BAB 36

Humor Completed 39788

Nia memandang wanita itu dari atas hingga ke bawah. Masya-Allah! Daring nya dia pakai baju macam ni! Kasut tumit tinggi aku tak pa lagi tapi baju dia! Ya Allah… baju ketat nampak pinggul dengan pau depan dia! Apalah nak jadi wanita zaman sekarang ni? Tayang betis dekat orang awam! Dekat adik aku pun aku tak tayang!

“So? You ni Cahaya Qisrania?” tanya Aryana lagi.

“Ya…”

“Kenapa erkk you kahwin dengan dia? Kerana duit?” Nia melopong. Masya-Allah! Dahlah daring pakai baju macam ni, ni lagi tambah daring tuduh aku sesedap mulut puaka dia ni!

“Kenapa kau nak tahu?” soal Nia kembali tegas.

“I peliklah…macam mana you boleh sangkut dengan Tengku Quraisy and macam mana Tengku Quraisy boleh lekat dekat perempuan kampung macam you ni!” ujar Aryana sambil tersenyum sinis.

“You better watch out your word sebelum aku simbah mulut kau dengan air longkang! Sekampung aku pun aku tak pakai daring macam kau ni! Baju paras betis! Kena azab dekat dalam kubur sampai kiamat alamatnya! Aku ni sekurang-kurangnya tutup jugak aurat!” balas Nia dengan pandangan sinis.

Aryana memandang Nia dengan perasaan yang…entah! I hate this damn woman so much!

“Hey! You ingat Quraisy tu nak sangat ke dengan you?! Dia tu cuma nak tubuh you je!”

“Oh ya? Then? So? Aku dengan dia kahwin bukan atas dasar cinta pun! Yes, one more he damn loving me so much! Aku ni kahwin sebab aku terpaksa! Bukan macam kau! Kikis je pandai! Kau ingat aku tak tahu?!” balas Nia berani. Apa? Kau ingat kau ni famous kau boleh pijak pala aku senang-senang?! No way!

“You…!”

“Apa?!”

“You tahu tak Quraisy tu bekas I!”

“Then? Benda tu cerita lama!”

“Hey! Kau buat apa dekat sini?!” suara Janna kedengaran tiba-tiba. Aryana terkejut melihat Janna yang tiba-tiba ada. Dia memang takut dengan Janna kerana dia pernah kena penangan Janna.

“Aku tanya kau hoi minah! Tak reti nak jawab ke?!” marah Janna lagi.

“Aku datang sini sebab aku nak tuntut hak aku balik! Quraisy doesn’t suitable with this girl!” balas Aryana takut-takut namun digagah diri untuk berani.

“So?! Kau nak kata yang kau ni suitable dengan Quraisy ke money woman?!” balas Janna tegas.

Bullshit! This woman soooooo….!!! Urghhh! Annoying!!! Aryana tanpa berkata sepatah terus berlalu.

“Awak ok?” tanya Janna. Nia mengangguk.

“Kenapa dia nampak macam takut dengan awak eh?”

“Dia dah biasa kena penangan saya sebab kacau Quraisy merayu dekat Quraisy balik dekat dia macam orang tak dak maruah!” kata Janna. “Oklah…saya balik ke set balik ya?”

“Ok…” Janna berjalan menghampiri kru-kru tersebut.

Nia menarik nafas dalam-dalam. Macam perkara yang tersalah di dunia aku kahwin dengan Quraisy!

“Alright! Kita semua berhenti makan apa dulu! Dalam lepas Zohor macam tu, kita sambung shoot balik! Ok…pack all the things!” arah director.

Tengku Quraisy melangkah ke arah Nia selepas dapat tahu dari Janna yang Nia diganggu oleh Aryana.

“Nia…” Nia memandang Tengku Quraisy.

“Eh? Kau dah habis shoot ke?”

“Emmm…ni aku nak tanya. Kau kena kacau dengan Aryana ke?”

“Hmmm…tapi kau jangan risaulah! Janna dah sound dia tadi. Aku pun malas nak layan otak sewel dia tu!” ujar Nia.

“Nia…jom pergi makan nak? Aku laparlah…”

“Hmmm…jom! Aku pun lapar ni…” mereka beriringan ke kereta.

Sampai di restoran, ramai mata memandang ke arah mereka. Nia pula buat muka blur manakala Tengku Quraisy tersenyum kembali kepada mata-mata tersebut.

“Weyh…apasal erkk diorang tengok kita macam ni?” tanya Nia. Macam nak telanlah pulak!

“Kan kau isteri aku? Tak ingat? Cerita aku dah kahwin dengan kau dah tersebar derr!” balas Tengku Quraisy.

“Oh…lupa!” Nia menepuk dahinya. Kemudian, mereka berdua terdengar ada suara.

“Cantiklah isteri dia…sesuai dan sepadan dengan pelakon tu! Bertuahnya isteri dia!”

Tengku Quraisy hanya tersenyum. “Depa puji kau kot!”

“hahaha…kembang jap!” balas Nia sambil ketawa.

“Tengku…Tengku nak makan apa?” tanya pelayan itu.

“Saya nak makan macam biasa dan bagi isteri saya yang set B tu ya?”

“Baiklah Tengku…” pelayan itu segera pergi.

“Errrr…macam tu je? Kau memang selalu datang makan dekat sini ke?”

“Yeppp…ini tempat favourite aku dengan team-team sekerja aku!” namun, dari jauh ada mata yang memerhati. It’s Aryana!

“Oh…jadi kau bawak bini kau ke sinilah? Dulu kau yang bawa aku ke situ masa kita couple. Hmmm…ok.” Aryana beredar dari situ.

Tak lama kemudian, pesanan yang dipesan sampai jua. Mata Nia terbeliak memandang hidangan di atas pinggan tersebut. Errr…steak? Dia memandang hidangan Tengku Quraisy pula. Chicken Chop?!

“Kenapa?” tanya Tengku Quraisy. Takkan minah tak western kot?

“Errr…rasanya macam banyaklah pulak steak ni! Besar daging dia…aku takut aku tak boleh habiskan.” balas Nia. Isy! Apa kejadahnya dia pi order aku steak sebesar kaki gajah ni!

“Hmmm…kau makanlah. Tak habis tak apa…duit aku yang keluar bukan duit kau.”

“Isy! Membazir je kau ni! Kesian rezeki menangis!” balas Nia lalu mula memotong daging steak tersebut. Emmm…boleh tahan sedap!

“Kau pernah makan macam ni?” tanya Tengku Quraisy. Nia mengangguk.

“Itupun sambut birthday je. Tak delah nak mai makan hari-hari macam kau!”

Oh….

“Weyh…nanti dalam kereta, aku nak cuci luka kau tu. Aku lupa nak cuci pagi ni…” ujar Nia.

“Boleh ke?”

Nia memandang Tengku Quraisy. “Apa yang tak bolehnya? Dalam kereta je kan?”

“Tapi kang orang fikir bukan-bukan!”

Nia mendengus. “Cermin kereta kau tinted kan?” Tengku Quraisy mengangguk. “Tak nampak kan kalau dari luar?” dia mengangguk lagi. “So?? Oklah! Apalah yang kau bengap sangat! Bukannya nampak pun! Duduk belakang! Sure tak nampak!”

“Hmmm…ok.”

Apa punya suami! Kereta sendiri pun tarak tau kah??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience