BAB 2

Humor Completed 39788

“Nia…ada pelanggan depan tu!” ujar Nada. Teman sekerjanya yang hampir bekerja setahun bersamanya.

“Ok!” Qisrania menuju ke meja yang belum diambil pesanan. Dia memberi buku menu. Dia menunggu untuk mengambil pesanan. Dia mengamati wajah tersebut.

Eh? Ini bukan ke Zahirah Zira? Si pelakon yang dulunya terkenal dengan gossip bercinta di set dengan Tengku Quraisy?

“Dik? Dik?” Zahirah Zira memetik tangannya di hadapan Qisrania.

“Eh? Apa ye kak? Maaflah…saya ralit pulak…” Qisrania tersengih. Duh! Buat malu je!

“Hmmm…tak apa. Bagi saya spaghetti carbonara dengan jus oren ya?” Qisrania tekun menulis menu yang dipesan Zahirah Zira. Memang banyak pelakon makan dekat kedai ni. Yalah…western katanya. Jumpalah jugak Nazim Othman hari tu!

“Itu saja?” Zahirah Zira mengangguk.

“Saya mintak diri dulu ya?” Qisrania segera beredar menuju ke kaunter lalu memberi pesanan Zahirah Zira tadi.

“Weyh…perempuan yang depan tu retis kan?” tanya Nada. Qisrania hanya mengangguk.

“Kedai ni selalu famous dengan artis kan?”

“Yelah!”

“Weyh! Cuba tengok tu! Ada camera man apa bagai! Depa nak buat shooting lah weyh!”

“Eleh kau ni! Buat excited pulak! Macamlah kau tak pernah nampak orang buat shooting kan?” Qisrania mencebik. Apa sangatlah retis ni!

Orang ramai memandang ke luar. Qisrania dan Nada rasa pelik.

“Apa hal weyh??”

“Entahlah…usha lah!” ujar Qisrania sampailah kelibat seseorang mampu menarik minat pelanggan dalam restoran tersebut.

“Tengku Quraisy!!!” jerit Nada teruja.

“Tengku Quraisy?? Hmmm…apa-apa jelah!”

“Nia!” panggil Tuan Rizalman.

“Ada apa tuan?”

“Kamu boleh tolong ambik order dekat meja tu? Yang ada artis tu? Tolong mereka berlakon!”

Qisrania menggaru kepalanya. Duhai…tak pasai aku involve sekali! “Tuan…tak boleh ke bagi Nada je? Dia excited nak tengok tu Tengku Quraisy! Bagi Nada jelah!”

“Mana boleh! Kang dia tergedik-gedik…susah pulak! Boleh ya?”

“Hmm…yelah!”

“Bos? Dapat orang tak lagi?” tanya Encik Azmi.

“Dah!”

“Bawak dia ke sini!” segera Tuan Rizalman membawa Qisrania kepada kru-kru tersebut.

“Ini orangnya…”

“Sure ok?”

“Ya…ok!”

“Nama apa?” tanya Encik Azmi.

Eh pak cik ni! Nak tanya nama aku pulak! Macamlah aku ni kena offer nak berdrama dengan depa dua ni!

“Nia…” nama pendek sahaja yang diberi.

“Oh ok. Jadi macam ni…kami akan buat shooting dekat sini so boleh Nia tolong kami? Nia tolong ambik order diorang ni.”

“Boleh je pak cik.”

“Good. Kalau runner panggil, tolong datang cepat tau!”

“Ok…”

“Awak boleh pergi…” Qisrania melangkah pergi. Waktu itu dia ternampak Zahirah Zira dan Tengku Quraisy sedang membaca skrip.

“Untunglah kau free dapat masuk tv!” ujar Nada cemburu.

“Banyaklah kau! Kau ingat aku hengen ke nak dapat free masuk tv? Aku tak ingin langsunglah! Lagipun aku dah cakap dekat bos suruh pilih kau tapi dia nak pilih aku jugak. Nak buat macam mana??”

“Hmmm yelah…”

“Ok? Boleh kita mulakan shooting?” tanya Encik Azmi. Mereka hanya mengangguk.

Zahirah Zira dan Tengku Quraisy mengambil tempat masing-masing. Sedia untuk berlakon.

“Camera ready?” tanya Encik Azmi. Camera man mengangkat thumbs up tanda dah sedia.

“Runner and standby…dah?” thumbs up diangkat.

“Ok pelakon…steady…ready and action!”

Tengku Quraisy berjalan menuju ke arah Zahirah Zira.

“Hey Zafran! Apa kes you nak jumpa I?” tanya Zahira Zira atau wataknya sebagai Dayang.

“I bosanlah Dayang…tiap-tiap hari I diganggu Elina! Tak tahan kot!” ujar Tengku Quraisy atau wataknya sebagai Megat Zafran.

“Lah…takkan pasal tu pun you nak cemus…eh! Salah! Sorry…”

“Cut…” director memberi skrip kepada Zahirah Zira.

“Ok…ok…”

“Kita standby dari percakapan you balik Zahirah. Ok…camera ready. Pelakon steady…ready and action!”

“Lah…takkan pasal tu pun you nak stres macam ni?”

“Mahunya I tak stres? Huh! Pusing kepala I!”

“Dah dah…apa kata you hilangkan stres you tu dulu. Order air erkk?? Waitress!” panggil Zahirah Zira dalam watak lakonannya.

Runner segera memanggil Qisrania. Qisrania bergegas ke meja artis tersebut bersama buku menu dan bulu catatannya.

Buku menu diserahkan. Dia sabar menunggu Tengku Quraisy memesan air. Pesan air pun lembab!

“Saya nak Cappucino with latte satu!” ujar Tengku Quraisy sambil memandang Qisrania.

Allahu…cute betul budak ni!

Qisrania buat mencatit menu tersebut. “Itu je ke?” Tengku Quraisy mengangguk.

Buku menu diambil lalu segera beredar. Mereka kembali sambung berlakon. Pesanan tadi ditampal di meja buat air.

“Untunglah kau ada muka kau!” sengaja Syafiq mengusik”.

“Kau kalau cakap macam tu, aku sepak muka kau Syafiq!” geram Qisrania dibuatnya.

“Alah..aku gurau jelah!”

“Dah siap! Pergi hantar!” halau Syafiq.

“Yelah!” Qisrania mengambil air tersebut lalu menuju ke runner tersebut. Manalah tahu mengganggu kan?

“Boleh saya pergi letak?”

“Pergilah…” Qisrania menuju ke arah artis tersebut.

“Maaf mengganggu…” Qisrania tersenyum. Air diletak lalu segera beredar.

Sopan je budak ni tapi pakaian dia macam lelaki! Dengan kasut sneakers nya.

“Fuh! Selamat! Habis dah kerja aku!!” Qisrania menghembus nafas kuat.

“I nak pergi toilet kejap…” ujar Tengku Quraisy lalu bangun menuju ke tandas. Waktu itu Qisrani turut menoleh.

“Nia…!” baru sahaja Syafiq menegur, Qisrania dah terlanggar Tengku Quraisy.

“Errr…sorry. Saya tak sengaja! Sorry…”

“Tak apa…saya ok.” Tengku Quraisy segera berlalu ke bilik air.

“Tulah kau! Nak jalan tak pandang dulu! Kan dah terbelah anak orang!”

“Manalah aku tahu dia nak lalu!” Qisrania mencebik. Mamat ni aku sekeh gak kang!

“Macam manalah kau tak perasan budak tu nak lalu Quraisy? Kan dah terlanggar free je!” Tengku Quraisy membetulkan bajunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience