BAB 45

Humor Completed 39788

Ketika di meja makan, suasana sepi menyelubungi diri mereka. Hanya tangan dan mulut sahaja melakukan gerakan untuk menyuap dan mengunyah makanan. Nia menunduk manakala Tengku Quraisy dengan riak tidak senangnya. Entah kenapa.

Tengku Quraisy memandang Nia yang hanya menguis nasinya dengan hujung jari. Kenapa dengan bini aku ni? Err…sebab tadi ke?

“Ehem!” Nia tersentak dari lamunannya.

“Kenapa kau senyap tak makan?” Nia hanya menggeleng. Tengku Quraisy mengeluh.

“Kau marah aku pasal tadi ke?” Nia membatu. Tengku Quraisy menanti jawapan dari mulut Nia.

Memang! Memang aku marah! Aku tak suka dia buat aku macam tu tadi! Dia cakap dia bukan typical Rayyan tapi kenapa perkara tadi berlaku?!

“Ok Nia…aku tahu kau marah aku pasal tadikan? Apa yang aku boleh cakap ialah aku mintak maaf…as I said I can’t control!”

“Kau cakap kau bukan typical Rayyan!” baru Nia mula bersuara.

Tengku Quraisy melepaskan keluhan kecilnya. “Nia…sorry ok? Ok aku tahu aku salah! Then? Kau nak suruh aku buat apa supaya kesalahan aku tadi ditebuskan balik?”

“Nothing! Semuanya dah berlaku! I’m still shocked with what happened between us! Uhhh….just forget it!” Nia bangun bersama pinggannya dibawa ke sinki. He just took my first kiss?! Oh gosh!

Tengku Quraisy membawa pinggannya ke dapur untuk dibasuh. “Nia…”

“No! Keep silent between us until my heart catch up back!” Nia segera berlalu ke biliknya.

Tengku Quraisy hanya memandang. “Quraisy! What you had doing?!”

Nia membelek telefonnya. Mobile data dibuka dan what’s app dibuka. Hmmm…apa pulak yang Hafriz hantar kali ni?

Hafriz: Assalamualaikum kak…kau macam mana dekat sana? Kau sihat?

Lah….dia tanya khabar aku je ke? Ingatkan nak kirim pizza ke apa!

Nia: Aku ok je dekat sini…kau tu macam mana? Sihat ke? Apa kes derr kau what’s app aku? Aku ingatkan kau nak deliver pizza dekat aku!

Typing…

Hafriz: Hahahaha…dalam mimpi kaulah kak aku nak hantar pizza dekat kau! Hello, laki kau kan ada! Mintaklah dekat dia!

Nia: Hello! Kau ingat aku ni spesis meminta macam tu je ke?

Typing…

Hafriz: Hahaha…aku tahulah kau macam mana kak! Well, aku nak cakap dekat kau yang aku nak ada exam ni. Trial…tolong doakan aku ok?

Nia: Oh…kau dah nak trial? Ok…of course aku akan doakan yang terbaik untuk kau! Good luck!

Typing…

Hafriz: Thanks kak…oklah kak. Aku kena chau dulu. Kelas aku dah nak start!

Nia: Alright…bye!

Mobile data ditutup. Huh…dah nak trial budak ni! Hmmm…apa-apa pun aku akan doakan dia lulus dalam exam tu!

Pintu biliknya diketuk. Terdengar Tengku Quraisy memanggil namanya. “Nia…”

Duh! Apalah yang mamat ni nak lagi?! Hesy! Semak betullah!

“Apa?!”

“Aku…aku mintak maaflah! Kau jangan macam ni!”

“Stop Quraisy! Give me space!”

“Ok…” suara Tengku Quraisy tak kedengaran lagi.

TENGKU Quraisy membawa beg-beg baju Nia ke dalam biliknya di rumah papa. Hari ini dia dan papa akan bertolak ke Scotland atas urusan business. Rasa risaulah pulak nak tinggalkan Nia hanya dengan keluarganya sedangkan Rayyan ada di rumah tu! Tapi, kalau tinggal dekat sana sorang-sorang pun bahaya jugak!

“Nia…aku nak bertolak dah! Kau betul-betul sure kau ok?”

“Ya! Kau tak payah nak risau sangat! Lagipun Arays, kak Quraisya dan mama kan ada!”

“Yelah tapi Rayyan kan ada?!”

“Kau janganlah risau! Pandailah aku handle! Dah! Pergi cepat! Papa tengah tunggu kau dekat bawah tu!” Nia menarik tangan Tengku Quraisy dan menciumnya.

“Ok…take care yourself!” kata-kata itu mengakhiri perbualan mereka selepas Tengku Quraisy turun ke bawah dan masuk ke dalam kereta driver dan menuju ke KLIA.

Rayyan pula sudah tersengih memandangkan Nia sudah berada di rumah agam ini. The plan will begin!

Nia menutup pintu bilik. Dia merebahkan diri di atas katil yang bersaiz king itu. Hmmm…sedapnya kalau dapat tidur! Nia memejamkan matanya. Akhirnya dia terlelap.

Azan Maghrib berkumandang. Nia terjaga. Fuh! Lamanya aku tidur! Nasib baiklah terjaga! Nia membelek telefonnya. Dah 3 jam aku tertidur! Hesy Nia…Nia…kalau ayah dan mak tahu ni habis kau kena luku!

Tok! Tok! Tok! pintu bilik Tengku Quraisy diketuk. Nia mengerutkan dahinya. Sapa pulak?

Nia bangun menuju ke pintu. Pintu dibuka. Terkejut Nia apabila Rayyan yang berada di hadapan bilik Tengku Quraisy sekarang ini.

“Rayyan?! Kau nak apa?!”

“Aku nak panggil kau turun makan! Kau tak nak makan?” tanya Rayyan sambil tersenyum.

Mamat ni kalau tersenyum kambing macam tu mesti ada something!

“Nantilah! Aku nak sembahyang kejap!” Nia menutup pintu. Kalau lama-lama…kang benda lain yang jadi!

Ok Nia…you playing hard to get! Kita tengok! Plan sapa yang akan berjaya nanti!

Usai sembahyang maghrib, Nia turun dengan bertudung ke ruang makan. Ketika itu semua sudah menikmati jamuan mereka.

“Eh Nia? Hah! Marilah makan! Duduk!” pelawa Tengku Darina sambil tersenyum.

Nia hanya mengangguk lalu duduk di sebelah Tengku Arasy! Nak duduk tepi Rayyan? Better tak payah! Umpama aku masuk kandang harimau!

Rayyan hanya memandang Nia yang tersenyum duduk di sebelah Tengku Arasy. Ok…fine!

Tengku Quraisya memandang Rayyan. Hmmm…kena watch out si Rayyan sengkek ni! Dari cara pandangan dia tu, macam ada something yang dia plan! Bukan aku tak tahu pandangan jahat dia tu! Macam-macam dia boleh buat! Tambah-tambah lagi malam ni Nia tidur sorang-sorang! Tapi tak apa! Pintu Quraisy ada passcode! Masih safe!

Nia menikmati makanannya dengan penuh selera. Dah lama tak makan macam ni dengan mak ayah dan adik-adik! Hmmm…apa yang mereka tengah makan sekarang ni? Tak apalah…habis makan aku call mereka!

USAI menikamti jamuan, Nia meminta diri untuk masuk ke dalam bilik. Sampai di hadapan pintu bilik Tengku Quraisy, dia menakan passcode yang diberitahu oleh Tengku Quraisy sebelum bertolak ke Scotland tadi.

Tanpa Nia sedar, Rayyan sedang memerhati dia yang sedang menekan passcode tersebut. Rayyan tersenyum penuh makna! Yes! Aku dah tahu passcode tersebut. Tak lama lagi Nia! Tak lama lagi…

Nia masuk ke dalam bilik lalu mengunci pintu bilik. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu menelefon ayahnya. 5 saat kemudian, panggilannya berangkat.

“Assalamualaikum ayah!”

“Waalaikumussalam Nia! Nia apa khabar?”

“Nia sihat je ayah! Ayah dengan mak macam mana? Aryan? Adik-adik? Dah makan?”

“Alhamdulillah…kami semua sihat! Dah makan! BAru je lepas makan! Nia dah makan? Nia dengan Quraisy macam mana? Ok?”

“Nia makan dah! Baru je lepas! Nia dengan Quraisy ok je…lagipun petang tadi Quraisy dengan papa dia berangkat ke Scotland atas urusan business!”

“Habis tu, Nia tinggal dengan sapa?”

“Dengan family dialah! Tak apa…ayah jangan risau!”

“Hmmm yelah!”

“Aryan macam mana sekolah? Ada buat hal?”

“Tak adalah! Dia ok ja…cuma kebelakangan ni dia sibuk sikitlah dengan pelajaran STPM dia tu…”

“Hmmm…oklah ayah! Nanti kita chat lain lagi ok? Nia nak tidur kejap! Assalamulaikum!”

“Waalaikumussalam…” talian diputuskan. Namun, tertera mesej di skrin. Dari Quraisy!

Assalamualaikum Nia! Aku dah sampai Scotland!

Kau dekat sana macam mana? Ok? Rayyan tak

ganggu?

Nia membalas mesej suaminya.

Alhamdulillah…aku ok je dekat sini. Rayyan tu

kau tak payahlah risau! Dia tak ganggu aku pun.

Oklah…aku off dulu. Aku nak tido! Bye!

Ok…take care. Bye!

Nia meletakkan telefonnya di bawah bantal dan tak lama kemudian matanya turut terpejam!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience