BAB 21

Humor Completed 39788

Nia membaca mesej yang dihantar oleh Tengku Quraisy tadi.

Kau nampak cantik dengan baju kurung

tu tadi… ?

Nia hanya tersenyum sumbing.

Kau ni buat lawaklah! Aku yang serupa

nenek kebayan tadi tu pun kau kata cantik?

Tak lama kemudian, mesejnya dibalas.

Sapa yang kata kau nenek kebayan tu

maknanya dia memang butalah! Tak

pandai menilai kecantikan kau tadi.

Oh…so saweet ayat Tengku Quraisy ni…

Eleh kau! Sengaja puji aku nak bagi

aku kembang 5 meter kan?

Eh??? Mana ada! Ini pujian terhad tau!

Yelah tu! Dahlah…aku nak tido! Ngantuk!

Lahhh…janganlah tido lagi…

Banyaklah! Dah…bye! Assalamulaikum…

Yeloh…waalaikumussalam…

Nia meletak telefonnya di sisi. Dia berbaring sambil merenung kipas yang berpusing.

“Hmmm…dulu mati-matian aku tak nak kahwin! Tapi…sekarang? Akibat Rayyan bongok tulah yang buat aku jadi macam ni!” ujar Nia sendirian sebelum matanya terpejam rapat.

ARYANA mengambil surat khabar yang berada di hadapan pintu rumahnya. Hmmm… bolehlah makan breakfast sambil baca paper hari ni. Aryana membawa surat khabar itu ke meja makan.

Dia membaca front page yang tertera gambar Tengku Quraisy. Bulat matanya membaca perkataan yang tertera di situ.

GEMPAK!!!

Tengku Quraisy sudah bergelar tunang orang pada pagi kelmarin.

Aryana tergamam lantas membuka page yang tertera di front page. Dia membaca setiap ungkapan Tengku Quraisy. Aryana menggeleng kepalanya tak percaya dengan apa yang diungkap oleh Tengku Quraisy.

“No…Quraisy tak tunang lagi!!! No!!!!” surat khabar itu dilempar. Habis berselerak.

“No!!! He’s not being engaged yet! Noooo!!!” Aryana menjerit kalah orang histeria.

“Quraisy…I masih sayangkan you!” Aryana menangis.

TENGKU Quraisy tersenyum kepada semua staf-staf ofis papanya. Bukan diri akulah kalau aku sombong! Tengku Quraisy masuk ke pejabatnya.

Hmmmm…mesti banyak fail nak kena semak! Aduh…Tengku Quraisy menyemak segala fail. Projek dengan Tun Azhari? Hmmm…yang ni pulak ku tahu! Dia menekan punat interkom.

“Amzi!”

“Sorry tengku…Amzi tak ada. Saya Suzy. Saya yang ganti tempat dia…”

“Oh…emmm boleh awak datang ke pejabat saya sekarang?”

“Boleh…”

“Terima kasih…” talian diputuskan.

Tok! Tok! Tok!

“Masuk…” Suzy masuk bersama iPad Mini di tangannya.

“Ya Tengku?”

“Emmm…saya nak tanya. Bila ya projek dengan Tun Azhari ni masuk? Saya tak tahu pun? Bos besar pun tak umum?”

“Oh…ini baru sahaja masuk semalam…agaknya Tengku Ariff Syah lupa nak bagi tahu dekat Tengku. Emmm…Amzi pun tak bagitahu Tengku sebab kelmarin dia masih ada.”

“Tak ada sapalah pulak text saya semalam. Hmmm…oklah! Tak apa…nanti saya call Amzi. Awak boleh pergi…”

“One more Tengku!”

“Ya?” Tengku Quraisy memandang Suzy.

“Emmm…selamat menjadi tunangan orang! Hari ni satu ofis gempak dengan khabaran Tengku ni dah tunangan orang.”

“Oh…hahaha awak ni lawaklah Suzy. By the way, thanks for the wish.”

“EMmm…orang kaya jugak ke Tengku?”

“Nope. Orang biasa…public.”

“Oh…cantik tak? Nama apa?”

“Nanti awak datanglah ke majlis saya bulan depan. Saya invite awak. Nama pun saya bagitahu awak nanti…”

“Hmmm ok. Saya balik tempat dululah Tengku.” Tengku Quraisy hanya mengangguk. Suzy kembali ke tempat kerjanya. Untungnya sapa yang dapat Tengku Quraisy!

“Suzy!” sapa Kak Lina.

“Isy akak ni! Suka buat saya terkejut. Hmmm ada apa? Gosip erkk??” tebak Suzy. Bukan tak tahu celoteh Kak Lina ni! Ada saja yang nak digosipnya. Ingat mati woii!

“Apa cerita bos tu? Betoi ka dia dah bertunang?” tanya Kak Lina.

“Lah…Kak Lina ni tak baca paper ke? Tak baca apa yang Tengku cakap dalam paper tu?”

“Yelah…tapi akak ni tertanya-tanya sapalah tunang dia tu?”

“Hmmm…biarlah sapa yang dia pilih! Orang public je…”

“Macam mana kamu tahu?”

“Tengku yang cakap dekat saya tadi…”

“Oh…”

“Dahlah akak! Pergi buat kerja! Buatnya bos atas tu tahu macam mana?”

“Yelah!” Kak Lina kembali ke tempat kerjanya.

TENGKU Quraisy keluar dari ofis apabila tibanya waktu lunch. Dia menghampiri Suzy yang tekun menyemak fail.

“Suzy…awak tak keluar makan ke?” Suzy yang tadi ralit menyemak fail merenung jam di tangannya. Dia tersengih.

“Tak apalah…nanti saya makan apa yang ada dekat pantri tu. Saya ada banyak fail yang nak kena semak ni.”

“Hmmm…tak payahlah rajin sangat! Bos besar tu bukannya yang nak ambil kisah. Semua report ni akhirnya hantar dekat saya jugak kan? Dah jom! Keluar makan!”

“Saya keluar dengan Tengku ke?”

“Yelah! Apa awak nampak ada staf lain lagi dalam pejabat ni? Ke awak segan dengan saya?”

“Lebih kuranglah Tengku sebab saya nikan pekerja Tengku je…”

“Apa yang nak segannya? Jom! Kalau tak…saya bagi awak kerja lagi banyak! Nak?”

Suzy hanya menggeleng. Lantas dia mencapai beg tangannya lalu mengikut Tengku Quraisy.

Mereka tiba di restoran. Selepas memesan makanan mereka, Tengku Quraisy bermain dengan telefonnya. Begitu juga Suzy.

“Tengku Quraisy…” sapa seseorang. Guest who? It’s Aryana!

“Aryana? What are you doing here?” tanya Tengku Quraisy tak berminat.

“Kenapa? You tak sudi ke nak tengok I lagi?”

“Memang pun!” balas Tengku Quraisy selamba.

“Oh…mentang-mentang you dah bertunang, you berlagak dengan I kan?! Ni ke tunang you?! Hesy! Langsung no taste lah you ni! Tak seski macam I pun!” sengaja Aryana menyindir.

Suzy hanya diam. Malas nak membalas. Dia sangka aku ni tunang Tengku Quraisy? Sungguh gila!

“Hey! Mulut you tu jaga sikit erk! She’s not my fiancé. She’s my staff in office! Memanglah you kata penampilan dia buruk but at least dia menutup aurat dari you tu terdedah sana sini! BUat banyak dosa je kena tanggung dekat suami!” marah Tengku Quraisy!

“Oh...kalau dia ni bukan tunang you so mana tunang you? Ke you main tikam belakang?” sengaja Aryana menaikkan marak api!

“So what? I bukan macam youlah Aryana! Yang suka kikis duit orang dengan gadai diri you ni! Eii! I pun menyesal sebab pernah sukakan you!”

Mata Aryana membulat. “You…! You watch out!” Aryana terus berlalu dari situ.

“Sorry Suzy. Saya tak tahu sampah tu akan buat kecoh!”

“Tak apa Tengku…” Suzy hanya tersenyum. Aryana? Hmmm…nothing yang nak dikecohkan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience