BAB 49

Humor Completed 39788

“Tak guna punya Quraisy! Kau ingat dengan kau menghalau aku tengking macam tu aku akan diam terus?! Kau tunggu Quraisy! Aku akan make sure kau melutut balik dekat kaki aku! Aku takkan mengalah dan aku akan tewaskan Nia!” dalam membebel, Aryana merempuh bahu seseorang.

“Ops sorry…” ucap Aryana.

“It’s okay…” suara garau mengucap kembali.

Aryana memandang gerangan yang dia telah melanggar tadi. Errr…Rayyan?? Rayyan turut memandang Aryana. Aryana?

“Errr…” terkedu. What’s going on Aryana? Wake up! Don’t fall to him! Ingat your mission. Tengku Quraisy! Don’t say that you already fall in love to Rayyan? Errr…in a second?

“Sorry pasal tadi. I gerak dulu…” Aryana meninggalkan Rayyan.

“Wait Aryana!” pergerakan Aryana terhenti.

“You masih cintakan abang I tak?” Aryana memandang Rayyan dengan pandangan hairan.

“Kenapa you tanya macam tu?” apa tujuan Rayyan bertanya macam tu?

“Actually, kalau you nak abang I, maybe kita boleh bekerjasama?” kening Aryana terjongket.

“Apa yang you cuba cakap sebenarnya Rayyan?”

Rayyan tersenyum sinis. “I tahu you baru lepas jumpa abang I kan? So, actually isteri abang I tu ialah my ex-girlfriend if you want to know. So, I nak hak I balik dan you pun sama kan? So, kalau kita bekerjasam, I akan dapat balik Nia and you akan dapat abang I balik. Amacam?”

Aryana memandang wajah Rayyan dengan pandangan yang agak mencurigakan. “Betul ke you ni?”

“Yes. Kenapa? You ingat I nak bohong you ke?”

“No…tapikan I takut kalau semuanya terbongkar akhirnya nanti you akan letakkan semua kesalahan you dekat I. I tahu sangat you ni! Banyak muslihat!”

“Oh…come on Aryana! I tak akan buat macam tu! I banyak muslihat pun just untuk dapatkan Nia balik. So, deal?”

Aryana mengetuk-ngetuk dagunya memikir. “Kalau I tak nak?” sengaja dia menguji Rayyan.

“Oh Aryana…come on! Takkan you tak nak Tengku Quraisy yang duit berkepuk-kepuk tu and world famous tu?”

“You gila ke apa I tak nak?” bentak Aryana apabila dikata sedemikian.

“Then? Itulah you! Masa abang I dulu cintakan you separuh mati you buat apa? You curang dengan dia!”

“Please jangan nak ungkit ok! Ok…deal! I akan bekerjasama dengan you.”

“Deal!” mereka berdua tersenyum.

NIA tersenyum dengan kepulangan mama dan papa mertuanya. Nia menyalami mereka berdua.

“Nia apa khabar?” tanya Tengku Ariff Syah.

“Nia sihat je pa. Papa tu! Ok ke tak?”

“Papa ok je dekat sana. Nih…mana si Quraisy? Rayyan?” dengar nama Rayyan disebut, Nia dan Tengku Darina hanya menyepi.

“Hello…Nia? Mana Quraisy?”

“Emmm…Quraisy dia ke pejabat tadi! Katanya ada projek besar masuk!”

“Ok…Rayyan?” pandangan Tengku Ariff Syah dihala kepada Tengku Darina.

“Ina? Mana Rayyan? Selalunya riuh je dengan X-box dia tu?” tanya Tengku Ariff Syah lagi.

Tengku Darina menyepi lagi. Menaikkan pelik di hati Tengku Ariff Syah. “Ina…awak ada masalah ke? Nia? Kenapa dengan mama?” soalan dilontar kepada Nia pula. Nia turut diam.

“Sebenarnya saya dah halau dia dari rumah…” akhirnya Tengku Darina bersuara juga.

“Kenapa awak halau dia?” Tengku Ariff Syah memandang isterinya dengan pandangan yang pelik.

“Saya halau dia supaya dia sedar diri!”

“Kenapa ni Ina?”

“Ada satu malam, Rayyan hampir merogol Nia. Nasib baik Nia ni sempat lari keluar dari bilik. Perkara tu saya tak dapat nafi bila Quraisy bukak balik cerita yang Rayyan pernah juga cuba nak rogol Nia di satu tempat sampai membuatkan Nia khayal dengan ecstacy yang telah dicairkan! Ina malulah…sebab tu Ina halau dia!”

“Ya Allah…habis tu di mana Rayyan sekarang ni?”

Tengku Darina menggeleng. “Biarlah…biar dia dapat pengajaran dari apa yang dia buat! Kalau dia tak balik kondo dia, mesti dia balik ke rumah papa dia.”

“Ina…sepatutnya kita tak boleh buat dia macam tu. Kita kena didik dia elok-elok.”

“Nak tegur dia dan didik apa abang? Dia tu sekeras-keras alam! Untuk keselamatan Nia, saya terpaksa halau dia! Titik!” Tengku Darina menuju ke biliknya.

“Nia, papa masuk bilik dulu ye?” Nia hanya mengangguk. Tengku Ariff Syah segera ke biliknya.

Baru nak menuju ke bilik, deruman enjin kereta Tengku Quraisy kedengaran masuk ke perkarangan rumah. Nia menuju ke pintu.

“Hai…papa dah balik?” sapa Tengku Quraisy.

“Dah…kau masuklah mandi ke apa dulu.” Nia mengambil beg di tangan Tengku Quraisy. Hmmm…ni mesti kertas-kertas projek besar ni.

Nia menuju ke bilik. Beg kerja Tengku Quraisy diletakkan di atas meja kerja. Hmmm…bersepah! Kalau dah buat tu, bukannya reti nak berkemas!

“Nia…” Nia menoleh ke arah suaminya. “Ya?”

“Kau memang serius ke pasal semalam??”

“Ya…aku serius. Kenapa?”

Tengku Quraisy menghampiri Nia. “Sebab kau bukan Nia yang aku kenal semalam. Kau bukan Nia yang jenis suka meminta-minta. Kau cuba terus terang dengan aku Nia. Sebenarnya kau buat semalam atas dasar paksaan kan?”

“Apa ni Quraisy?! Kau tak percayakan aku ke?”

“Bukan aku tak percayakan kau tapi aku nak kau berterus terang dengan aku sebab kenapa kau jadi macam tu semalam? Tiba-tiba nak laksanakan tanggungjawab kau sebagai isteri aku yang sebenarnya?”

“Kenapa? Kau tak suka?”

“Bukan aku tak suka Nia cuma aku rasa pelik!”

“Dahlah Quraisy! Kau memang sebenarnya tak sukakan? Ok fine! Tak apa…anggap je tu hadiah je semalam!”

“Nia…dengar sini. Aku tahu kau buat semua tu sebab kau takut dengan Rayyan kan? Semuanya ada kena dengan Rayyan kan?”

“Memang! Memang semuanya angkara Rayyan! Kalau aku tak bagi dekat kau, kau nak dia tebuk aku dulu! Kau nak?!” tiba-tiba Nia naik hangen.

“Jadi, kau tak ikhlas semalam?”

“Aku ikhlas! Ikhlas! Buat apa aku nak marah sedangkan kau suami aku? Tak dak pasai aku nak marah dekat kau!”

Tengku Quraisy menarik senyuman. “Kalau kau ikhlas…”

“Hah! Apa! Kau jangan nak menggedik erkkk!!! Aku tumbuk kang!” Nia tayang penumbuknya.

“Alah…semalam tu?”

“Semalam tu lain cerita! Dah! Pergi pakai baju! Jangan nak menggatal sangat! Pergi!”

“Pakaikan…”

“Isy! Cepat!”

“Yelah…” Nia kembali mengemas meja kerja Tengku Quraisy yang semak. Tengku Quraisy kembali beralih ke arah Nia. Perlahan-lahan dia menuju ke arah Nia lalu tubuh itu digendong.

Nia terjerit apabila tiba-tiba sahaja tubuhnya digendong. “Quraisy! Apa ni?! Lepaslah!” muka Nia berona merah.

“I love you…” ucap Tengku Quraisy seromantik mungkin.

“Isy! Aku tahulah kau ni pelakon! Janganlah nak test berlakon dengan aku!”

“Siapa yang test berlakon! Kalau aku nak berlakon, lain caranya! I love you ni khas untuk isteri aku yang memang tercinta!”

“Eleh! Yelah tu! Cintalah sangat…” Nia mencebik.

“Yelah! Kau pun tahukan perasaan aku dekat kau dulu macam mana?” Tengku Quraisy menjongketkan keningnya.

“Yelah…dahlah! Turunkan aku!”

“Boleh! Tapi dekat atas katillah!” mata Nia membuntang.

“Quraisy! Serious lah!Aku ada banyak kerja nak kena buat ni!”

“Aku pun ada kerja dengan kau ni…” Nia mencubit lengan Tengku Quraisy kuat.

“Auwww…sakitlah!”

Nia tergelak. “Dah menggatal sangat!”

“Salah ke nak menggatal dengan bini sendiri. Ke memang kau nak aku menggatal dengan pelakon-pelakon di set?”

“Kau beranilah buat! Kang penumbuk yang singgah di muka kau!”

“Yes! Kau jeleskan?”

Nia buat muka pelik. “Aku? Jeles?”

“Yelah sayang oii! Kau jeleskan? Kalau tak, tak adalah kau nak bagi aku penumbuk! Hehehe…tak sabar rasanya nak anak!”

“Hesy!” Nia menampar dada bidang Tengku Quraisy.

“Janganlah main tampar-tampar! Tergoda pulak!”

“Jangan nak mengada! Ni dok angkat aku ni, kau tak lenguh ke?”

“Tak…” Nia mencebik. Bajetlah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience