BAB 4

Humor Completed 39788

Dengan cap di kepala, jaket bercorak dan baju pink separas peha dipadankan dengan seluar slack dah cukup untuk Qisrania dengan selendang pink tersarung di kepalanya.

Beg tangan yang bertali panjang berwarna putih merah dibawa bersama. Dia keluar dari bilik. Kelihatan emaknya sedang memasak sarapan.

“Ibu masak apa?”

“Nasi goreng..Nia nak pi dah ke kerja?” Qisrania hanya mengangguk.

“Nak makan sekarang?” Nia menggeleng.

“Tapau jelah ibu. Takut jammed pulak LRT nanti…KL Sentral kan banyak orang sekarang ni.”

“Oh…kejap!” Puan Muna mencari Tupperware untuk diberi bekal kepada anaknya.

“Nah…”

“Terima kasih mak. Nia pergi dulu…” Qisrania menyalami ibunya. Bungkusan nasi goreng diletak dalam beg.

“Jalan elok-elok!” pesan Puan Muna. Qisrania hanya mengangkat thumbs up.

DI KL Sentral…semestinya memang sesak dengan pekerja-pekerja yang ingin menuju ke pejabat. Ada yang membawa bekal McD bersama. Aku? Tak apa! Bekalan free dari emak tersayang dah ada.

Semuanya mula beratur apabila LRT datang. Untuk Qisrania dapat barisan kedua dari depan. Dia masuk ke dalam LRT itu. Hmmm…nak duduk? Memang taklah sebab kerusi semuanya dah full! Kena berdirilah alamatnya!

Nia harus naik LRT dari KL Sentral ke Sungai Buloh. Turun di Sungai Buloh, dia mengambil teksi terus menuju ke tempat kerjanya di Damansara.

Berhenti sahaja di Sungai Buloh, Qisrania meminta izin untuk keluar. Almaklumlah dah sesak. Takkan nak rempuh je kan? Kenalah mintak elok-elok.

Qisrania keluar melalui laluan pejalan kaki dan duduk di tepi hentian kereta di jambatan atas. Kebetulan ada teksi lalu. Qisrania menahan teksi tersebut. Alhamdulillah…rezeki murah saja hari ni! Setelah memberitahu alamat yang ingin dituju, teksi tersebut segera beredar pergi.

“WOII! Awal kau datang? Apa kes derr?” tanya Nada. Pelik jugak tengok minah ni sampai awal.

“Hari ni stesen tak berapa sesak sangat! Teksi pun senang dapat! Tu yang sampai awal tu!” balas Qisrania lalu ke bilik penyalinan. Baju kerjanya disaruk.

Qisrania memulakan tugasnya mengemop lantai restoran…Nada pula mengelap meja.

“Nia kan?” tanya seseorang. Qisrania mengangkat mukanya. Sapa pulak mamat ni?

“Saya Amzi…PA kepada Tengku Quraisy..” ujar Amzi sambil tersenyum.

“Ada apa?” tanya Qisrania tak minat.

“Artis saya nak jumpa dengan awak…”

“Tengku Quraisy? Dah nak buat apa dia nak jumpa saya?”

“Entahlah…tapi dia sedang menunggu awak sekarang…”

“Kejap lagilah! Saya ada banyak kerja nak kena buat. Sorry…cakap dekat dia saya need more times to prepare this restaurant before the operation start!”

“Ok…saya mintak maaf ya?” Qisrania mengangguk sambil tersengih sedikit. Dah apa kes nak jumpa aku segala?

“Woi! Dia nak apa dari kau?” tanya Nada sebaik sahaja mamat tadi beredar.

“Dia kata Tengku Quraisy nak jumpa aku. Entahlah apa yang si pelakon tu nak!” gumam Qisrania.

“Can we talk?” satu suara menyapa. Nada sudah melopong. Tengku Quraisy!!! Qisrania mengangkat mukanya. Duh! Mamat ni lagi! Kemarin ada! Semalam ada! Pagi ni menyemak lagi?!

“Ada apa? Saya rasa saya ni public je kot! Tak ada apa yang special pun!” Qisrania meneruskan tugasan mengemopnya.

“Just a few minutes?”

Mamat ni memang nak kenakan? “Tak nampak ke aku tengah buat kerja ni?”

“Aku nampaklah kau buat kerja tapi boleh tak kita cakap kejap?”

“No is mean no! Kau pekak ke PA kau kata apa ke PA kau tu memang bisu nak cakap dekat kau pesanan aku tadi?!” mamat ni! Main paksa pulak!

“Dia tak bisu dan aku tak pekak.”

“So? Blah lah!” Qisrania tayang muka tak puas hati.

“Aku ada benda nak cakap dengan kau. Takkan tak boleh? Sekejap je!”

“Kau buta ke?! Ini time aku nak kerjalah!” kang tak pasal-pasal bos potong gaji aku!

“Selagi kau tak setuju, lagi tulah aku akan memaksa!”

“Nia…kau pergilah. Nanti kecoh pulak!” ujar Nada di belakang Qisrania.

Qisrania mendengus. “Fine! This is the last! Lepas ni no meeting bila aku kerja!”

“Kita bincang dekat sana…” tunjuk Tengku Quraisy tempat yang agak jauh sedikit dari kedai.

“Jangan lama-lama!” Qisrania menuruti langkah Tengku Quraisy.

“Apa yang kau nak cakap tadi?” tanya Qisrania.

“Jangan melenting pulak!” amaran diberi.

“Ada aku kisah? Cakaplah cepat! Kau nak apa?” Qisrania mula terasa bahang.

“Aku nak kau jadi PA aku…boleh?” membuntang mata Qisrania.

“KAu ni gila ke apa? Kau dah ada PA kan?! Apahal kau nak ambik aku jadi PA kau?! Dari aku jadi PA kau, baik aku jadi kuli dekat kedai tu!” bidas Qisrania geram. Sesedap hati dia je nak buat aku jadi PA dia!

“PA aku tadi tu dia nak kena handle urusan aku di ofis! So, dia no time nak handle aku sama!”

“Kau ni artis ke worker?”

“Both.”

“Gila! Apa pun! AKu tak nak jadi PA kau! Titik!” Qisrania berjalan menuju ke restoran kerjanya kembali.

“Hesy! Gila! Gila!” bentak Qis sambil menghentak kakiknya ketika berjalan masuk ke restoran.

“Apa yang gilanya?” tanya Nada hairan.

“Dia tulah! Suka suki hati dia je nak buat aku ni jadi PA dia! Gila tak gila!”

“Aikk? Dia bukan ke ada PA?” Nada turun naik pelik.

“Tulah pasal! Alasan dia PA dia tu nak kena uruskan hal dia di pejabat!”

“Dia ni artis ke pekerja?”

“Dua-dua sekali!”

“Nasib kaulah Nia. Kau setuju tak?”

“Gila kau aku nak setuju?! Memang taklah!” balas Qisrania serius. Tak kuasa aku!” Qisrania menyimpan mopnya kembali ke tempat asal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience