BAB 52

Humor Completed 39788

“Aku terima nikahnya Sofea Aryana bt. Zarudin dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai!” hanya sekali lafaz, maka jadilah Rayyan dan Aryana sepasang suami isteri.

Majlis itu turut dihadiri oleh keluarga Tengku Ariff Syah. Megat Kamaludin tak dapat menanggung malunya apabila berhadapan dengan keluarga Tengku Ariff Syah. Bukan sahaja Megat Kamaludin yang rasa namun Tengku Darina turut merasa malunya.

Mereka segera keluar dari masjid. Rayyan dan Aryana menaiki satu kereta pulang ke kondo milik Rayyan.

Apa yang membuatkan Megat Kamaludin dan Tengku Darina malu ialah bila berita tangkap basah anak mereka tersebar di akhbar.

MEGAT RAYYAN DITANGKAP BASAH BERSAMA PASANGANNYA DI SEBUAH HOTEL.

Tengku Quraisy pula berasa lega dengan semua ini apabila Rayyan mengakad nikah tadi. Fuh! Tak ada lagi yang akan menjadi pengacau rumah tangganya nanti!

“Kenapa sengih-sengih ni?” tanya Nia apabila sedar yang suaminya tersengih sendirian.

“Yelah! Akhirnya, musuh tertumpas jua! Sepandai-pandai sandy cheeks melompat akhirnya jatuh ke bikini bottom jua! Kahkahkah…”

“Jahatlah kau ni! By the way, aku pun rasa seronok jugak bila dia dah kahwin!” ujar Nia juga.

“Nia…minggu depan aku start shoot tau!”

“Hmmm ok. Patutlah aku tengok atas meja kau tu penuh dengan buku skrip! Rezeki kau murah betul!”

“Betul tu! Aku pun tak sangka. Kau tahu aku akan berlakon dengan sapa?”

“Sapa? Eleh! Zahirah Zira lah tu kan? Kan?” Nia menjongketkan keningnya.

Tengku Quraisy menggeleng. “Habis tu sapa?”

“Kau cuba teka pelakon ni kan dia berlakon cerita Suamiku Encik Sotong yang kau suka sangat tengok tu!”

“Emmm…” Nia mengetuk dagunya. “Oh!!!! Amyra Rosli?!” Tengku Quraisy mengangguk.

“Wah!!!! Untunglah kau weyh!!! Hahaha…” eiii! Pelakon yang comel tahap gunung tu!!! Shake shake you all!

“Kau tak jeles ke aku berlakon dengan dia, dia jadi bini aku?”

“Hello! Aku faham ok! Kau di set so kau kena efisyen dengan semua peraturan yang ditetapkan dan status kau sebagai pelakon, right?”

“Pandai pun! Dahlah jom balik!”

“Jom!” mereka menuju ke kereta.

“HESY! Tak pasal I kena kahwin dengan you!” marah Aryana.

“Hello Aryana! You ingat I nak kahwin sangat dengan you? Kalau bukan kerana paksaan dari family I, I pun tak ingin nak kahwin dengan you! You tu bukannya suci sangat!” balas Rayyan tanpa pedulikan Aryana.

“You cakap jangan sedap ikut mulut you je erkk!!! I yang tak suci nilah yang you nak guna! Dasar jantan tak sedar diri! Jerk!!!”

“Hey! You jaga erkk mulut you tu! Jangan sedap nak kata je! Jerk aku pun lagi eloklah dari kau ni yang disgusting bagi mana-mana lelaki!”

“Apa-apalah! I malas nak layan you! Kalau layan you ni, menyampah pulak rasa! Dasar lelaki yang berlagak sombong dan bodoh!”

“You lagi bodoh! You ingat Quraisy nak ke dekat diri you ni yang I rasa menjijikkan?? Berapa lelaki dah yang ‘masuk’? I pun tak berselera!” balas Rayyan lagi!

“Hesy!” bentak Aryana lalu segera masuk ke dalam biliknya. Bangang punya Rayyan! Ok fine! Kau kutuk aku ye Rayyan? Ok…aku tak akan sekongkol lagi dengan kau! Biar aku sendiri yang jadikan kau kambing hitam aku! Segala rahisa kau aku akan bocorkan! Biar aku yang jadi spy tak bertauliah kepada Quraisy dan Nia! Biar kau rasakan betapa sakitnya hati aku!

Kau ingat aku nak sangat jadi pelacur di pub tu!? Aku terpaksa kau tahu! Aku terpaksa! Kalau bukan kerana dipaksa, tak adalah aku nak buat kerja tu! Tak adalah aku nak curang dengan Quraisy! Mulai sekarang, aku nekad aku bantu Quraisy dan Nia! Aku tak nak lagi bersepakat seperti pak cik aku dulu untuk meruntuhkan rumah tangga orang! Aku tak nak mengumpul dosa lagi!

Yes! Dulu memang aku nak hancurkan rumah tangga Quraisy dan Nia but not now ever and after! Aku sedar aku terlalu jahat! Ini semua sebab gangguan mental aku oleh kerana pak cik aku yang menjual diri aku di pub tersebut! I hate this feeling! Pak cik aku pun dah meninggal masuk setahun! Aku masih ingat perintah Allah dan cara-cara hendak sembahyang tapi aku tak pernah laksanakan sejak aku menjadi pelacur!

Orang yang tak bermaruah macam aku ni masih layak lagi ke untuk bertaubat dan berpangkuan kepada Allah? Apa Allah masih terima taubat aku nanti? Pernah dia terbaca artikel, ‘jika hendak bertaubat, bertaubatlah kamu. Sesungguhnya Allah menerima taubatmu dan pintu taubat sentiasa terbuka selagi matahari belum terbit di sebelah barat.’

“Ok yana…you can do this! You can do this! You must change your reality performance!” Nia menyeka pergi air matanya lalu segera menuju ke bilik air. Dia perlu mandi.

Usai mandi, Aryana membuka almari yang dipenuhi dengan pakaiannya. Apa yang aku nak pakai erkk?? Semuanya seksi-seksi belako! Emmm…this! Aryana mengeluarkan blaus yang agak panjang tapi hanya betul-betul paras ‘itu’ sahaja. Hmmm…oklah ni! Lepas ni aku keluar pergi shopping baju-baju baru! Baju blaus itu dipadankan dengan seluar slack hitam.

“You nak pergi mana?” tanya Rayyan bila ternampak kelibat Aryana melintasi ruang matanya. “Takkan you nak pergi pub. Come on…masih siang kot?”

“Excuse me? I bukannya nak pergi pub tapi I nak pergi shopping. Barang keperluan I dah nak habis. So? Would you like to join me?” sinis saja pertanyaan Aryana.

Rayyan mencebik. “Nope…thank you!”

“Alright…” Aryana melangkah pergi. Kau ingat aku hadap ke nak keluar jalan-jalan dengan kau Rayyan? Blah arr…

Sampai di shopping mall, ramai mata yang memandang ke arahnya. Aku tahu kenapa mereka pandang aku! Ini mesti kes akhbar aku kena tangkap dengan Rayyan! Hmmm…lantaklah! Malas aku nak layan ragam manusia!

Dia menuju ke arah butik yang menjual baju-baju muslimah walaupun hanya blaus dan jenis-jenis baju lagi. Hmmm…baju kurung? Aku ada sehelai! Jubah? Aku tak adalah lagi! Beli jelah!

“Ye cik Aryana? Cik nak beli apa ya?” tanya seorang peniaga kedai tersebut ramah.

“Emmm…saya nak beli baju muslimah. Ada ke?”

“Oh ada. Nak sekali dengan tudung tak?”

“Tudung??” tahu ke aku nak pakai tudung! Wake up Aryana! First change! You can show it!

“Yes…ada yang satu set dengan tudung! Selendang. Tapi ini instant shawl. Just sarung je. Nak tengok?”

“Boleh!” dia mengikut wanita bertubuh kecil itu ke bahagian set baju muslimah beserta tudung.

“So, inilah set tu?”

“Yes cik Aryana. Emmm…cik Aryana nak beli untuk siapa erkk??”

Errr…agaknya budak ni pengsan tak kalau aku cakap aku yang seksi ni nak pakai semua tu?

“Saya yang nak pakai sebenarnya…” wanita itu memandang tak percaya. Biar betul?

“Alhamdulillah…” terpancul ayat itu dari mulut gadis comel itu. “Ok, kalau macam tu cik Aryana boleh pilih yang mana-mana. Saya bagi diskaun 10% less untuk cik Aryana!”

“Eh! Ye ke? Tak payahlah!”

“Tak apa cik Aryana! Pilih je!”

“Ok…” Aryana memerhati set yang tergantung kemas pada patung tersebut. Hmmm…I think this pink blaus beautiful with chiffon instant shawl soft cream. Dia memerhati pada patung kedua pula. Nice!

“Saya nak set ini dan ini dan yang lain saya nak pergi pilih! Saya nak tengok jubbah pulak!” gadis itu hanya mengangguk. Aryana memilih jubbah yang dirasakan sepadan dengan dia. Simple tapi taklah ketat pada badannya. Kemudiannya, dirinya disapa seseorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience