BAB 28

Humor Completed 39788

Janna terjaga apabila terasa ada tangan yang memegang kepalanya. Dia mengangkat kepala. Nia sedang tersenyum kepadanya.

“Nia?” Janna membalas kembali seyuman Nia.

“Sorry sebab menyusahkan awak!” ucap Nia dalam keadaan lemah.

“Taklah! Awak kan tunang Tengku Quraisy. Jadi, automatic awak pun jadi kawan saya!” balas Janna.

“Quraisy! Quraisy macam mana? Saya dengar dia macam kesakitan je semalam?” Janna hanya mampu mengangguk.

“Dia ditikam Rayyan di bahu 3 kali. Dia kehilangan banyak darah. Untung adik dia datang menderma.”

“Ya Allah…betul ke? Kejap! Rayyan?? Apa saya dah…kehilangan harga diri saya?” Janna hanya menggeleng.

“Tak…Rayyan belum sempat buat apa-apa dekat awak. Tengku Quraisy terus hentam dia!”

“Syukur Alhamdulillah…macam mana keadaan Quraisy?”

“Keadaan dia agak kritikal walaupun darah sudah disalurkan. Kita hanya mampu berdoa.”

“Rayyan?”

“Rayyan kita orang tak tahu sebab selepas saya patahkan tangan dan kaki dia…kita orang biarkan dia je dekat rumah tu. Entah selamat lagi ke tak!”

“Kenapa tak report polis?”

“Beri dia satu peluang lagi. If satu hari nanti dia akan buat macam ni lagi memang tak boleh bertolak ansur. Kita orang akan sumbat dia dalam penjara jugaklah!”

“Semuanya salah saya kan?” Nia mula menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku kepada Tengku Quraisy.

“Ish janganlah cakap macam tu! Semua ni bukannya salah awak pun! Benda dah nak jadi kan?” tangan Nia diusap. Kasar. Mesti banyak buat kerja ni!

“Yelah tapi…”

“Nia! Stop blaming yourself! Awak tak salah apa-apa pun!” Janna memotong percakapan Nia.

“Assalamualaikum!” suara Puan Muna kedengaran. Nia tersenyum melihat emak dan ayahnya datang.

“Waalaikumussalam…” jawab Janna dan Nia serentak.

“Cik Janna…terima kasihlah sebab jagakan anak mak cik ni! Nak harapkan adik-adik dia memang taklah!” ujar Puan Muna.

“Isy mak cik ni! Kenapa nak bercik pulak dengan saya? Panggil je Janna…”

“Hmmm…baiklah.”

“Mak cik…saya keluar dulu ya? Saya nak pergi jumpa kawan saya Tengku Quraisy pulak!” Janna menyalami Puan Muna.

“Baiklah…” Janna tersenyum pada Tuan Rafizul lantas keluar menuju ke wad menempatkan Tengku Quraisy.

Pintu wad itu ditolak. Tengku Arasy memandang ke arah Janna yang melangkah masuk ke dalam wad abangnya.

“Macam mana dengan Quraisy?” tanya Janna.

“Masih sama…no response! Aku risaulah Janna…”

“Insya-Allah tak ada apa-apalah jadi dekat abang kau! Abang kau ni kuat orangnya.”

“Memanglah tapi aku tetap risau! Dia seorang je abang yang aku ada selain kak Quraisya! Megat Rayyan pun aku takkan mengaku dia abang tiri aku!” ujar Tengku Arasy.

“Dahlah tu…aku nak balik kejap. Nak mandi apa dulu. Nanti aku datang…turn kau pulak balik mandi! Aku pulak yang jaga abang kau…”

“Hmmm…”

“Aku balik dulu! Bye!” Janna melangkah keluar dari wad dan segera keluar.

“KAU ni kenapa Rayyan?” tanya Tengku Quraisya yang ternampak kelibat Rayyan jalan terhinjut-hinjut serta tangannya berbalut.

“Kau jangan sibuklah hal aku!” bentak Rayyan lantas masuk ke dalam biliknya.

“Mamat ni dah kenapa? Aku tanya elok-elok dia balas macam loji kumbahan! Aku lesing kang! Biar cramp terus kau punya tangan tu!” Tengku Quraisya membebel.

“Arghhh!!!!” habis barang dalam bilik Rayyan bersepah.

“Aku takkan lepaskan kau Janna! Kau ingat kau buat aku macam ni, kau kuat?!” Rayyan menendang kerusi kecil meja solek.

“Aku pastikan kau mampus Janna Firash!” tekad Rayyan.

Kau agak sapa yang mati dulu? Janna ke Rayyan dulu? Baru kena belasah sikit dah cramp! Ada hati nak buat anak orang mampus!

“KAK…” satu suara yang cukup Nia kenal. Dia menoleh.

“Hafriz?? Kau buat apa dekat sini? Kau bukan ke tengah study?” pelik pulak aku! Macam mana budak ni terlepas?

“Aku mintak izin dekan tadi untuk balik. Hari ni je. Esok aku pergi balik matrik. Aku datang sini pun nak jenguk kau…”

“Buat susah kaulah datang sini jenguk aku! Aku bukannya jadi apa-apa pun! Bakal abang ipar kau tu yang teruk! Kena tikam!”

“Ya Allah…macam mana keadaan abang Quraisy?”

“Kritikal…dahlah! Kau pergi baliklah Hafriz! Tak guna kau jenguk aku ni! Bukannya aku ni sakit teruk pun!”

“Kau masih marah dengan aku ke kak?”

“Buat apa aku nak marah kau?! Perkara tu dah lama jadilah! Dahlah! Pergilah balik!”

“Cara kau ni macam marahkan aku! Kau ni halau aku segala. Oklah…aku mintak maaf pasal hari tu ok! Aku bukannya nak berahsia dengan kau. Cuma aku tak nak kau stres dengan masalah aku! Cukuplah aku dah susahkan kau selama ni!”

“Habis tu?! Kau nak bagitahu ayah?!”

“Taklah…tak berani aku nak kacau ayah! Kang kau debik aku! Sakit yang aku dapat…”

“Lain kali apa pun masalah kau, kau cakap dekat aku! Jangan dok berahsia macam hari tu! Hey! Apa gunanya aku jadi kakak kau kalau aku tak boleh nak tolong kau?!”

“Aku mintak maaf…”

“Dahlah! Tak payah nak pikir pasal tu dah! Aku pun dah malas nak pikir! Buat semak memori aku ni je!”

“Kau dah tak marah aku?”

“Kau nak aku marah kau lagi ke?” Hafriz hanya menggeleng.

“Tak sanggup kak kau marah aku! Boleh sengsara aku!” Nia hanya ketawa. “Eleh! Cintan pulak kau!”

“Mana ada kak! Yelah! Kalau kau marah aku, dengan sapa kau nak mengadu lagi nanti kan?”

“Hmmm…yelah!”

“Kak…” Nia memandang adiknya.

“Apa?! Hah! Kau nak duit lagi ke?!” tebak Nia.

“Hehehe…mana ada! Aku…aku…”

“Apa kau ni?! Jangan nak menggedik erkk?? Aku penerajang kau kang!”

“Hesy kau ni kak! Selalu negative! Sebenarnya kan…dah lama aku tak bermanja dengan kau! Kahkahkah!” Hafriz ketawa besar.

“Manja??! Oh please! Aku tolak kau masuk Sungai Rajang! Mau?”

“Isy kau! Kejam betullah! Sungai Rajang kau bagi dekat aku! Mahunya jadi makanan free bujang terlajak senang! Hesy! Seram!” Hafriz buat gaya seram.

“Akukan sebenarnya kesiankan ayah…nak kena bayarkan bil hospital ni…agaknya berapa ribulah duit ayah melayang! Duit aku tak cukup! Dalam akaun pun tinggal 900 ringgit je.”

“Hmmm…tulah! Aku nak tolong kau pun kak aku pun tak berapa ada duit! Dalam akaun aku baru je 500 ringgit.”

“Jangan susahlah! Aku yang bayarkan!” suara Nada menyapa.

“Nada?”

“Aha! Aku dah bayar dah bil perubatan kau ni! Tak mahal mana pun!”

“Memanglah tak mahal bagi kau sebab kau ni dari keturunan senang!” Nada duduk di sebelah Nia.

“Rindu kau Nia! Sejak kau tak kerja dekat situ aku sunyi sangat!”

“Eleh! Kerek arr aku ni Nada!”

“Betullah! Selalunya kau yang riuh dengan Syafiq di kaunter tu.”

“Dahlah! Nak buat macam mana kan? Redha jelah!”

“Tulah..” perbualan mereka terbantut apabila ada gerangan yang menolak pintu wad. Siapa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience