BAB 48

Humor Completed 39788

Nak menyesal ke redha dengan semua ni? Apa pun semuanya dah terjadi! Aku tak boleh nak tarik balik apa yang aku dah bagi dekat Quraisy semalam. Dia pun dah jadi suami aku dalam erti kata sebenarnya.

Apa pun Nia kau kena redha dengan semua ni. Kau yang mula bagi green light dekat dia! Jadi, tak ada sapa-sapa yang terpaksa atau dipaksa dekat sini. Hmmm…Nia bangun menuju ke bilik air. Dia perlu mandi wajib.

Tengku Quraisy meraba katil di sebelahnya. Eh??? Dia bangun. Mana Nia? Takkan dia marah pasal semalam kot? Kalau dia marah pasal semalam, errr aku rasa aku tak paksa pun dia. Dia yang bagi green light. Tapi…

Tengku Quraisy bangun menuju ke bilik air. Dia terdengar pancutan air yang turun di dalam bilik air.

“Nia…”

“Ya?”

“Lama lagi ke? Aku nak terkucil ni!”

“Bagi aku 10 minit lagi…”

“Ok…” Tengku Quraisy menuju ke arah katil. Walaupun dirinya terasa gembira apabila Nia sudah pun menjadi isterinya yang sebetulnya, tapi dia tahu kenapa Nia tiba-tiba menjadi sebegitu. Tak apa…aku tak salahkan bini aku pun.

Tengku Quraisy membuka cadar katilnya. Cadar katil itu perlu dibasuh. Takkan nak biar pulak kan? Tak lama kemudian, Nia keluar dari bilik air.

“Dah?” Nia mengangguk. Dia memandang Tengku Quraisy yang sibuk membuka cadar katil.

“Kau pergilah mandi. Biar aku yang bukakan cadar tu…”

“Hmmm…ok.” Tengku Quraisy menuju ke arah bilik air.

Usai memakai baju, Nia turun ke bawah bersama cadar yang perlu dibasuh tersebut.

“Hai Nia…kenapa cadar tu perlu dibasuh?” tanya Mak Jah, orang gaji baru di rumah Tengku Ariff Syah.

Nia hanya tersenyum. “Saja nak basuh Mak Nah…lagipun dah 2 minggu tak basuh.”

“Hmmm yelah tu! Itu apa?” panjang muncung Mak Nah ke arah cadar tersebut yang ada setompok ‘benda’. Nia memandang. Ya Allah!!!

Nia tersengih. “Period lah Mak Nah!”

“Emmm…faham! Kalau pun bukan period, mesti yang satu lagi. Alah…jangan nak malulah dengan Mak Nah! Mak Nah ni lagi berpengalaman dari kamu!” muka Nia berona merah. Isy! Kantoilah pulak!

“Hmmm dah! Pergi basuh!” Nia mengangguk. Cadar tersebut diletak ke dalam mesin basuh. Hailah Nia! Nasib kaulah nak terkantoi dekat Mak Nah! Buatnya dekat mama? Tak ke aku dapat malu? Kalau Arasy atau kak Quraisya?? Huhuhu…lagilah malu!

“Mak Nah…mana mama? Dia tak turun breakfast ke?” tanya Nia apabila kelibat Tengku Darina langsung tiada.

“Oh…puan Tengku dah keluar awal tadi. Jemput Tuan Tengku katanya…”

“Oh…” ternampak kelibat Tengku Quraisy yang tergesa-gesa menuju ke pintu keluar. Eh? Takkan tak nak breakfast kot?

“Quraisy!” Nia berlari ke arah suaminya. Tengku Quraisy menoleh melihat isterinya yang datang menghampiri dirinya.

“Kau nak pergi mana kalut-kalut ni? Tak nak breakfast dulu ke?”

“Tak…aku kena pergi pejabat sekarang! Ada projek besar masuk! Amzi baru call aku tadi! Oklah…aku pergi dulu…” Nia menyalami Tengku Quraisy. Tengku Quraisy mencium dahi Nia tanda balas kembali.

Tengku Quraisy segera memandu keretanya ke pejabatnya. Nia masuk kembali ke dalam rumah.

“NASIB baik kau sempat datang!” ujar Amzi sebaik sahaja nampak kelibat Tengku Quraisy masuk ke dalam bangunan pejabat.

“Untung jugak tak berapa nak jammed! Client tu dah datang?”

“Dah! Jom! Dia pun baru sampai!” mereka berdua menuju ke bilik mesyuarat. Tengku Quraisy berasa gentar sedikit apabila kebanyakkannya mata memandang ke arahnya sewaktu dia memberi penjelasan tentang selok belok syarikat dan projek besar yang mereka berjaya dapatkan.

Amzi turut terpukau dengan kenyataan yang diberi oleh Tengku Quraisy. Jelas dia nampak wajah-wajah client dari Singapura tu cukup berpuas hati dan faham dengan apa yang dihuraikan oleh Tengku Quraisy. Well done this time Quraisy! Ayah Tengku mesti bangga dengan kau kalau dia tahu ni! Amzi memuji Tengku Quraisy. Bukan dia tak nampak kegetaran yang terpancar di wajah Tengku Quraisy.

Usai habis penerangannya, semuanya menepuk tangan tanda cukup bangga dan puas hati dengan penerangan Tengku Quraisy. Tengku Quraisy menarik senyuman. Syukur Alhamdulillah! Akhirnya…

“Tahniah bro! Kita berjaya dapat projek tu bro! Aku bangga dengan kau walaupun kau gentar sedikit tadi!” Amzi memuji Tengku Quraisy sewaktu mereka melangkah keluar dari bilik mesyuarat tadi.

“Tulah! Aku memang getar sedikit tadi! Yelah…last minute tau aku dapat tahu dari kau tanpa prepare apa-apa pun!”

“Tahniah sekali lagi! Weyh bro…tu!” Amzi menunjuk gerangan seseorang yang duduk di sofa ruangan menunggu.

Tengku Quraisy mengeluh. Apa lagi yang dia nak ni?! Hesy! Semak betullah!

“You nak apa?!” soal Tengku Quraisy keras.

Aryana menutup majalah yang dibacanya lalu bangun menghadap Tengku Quraisy.

“You…”

“Apa?! You nak buat publisiti lagi ke?! Please Aryana! Stop bothering me! I rasa you pun tahu yang I dah kahwin kan?!”

“Yes! Memang! Memang I dah tahu tapi why? Why you choose her but not me?”

“She’s better than you! At least dia tak adalah tukar-tukar pasangan macam you ni! Nasib baik I ni bukannya jenis truly blind percayakan you!”

“Quraisy…tapi you tahukan I masih sayangkan you?”

“Yes but was back then! You hanya sayangkan harta I tapi bukan hati I!” Tengku Quraisy berlalu keluar.

“You! You! Wait!” Aryana menggenggam tangan Tengku Quraisy.

“Apa ni?!” Tengku Quraisy menepis tangan Aryana dari menyentuhnya. Dia tahu di mana-mana pun mesti ada wartawan.

“I think you better balik sebelum kita jadi isu dekat sini!”

“Tapi…”

“I cakap pergi!!!” tengking Tengku Quraisy. Terhinjut bahu Aryana dengan tengkingan mengejut Tengku Quraisy. Aryana segera beredar.

Tengku Quraisy meraup wajahnya. Huh! Kau mampuslah perempuan! Jangan harap aku nak dekat kau balik! Mati hidup balik pun aku takkan terima kau!

“So? Bertengkar lagi?” tanya Amzi.

“Perempuan tu memang tak seriklah! Dengan aku dia tak takut tapi kalau dengan Janna, mati perempuan tu dikerjakan!” balas Tengku Quraisy. Dia mengeluh. Apalah yang aku nak kena buat lagi ni?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience