BAB 11

Humor Completed 39788

“Macam ada jodoh pulak kamu dengan Nia kan?? Dah berapa tahun tak jumpa, last jumpa jugak!”

Ayat itu membuatkan Nia sentap. Berjodoh? Oh no way! Tak mungkin aku dengan Tengku Quraisy!

“Entahlah pak cik. Memang saya sukakan Nia tapi saya tak berharap sangat yang dia sukakan saya.”

Dia sukakan aku? Oh gosh! Aku bermimpi ke ni?! Nia menepuk pipinya. Sakit! Aku tak mimpilah?

“Kalau ada jodoh kamu dengan dia…pak cik redha je. Lagipun mak cik dengan pak cik senang dengan watak kamu ni. Walaupun kamu ni pelakon, kaya…kamu tak sombong! Jarang jumpa orang macam kamu sekarang ni!” Tuan Rafizul tersenyum.

Tengku Quraisy hanya tersenyum. Nampaknya ada chance lah aku dengan Nia? Tapi…nak ke Nia dengan aku?

“Apa yang kamu tercegat dekat sini Nia?” tanya Puan Muna. Dilihatnya anak dara dia ni asyik mengintai je.

“Kamu mengintai Tengku Quraisy ye?” tebak Puan Muna.

“Mana ada mak ni! Orang tengah intip apa yang ayah bual dengan mamat kerek tu!” opss…terlepas lah pulak!

“Mamat kerek? Apa tu?”

“Tak ada apalah mak…” Nia tersengih.

“Apa-apa jelah kamu ni Nia…” Puan Muna hanya menggeleng.

“Weyh kak…aku nak cakap dengan kau sikit boleh?” pinta Hafriz. Nia mengangguk lalu mengikut langkah Hafriz ke luar rumah.

“Apa yang kau nak cakap?”

“Kalau aku cakap, kau jangan sekeh kepala aku pulak! Buatnya bengong aku kak!” pinta Hafriz.

“Hmmm yelah! Apa dia?” Nia memerhati adiknya.

“Aku rasalah kan Tengku Quraisy tu sukakan kaulah!” mata Nia membulat.

“Apa yang kau merepek ni? Pelakon tu nak sukakan aku? Dalam mimpilah weyh!” sangkal Nia.

“Betul kak! Cara dia tengok kau…aku boleh tahu apa maksud pandangan dia tu. Aku tahulah kak! Aku kan lelaki?” Nia memandang adiknya sebelah mata.

“Lagi? Apa lagi yang kau tahu?”

“Yang tu jelah…hehehe…”

“Oh…bab cintan apa semua ni kau terer nak tafsir? Yang lain tak pandai pulak?” Nia menyindir adiknya.

“Kak…apa kata kalau kau terima je si Quraisy tu?”

“Kau gila ke apa dik? Aku? Nak kahwin dengan pelakon versi orang kaya tu? Memang taklah dik! Dia tu kaya dik! Kita ni apa yang ada dik?? Setakat rumah macam ni! Hmmm…dia boleh beli sederet rumah taman ni!”

“Kak…kau janganlah buat assumption melulu kau tu dulu…”

“Kau nak aku buat apa dik? Kita ni walaupun tak berharta…aku bolehlah cari rezeki! Aku tahu ayah tak ada duit untuk kau sambung pelajaran dekat matrikulasi! Tak apa…aku boleh bagi duit! Tapi, takkanlah sebab kita miskin macam ni kau nak suruh aku kahwin dengan dia yang kaya tu?”

“Bukanlah kak…kalau orang sukakan kau, takkan kau nak tolak kak? Aku bukannya suruh kau mintak duit dia pun kak! Aku pun ada duit aku sikit.”

“Entahlah dik! Aku tak minat dengan dunia retis ni. Serius aku tak minat! Aku jadi PA dia ni pun dah cukup terseksa kau tahu!”

“Kak…dah rezeki kau jadi PA dia…nak buat macam mana?”

“Ya…aku tahulah dik tapi aku…erghh entahlah! Apa yang penting aku tetap tak suka!”

“Ayah suka tau kalau Tengku Quraisy tu jadi menantu dia…”

“Ayah? Hmmm…entahlah! Aku nak cakap apa pun aku dah mati kutu sekarang ni! Aku tak sukalah lelaki! Kau tahukan macam mana aku waktu zaman sekolah menengah dulu? Kau tengokkan macam mana aku meroyan waktu tu?”

“Aku tahu kak walaupun aku waktu tu aku tak faham masalah orang tua! Waktu tu aku baru 9 tahun.”

“Kan? Tambah lagi aku nak kahwin? Memang taklah dik! Kau kena faham aku. Yang ada dalam hati aku sekarang ni nak kerja cari duit untuk sara kita semua! Ayah pun duit pencen dia cuku-cukup untuk bayar yuran sekolah adik-adik!”

“Aku faham kau kak…sebab tulah aku cadang aku tak nak masuk matrikulasi…”

“Dah kenapa? Hey! Tak boleh! Kau jangan risau! Nanti aku yang tanggung! Kalau kau tak masuk matrikulasi, kau nak masuk uni mana?”

Hafriz hanya mengeluh. Berat pengorbanan kakaknya demi adik-adik. “Kau jangan risaukan aku kak!”

“Aku tak perlu risaukan kau?! Kau gila ke dik?! Pengajian kau lebih utama! Aku nak kau jadi manusia berguna pada masa hadapan! Jangan jadi macam aku yang bodoh ni!” marah Nia.

“Kau tak bodohlah kak!”

“Pada firasat kau tapi aku tak! Dah…kau jangan nak bantah cakap aku! Kalau kau tolak masuk matrikulasi, tahulah aku nak ajar kau!” Nia bangun lantas melangkah masuk ke dalam rumah.

“Macam tu ke Nia dengan adik-adik dia?” tanya Tengku Quraisy selepas terdengar pertengkaran Nia dengan adiknya.

“Dia memang macam tu…tegas orangnya. Dia selalu nakkan yang terbaik untuk adik-adik dia…” jawab Tuan Rafizul.

“Oh…”

USAI sembahyang maghrib, Nia turun ke dapur. Membantu ibunya menyediakan makan malam. Mana Tengku Quraisy hah? Dari Asar tadi tak nampak batang hidung dia?

“Mak…nampak Tengku Quraisy tak?” Puan Muna hanya tersenyum. Nia pelik. Dah kenapa mak ni?

Nia menoleh ke belakang. Terkejut dia apabila dirinya hampir terkena dengan tubuh Tengku Quraisy.

“Kenapa cari aku? Rindu?” sakat Tengku Quraisy.

“Jangan nak merepek erkk! Aku cari kau ni pun sebab aku nak ingatkan kau pasal shoot short scenes pukul 10.00 nanti!”

“Oh…ingatkan rindu aku tadi!”

“Merepek je kerja kau!” Nia mengangkat ikan siakap masam manis ke meja makan. Air oren disediakan atas meja.

Selepas sekeuarga berkumpul, mereka mula makan. Tengku Quraisy makan dengan berselera sekali. Nia hanya memandang. Mamat ni kebulur ke?

“Tambah lagi Quraisy!” arah Tuan Rafizul. Tengku Quraisy hanya mengangguk.

Usai makan, Nia bersiap begitu juga dengan Tengku Quraisy. Mereka perlu bertolak awal.

“Eh? Dah nak pergi dah?” soal Tuan Rafizul apabila melihat kelibat tengku Quraisy yang segak dengan T-shirt polo dan seluar jeans di tubuhnya.

“Hmmm…ada short scenes sikit pak cik. Nak kena bertolak awal.”

“Hmmm…”

“Jom!” Nia yang siap dengan cap di kepalanya menyapa.

“Jom!”

“Nia pergi dulu ya ayah?” Nia menyalami tangan ayahnya.

“Terima kasih ya pak cik sebab jemput saya ke rumah. Oh ya, kirim salam dan terima kasih saya kepada mak cik jugak! Masakan dia sedap sangat tadi.” Tengku Quraisy menyalami tangan Tuan Rafizul.

“Hmmm…yelah! Bawak kereta tu elok-elok! Jaga anak pak cik tu elok-elok!”

“Insha-Allah pak cik! Saya pergi dulu ya? Assalamualaikum…” Tengku Quraisy menuju ke arah keretanya. Nia sempat melambaikan tangannya ke arah ayahnya sebelum masuk ke dalam kereta Tengku Quraisy. Kereta Tengku Quraisy perlahan meninggalkan kawasan perumahan rumah Nia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience