BAB 31

Humor Completed 39788

Akhirnya, hari yang dinantikan tiba jua. Nia sudah bersiap dengan baju akad nikahnya. Baju yang berwarna putih dan dipadankan dengan tudung berwarna pink lembut menaikkan seri wajah Nia.

“Weyh kak! Kau cantik arr!!!” puji Aisya. Nia hanya mencebik.

“Kau kalau nak naik pelamin pun akan jadi cantik macam ni jugak! Ikmal dengan Hairi mana?” manalah adik-adik aku ni?

“Adalah! Dok main dekat taman bawah tu…” Nia hanya mengangguk.

“Kak!” suara Hafriz menyapa. Begitu juga Aryan.

“Emmm…boleh pulak kau ponteng?” soal Nia kepada Hafriz.

“Alah…kau faham-fahamlah! Aku kan pelajar cemerlang dekat matrik tu! Hahahha…”

Nia mencebik. “Eleh! Kau ni bangga lebih! Aku luku kang!Aryan! Kau dah beli barang sekolah?” Aryan menggeleng.

“Kenapa?”

“Duit aku tak cukuplah kak…tak apa! Aku masih boleh pakai baju-baju yang lama tu!”

“Tak payah! Kejap! Aku bagi duit…Aisya! Ambik beg duit aku dekat laci aku tu!” Aisya melangkah ke arah laci dan mengeluakan beg dompet Nia.

“Nah…” Aisya menghulurkan beg dompet tersebut.

Nia membuka dompetnya dan beberapa keeping not 50 dibawa keluar dan dihulurkan kepada Aryan.

“Kak! Banyak ni kak! 500 kau bagi aku?” betul ke kak ni?

“Kau belilah beg baru dengan seluar! Kasut pun aku tengok dah lusuh! Beli baru! Stoking! Kalau tak cukup, sms aku!”

“Tak payahlah kak…kau dah bagi aku ni pun kira mencukupi dah! Lagipun aku nak ambik STPM je…tak banyak barang yang nak kena pakai pun!”

“Tak banyak pun yuran nanti nak kena bayar jugak kan?”

Aryan tersengih. “Hmmm…”

“Ingat! Nanti yuran kau jangan pergi tunjuk dekat ayah! Kau bagi dekat aku!”

“Ok…” Aryan hanya setuju. Kalau tak ikut, kepala ni mangsa ketukan Nia nanti!

“Nia!!!” suara Nada memenuhi ruang.

“Weyh Nada! Aku ingat kau tak nak datang!”

“Gila kau aku tak datang?? Hesy! Hari bahagia best friend kawan aku! Mestilah aku datang!”

“Bahagialah sangat kan?”

“Opss!!! Lupalah…” Nada tersengih. “Kau lawalah dengan baju ni. Serius tip top! Aku nak ambik gambar dengan kau boleh?”

“Tak naklah aku!”

“Alah Nia…sekali ni je! Bolehlah ye?”

“Hmm…sekali ni je?” Nada mengangguk.

“Ok…”

“Yeah!!!” Nada mengeluarkan telefon bimbitnya lalu camera dipasang. Dia snap gambarnya bersama Nia.

Hmmm…tak lama lagi aku akan jadi isteri Tengku Quraisy! Alahai…bersedia kah aku nak galas tanggungjawab yang lebih berat selain menjaga kebajikan adik-adik aku?

“Kak!” suara Ikmal kedengaran.

“Apa?”

“Depa dah panggil kau turun. Kita dah nak kena bertolak ke masjid…”

Jantung Nia berdegup dengan pantas. Alamak! Gelabahlah pulak!!! Macam mana ni?

“Nia…kau tarik nafas dalam-dalam. Rileks ok?” Nia mengangguk. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Fuh! Rileks Nia!

Nia perlahan-lahan bangun dan menuju ke arah kereta. Fuh! You gonna be a wife today! Sabar…rileks!!!

Sampai sahaja di depan masjid, Nia bersama keluarganya menuju ke dalam masjid. Pihak pengantin lelaki dah sampai. Fuh! Nia duduk di atas kusyen yang disediakan.

Tengku Quraisy tergamam melihat wajah Nia yang sudah disolek. Cantik! Sangat cantik! Banyak kilauan yang berlaku di dalam masjid akibat pancaran flash kamera.

Wartawan turut berada di luar. Fuh! Susah betul jadi artis ni! Ramai wartawan sedang menunggu untuk tanya soalan yang semestinya panas!

Upacara nikah akan dimulakan. Nia hanya mendengar apa sahaja tok kadi sebutkan.

“Cahaya Qisrania…betul ke ini lelaki pengantin awak?” tanya tok kadi tersebut.

“Ye…”

“Jadi betullah ye? Taklah mana tahu. Silap pengantin ke..” tok kadi itu membuat lawak. Mereka hanya tertawa.

Kemudian, upacara dimulakan dengan peranan isteri dan suami. Adalah dia membaca tentang hadis.

“Kita test dulu akad nikahnya…tak apa! Rileks! Jangan gementar!” Tengku Quraisy hanya tersenyum.

“Tengku Quraisy Zuhail b. Tengku Ariff Syah…”

“Ya saya…”

“Aku nikahkan dikau dengan Cahaya Qisrania bt Rafizul berwalikan bapanya kepadaku dengan mas kahwinnya 1000 ringgit tunai…”

“Aku terima nikah Cahaya Qisrania bt Rafizul dengan mas kahwinnya 1000 ringgit tunai…”

“Alhamdulillah…sesi percubaan pun dah lulus! Kalau macam tu…kita mulakan ya?” semuanya pakat mengangguk.

Tangan Tengku Quraisy digenggam. Tengku Quraisy mula berdebar.

“Tengku Quraisy Zuhail b. Tengku Ariff Syah…”

“Ya saya…” hatinya dah berdegup kencang. Sikit lagi Quraisy!

“Aku nikahkan dikau dengan Cahaya Qisrania bt Rafizul berwalikan bapanya kepadaku dengan mas kahwinnya 1000 ringgit tunai…”

“Aku terima nikah Cahaya Qisrania bt Rafizul dengan mas kahwinnya 1000 ringgit tunai…”

“Sah?” tanya tok kadi itu kepada wali-wali.

“Sah!”

“Kalau saya tak kata sah, tak sahlah lagi!” sengaja Tuan Rafizul dan Tuan Rahim menyakat Tengku Quraisy. Semuanya pakat ketawa. Nia turut ketawa.

“Sah!” akhirnya…Nia menitiskan air matanya. Sedih akan berpisah dengan mak dan ayahnya.

Nada mengusap bahu Nia. Nia tak dapat menahan sebaknya. Cepatnya semua ini berlaku.

Nia menyalami emaknya yang berada di sisinya. Tubuh itu dipeluk erat.

“Nia dah jadi isteri yang sah kepada Tengku Quraisy…layan dia sebaiknya. Jangan jadi keras sangat!” pesan Puan Muna. Nia hanya mengangguk.

Lafaz ta’aliq dibaca depan Nia. Lantang Tengku Quraisy membacanya. Nia hanya memandang Tengku Quraisy yang segak dengan baju melayu putih itu.

“Faham?” tanya tok kadi lebih kepada lafaz ta’aliq yang dibaca tadi.

“Faham…” jawab Tengku Quraisy.

“Tak faham selagi tak sign!” semuanya ketawa dengan celoteh tok kadi tersebut.

Selepas Tengku Quraisy sign…kertas itu diserahkan kepada Nia untuk di sign. Selepas sign, kertas itu dikembalikan kepada tok kadi.

“Dengan ini, maka secara rasmi Tengku Quraisy dan Cahaya Qisrania sudah sah menjadi pasangan suami isteri.” Tengku Quraisy mengucap syukur di dalam hati.

Selepas daripada menyaruk cincin…Tengku Quraisy membuat sembahyang sujud syukur. Menyatakan kesyukurannya kepada Allah kerana mengizinkan Nia menjadi isterinya.

Usai habis kesemuanya, mereka melangkah keluar dari masjid. Nia beriringan dengan Tengku Quraisy.

“Cantik kau hari ni…” puji Tengku Quraisy.

“Yelah tu!” Nia mencebik.

“Yelah!”

“Nia…jom naik kereta aku! Kita nak kena salin baju untuk resepsi kau petang ni!” ujar Nada.

“Well…congrates Tengku Quraisy sebab jadikan kawan saya ni isteri awak!”

“Hmmm…tak payah nak congrates sangatlah!” Tengku Quraisy tersenyum.

Wartawan mula menyerbu Tengku Quraisy namun semuanya ditegah oleh bodyguard yang diupah oleh Tengku Ariff Syah. Tengku Quraisy melangkah ke arah keretanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience