BAB 6

Humor Completed 39788

“Nia!!!” laung seseorang apabila dirinya hendak berjalan pulang. Duh!!! Mangkuk mana pulak yang call aku ni?!

“Apa?!” ya Allah!!! Mamat ni lagi?! Dah tak ada orang lain ke yang aku perlu jumpa?

“Aku nak discuss something dengan kau.” ujar Tengku Quraisy.

“Apa yang kau nak hah?! Pasal nak jadi PA kau?! Sorrylah! Aku langsung tak berminat! Aku malas nak jawab soalan wartawan!” Nia memeluk dirinya.

“Kenapa? Aku boleh bagi kau gaji lebih kut?”

Nia mengetap bibirnya tanda geram. “Hey! Ini bukan soal gaji ataupun apa erkk! Yang aku tau aku tak naklah jadi PA kau! Banyak lagilah perempuan lain boleh jadi PA kau! Apa kes kau nak angut aku sekali?!” mamat ni kecik besar kecik besar je aku tengok!

“Aku dah mintak pun dekat bos kau supaya kau ni jadi PA aku. Bos kau ok je?” mata Nia membuntang.

“What?! Kau cakap dekat bos aku?! Hey! Apa hak kau nak buat macam tu?! Kau ni…memang kan!!! Erghhh!” Nia berjalan meninggalkan Tengku Quraisy di belakang sambil menelefon bosnya.

“Hello bos! Apa ni bos?! Bos serahkan saya kepada Tengku Quraisy untuk jadi PA dia?! Come on lah bos! Saya tak nak!”

“Bos!!! Bos sepatutnya bincang dulu dengan saya!!”

“Oklah bos! Nak buat macam mana kan?!” Nia berhenti di tepi jalan lantas telefonnya disimpan kembali.

“Macam mana?” suara Tengku Quraisy mengejutkan Nia.

“Macam mana apa?! Terpaksa jugaklah aku jadi PA kau! Puas hati?!” Nia berlalu meninggalkan Tengku Quraisy.

“Nia!” lantas tangan Nia dipegang.

“Jangan peganglah!” marah Nia! Tahulah dia ni pelakon tapi janganlah suka-suka nak pegang aku macam aku ni berlakon dengan dia!

“Sorry…”

“Apa sorry sorry? Sorry pi cari ikan tenggiri lah! Makin aku layan kau ni, makin berlemak kau ni mengganggu aku!”

“Nia!”

“What?!” wajah Tengku Quraisy ditenung sedalamnya! Tunggu masa ja aku nak bubuh!

“Emmm…nothing.” Nia terus berlalu. Malas nak cakap banyak-banyak dengan mamat tu! Buat hati aku sakit je! Suka suki hati dia je mitak Encik Amin berhentikan aku supaya aku jadi PA dia! Macamlah orang lain tak ada!

NIA membuka laman fac nya. Nak update status.

Stres nya aku! Kalau aku kata aku tak nak, kenapa perlu memaksa! Aku meluat betullah! Hesy!

#menyampah!

#meluat_dekat_TQ!

post!

Tak lama kemudian, Nada like status nya dan mula komen.

Kau apasal beb?

Nia membalas.

Aku meluat dekat TQ tulah! Ada patut! Kita chat dlm what’s app jelah!

Hmmm…ok!

Laman what’s app dibuka. Dia segera mesej kepada Nada.

Nia: Aku bengang dengan Tengku Quraisy kau tahu!

Nada: Apasal kau nak bengang dekat dia?

Nia: Dia dah ganggu hidup aku!

Nada: Apa dia? Cerr kau terang bagi habis!

Nia: Dia suruh Encik Amin berhentikan aku dan tukar aku jadi PA dia! Gila tak gila!

Nada: What?! Hey! Habis tu Encik Amin setuju lah?

Nia: Yes!

Nada: Alah…nanti tak adalah aku nak havoc dekat tempat kerja! Kalau ada pun, dengan Syafiq je!

Nia: Tulah! Aku malas lah nak jadi PA artis ni! Nnti kena berjwb dengan wartawan pulak! Menyampah aku!

Nada: Nasib kaulah Nia…

Nia: Kan??

Nada: Habis tu, kau tak datang kerjalah esok?

Nia: Maybe tak kot! Yalah…Encik Amin kan dah berhentikan aku? So, buat apa aku nak masuk kerja situ lagi?

Nada: Hmmm…tak apalah. Nak buat macam mana kan?

Nia: Aku sedihlah…oklah Nada aku off dulu. Mak aku dah panggil turun makan dah! Nanti kita chat lain ok?

Nada: Oh..ok ok.! Bye sis!

Nia: Bye…

Nia turun ke ruang makan. Hmmm…mesti mak masak Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri! Wah! Sedapnya!

“Hmmm…kak! Mailah duduk!” pelawa Aryan sambil tersengih.

“Sejak bila kau pandai jemput aku ni?” Nia duduk di sebelah Aryan.

“Hehehe…saja nak berbaik dengan kau. Salah ke?”

“Aku cuma pelik!” Nia mula mencedok masak lemak cilia pi tersebut. Pedas? I love pedas!

Nia mengangkat tangan apabila ayahnya, Tuan Rafizul membaca doa. Semuanya mula menjamah makanan bila doa diaminkan.

Namun, apabila nasi disuap, bayangan Tengku Quraisy menerpa. Hesy! Kau ni menyemak fikiran aku tahu tak?! Kenapa kau harus ambik aku jadi PA kau?! Kenapa?!!!! Aku tak hengenlah nak jadi PA kau! Kenapa? Kau pikir kau tu retis kau baguslah nak paksa aku macam ni?!

“Nia??” panggil Tuan Rafizul.

“Nia!” panggil Tuan Rafizul sekali lagi. Kali ini tegas.

Nia tersedar dari lamuan maki hamunnya tadi. “Hah?! Apa ayah?”

“Apa yang kamu menungkan depan rezeki kamu tu? Masakan mak kamu ni dah tak sedap ke? Tu masak lemak cilia pi tu…”

Nia hanya mampu tersengih depan emak dan ayahnya serta adik-adiknya. “Tak ada apa-apalah ayah. Terfikir yang sekarang ini orang dah tak kerja lagi!” opss!!! Macam mana aku boleh terlepas?? Mati aku! Ayah pun dah usya aku lain macam!

“Kamu dah tak kerja di situ? Habis, kamu kerja dekat mana?” tanya Tuan Rafizul ingin tahu.

“Emmm…emm…”

“Apa?”

Macam mana aku nak cakap dekat ayah ni? Kalau aku cakap kot ada yang tercekik tulang tenggiri ni pulak!

“Nia?”

“Ya ayah…emmm kejap lagilah Nia cerita ya? Kot kejap lagi cerita terlekat pulak tulang ikan tenggiri ni. Makanlah dulu…” dalih Nia. Abah boleh terima ke? Buatnya dia sakit jantung macam mana?

Isi ikan tenggiri itu dicarik lalu disuap ke dalam mulut dengan hati yang tak tenang.

Usai makan, Nia lepak depan televisyen. Saja nak hilangkan tension nya. Drama Kau, Aku, Kita dilayan. Suka tengok Syarul Ridzwan dan Janna Nick bergaduh.

“Nia nak cakap apa tadi dekat ayah?” tanya Tuan Rafizul lalu punggungnya dilabuhkan di sebelah anaknya.

Alamak! Ayah ni ingatlah pulak! Apa yang aku nak cakap dekat ayah?

“Nia?? Cakaplah…”

“Emmm ayah…sebenarnya kan…sebenarnya….”

“NIa…cakap je dengan ayah. Ayah tak marah kamu. Cuba ayah nak tahu apa pulak kerja kamu.”

Ok NIa. Rileks!!! “Macam ni ayah…perkara ni pun Nia baru tahu. Nia sebenarnya kena jadi…emmm jadi PA…arr PA kepada pelakon!”

“Apa? Kamu jadi PA kepada pelakon?” Nia mengangguk takut-takut.

“Habis kerja kamu dekat restoran tu?”

“Encik Amin berhentikan Nia sebab pelakon tu yang suruh!”

“Pelakon mana pulak ni Nia?”

“Emmm…Tengku Quraisy…”

“Tengku Quraisy?? Yang famous tu?” Nia mengangguk lagi.

“Ayah marah? Nia pun tak nak sebenarnya!” Nia melihat ayahnya. Manalah tahukan marah ke apa ke?

“Ayah tak marah pun Nia. Janji kerja kamu tu halal…janji Tengku Quraisy tu tak buat benda pelik-pelik dekat anak ayah ni.”

“Akak!!! Telefon akak berbunyi!!!” laung Hafriz dari tingkat atas.

“Ok!!! Abah…Nia naik dulu ya?” Tuan Rafizul hanya mengangguk. Nia segera berlalu ke atas.

“Nia tu kerja apa pulak abang?” tanya Puan Muna sebaik sahaja kelibat anaknya sudah hilang.

“Dia kerja jadi PA kepada artis…”

“Hah?! Artis? Artis mana pulak ni bang? Risaulah saya bang! Bukan tak tahu! Artis ni banyak sangat gossip! Tak pasal-pasal anak kita terlibat sekali.”

“Tengku Quraisy!”

“Hah?! Tengku Quraisy?! Yang famous berlakon drama apa tu?” Tuan Rafizul hanya mengangguk. Puan Muna terdiam. Macam mana boleh tersangkut?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience