BAB 38

Humor Completed 39788

Nia dan Tengku Quraisy duduk di seat penumpang belakang. Nia mengeluarkan plastik berisi ubat-ubat untuk mencuci luka suaminya.

“Selak!” arah Nia. Cotton lembut dibawa keluar.

“Hah?”

“Kau pekak ke? Aku suruh kau selak baju!” adoiii! Yang tu pun tak dengarkah?

“Oh…” Tengku Quraisy membuka bajunya. Mata Nia membulat.

“Hoi! Aku suruh selak! Bukan bukak baju kau! Apalah yang kau toyol sangat ni?!”

“Eleh! Bukan ada aurat pun! Lagipun kalau aku separuh bogel pun senang kau nak buat kerja cuci luka aku tu! Dah! Cepat! Kejap lagi nak singgah masjid! Nak sembahyang. Kau tak apalah cuti!” muka Nia memerah bila dirinya mention dalam ayat suaminya. Sengaja nak kena aku kan?!

Nia memulakan cuciannya dengan antiseptic dahulu. Tengku Quraisy mengaduh pedih.

“Pedih erkk?” tanya Nia.

“Pedih lah!”

Kemudian dia sapu pula dengan krim apa benda entah! Ada ubat warna kuning! Hesy! Tengku Quraisy curi-curi memandang wajah Nia. Hailah…gugat iman aku tengok kau ni Nia. Tambah-tambah lagi berdua-duaan dengan kau macam ni! Sabarlah duhai hati…

“Siap!” ujar Nia. Dia menyimpan kembali segala ubat-ubat Tengku Quraisy. Namun baru sahaja dia hendak melangkah keluar, tangannya ditarik kembali.

“Apa?” tanya Nia. Manalah tahu ada rasa pedih ke apa ke? Sakit ke…

“Kau sakit ke? Kalau sakit cakap dekat aku…” hesy! Risau pulak aku tengok mamat ni dah lain macam!

Tengku Quraisy mendekatkan mukanya ke muka Nia. Nia pula tak keruan. Mamat ni nak buat apa? Tiba-tiba…

Pakk! Pipi Tengku Quraisy ditampar oleh Nia. Tengku Quraisy mengaduh sakit sambil memegang pipinya.

“Oh…kau nak menggatal erkk?? Nasib kaulah dapat penampar dari aku!” Nia terus melangkah keluar.

“Hesy Quraisy! Behave! Jangan rosakkan kepercayaan dia!” Tengku Quraisy menampar pipi sebelahnya. Dia memakai kembali bajunya.

Ketika dalam perjalanan, mereka berdua hanya menyepi. Krik…krik…

“Ehem!” Tengku Quraisy berdehem. “Nia…err aku mintak maaflah tadi. Aku tak tahan! Sorry…”

“Tak apa…tapi lain kalau kau buat macam tu, aku penerajang kau! Kecuali satu je aku bagi kau sentuh aku!”

“Apa?” hehehe…peluang!

“Aku bagi kau cium pipi aku je kalau kau nak melebih! Dekat lain jangan! Faham?!”

“Aip aip captain!” bibir Tengku Quraisy mendarat di pipi Nia.

“Isy! Apa ni?!” Nia mengelap pipinya.

“Yelah! Kau kata sendiri kan kalau aku nak melebih aku boleh cium pipi kau! Sekarang ni aku melebihlah ni!”

“Hesy!” Tengku Quraisy tersenyum riang.

SEMENTARA menunggu Tengku Quraisy habis solat, Nia bermain dengan telefonnya. Hmmm…nak main apalah? Namun tiba-tiba satu mesej masuk.

Kau jangan harap kau dah kahwin dengan Quraisy…

kau akan terlepas dari aku Nia! (unknown)

Sapa pulak ni? Errr…Aryana?

Sapa ni? Aku kenal kau ke?

Beberapa minit kemudian, mesejnya dibalas.

Yes…kau memang kenal aku dan kau ada kena

mengena dengan aku. Remember? (unknown)

Otak Nia memproses sesuatu. Rayyan!

Rayyan!!!

Lama mesejnya hendak dibalas. Nia menunggu sehingga mesej masuk.

Yes I am! Sekarang ni aku dah ada dekat

Malaysia…and wait for me sayang. (unknown)

He is!!! Kenapa dia balik ke Malaysia!!! Arghhh!!!!

“Nia?”

“Quraisy!!!!” Nia memeluk Tengku Quraisy. Nasib baik dalam kereta.

“Kau kenapa ni Nia??” Tengku Quraisy mengusap belakang Nia. Apa yang dah jadi ni?

“Aku t..t…takut Quraisy!”

“Apa yang kau nak takutkan? Aku ada kan? Cuba kau cerita Nia! Apa dah jadi ni?” Nia menyerahkan telefon bimbitnya. Tengku Quraisy membaca mesej yang tertera tersebut.

“Rayyan?!” dia dah ada dekat Malaysia?

“Aku takut!” Tengku Quraisy merungkai pelukan Nia. Dia memandang ke dalam anak mata Nia. Sungguh, Nia memang dalam keadaan takut sekarang ni!

Tengku Quraisy mengusap air mata Nia. “Kau jangan takut ok? Aku ada! Kau jangan risau!”

“Aku tetap takut…”

“Hey!” pipi Nia dipegang supaya mata Nia menatap matanya. “Aku ada di sisi kau! Lagipun, mana Nia yang aku kenal? Mana Nia yang garang dan tak mudah tewas ni?! Kau kena kuat Nia!”

“Kau jangan mudah menangis dan mudah mengalah macam ni! Lagilah Rayyan suka! Dah! Jangan menangis! Tak macho arr bro!”

Nia menampar tangan Tengku Quraisy. Dia tergelak. “Kau ni! Aku sedih macam ni pun kau nak main-main lagikan?”

“Mana ada! Aku nak hiburkan kau je! Dah…jom! Aku nak kena masuk set dah ni!” Nia hanya mengangguk. Tengku Quraisy memandu keretanya ke tempat shooting.

Sampai di tempat shooting, mata mereka berdua tertancap pada wanita yang anggun dengan baju paras betis dan seksi itu. Oh…Aryana!

“Apalah yang minah ni nak!” Tengku Quraisy mendengus. Rimas betullah aku!”

“You buat apa dekat sini?!” tanya Tengku Quraisy kasar. Nia menuju ke tempat baju Tengku Quraisy.

“Ha…! Finally! You ada jugak! You tahu tak I lenguh tunggu you! Dah lama I tunggu you!” Aryana merengek. Baginya, Tengku Quraisy harus dipikat kembali.

“Sapa suruh you tergedik-gedik tunggu?!” semak!

“Alah…I cuma nak jumpa you..takkan tak boleh?”

“Memang! Memang tak boleh sebab muka you ni semak tahap alam! Kalah hutan belantara di Malaysia ni you tahu tak! Muka palsu! Semua palsu pasal youlah! You jangan harap you akan dapat I balik Aryana perasan Grande!” Tengku Quraisy ingin berlalu namun tangannya ditarik.

“You…” Tengku Quraisy menepis tangannya.

“You ni tak faham bahasa ke?! Ke nak I tampar you baru you faham?!”

“You ni kenapa kasar sangat??” aku tak akan mengalah!

“Miss Pavilion world Sophie Paris!” suara Janna mula kedengaran. Aryana terkaku. Tahu sangat kalau ayat tu keluar. Maknanya Janna Firash memang ada!

“What are you doing here hah Miss Sophie Paris?!” Janna memerhati Aryana dengan pandangan nak telan.

“Errr…”

“Janna…kau urus minah ni kejap! Aku nak kena jumpa director kejap!” Janna hanya mengangguk. Tengku Quraisy segera berlalu.

“You!”

“Eh hei hei hei! Apa you you hah Miss Sophie Paris?! Kau ni memang nak kena penumbuk lagi erkk? Ke kau nak kena penampar?!”

“Kau ni boleh tak jangan nak ganggu aku dengan Quraisy?!” balas Aryana kasar.

“Oh…ganggu kau dengan Quraisy?! Hey! Kau sedar diri tak Miss Sophie Paris?! Kau yang ganggu ketentaraman dia sekarang ni!”

“Hey! Bini dia yang menganggu I dengan Quraisy!”

Aku?! Isy! Apa kes pulak aku yang kena?! Nia gumam dalam hati.

Janna menarik rambut Aryana. Biar kusut! Nak Sophie Paris sangat dekat sini kan?! Nak tunjuk hebat depan aku?!

“Auch! Sakitlah damn stupid woman!”

“Apa? Damn stupid woman?!” genggamannya lagi kuat. “Kau dengar sini erkk holy fucker bullshit damn annoying woman! Kalau kau jejak lagi dekat sini, aku takkan teragak-agak nak bunuh kau! Faham!” rambut Aryana dilepas.

Aryana memandang Janna dengan pandangan tak puas hati lalu segera beredar. Sempat matanya menjeling Nia. Siap kau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience