BAB 13

Humor Completed 39788

Seperti yang dikatakan Nia tadi… selepas sarapan dia duduk di bangku luar. Nia datang dekatnya bersama minyak panas di tangan.

“Dekat mana sakit?” Tengku Quraisy menunjukkan 2-2 tangannya.

“Hmmm…kau ambik minyak ni kau sapu!” Nia menyerahkan minyak panas tersebut kepada Tengku Quraisy.

“Alah…takkanlah aku pulak nak sapu? Tangan akukan sakit?” sengaja nak mengada!

“Eii!!! Mengadanya! Anak sapo lah kan? Takkanlah aku nak ber touch dengan kau! Tak muhrim kot!” Tengku Quraisy hanya tersengih. Dia mengambil minyak angin yang penutupnya sudah dibuka. Perlahan dia menyapu di lengannya. Sakit tu memanglah…kejang habis!

“Kau cakap kau nak urut aku?”

“Malas aku!”

“Kau kenakan aku erkk??”

“Kau tak kenal lagi ke the real Cahaya Qisrania??” Nia menjongketkan keningnya. “Aku nak urut kau? Memang tak arr!”

Tuan Rafizul yang duduk di sebalik pintu hanya tersenyum mendengar pertengkaran anaknya dengan pelakon itu.

“Apa yang abang buat ni?” tanya Puan Muna. Dah tu suaminya hendap macam mengintip je.

“Anak awak dengan pelakon tu bertengkar je kerja.”

“Hmm…nak buat macam mana bang? Nia tu memang keras! Nasiblah si Quraisy tu!” balas Puan Muna sambil tergelak.

“Tapikan memandangkan esok kau ada set…so aku dengan segala hormatnya lah kan tawarkan perkhidmatan mengurut untuk kau! Aku rasa kesianlah dekat kau ni sebenarnya! Manalah tahukan nak pegang tangan Ku Reen nanti keras pulak! Tak real lakonan kau pulak! Tak pasal aku dituduh menyebabkan tangan kau tu ketegangan otot!” Nia menghampiri Tengku Quraisy. Jarak mereka hanya beberap inci.

Tengku Quraisy tak senang duduk. Entah kenapa jantungnya berdegup dengan pantas. Kau ni kenapa Quraisy?

“Kau ni dah kenapa? Macam cacing kena masak je? Kau takut duduk dekat aku? Eleh! Macamlah kau tak pernah duduk rapat macam ni dengan aku waktu sekolah dulu!” Nia memegang lengan Tengku Quraisy yang berlapik dengan baju.

Masalahnya Nia waktu tu aku tak ada apa perasaan dekat kau! kata Tengku Quraisy dalam hati. Degupannya bertambah bila Nia menyentuh lengannya walaupun berlapik.

“Auchh! Sakitlah! Perlahanlah sikit…” Tengku Quraisy mengaduh bila Nia picit di bahagian yang sakit.

“Tahanlah sikit kau ni! Ponen! Jangan jadi aww snagat boleh tak?!” balas Nia lalu memicit lagi lengan Tengku Quraisy.

“Sakitlah Nia…” suaranya jelas lembut.

“Amboi kau! Memang ponen erkk??”

“Dah memang sakit! Kau nak tahu macam mana rasa?” tanpa dipinta, Tengku Quraisy mencebik lengan Nia kuat.

“Auch! Sakitlah Quraisy!”

“Hah…macam mana kau rasa itulah yang aku rasa tau!” sengaja balas dendam!

“Eleh! Sengaja! Tulah! Sapa suruh kau cari bala angkat aku?!” Nia meneruskan urutannya.

Aku pun tak tahu sebabnya…aku memang tak ada sebabnya.

“Nia…kau suka aku tak?” soal Tengku Quraisy tiba-tiba. Urutan Nia terhenti.

“Apa yang kau merepek ni? Aku? Suka kau? Memang tak arr! Aku suka kau as kawan je! Tak lebih!” Nia menyambung kembali urutannya.

“Lebih dari tu sikit tak ada?” Nia memandang Tengku Quraisy dengan perasaan pelik.

“Apa punya soalan kau ni? Kau sengaja nak kenakan aku erkk?? Ke kau ni memang dah wayar putus?” Nia kembali mengurut lengan Tengku Quraisy.

“Sebab aku sukakan kau…” pengakuan yang tak boleh blah bagi Nia. Serta merta Nia ketawa kuat.

“Apa kau cakap?! Kau sukakan aku?! Hahahaha!!! That was too funny!!! Kau sedang practise berlakon erkk?? Kau bayangkan aku ni Ku Reen erkk?? Ke Zahirah Zira?” air matanya mengalir akibat banyak ketawa.

“I’m not joking Nia!” amaran tegas keluar. Nia berhenti ketawa. Mukanya ketat. Tengku Quraisy dipandang tajam.

“Kenapa kau perlu sukakan aku?! KAu sengaja nak sakitkan hati aku?! Kau nak buat macam Rayyan buat dekat aku dulu?! Kau sengaja kan?! Kau sepakat dengan Rayyan nak buat aku sakit hati ke?!” darahnya naik mendadak terus. Nafasnya naik turun.

“Aku bukannya nak permainkan kau..aku pun tak tahu bila perasaan ni aku ada untuk kau!”

“Dengar sini erkk! Lelaki semua sama je! I’m not a toy to play with! Aku ada hati! Aku ada perasaan! All men are jerk! Menyakitkan hati! Aku nak kau buang perasaan kau dekat aku tu! Aku mintak maaf banyak-banyak erkk! Memang aku tak boleh terima lelaki dalam hidup aku termasuk kau!” Nia segera bangun lalu menuju ke dalam rumah.

Tengku Quraisy tergamam. All men are jerk?? Termasuk sekali dengan akulah kiranya?

Tuan Rafizul terkejut dengan perubahan mendadak anaknya. Dia melangkah ke arah Tengku Quraisy yang hanya memerhati meja.

“Sabarlah Quraisy dengan Nia tu…dia masih tak dapat terima kenyataan lagi tu…”

“Saya tahu pak cik tapi dia kata all men are jerk! Maksudnya sekali dengan sayalah pak cik?”

“Taklah! Nia tu memang macam tu! Kalau dia marah…semua perkataan yang tak dimaksudkan pun dia boleh sebut! Pak cik pun tak tahulah nak ubah si Nia tu macam mana! Dia terlalu keras!”

“Saya faham pak cik…” Tengku Quraisy mengeluh.

“Dapatkan Nia dengan cara elok. Pujuk dia perlahan-perlahan…kalau kamu nak pak cik tolong kamu, inshaAllah pak cik boleh tolong!”

“Insha-Allah pak cik!” Tengku Quraisy tersenyum tawar dengan penerimaan Nia.

Nia menghentak bantal di atas katil. Geramnya aku!!!!

“Aku tak suka lelaki! All men are jerk and foolish! Gila talak!!! Aku tak suka bila lelaki suka dekat aku! Aku tak suka!!!” jerit Nia.

‘Kau bukannya tak suka Nia tapi kau takut nak terima lelaki dalam hidup kau! Kau tak pernah nak percayakan lelaki selepas apa yang jadi dekat kau! Tengku Quraisy yang baik tu pun kau samakan dengan Rayyan! Mana adil! Tak fare and square macam tu!’ satu suara berbisik.

“Tak…dia sengaja nak kenakan aku! Manalah tahu dia berpakat dengan Rayyan!” Nia masih tak dapat terima kenyataan.

‘Kau salah Nia! Kau salah!’ suara itu menafikan lagi. Nia menekup kedua telinganya. Arghh…lama-lama aku boleh jadi gila!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience