BAB 30

Humor Completed 39788

Hari ini Nia dibenarkan keluar kerana Nia tidak lagi meracau dan stress ketika dalam rawatan. Nua turut berterima kasih sekali lagi kepada Nada kerana sanggup habiskan wang untuk membayar perubatan hospitalnya. Terharu doo!!

“Nada…thanks sangat sebab sanggup bayarkan bil perubatan aku!” ucap Nia.

“Kau nikan! Suka buat teruk! Alah…apa gunanya aku sebagai kawan kau kalau aku tak boleh tolong kau kan?” Nia hanya mengangguk.

“Nanti aku bayar eh?”

“Hesy! Tak payahlah! Tak luak mana pun kalau setakat bayar bil untuk kau ni!” ujar Nada ikhlas.

“Thanks…emmm aku nak pergi lawat Tengku Quraisy kejap. Kau nak ikut?” tanya Nia.

“Emmm…tak apa. Aku tunggu kau dekat kereta…” Nia hanya mengangguk. Nada menuju ke keretanya. Nia masuk ke dalam bilik menempatkan Tengku Quraisy.

Ketika dia masuk, kelihatan Tengku Arasy sedang duduk di set sofa. Sedang tidur. Hmmm…mesti dia penat jagakan Tengku Quraisy. Nia melangkah ke arah kerusi di sebelah katil Tengku Quraisy.

“Eh? Kak Nia?” Tengku Arasy memisat matanya.

“Hmmm…bangun dah? Kalau Arasy penat, baliklah mandi rehat dulu.”

“Tak apalah kak…akak dah discharged ke?” Tengku Arasy menghampiri Nia.

“Ha arr…baru discharged hari ni…”

“Baguslah! Abang ni tak tahu bilanya nak sedar…doktor pun tak beri jaminan bila dia akan sedar. Katanya, bergantunglah pada kekuatan abang untuk hidup…” Nia hanya mengangguk. Sedih? Mestilah sedih! Kerana akulah Tengku Quraisy jadi macam ni!

“Semua ni salah akak kan?” Nia menyalahkan dirinya lagi.

“Kenapa akak cakap macam ni?”

“Yalah…kalau bukan kerana akak kena culik dengan Rayyan hari tu, mesti Tengku Quraisy tak jadi macam ni!” Nia bersuara sebak.

“Akak…abang nak jadi macam ni pun sebab akaklah! Akak! Kalau abang tak tolong akak hari tu dengan kak Janna, mungkin Rayyan dah ragut kesucian akak!”

“Tapi tetap salah akak…”

“Dahlah akak…tak guna pun nak salahkan diri. Semuanya dah jadi…”

Tiba-tiba monitor berbunyi kuat. Degupan jantung Tengku Quraisy jadi tak sekata. Kadar denyutan yang tertera di skrin monitor turut menaik.

“Arasy! Panggil doktor!!!” Tengku Arasy segera memanggil doctor. Nia dan Tengku Arasy diminta keluar dahulu.

Nia dan tengku Arasy berdoa agar tiada apa-apa yang buruk terjadi kepada Tengku Quraisy.

“Ya Allah…” tanpa dipinta air mata Nia menitis. Tak pernah dia rasa serba salah sebegini.

“Akak…insya-Allah akak akan ok!” Tengku Arasy memberi keyakinan kepada Nia.

Tak lama kemudian, seorang doktor lelaki keluar. Mereka menghampiri Nia dan Tengku Quraisy.

“Macam mana abang saya?” tanya Tengku Arasy laju.

“Alhamdulillah…abang awak dah sedar. Dia dah melepasi kritikal. Emmm…awak ni bernama Nia ke?” tanya doktor itu.

“Ya saya…kenapa ya doktor?”

“Sebab waktu tadi dia asyik mention nama awak. Mungkin tadi ialah kesan tindak balas kerana dia berada dekat dengan awak.”

“Tindak balas?” Nia blur. Memanglah! AKu mana pernah lulus science! Asyik fail je!

“Ya…ketika awak berada berdekatan dengan dia…memang dia dalam keadaan kritikal tapi ada sesuatu pada awak yang membuatkan dia memberi tindak balas yang cepat! Mungkin awak ada keuar kata-kata semangat kepada dia. Sebab itulah dia berjuang untuk keluar dari kritikal…” terang doktor itu.

Ok…hmmm tak apa Nia! Dia dah sedar! Alhamdulillah…

“Pesakit nak berjumpa dengan awak…”

“Saya?” Nia menunjukkan dirinya. Doktor itu mengangguk.

“Adik dia?”

“Tak…dia nak jumpa awak seorang je…”

“Tak apalah kak! Pergilah…adalah tu something dia nak cakap dengan akak…”

“Saya beredar dulu ya?” doktor itu bergerak pergi. Nia menuju ke wad tersebut.

Ketika dia masuk, Tengku Quraisy sedang membelek telefonnya. Nia menuju ke arahnya.

“Hai…dalam keadaan sakit pun masih boleh belek telefon tu?” Nia memerli. Dia memandang Tengku Quraisy. Hesy…tak berbaju mamat ni! Segan pulak aku nak tengok!

“Aku tengah sakit ni pun kau nak memerli akukan?” suara Tengku Quraisy sedikit serak.

“Hmmm…kalau tak memerli bukan akulah derr!” Nia mencebik.

“Kenapa kau masa lawat aku tadi, kau salahkan diri kau hah?” soal Tengku Quraisy.

Aikkk? Macam mana dia tahu? Bukan ke dia tengah duduk alam lain?

“Errr…kau dengar mana?”

“Adalah…kenapa erkk?? Rajin pulak kau nak datang melawat aku!”

“Hesy kau ni! Aku jenguk pun salah ke? Aku kan PA kau! Kenalah jaga kau!”

“Eleh! Yelah tu! Dah habis tu, kenapa kau nak salahkan diri kau tu atas apa yang terjadi dekat diri aku ni?”

Nia menggaru kepalanya. Takkan aku nak cakap depan mamat ni yang aku rasa bersalah sebab dia selamatkan aku dari Rayyan dan kena tikam sampai macam ni?

“Hello Nia…kau termenung apa? Soalan aku kau tak jawab lagi!” dah kenapa minah ni? Aku tanya dia mengelamun pulak!

“Yelah! Kau kena tikam dengan Rayyan sebab aku kan! Mestilah aku rasa bersalah!”

“Tak sangka PA aku yang ala-ala minah rempit ni simpatikan orang jugak kan??” sengaja nak mengusik.

Nia mencebik. “Ek eleh kau ni! Kau ingat aku ni kejam sangat ke?!”

Tiba-tiba pintu wad Tengku Quraisy ditolak dari luar. Tengku Darina dan Tengku Ariff Syah melangkah masuk.

“Quraisy! Macam mana boleh jadi macam ni?” Tengku Darina membelek tubuh badan anak tirinya.

“Tak ada apalah ma…sikit je! Hari tu ada peragut nak ragut beg Nia. Masa nak selamatkan Nia tu, dia tikam bahu Quraisy. Tak ada apa-apalah ma…”

“Kamu ni Quraisy! Langsung tak berhati-hati! Nasiblah pisau je! Kalau dia tembak betul kepala kamu macam mana?” Tengku Ariff Syah bebel. Risaukan keadaan anaknya.

“Papa ni…Quraisy still alive kan?”

“Yalah! Buat masa kamu kena tikam tu, nyawa kamu melayang?!” budak ni! Main-main pulak!

“Yelah…”

“Nia macam mana? Ok? Barang-barang Nia ada ke?”

“Ada…nasib baik Quraisy ni sempat tarik beg Nia masa tu…”

“Alhamdulillah…”

“Tapikan sebenarnya…” Nia ingin membuka cerita. Kenapa Quraisy buat cerita fake??!

Tengku Quraisy menjentik tangan Nia. Nia memandang Tengku Quraisy. Tengku Quraisy memberi isyarat supaya jangan.

Nia buat isyarat kenapa? Tengku Quraisy membalas nantilah aku bagitahu!

Nia hanya diam.

“Apa yang Nia nak cakap tadi?” tanya Tengku Ariff Syah.

“Tak ada apalah uncle. Nia cuma nak cakap yang adik Nia si Hafriz tu dah masuk matrikulasi…”

“Oh…bila?” tanya Tengku Darina pula.

“Seminggu yang lepas.”

“Hmmm…nanti cerdiklah si Hafriz tu! Oh ya Nia…Quraisy. Persiapan kamu berdua dah dibuat. Yelah…2 hari lagi tinggal majlis kamu berdua. Resepsi dibuat serentak. Sebelah petang pihak keluarga Nia dan sebelah malam pihak aunty. Macam mana?”

Nia tersengih sambil menggaru lehernya. Errr…awal nya! Aku ni pun tak terfikir langsung pasal semua ni! Memang mereka ni nak aku jadi menantu mereka betul! Nasib kaulah Nia!

“Ayah dan mak Nia dah tahu ke?” ayah tak sakit jantung ke tahu semua ni?

“Dah…ayah dan mak Nia dah ok dengan perancangan ni. Nia macam mana? Ok?”

“Aha…emm kalau mak dan ayah dah ok Nia tak kisah.” jawab Nia. Apa yang aku boleh buat? Kalau aku tak setuju, keputusan dah perancangan dah pun dibuat! Hmmm…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience