BAB 15

Humor Completed 39788

Rayyan memerhati gerangan yang berjalan menuju ke arah mereka. Nia pun tak tahu kenapa dia boleh kaitkan Tengku Quraisy dalam cerita mereka ini. Tengku Quraisy pakwe aku?? I’m drove crazy!

“Kau buat apa dekat sini Quraisy?” tanya Rayyan pelik.

“Aku ada set dekat sini. Kau pulak buat apa dekat sini?” tanya Tengku Quraisy kembali. Mesti kes Nia ni!

“Aku..aku…”

“Bro…kau nak tackle ex girl kau ke? Kau nak jilat ludah kau balik ke?” Tengku Quraisy memandang Rayyan dengan senyuman sindir.

“Kau ni boyfriend Nia ke sekarang?” Tengku Quraisy tayang muka pelik ke arah Nia.

Nia buat isyarat supaya kata ya.

“Memang pun! Kau ada masalah ke bro?” Tengku Quraisy menepuk-nepuk bahu Rayyan sambil matanya tertancap ke arah Nia mintak explain. Nia memberi isyarat nanti aku explain.

“Tak adalah bro…oklah aku blah dulu. Aku ada temujanji dengan kawan aku! See you both later!” Rayyan segera beredar pergi. Kau jangan harap kau akan lepas dari aku Nia. Rayyan berkata di dalam hatinya.

“So, explain?” Tengku Quraisy menjongketkan keningnya.

“Aku terpaksalah!”

“Then?”

“Ok…macam ni! Rayyan nakkan aku balik! So, aku terpaksa mengaku aku ada pakwe. Dah alang-alang kau jalan ke sini, aku mengaku jelah kau tu pakwe aku!” terang Nia.

Tengku Quraisy tersenyum sambil jari telunjuknya dihalakan ke muka Nia. “Kau sebenarnya dah sukakan aku kan?”

Nia menepis tangan Tengku Quraisy. “Kau ingat aku kebulur nakkan pakwe ke?? Sorry sikit erkk! Kau jangan nak perasan lebih! Aku terpaksa je tadi!”

“Ok…ok…jomlah balik set! Shoot aku dah nak mula ni…” Nia hanya mengangguk. Mereka berjalan kembali ke tempat set.

“KAU ni apahal nak muka mendung tahap awan?” soal Alex, kawan kepada Rayyan tapi masuk Islam.

“Aku geram dengan Tengku Quraisy!” Rayyan muka waktu itu jangan katalah! Macam ayam berak kapur! Eh? Kena mengena ke?

“Dah pehal kau geram dengan pelakon tu? Bro, adik beradik takkan nak geram kot?”

“Adik beradik tiri!” Rayyan membetulkan ungkapan Alex tadi.

“Ok adik beradik tiri. So?” Alex masih tak faham.

“Aku jumpa Nia!”

“Nia?” sapa pulak Nia ni? Dahlah dia tak pernah cerita dekat aku!

“Ex girlfriend aku!”

“Yeah…so? Apa yang tak kena?”

“Dia jadi girlfriend Tengku Quraisy! Itulah yang aku tak puas hati! Tak serik lagi ke putus dengan Aryana?!” Rayyan mengetuk meja makan itu perlahan.

“Jadi? Biarlah!” Alex masih polos dengan jawapannya.

“Hey! Aku masih sayangkan Nia kau tahu?! Aku tak rela dia dengan sapa-sapa pun!”

“Duh kau ni Rayyan! Dulu waktu kau ada dia, kau langsung tak appreciate dia! Bila dia dah dengan orang lain, kau nak marah-marah?”

“Yes I admit it was my wrong! Tapi aku tak rela dia dengan Quraisy!”

“Lantak kaulah Rayyan…aku malas nak campur!” Alex menyedut air milonya.

Ohh…it’s so sad too…

Think about the good times

You and life…

Cause baby now we got bad blood

You know what is to be bad love

So take a look what you’ve done

Cause baby now we got bad blood

Hey!

Ringtone Bad Blood itu menyedarkan Nia dari lamunannya. Hafriz? Dia segera menjawab panggilan.

“Assalamualaikum. Ada apa kau call aku?”

“Kak…aku nak keluar ni pergi mall. Hari tu kau suruh aku beli fon dekat Aisya. Mana duit? Aku dah nak keluar ni.”

“Emmm…duit tu aku ada simpan dalam almari meja solek aku. Laci nombor satu. Ada tak?”

Krik…krik…Nia dengar bendanya diusik di talian.

“Ada tak?”

“Sampul putih ke?”

“Hah! Kau beli dekat dia Samsung Galaxy S3.”

“Hmmm…oklah kak! Aku chau dulu. Assalamualaikum…”

“Eh Hafriz! Kejap! Lepas kau beli kau datang ke set akak di Taman Tasik Titiwangsa. Akak dududk dekat belakang-belakang sikit.”

“Hmmm ok…”

“Kau pergi dengan sapa?”

“Aryan…”

“Naik?”

“Motor ayahlah…”

“Oh ok. Take care! Assalamualaikum!”

“Waalaikumussalam…” talian diputuskan.

SEJAM kemudian, Nia terdengar namanya dipanggil. Macam aku kenal suara tu! Dia menoleh ke belakang.

“Hafriz? Cepatnya kau beli! Ada baki tak?”

“Ada! Ada baki RM 300! Hari ni dia buat promotion dan diskaun sampai 30%.”

“Kenapa? Kau nak bagi kita orang upah ke kak?” Aryan hanya tersengih.

“Amboi kau! Buat kerja tak pernah yang nak ikhlas kan??” Nia menjegilkan matanya.

“Eh! Mana ada kak! Aku tanya je…” Aryan mencebik.

Nia mengeluarkan duitnya yang berbaki 300 ringgit. Duit itu diserahkan kepada Hafriz.

“Kau bedaklah dengan si Aryan ni. Sorang 150! Jangan sapa pun ambik lebih!”

“Eh kak..kau? Kau ada duit ke kak? Tak payahlah kak…kau ambiklah!” Hafriz menghulurkan duit 300 itu kembali.

“Tak apa…ambiklah! Anggap je ni duit belanja korang! Ambiklah…”

“Tapi kak…” Hafriz masih enggan menerima.

“Ambik aku cakap! Cuba dengar cakap aku!” ujar Nia tegas.

“Kak…kau ada duit ke?” tanya Aryan pula.

“Hehehehe…dalam dompet aku ni pun ciput sebenarnya. Ada 50 tu je…”

“Lah kau ni kan kak! Ambiklah! Kau lebih perlu dari kami!” Hafriz menghulur kembali 300 ringgit tersebut.

“Kau lagi perlu Riz!” Nia memandang Hafriz tajam. “Tinggal 3 hari lagi je kau nak masuk matrikulasi! Ambik buat belanja! Kau janganlah menyusahkan ayah sangat! Kalau kau nak, kau mintak dekat aku! Aku ada duit!” ujar Nia setegas yang mungkin.

Tengku Quraisy yang duduk tak berapa jauh dari Nia dapat mendengar setiap butiran percakapan Nia dengan adik beradiknya.

“Kau Aryan…aku tahu kau nak beli sneakers yang kau suka tukan? Kau pergilah beli! Kau jangan sesekali mintak dekat ayah! Kalau aku dapat tahu kau berdua mintak duit dari ayah, siap korang berdua! Biarlah duit ayah tu nak tampung Aisya, Ikmal dengan Zikri je! Korang berdua out!”

“Ok…akak ok ke? Aku bagi kau 50 lagi nak?”

“Tak payah! Ambik!”

“Terima kasih kak…” ucap Hafriz.

“Kau dah nak balik ke?” Hafriz hanya mengangguk.

“Kau tolong cakap dekat aya boleh tak? Aku nak kena ke rumah Tengku Quraisy malam ni. Mak dia nak jumpa aku. Entah nak buat apa entah!” pinta Nia.

“Apasal kau tak cakap sendiri? Kau call lah ayah!”

“Kredit aku habis dahlah! Tolong erkk??”

“Hmmm… oklah!” Hafrriz bangun dari tempat duduknya. Aryan datang menghampiri Nia.

“Entah-entah mak dia nak buat kau jadi menantu pa!” terus kepala Aryan diketuk.

“Kau nikan suka cakap yang merepek kan?!” Aryan menggosok kepalanya.

“Hehehe…aku gurau jelah kak!”

“Aku balik dulu kak! Jom!” Aryan dan Hafriz menuju ke motor.

Nia membelek beg kertas berjenama Samsung itu. Hmmm…tertunai jugak hajat aku nak beli henset kat adik aku ni. Kotak jenama Samsung dibawa keluar. Dia membawa keluar henset tersebut. Cover back dibuka. Bateri diletak dan cover back dipasang kembali. Dia menghidupkan telefon tersebut. Selepas telefon itu menyala…dia membuka lock screen. Hmmm…function bolehlah tahan bagus!

Menu? Dia menyentuh menu. Hmmm…semuanya dah ada! Oklah…dia menutup kembali telefon itu dan simpannya kembali. Sewaktu menoleh…Tengku Quraisy sudah duduk di sebelahnya.

“Hesy! Sejak bila kau terpacak ni?!” Nia menyimpan kembali telefon itu ke dalam kotaknya.

“Sejak kau belek telefon tu. Telefon baru ke?”

“Taklah…ini adik aku punya! Pehal kau nak tanya segala?”

“Dalam dompet kau tu ada 50 hengget je kan?” soal Tengku Quraisy. Nia memandang Tengku Quraisy. Mana dia tahu??

“Kau tahu mana?” Tengku Quraisy tak menjawab tapi mengeluarkan dompetnya dan 4 keping not 50 diserahkan kepada Nia.

“Apa ni?? Aku tak naklah!” kenapa dia bagi aku duit?

“Gaji kau aku tak bagi lagikan? So, nilah duit gaji kau!”

“Hello! Aku baru start je ok! Takkan kau nak bagi aku gaji dah?”

“Aku tahu kau bagi 300 tadi dekat adik kau untuk keperluan adik kau kan? Ambiklah…”

“Tak payahlah…tunggu cukup bulanlah…”

“Ambik aku cakap!” Nia memandang Tengku Quraisy. Tengku Quraisy hanya memandang dirinya bersilih ganti dengan duit di tangannya.

“Ok fine…aku ambik! But make sure lain kali bagi je cukup time! Ini baru pendahuluan kau. Nanti yang real kau akan tahu berapa jumlahnya.”

“Apa-apa jelah…” Nia menyimpan duit itu di dalam beg long champ nya.

“Kau baik kan sebenarnya?” ujar Tengku Quraisy tiba-tiba.

Nia mengerutkan dahinya. Apa maksud dia ni? “Aku baik?”

“Yelah…kau warn adik-adik kau jangan mintak dekat ayah kau kalau mereka nak duit. Mereka kena mintak dekat kau walaupun kau tak ada duit kan?”

“Kau dengar erkk??” teka Nia. Tengku Quraisy hanya menjungkit bahu.

“Kenapa kau suka aku?” timbul perasaan ingin tanya soalan itu kepada Tengku Quraisy. Tengku Quraisy melihat Nia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience