BAB 7

Humor Completed 39788

Nia melihat nombor telefon yang tertera. Sudah 3 missed call yang ditinggal oleh pemanggil nombor unknown itu. Dia langsung tak jawab panggilan tersebut.

Sapa pulak ni? Call aku malam-malam! Takut pulak aku nak angkat! Telefonnya berbunyi lagi. Hmmm…nak angkat ke tak? Angkat jelah!

“Hello?” suasana talian krik krik. Hesy! Aku dah jawab tak nak sahut pulak!

“Hello encik pemanggil?? Can I know who this?” tanya Nia. Krik…krik. Geram pulak Nia dibuatnya.

“Fine! Tak nak jawab?! Aku off talian!” baru sahaja nak tekan end call, di sana menyahut.

“Eh Nia! Jangan!” dahi Nia berkerut.

“Sapa ni dan macam mana kau boleh tahu nama aku?” soal Nia lagi. Pelik! Si pemanggil ni boleh tahu nama aku?

“Akulah Tengku Quraisy…”

“Kau lagi! Ya Allah! Apa yang kau nak hah?! Tak habis lagi ke nak kacau hidup kau?! Tak puas hati lagi ke aku dah jadi PA kau! Serabutlah aku!!” marah Nia. Sehari suntuk dia mengganggu aku! “Dan macam mana kau boleh tahu nombor aku ni??”

“Dari Encik Amin…well sorry sebab ganggu kau malam-malam ni. Sebenarnya aku nak cakap yang aku datang ambik kau esok dekat rumah kau! Lagipun kau tak tahukan location shooting aku kan?”

“Eh? Apasal pulak kau datang nak ambik aku pulak? No way! Just tell me the location and I’ll be there tomorrow as fast as I can!” Nia menolak hasrat Tengku Quraisy.

“Kau? Nak ke location shooting aku as fast as you can? Dengan naik LRT sesak pagi-pagi! Gosh! Kau jangan nak buat lawak! Aku dah tau location rumah kau! Siap sedia! Pukul 8.00 pagi aku dah pacak depan rumah kau!”

“What?! Hey! Tak payahlah! Nanti tak pasal ayah aku bising!”

“Tak ada maknalah! No excuse! Siap! 8.00 pagi aku dah sampai! Titik!”

“Tengku Quraisy!!!!” jerit Nia. Terdengar gelak tawa Tengku Quraisy sebelum talian diputuskan. Tut…tut…tut…

Nia mencapak telefon bimbitnya. Geramnya aku dengan insan bernama Tengku Quraisy ni!!!

Ting! Telefonnya berbunyi tanda ada mesej masuk.

Sedia esok! 8.00 pagi esok aku dah sampai!

Don’t be late! Kalau tak…tahulah aku nak

buat apa!

“Eiii!!! Stres nya aku dengan mamat ni!!!” bantalnya dihempuk kasar.

“Woii kak! Dah kau apasal?” tanya Aryan yang berselindung di sebalik pintu.

“Kau dah buat apa tercegat dekat situ?” Aryan hanya tersengih lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik kakaknya.

“Aku dengar kau jerit nama Tengku Quraisy tadi. Boleh aku tahu sebab apa?” tanya Aryan prihatin.

“Kau tak tahu Aryan…aku stres! Aku terpaksa jadi PA dia! Aku diberhentikan dari restoran tu sebab Tengku Quraisy tu nak buat aku jadi PA dia!”

“Lerhhh…dah apa hal? Bukan ke dia ada PA sendiri?”

“PA dia tu nak kena handle kerja dia dekat syarikat pulak!”

“Aikk? Dia ni retis ke pekerja?”

“Both!” Aryan lagi jadi bengap.

“Habis tu kau setuju ke kak?”

“Nak buat macam mana Aryan? Nak tak nak aku kena terima jugak sebab kalau aku tak terima, aku nak kerja mana?” Nia mula mengeluh.

“Alah…rilekslah kak! InshaAllah! Mesti ada sebab kenapa kau dipilih untuk jadi PA dia.”

“Sebab apa?”

“Sebab hang bakal jadi bini dia kot?” mata Nia membuntang.

“Kau jangan nak buat lawak pagi-pagi ni! Aku sepak kang!” Aryan ketawa.

“Aku gurau jelah kak!” bahu adiknya ditumbuk.

“Dahlah…aku nak tidur. Aisya dah tidur? Hafriz?”

“Hmmm…depa dah tidur.”

“Kenapa kau tak tidur lagi? Pergilah tidur!”

“Hmmm yelah!” Aryan keluar dari bilik kakaknya lalu pintu bilik ditutup.

“Hmmm…dah besar adik-adik aku. Dulu aku jaga ketot-ketot je! Tak sangka semua dah ambik periksa!” gumam Nia lalu membaringkan tubuhnya.

TENGKU Quraisy tersengih mengenangkan perbualan dia dengan Nia tadi. Seronok dengar Nia bebel! Nia…Nia…

“Hah…anak mama ni dah kenapa tersengih sorang-sorang ni?” tanya Tengku Darina.

“Eh mama! Hmmm…tak ada apa-apalah! Saja nak sengih tak boleh?” Tengku Quraisy sengaja bergurau dengan mamanya.

“Taklah tapikan mama tengok anak mama ni sengih lain macam? Boleh mama tahu?” pinta Tengku Darina. Cuba korek rahsia.

“Tak ada apa-apalah…”

“Ye ke? Quraisy tipu mama erkk? Cuba cakap? Nak mama minang sapa kali ni?”

“Isy mama ni! Sampai ke situ pulak. Baru je putus dengan Aryana…takkanlah nak jalin hubungan dengan orang lain? Dah seriklah mama…”

“Takkanlah kot? Ke Quraisy suka dekat budak waitress restoran tu? Yang bakal jadi PA Quraisy tu!” tebak Tengku Darina. Nampak perubahan riak Tengku Quraisy.

“Apa mama merepek ni? Mana adalah! Lagi satu, mana mama tahu yang budak tu nak jadi PA Quraisy?” hmmm…mesti ada spy ni.

“Yelah tu mama merepek! Apa yang merepeknya kalau kamu tu asyik intip je kawasan restoran tu bila budak tu tak ada! Pasal PA tu Amzi yang bagitahu…”

“Yang intip tu?”

“Zahirah Zira…”

“Eiii Zira ni!” gumam Tengku Quraisy geram.

“Kalau Quraisy suka, Quraisy cakap je dekat mama. Bawak dia jumpa mama. Lagipun kata Amzi, budak tu pakai tudung. It’s better than Aryana yang seksi tu!” jelas Tengku Darina lagi.

“Tak adalah ma…”

“Kalau tak, tak adalah Quraisy sengih sampai ke telinga macam ni! Quraisy…Quraisy jangan pendam perasaan tu. Nanti diri tu merana…”

“Taklah ma! Cukuplah dengan apa yang Aryana buat!” Tengku Quraisy cukup terkilan apabila Aryana curang di belakangnya.

“Nanti bawak dia datang rumah ya? Mama nak berkenalan dengan dia…” pinta Tengku Darina.

“Mama…dah kenapa pulak mama nak jumpa Nia? Dia tu dahlah gangster tak bertempat!”

“Dia tetap perempuan Quraisy.”

“Yelah…nantilah Quraisy bincang dengan dia. Tapi, Quraisy tak janji ya?” Tengku Darina mengangguk tanda setuju.

“OKlah ma…Quraisy naik dulu. Nak tidur…esok pukul 9.00 sharp dah nak kena ada dekat set.”

“Hmmm yelah! Tapi mama nak tanya sikit…kamu kerja dengan Ku Reen tu ok ke? Dia tak menggedik?”

“Adalah sikit ma tapi Quraisy buat bodoh je! Oklah ma, Quraisy naik dulu ya? Bye! Night!”

“Night!” balas Tengku Darina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience