BAB 62

Humor Completed 39788

“Hello darling! I’m back!” laung Rayyan sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Namun…krik krik…sepi.

“Hello Nia?? Keluarlah! Saya ada beli present untuk awak!” laung Rayyan lagi. Beg-beg souvenirs diletakkan di atas meja. Dia memerhati pintu bilik Nia. Mana Nia ni? Tak keluar-keluar pun!

Rayyan menuju ke arah bilik Nia. Bilik Nia diketuk. “Nia? Nia? Keluarlah…jom tengok souvenirs yang aku beli dekat kau ni!” tiada sahutan.

Rayyan memulas tombol pintu namun berkunci. Aikk?? Berkunci? Rayyan mengetuk. “Nia! Nia! Keluarlah! Jom!” krik krik…Rayyan rasa tak sedap hati. Dia segera mendapatkan kunci pendua lalu pintu bilik Nia dibuka. Kosong.

“Nia! Nia! Kau dekat mana?!” jerit Rayyan. No! Impossible if she could run away from this house!

“Nia!” tak bersahut.

“Oh damn!!!” Nia lari! Matanya tertumpu ke arah tingkap yang terbuka sedikit.

“Bullshit!!! Dia lari keluar ikut tingkap?!” Rayyan mengetuk-ngetuk tangannya. “Nia!!!!”

“Aku yakin…dia masih ada di area JB! Yeah!” Rayyan terus melangkah keluar dari rumah dan mencari Nia.

NIA menerima suapan terakhir dari suaminya. Habis bubur dimakannya. Laparlah derr. Yang dalam ni pun nak makan jugak! Habislah Nia badan kau ummmmm nanti!

“Nah…” Tengku Quraisy menghulurkan segelas air bersama vitamin.

“Thanks…” Nia menyerahkan gelas air kembali kepada Tengku Quraisy.

“Ok…for now kau just rehat dulu ok?? Take care my baby dalam tu…” Nia hanya tersenyum lantas mengangguk.

“Yelah! Dah nama pun anak kau dan anak aku jugak! Mestilah aku akan jaga dia apa! Kau ni pun! Apa? Ingat aku ni kejam sangat ke?” Nia memandang Tengku Quraisy.

“Adalah sikit…kadang-kadang kau tak nak makan…”

“Yelah! Waktu aku tak ada selera macam mana? Nak paksa? Buatnya aku muntah macam mana?”

“Yelah…aku kalah. Ok, kau rehat apa dulu. Aku nak pergi bilik laundry kejap!”

Nia mengerutkan dahinya. Nak ke bilik laundry?? “Nak buat apa?”

“Lah…takkan aku nak mandi sayang oiii?? Of course lah aku nak basuh baju!” Tengku Quraisy menggeleng dengan pertanyaan isterinya.

“Isy tak payahlah! Nanti biar aku yang basuh!” tegah Nia. Rasa macam menyusahkan pulak.

“Tak apa. Aku ok! Lagipun hari nikan public holiday. So, apa salahnya kalau aku galas tanggungjawab isteri aku kan?? Aku pun naklah rasa macam mana kerja seorang isteri.”

“Eleh! Nak tunjuk caring lah ni?” Nia memerli.

“Of course…kau untung tau dapat suami yang secaring macam aku ni…”

Nia hanya mencebik. Masuk lif tekan sendiri! “Apa-apa jelah hubby…”

Tengku Quraisy segera beredar menuju ke bilik laundry. Dia memerhati bakul yang berisi baju kotor. Hmmm agak banyak dan sebahagiannya ialah bajunya. Tengku Quraisy menggaru kepalanya. Hmm…cara-cara nak guna mesin ni aku pandailah tapi….sukatan sabun?? Errr…yang ni aku fail! Seriously! Alah Quraisy….buat je! Bukan dia nak keluar buih sangat! Dia duduk dalam mesin je! Tengku Quraisy tersengih memikirkan ideanya yang tak berapa nak cerdik didengari.

Isy Quraisy ni! Boleh ke dia basuh baju?? Pandai ke dia sukat sabun tu?? Kang tak pasal-pasal banjir bilik laundry tu! Fuh! Harap-harap dia pandailah guna! Kalau aku turun, kang kena bebel pulak.

Tengku Quraisy menyumbat bajunya masuk ke dalam mesin. Hmmm…baju aku banyak so automatically ialah sabun pun mesti banyak kan?? Tengku Quraisy menuang serbuk sabun itu mungkin dalam 7 sudu?? Gosh!!! Usai menekan butang start, Tengku Quraisy terus keluar dari bilik laundry.

Dia mencapai batang mop beserta baldi yang sudah diisi dengan air sabun. Dia hendap mengemop lantai. Yelah…selama ni Nia je yang buat. Biarlah aku pulak yang buat kan?? Dia mula mengemop. Nasib baik bab mop ni dia pandai! Kalau tak, entah agaknya yang buat tarian ice skate sebab banyak air sabun atas lantai.

5 minit kemudian, Tengku Quraisy menangkap bunyi aneh di bilik laundry. Apa bunyi tu?? Gedegung gedegang semacam je?? Tengku Quraisy melepaskan batang mop lantas berlari ke bilik laundry. Allahuakhbar!! Bilik laundry sudah dibasahi dengan air sabun yang keluar dari mesin. Tengku Quraisy perlahan masuk ke dalam lalu suis mesin basuh tersebut ditutup.

Nia yang terbau wangi yang semerbak harum satu rumah terus turun ke ruang bawah. Dia menuju ke bilik laundry. “Ya Allah Quraisy! Apa yang kau buat ni??”

Apa yang dah jadi dengan bilik laundry ni?? “Apa yang kau buat sampai jadi macam ni??”

“Entahlah…” Tengku Quraisy menggaru kepalanya. Dia sendiri bingung.

“Kau mesti letak sabun lebih ni! Berapa sudu kau letak??” tanya Nia. Kalau bukan kerana sabun tak lebih, dia takkan jadi macam ni!

“Aku letak 7 sudu…” jawab Tengku Quraisy jujur.

“What?! 7 sudu?! Hey! Orang tak letaklah sabun serbuk sampai 7 sudu! Ya Allah Quraisy…nasib baik ada saluran air keluar tau!” Nia terusan membebel. “Selalunya orang letak 2 ½ sudu ataupun 3!” Nia menggaru kepalanya. Alamatnya…bilik laundry ni memang nak kena cuci!

“Sorry…” pinta Tengku Quraisy.

“Tak apalah…benda dah jadi pun! Kalau kau tak reti, panggillah aku! Kalau tak, pergilah atas tanya aku. Ini tak…dahlah! Jom bersihkan bilik ni…kang tak pasal aku yang jatuh!” Nia masih membebel sayang.

Nia mencapai mop yang digunakan Tengku Quraisy tadi lalu mengemop lantai tersebut. Dia menuang air bersih ke atas lantai supaya sabun-sabun tadi tidak melicinkan pergerakan mereka. Nia mengemop tempat yang telah dituang dengan air bersih tadi.

“Quraisy! Kau bawak keluar semua baju kau tadi!” Tengku Quraisy hanya akur lalu mengeluarkan baju yang dibasuhnya tadi dan diletakkan kembali ke dalam bakul.

“Macam mana kau handle semua baju kau ni dulu erkk??”

Tengku Quraisy tersengih malu. “Aku dulu upah bibik…tapi memandangkan aku dah ada bini so no more need a bibik.”

“Oh…no wonder kau blur dengan semua ni!” Nia hanya buat memek muka mendengar kata-kata Quraisy tadi.

Usai mengemop, Nia melangkah keluar. Letihlah pulak…Tengku Quraisy yang melihatnya terus menggendong tubuh Nia. Nia terjerit kecil.

“Dah kenapa kau nak angkat aku segala?”

“Saja…aku kesian tengok kau letih nak jalan. So, sebagai membalas jasa aku angkat kau.”

“Tak sakit ke tangan kau nanti??” sengaja Nia memerli suaminya.

“Oh…perli??? Kalau sekarang ni, taklah sangat! Dulu first time ok!”

“Eleh! Yelah tu…selama ni aku tengok kau punya movie kau angkat pelakon-pelakon ok je??”

Tengku Quraisy tersengih. “Depa ringan, kau….berat!”

Nia menumbuk pipi Tengku Quraisy perlahan. “Jahatlah!” Nia merajuk-rajuk manja dengan Tengku Quraisy. Tengku Quraisy hanya tergelak melihat rajuk isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience