BAB 50

Humor Completed 39788

“So? What’s your plan?” soal Aryana pada Rayyan yang sedang meneguk wiski di sebelahnya.

“Plan? Buat masa ni I tak ada apa-apa plan lagi. I nak bagi diorang tu hidup bahagia buat masa sekarang and then bush! Ranap! Hahaha…” Rayyan memandang Aryana yang berpakaian seksi dalam keadaan mabuk.

She’s damn pretty! Gugat betul! Tangan Rayyan merayap di paha gebu Aryana. Aryana hanya membiarkan sahaja. Setiap lelaki yang berdamping dengan dirinya pasti akan membelai dirinya sebegitu. Dah lali pun!

“You…” Aryana memandang Rayyan yang sedang memerhati dirinya atas bawah.

“Ya?” Aryana menyapa lembut.

“Can we go somewhere place better than this pub?”

“Sure…you nak pergi ke mana?”

“Hotel?” Aryana tersenyum. Dia tahu apa yang Rayyan nak.

“You nak I ke Rayyan?” Aryana meramas perlahan tangan Rayyan. Rayyan mengangguk.

“You look so sexy! Buat I rasa geram pulak!”

“Ok…let’s go!” mereka berdua keluar dari pub menuju ke kereta.

“PAPA kenapa benarkan Rayyan stay dekat sini? Papa tahukan yang Rayyan tu banyak muslihat!” bentak Putri Hannie.

“Kenapa? Dia tetap anak papa. Tak salahkan papa ajak dia datang ke sini?” kata Megat Kamaludin.

“Memanglah dia anak papa and he was my brother too tapi tak semestinya kita mengizinkan sahaja dia nak jejak dekat sini! Oh please lah pa! He was too annoying!” marah Puteri Hannie lagi.

“Annoying or not dia akan duduk sini because papa ada cara nak ajar dia! Papa tahu dia sekarang makin teruk and uncontrol! Ini pun papa tahu dari mama. Papa sendiri akan ajar Rayyan!”

“Mama? Pa…mama sekarang dekat mana pa? Hannie rindu mama pa…” adu Puteri Hanis.

“Mama ada di rumah suami dialah. Kenapa Hannie? Kalau Hannie rindu, Hannie pergi je jumpa mereka di Damansara.”

“Oh ya? Hmmm ok! Mama pakai nombor lama lagi kan?” Megat Kamaludin mengangguk.

“Actually papa pun sebenarnya rindukan mama. Akibat kebodohan papa dulu, mama dengan papa dah cerai!”

“Tak adalah papa…papa bukannya bodoh tapi masa tu papa pun tak tahu jalan mana papa nak pilih kan?” Megat Kamaludin hanya tersenyum mendengar kata-kata Puteri Hannie.

Tok! Tok! Tok! pintu rumah diketuk.

“Pa? Siapa pulak yang datang? Oh…entah-entah Rayyan tak pa?”

“Mungkin! Cuba pergi bukak…” Puteri Hannie membuka pintu rumah.

“Assalamualaikum…kami daripada Jabatan Agama Islam datang nak buat laporan yang mengatakan Megat Rayyan ditangkap basah dengan pasangannya di hotel.”

“Rayyan?! Tangkap basah?”

“Ya…sewaktu kami membuat serbuan tadi, kami mendapati dia dengan pasangannya sedang melakukan hubungan haram!” jelas pegawai tersebut.

“Apa?!” Megat Kamaludin terkedu dengan berita yang disampaikan oleh pegawai JAIS tersebut.

PANG!!! Pipi Rayyan ditampar kuat. Megat Kamaludin memandang anaknya dengan perasaan geram dan malu kerana hanya seorang anak yang perangainya kalah setan!

“Kau memang sengaja nak malukan keluarga Megat Rayyan!”

“Apa ni pa? Alah pa…rileks lah! Dulu pun papa sama je macam Rayyan!”

“I’m not! But you’re the worse! Papa ingat kau dah berubah sejak kau kena halau dengan mama tapi kau masih sama!” tengking Megat Kamaludin. Anak yang langsung tak sedar diuntung.

“Pa….it’s just a small matter! Kena tangkap basah je pun!” Pang! Sekali lagi pipi Rayyan ditampar.

“Kau memang betul-betul setan! Hey! Lagi baguslah aku bunuh kau waktu dulu! Kau dengar sini! Kau apa-apa pun kau kena bertanggungjawab dengan apa yang kau dah buat! Kau kena kahwin dengan Aryana! No matter what happen!”

“Papa! Dia tu dah banyak usung lelaki balik! So, why should I marry to her? No point pun!”

“Papa tak kisah! Sekarang ni kau dah malukan keluarga! Ini kalau mama dengar mesti dia kecewa!”

“Apa yang dia nak kecewanya? Sekarang ni dia ada anak kesayangan yang bernama Tengku Quraisy!”

“Of course dia sayangkan Quraisy lebih dari kau sebab kau ni jahat! Bodoh!” Megat Kamaludin berlalu ke biliknya.

Puteri Hannie memandang abangnya dengan panjangan tajam. “Disgusting of you! Kalau aku pun, aku tak mengakulah kau ni abang aku! Buat malu keturunan je! Gila!” Puteri Hannie berlalu ke biliknya.

Pandangan Rayyan melekat pada Megat Hanif yang sedang merenung dirinya dengan pandangan tajam.

“What are you doing Megat Rayyan?” soal Megat Hanif kasar.

“What?!”

“So, this is your true color? Buat malu keluarga je kau ni! Sudah-sudahlah buat perangai! Kau ingat kau hebatlah buat benda macam tu?” soal Megat Hanif sambil menepis bahu Rayyan.

“Abang! Stop nagging me boleh tak?! Rimaslah!”

“Kau tahu rimas?! Kau tak rasa pulak aku ni tengok muka kau naik rimas tau!”

“So, kau tak boleh terima kehadiran aku di sini?”

“Yes! Memang aku tak dapat terima kehadiran kau! Perangai macam balak!”

“Ok fine! Aku akan keluar dari rumah ni!”

“Tak payah!” suara Puteri Alisha kedengaran. Puteri Alisha berhadapan dengan Rayyan.

“Aku nak kau stay dekat sini sampai kau kahwin dengan Aryana! Kau faham?!”

“Hey! Kau cakap ni macam kau ni kakak aku pulak kan? Kau ni adik aku je! Aku ni abang kau yang patut kau hormat!”

“Hormat?” Puteri Alisha tergelak sinis. “Aku nak kena hormat kau? You must be joked me right? Kenapa aku nak kena hormatkan kau? Kau tu perangai sendiri tak normal!”

“Kau….!”

“Apa?! Hey! Aku langsung tak heran dengan kau sedikit pun kecuali kau dah betul berubah! Baru aku akan hormat kau as my brother!” Puteri Alisha berlalu ke biliknya. Megat Hanif turut menuju ke biliknya.

Rayyan menjeling ke arah mereka. Huh! Serabut!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience