah kak! Nak buat macam mana kan?” Hafriz kembali bermain dengan hensetnya.

“Dah kau macam mana? Matrikulasi jadi ke kau nak masuk? Tulah…aku suruh ambik STPM kau tak nak! Kononnya kau kena bangun pagi macam rutin harian student! Eh! Kau ingat tau kau masuk matrikulasi lagilah penat dari rutin harian student sekolah menengah!”

“Sudah-sudahlah kau bebel kak! Penat dah aku nak dengar. InshaAllah boleh kot aku masuk matrikulasi tu. Aku masuk bulan depan.”

“Kau ambik bahagian apa?”

“Kimia…”

“What?! Kimia??? Kau serius ke?”

“Yelah! Kimia senang ok!”

“Apa kejadahnya kau kata senang?? Masya-Allah! Kau tahu tak aku subjek kimialah yang paling aku tak lulus!”

“Eh? Bukan kau sekolah agama ke?”

Qisrania mengetuk kepala Hafriz. “Apa yang kau bengap sangat? Sekolah aku tu ada aliran lah! Aku ambik akademik dengan agama sama. Tapi yang kerap aku fail kimia dengan add maths kau tahu!”

“Maknanya aku bijak lagilah dari kau kak!” Hafriz ketawa.

“Pandai hotak kau! Kau pun SPM cukup makan! Bahasa Melayu pun tak lepas! BI apatah lagi! Yang kau target kuat pun add math dengan chemistry. Fizik pun kira untung jugak kau lepas kan?”

“Hmmm…tak macam kau kak. Kau pandai…”

“Hey! Aku ni lagi bengap dari kau tahu? Untung jugak BI, BM, BA aku lulus! Yang lain semua hampeh! Kau ni sebenarnya bijaklah kalau kau Chemistry, Add math dengan Physic kau boleh dapat A+. Seumur hidup akulah kau tahu aku tak pernah dapat gred A+!”

“Aku nak kau masuk matrikulasi kau belajar elok-elok! Kau jangan jadi macam aku! Jawab SPM cikai-cikai main-main je waktu exam! Kau tahu, sampai je time paper add math, aku buat bodoh. Jawab pun sipi sipi je tau! AKu nak kau banggakan mak dengan ayah! Kau jangan jadi macam aku! Aku as kakak kau, aku bagi nasihat dekat kau sebab aku dah berpengalaman dahulu dari kau!”

“Aku cuba kak…”

“Kau bukan setakat cuba tapi kau kena buktikan! Kita masih ada 2 harapan dalam keluarga ni. Aisya dengan Aryan. Aryan pun dah habis paper. Entah macam mana result dia nanti.”

“Kau Hafriz, matrikulasi make sure dapat four flat! Kalau tak pun, sipi-sipi four flat!” Hafriz hanya mengangguk.

“Dahlah…aku nak masuk tidur. Aku masuk kerja esok. Good night!”

“Night!” Qisrania mengusutkan rambut Hafriz sebelum berlalu ke biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience