BAB 68

Humor Completed 39788

Kini, kandungan Nia sudah menjangkau 9 bulan. Dalam dok sarat tu, boleh lagi datang jenguk suami dekat pejabat. Hailah Nia…

“Eh Puan Nia? Datang cari cik abang ke?” usik Amzi.

“Yelah…tadi dia cakap dia nak keluar lunch. Dia ada?” Amzi mengangguk. Dia dan Nia menuju ke bilik Tengku Quraisy.

Tok! Tok! Tok! “Masuk!” Tengku Quraisy sibuk meneliti fail-fail di tangannya. Dia memandang Amzi yang sedang tercegat depan pintu.

“Yes Amzi?”

“Ada seseorang nak jumpa bos…”

“Sapa?” Amzi bergerak ke tepi. Terserlah tubuh Nia di hadapan pintu.

“Ya Allah sayang oii! Bukan ke abang kata tunggu dekat rumah?” Tengku Quraisy mendapatkan isterinya di depan pintu. “See? Nak jalan pun dah tak larat!” bebel Tengku Quraisy.

“Hesy! Apa ni membebel? Saya oklah! Awak janganlah risau! Saya yang mengandung, bukannya awak!” marah Nia.

“Yelah tapi kalau awak jatuh ke apa ke?”

“Kalau harap awak nak ambik saya dekat rumah, alamatnya saya kempunanlah! Tengok! Time lunch dah pun! Awak masih teliti fail projek! Langsung tak sedar yang dah masa lunch!”

Tengku Quraisy memandang jamnya. Dia menepuk dahi. “Alamak! Sorry sayang…ok, jom kita pergi sekarang!” Tengku Quraisy membantu Nia berdiri. Mereka berjalan keluar menuju ke arah restoran yang berdekatan. Hanya berhadapan dengan pejabatnya. Namun tiba-tiba, Nia terasa senak. Senak pada perutnya.

“Auuu!!”

“Kenapa ni sayang?” tanya Tengku Quraisy. Dia mula panik.

“S…s…sakit!”

“Sakit?! Dah jom! Saya angkat awak! Kita ke hospital! Mungkin dah tiba masa!” tubuh Nia terus dicempung lalu diletakkan ke dalam kereta. Tengku Quraisy terus memandu ke hospital. Sempat dia menelefon Amzi supaya batalkan semua appointment dia hari ini.

Sampai di KJMC, Nia terus ditolak ke bilik bersalin. Ditemani oleh Tengku Quraisy sekali. Apa agaknya terjadi ya?

NIA tertidur kepenatan akibat berperang untuk melahirkan cahaya mata Tengku Quraisy dan dirinya. Tengku Quraisy setia menunggu untuk Nia terjaga dari tidurnya. Alhamdulillah…mereka dikurniakan baby boy.

Ya Allah…aku bersyukur dengan setiap apa yang kau kurniakan kepadaku Ya Allah…kau kurniakan aku isteri yang solehah dan tabah kepadaku. Yang selalu menolong diriku ketika diriku dalam kesusahan. Dan hari ini, kau telah memberi keizinan untuk bayi k uterus hidup di atas muka bumiMu yang indah ini Ya Allah…

“Quraisy…” panggil Nia.

“Ya? Sayang nak air?” Nia mengangguk. Sememangnya dia haus. Tengku Quraisy menuangkan air kosong ke dalam gelas lalu diserahkan kepada Nia. Nia menyerah kembali gelas tersebut apabila habis diminum.

“Sayang lapar?” Nia mengangguk.

“Kejap ye? Nanti ibu datang bawak makanan untuk sayang…” Nia hanya mengangguk. Sungguh dia terasa lemah.

“Sayang…sayang nak tahu tak yang abang appreciate dan bangga dengan sayang sebab sayang tabah dan kuat untuk melahirkan zuriat abang. Terima kasih sayang…”

“Untuk awak saya sanggup Quraisy…awak tahukan saya sayangkan awak?” Tengku Quraisy mengangguk.

“Kalau macam tu…sayang sangguplah bagi abang 14 orang anak?” Nia ketawa.

“Awak ni…penatlah saya!”

“Hahaha…abang taklah kejam nak buat dekat isteri abang ni! Yang satu ni pun abang dah bersyukur…”

Tiba-tiba pintu wad ditolak. Wajah Puan Muna dan Tuan Rafizul serta adik-adik Nia memenuhi ruang mata Nia.

“Ibu, abah…” Nia menyalami ibu dan abahnya. Adik-adiknya turut menyalami Nia.

“Nia nak makan sekarang?” tanya Puan Muna.

“Naklah kan?? Tengah lapar ni…” adu Nia. Puan Muna dan Tuan Rafizul tersenyum. Begitu juga dengan Tengku Quraisy.

Tengku Quraisy memapah Nia untuk bangun dari pembaringannya. Nia mengesot sedikit kerana terasa pedih di bahagian wanitanya. Yelah…first time bersalin kan?

Puan Muna menyuapkan Nia. Saja nak manjakan anaknya. Tak sangka anaknya telah memberinya seorang cucu.

“Mari sini biar Rizky yang suapkan…” pelawa Rizky. Puan Muna hanya mengikut. Rizky duduk di kerusi yang disediakan lalu menyuap kakaknya bubur.

“Tak sangka kakak aku yang brutal ni dah jadi ibu sekarang…” usik Rizky.

“Kau memang nak kena kan?!” marah Nia.

“Yelah…alah kak ni. Aku sengaja je usik kau! Itupun nak terasa ke?”

“Kau ni bila nak kahwin?!” soal Nia. Rizky terbatuk.

“Aku? Kahwin? Lawaklah kau ni kak!”

“Yelah! Habis tu, nak tunggu jadi bujang terlajak baru nak kahwin?!”

“Tak adalah cita-cita aku macam tu!” Rizky menyuap kakaknya bubur lagi.

Tengku Quraisy menghilang ke nursery. Nak mintak keizinan untuk membawa anaknya ke wad tempat isterinya dirawat.

Tak lama kemudian, Tengku Quraisy kembali ke wad bersama bayi yang berada dalam kot baby. Semua teruja memerhati wajah baby tersebut.

“Wah…sama macam abang Quraisy lah!” ujar Aisya.

“Muka aku tak ada ke?” soal Nia.

“Adalah sikit…mata dia ikut kau kak…tapi selebihnya abang Quraisy!” balas Hafriz.

“Alah…” Nia tayang muka merajuk.

“Assalamualaikum…” Rayyan dan Aryana memberi salam.

“Waalaikumussalam…” Aryana memerhati anak Nia dan Tengku Quraisy dalam baby cot tersebut.

“Wah…comellah! Nampaknya ada Tengku Quraisy junior ni! Sebijik macam Quraisy!” puji Aryana.

“Betul!” sokong Rayyan.

“Apa ni!!” Nia bersuara tak puas hati. Semuanya tertawa.

“Ehem!” suara seseorang. Tengku Quraisy dan yang lain memerhati ke arah pintu wad.

“Weyh Nizam! Nada!” Tengku Quraisy bersalaman dengan Nizam Zafi manakala Nada dan Nia saling berpelukan.

“Congrats bro! Dah jadi papa!”

“Thanks bro…kau macam mana dengan tu?” panjang muncung Tengku Quraisy menghala ke arah Nada.

“Alhamdulillah bro…berkat kesabaran aku, akhirnya aku dengan dia couple dan bulan depan kami akan bertunang.”

“Alhamdulillah…”

“Kau macam mana dengan Nizam, Nada?” tanya Nia pula.

“Alhamdulillah…bulan depan aku akan bertunang dengan Nizam…”

“Ya Allah…syukur! Akhirnya, kau bukak jugak pintu hati kau tu!”

“Yelah…mula-mula memang aku rasa macam dia ni playboy tapi bila lama-lama aku kenal dengan dia…aku rasa macam aku boleh ngam dengan dia…”

“Itulah! Try dulu baru tahu! By the way, congrats! Tak sabarnya nak tengok kau tunang!”

“Nia? Quraisy? Dah decide nak letak nama apa dekat baby?” tanya Tengku Darina teruja.

“Dah mama…kami dah lama setuju nak letak nama Tengku Adam Kamil….” Tengku Quraisy bergurau. Bukan ke nama dalam cerita Ariana Rose?

“Hah?! Eh? Tu bukan ke nama hero dalam cerita Ariana Rose?” tanya Nada blur.

“Hehehe…lawak jelah! Ok…nama yang sebenarnya ialah Tengku Zarif Razi…”

“Tengku Zarif Razi?? Hmmm…nice name!” puji Tengku Darina.

“Yang Nada ni bila nak kahwinnya?” tanya Puan Muna tiba-tiba. Nada terpaku. Begitu juga dengan Nizam Zafi.

“Tak lama lagilah mak!” sampuk Nia.

“Dengan siapa?”

“Tu!” semua mata terhala ke arah Nizam Zafi. Nizam Zafi tersengih malu. Errr…

“Alhamdulillah…” semuanya pakat bersyukur.

Nada hanya tersengih malu bersama Nizam Zafi. Semuanya riuh dengan gelak tawa seisi keluarga. Bercerita tentang kehidupan Aryana…Rayyan…Nia…Tengku Quraisy…dan saling usik mengusik bakal pengantin baru iaitu si Nada dan Nizam Zafi. Apa yang mereka impikan hanyalah sebuah bahtera yang aman damai dalam alam perkahwinan. Tak naklah gaduh-gaduh ok?? Bye! Semoga hidup mereka bahagia dan gembira selalu dengan kurniaan cahaya mata…Amin.

~TAMAT~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience