BAB 14

Humor Completed 39788

Di set, Nia hanya mendiamkan diri. Hanya tubuhnya saja memainkan peranan. Menyediakan keperluan Tengku Quraisy untuk shooting nanti. Sepatah haram pun tak keluar satu perkataan dari mulut Nia.

Tengku Quraisy rasa bersalah pulak ke atas diri Nia. Kalaulah aku tak cakap yang aku sukakan dia, mungkin semua ni tak terjadi. Nia sibuk menggosok baju Tengku Quraisy menggunakan seterika yang hanya menggunakan wap air. Sejenis yang baru.

Tengku Quraisy menghampiri Nia. Ralit Nia menggosok baju Tengku Quraisy sehinggakan kehadiran Tengku Quraisy langsung tak disedari.

“Nia…”

Duh! Apa lagi yang mamat ni nak?! “Apa?!” ujar Nia tanpa memandang Tengku Quraisy.

Tengku Quraisy menggaru belakang kepalanya. Tak tahu pulak nak cakap apa. “Emmm…”

“Nak cakap apa?! Kalau tak ada apa ataupun pasal semalam, kau blah lah! Aku malas nak dengar!” Nia sibuk menggantungkan baju yang telah di iron.

“Pasal semalam tu aku mintak maaf…aku bukannya…”

“Aku cakap blah kan!” Tengku Quraisy mendiamkan diri. Emosi Nia masih tak betul. Tengku Quraisy segera beredar pergi.

Nia duduk di kerusi. Punggungnya dihenyak keras. Entah kenapa memori dia dan Rayyan kembali menerjah.

“Kau boleh blah sekarang! Aku meluat tengok muka kau ni! Kalau cantik tak apalah jugak!” ayat yang agak kesat dikeluarkan oleh Rayyan.

“Kenapa kau buat aku macam ni?!” Nia memandang muka Rayyan dengan perasaan meluat.

“Kau tanya kenapa? Hey…aku just testing kaulah! Mereka semua cakap kau ni bukan senang nak tackle! Tapi tak sangka kau ni senang jugak kan?” suara itu sinis.

“Arghhhh!!!” Nia memegang kepalanya. Mahu sejarah hitamnya hilang dan lupus dari kotak ingatan.

“Nia…kau kenapa ni?” tanya Tengku Quraisy dan beberapa rakan sekerja yang lain.

“Diamlah!!! Get out of my way! All of this was too bullshit!!!”

“Apa yang kau merepek ni NIa?” Tengku Quraisy memegang bahu NIa.

“Aku dah cakap blah! Blah lah!!!!” air mata mengalir di pipi.

“Semua tolong beredar sekejap ya?” mereka hanya mengangguk lalu beredar.

“Dia kenapa ni??” tanya Zahirah Zira. Turut cemas.

“Entahlah! Tapi aku rasa semua ni ada kaitan dengan aku! Semua ni salah aku…”

“Apa yang kau dah buat?! Kau buat benda tak senonoh erkk dekat dia?” teka Zahirah Zira.

“Mana ada! Aku cuma…emmm nantilah aku cakap dekat kau…” Tengku Quraisy memandang Nia.

“Nia…”

“Kau nak apa Quraisy?! Kau blah lah! Kau sepakat kan dengan Rayyan nak kenakan aku!”

“Rayyan?” Zahirah Zira mula pelik. Sepanjang dia berkawan dengan Tengku Quraisy, tak ada pulak Tengku Quraisy mention pasal Rayyan.

“Apa yang kau merepek ni Nia?! AKu dengan Rayyan bukanlah orang yang sama!” balas Tengku Quraisy tegas.

“Kau samalah! Kau lelaki! All men are jerk! Aku benci lelaki!” Nia memandang Tengku Quraisy dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

“Nia!! Boleh tak kali ni kau buang assumption kau yang all men are jerk tu jauh-jauh?! Kau tak pernah bagi peluang langsung! Macam mana kau nak tahu orang tu baik ke tak!”

Tengku Quraisy meraup wajahnya buntu.

“Sapa Rayyan?”

“Shut up! Stop mention that fucking name!” ujar Nia tegas. Emosinya memang tak terurus kebelakangan ini.

Tengku Quraisy duduk di sisi Nia. Rayyan? Ya, ni semuanya salah Rayyan! Sepatutnya aku tumbuk je dia dulu! Biar lumat! Yes! Semuanya angkara Tengku Rayyan!

“Nia…”

“Apa?!”

“Aku nak kau ikut aku balik ke rumah parents aku boleh? Mama aku nak jumpa dengan kau!”

“Hah?! Dah pasaipa pulak?!” Nia mengerutkan dahinya.

“Entah…dah mama aku nak jumpa kau! Boleh tak??”

“Hmmm…”

“Apa yang hmm nya?” Tengku Quraisy blur.

“Yelah! Aku pergi! Kesian dekat mama kau tunggu kedatangan aku! Jadi, aku pergilah!”

“Kau setujulah ni?”

“Berapa kali aku nak cakap?! Kau nikan! Semaklah!” Nia bangun lalu beredar pergi. Kalau aku dah cakap setuju tu, oklah! Ini lagi mau tanya!

Ralit berperang dengan hati, dia terlanggar tubuh seseorang. Alamak Nia! Apasal kau cuai sangat ni!

“Saya mintak maaf encik! Saya tak sengaja…” Nia terburu-buru minta maaf.

“I call you back…” lelaki yang dilanggarnya tadi itu menutup talian. Dia menoleh.

Mata Nia membuntang. Rayyan?! Oh gosh!!!! Macam mana boleh jumpa dekat sini?! Arghhh!!! Hari ni hari yang paling malang untuk aku!!!

Rayyan memerhatikan Nia yang berada di hadapannya. Nia?? Oh gosh! She’s so damn pretty now! I miss her face…I miss her so much but can she accept me back after what I’ve done??

Nia segera berlalu meninggalkan Rayyan yang terpaku memerhatikan dirinya. Meluat pulak aku!!! Dah ada Alya buat apa usya aku?! Jangan harap aku akan terima kau balik!

“Nia! Nia!” Nia hanya buat bodoh dengan panggilan Rayyan.

“Nia!” tangan Nia direntap dari belakang.

“Apa?!” Nia merentap tangannya dari pegangan Rayyan. Jijik aku kalau dia pegang tangan aku!

“Nia…I’m sorry…”

“What for?! Bukan kau ke yang dah buang aku?! Alya mana?? Dulu kau die hard love dekat dia sangat kan?! Ambik jelah Alya! Aku pun tak hadap dengan kau sebenarnya!”

“Nia…dulu aku betul-betul buta menilai kau! Aku tak kenal mana satu erti sayang dan cinta. Aku cintakan kau Nia. Alya aku cuma sayangkan dia saja.”

“Baguslah dua orang kau kahwin kan?! Satu kata aku ni perempuan simpanan dan murahan! Yang kau ni bengap plus tahlol! Sesuailah! Dua-dua tak sedar diri!” Nia memeluk dirinya.

“Nia…I’m truly sorry after what I’ve done! Please terima aku balik…aku janji takkan sia-siakan kau!”

“Pergi mampuslah kau dengan janji kau tu! Dulu aku percaya janji kau! Tapi I’m was too stupid because I trust blindly! Kalau aku bodoh macam dulu, memang mungkin sekarang ni aku akan percayakan janji-janji kau tu! Tapi not now and forever! Mamat kasanova macam kau ni tak layak untuk aku yang bermuka hodoh ni kan!” sengaja Nia mengungkit kata-kata Rayyan dahulu.

“Nia…please jangan macam ni! Aku merayu dekat kau.”

“Kau jilat ludah kau balik ke Rayyan??” Nia tersenyum sinis. “Kau ingat aku ni barang ke hah?! Kalau kau tak nak main, kau campak! Sekarang ni, kau nak balik?! Memang tak arr! Alya mana Alya??”

“Alya dah kahwin…”

Nia tergelak besar. “Alya dah kahwin??! Hhahahaha! Padan muka kau Rayyan! Memang padanlah dengan kau! Inilah balasan cash untuk kau! Dulu kau buang aku macam sampah kan? Sekarang Alya tinggal kau macam barang tak berharga! Good for me and bad luck for you!” hati Nia dah melonjak suka melihat kejatuhan seorang lelaki di hadapannya.

“Nia…”

“No is still no! Aku takkan balik dekat kaulah!”

“Kenapa kau keras macam ni Nia?? Ke kau dah ada pakwe?” tanya Rayyan.

“Aku jadi macam ni sebab kau dan yes aku dah ada pakwe!”

“Sapa?”

Nia menjuihkan bibirnya ke arah depan. Rayyan menoleh. Matanya terpaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience