BAB 40

Humor Completed 39788

Perlahan langkahnya diorak ke bilik Nia. Alah…Nia dah tidur ke? Tak dengar bunyi bising pun? Huhuhu…aku tak boleh nak tidurlah! Dia membuka pintu bilik Nia perlahan. Cerah lagi? Dia masuk senyap-senyap. Tiba-tiba…

“Arghhh!!!” Nia lari lintang pukang masuk kembali ke dalam bilik air. Tengku Quraisy terbau shower foam yang dipakai Nia. Oh…dia mandi rupanya!

“Nia?”

“Apa?! Lain kali kalau nak masuk, ketuklah! Ke bagi salam ke apa! Ini main terjah je! Kau sengaja nak intip aku erkk??!”

“Eh! Mana ada!”

“Habis tu? Kenapa kau tak tidur lagi?!”

“Aku tak boleh tidurlah…” tak lama kemudian, Nia keluar dari bilik mandi sambil mengelap rambutnya.

Duhai iman…kau dah gugur ke? Aku pun tak boleh tahan tengok dia macam tu!

“Kenapa?” tanya Nia. Ada apa-apa yang tak kena ke?

“Tak ada apalah…emmm Nia, aku nak buat requests boleh tak?” pinta Tengku Quraisy.

“Apa dia?”

“Aku nak kau tidur dengan aku malam ni boleh? Aku tak boleh tidurlah…”

“Kau ni dah kenapa? Tak boleh tidur pulak! Selama ni kau boleh je?”

“Yelah…tapi aku tak boleh tidurlah! Boleh erkk??”

Nia memandang Tengku Quraisy. Errr…perlu ke? Tapi, kesianlah pulak dekat dia! Kalau dia tak boleh tidur, esok dia tak ada energy nak masuk kerja! Esok dia ada lagi shooting!

“Emmm ok!”

“Apa?!”

“Kau sengaja kan?! Aku cakap ok! Ada dengar??”

“Yeah! Jom!” Tengku Quraisy menarik tangan Nia ke biliknya. Hehehe! Bolehlah dia jadi bantal peluk aku!

“SAYANG…kenapa you pilih perempuan tu dari I? Apa yang kurangnya I pada you? I jauh lebih cantik dan seksi dari perempuan kolot tu!” ujar Aryana sendirian sambil memerhati gambar Tengku Quraisy yang dikeratnya dari surat akhbar.

“You tahu tak? I tak perah lupakan you! I tak cintakan jantan tu pun! I cintakan you sorang je Quraisy…” jarinya mengusap-ngusap keratin akhbar tersebut.

“Yana! Yana! Jom makan sayang!” ajar Datin Amina.

“Tak nak ma! Yana kenyang!”

“Hmmm yelah!”

Aryana memerhati gambar Tengku Quraisy tersebut. Tiba-tiba dia ketawa lepas tu buat memek sedih.

“You seksa I Quraisy…you seksa I! I tak pernah terseksa macam ni! Disebabkan perempuan tu, you mudahnya lupakan I? You kejam!” dia menangis dan tersenyum kembali. Dah gaya orang hilang akal!

“Tak apa sayang…I akan pastikan you jadi milik I balik! I tak nak you bahagia dengan perempuan tu kecuali I!”

JAM loceng yang berbunyi menyedarkan Nia dari tidurnya. Urgh…pukul berapa sekarang? Dia mematikan jam loceng dan perhati jam tersebut.

“Dah subuh!” Nia hendak bangun namun pergerakannya terhenti. Ada sesuatu menghalang pergerakannya.

Lah…mamat ni peluk akulah pulak! Hesy! Dia meletakkan tangan Quraisy ke tepi.

“Nak ke mana?” tanya Tengku Quraisy dalam keadaan mata terpejam.

“Nak sembahyang subuhlah! Kau ingat aku nak pergi jogging ke?”

“Kau nak sembahyang dengan aku tak?”

“Boleh ke?”

“Apasal tak boleh? Tak apa…kau pergi ambik air sembahyang.” Nia mengangguk lantas bangun menuju ke bilik air.

Tengku Quraisy bangun sambil memisat matanya. Fuh! Sedap dapat tidur dengan bantal peluk semalam! Hehehe…

“Dah…pergi ambik air sembahyang!” Tengku Quraisy mengangguk lantas menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk.

Ketika dia keluar, Nia sudah siap dengan telekung dan sejadah sudah terbentang di atas lantai. Mereka mendirikan solat subuh bersama.

Usai mengaminkan doa, Tengku Quraisy menoleh ke belakang. Tangannya dihulurkan. Nia menyambut tanpa ragu-ragu. Tengku Quraisy bangun melipat sejadahnya. Nia melipat telekungnya dan kembali ke biliknya.

Kemudian, kelibat Nia kembali muncul. Tengku Quraisy hanya memandang.

“Kau nak makan breakfast apa?” tanya Nia yang tercegat di depan pintu.

“Apa-apa jelah…asalkan boleh makan!”

“Aku buat sandwiches boleh? Scramble egg with mayo and tuna. Boleh?”

“Hmmm…sedap jugak tu! Boleh!”

“Air?”

“Emmm…fresh orange yang beli semalam masih ada kan?” Nia mengangguk. “Nak air tulah…”

“Ok…” Nia ingin berlalu namun suara Tengku Quraisy kedengaran membantut pergerakannya.

“Nia…”

“Ya?”

“Thanks…” Nia tersengih.

“No hallah bro! Oklah, aku turun dulu!” Nia segera ke dapur. Telur 4 biji dibawa keluar bersama paket tuna. Dijamin halal!

Usai menggoreng telur yang telah dihancurkan itu, dia menggaulkan bersama tuna dan mayonis. Hmmm…resepi orang malas macam aku ni! Entah suami aku lalu nak telan ke tak ni! Insya-Allah dia boleh telan!

“Nia!” suara Tengku Quraisy lantang memanggilnya dari atas. Nia cepat-cepat menuju ke bilik Tengku Quraisy.

“Ada apa?”

“Mana baju Polo biru putih aku? Aku cari tak jumpalah!” Tengku Quraisy menyelak setiap helai baju di wardrobe nya. Mana pergi ehh?

“Tak ada ke?” tanya Nia sambil tangannya ligat mencari baju yang dimaksudkan oleh suaminya. Aku rasa aku dah letak tadi! Takkan tak dak?

Nia memerhati ke arah katil. Hmmm…cari dengan lutut! Nia mengetuk bahu Tengku Quraisy sambil jarinya menunjuk ke arah katil. Tengku Quraisy menepuk dahinya.

“Macam mana aku boleh lupa!” ujar Tengku Quraisy lalu beredar ke katil. Nia turun ke dapur kembali. Air fresh orange dibawa keluar dan diletakkan di atas meja. Roti Gardenia turut disediakan. Dia memerhati jam di dinding. Hmmm…dah pukul 7 pagi! Aku pun tak mandi lagi!

Nia menuju ke biliknya namun sempat dia berkata, “Qurasiy! Sarapan dah siap! Kalau kau nak makan, kau makan dulu! Aku nak mandi kejap!”

“Ok!”

Nia tanpa berlengah berlalu ke bilik mandi. Dalam pukul 8, dah nak kena ke lokasi shooting di Damansara!

Tengku Quraisy turun ke meja makan. Wah! Sedap ni! Nia…Nia! You’re the best! Macam western pulak! Tanpa menunggu lagi, Tengku Quraisy mencapai roti gardenia tersebut dan diletakkan bersama scramble egg yang sudah digaul bersama mayonis dan tuna lalu dimakannya.

Ya Allah…sedapnya! Kau dah buat aku jatuh cinta dengan kau Nia! You’re totally the best in the world!

20 minit kemudian, Nia turun bersama pakaian lengkap. Nia duduk di meja makan. Dia melihat bekas yang berisi scramble egg with mayo and tuna yang telah digaulkan tadi. Hah?! Dah tinggal tahap kritikal? Sikit je lagi dari semangku tadi? Dia memandang Tengku Quraisy.

“Weyh…kau melahap ke kau telan? Sampai tinggal banyak ni je? Kau kot nak tinggal aku sedikit!” suara Nia. Alah…

“Sorry lah Nia! Kau punya scramble egg with mayo and tuna ni sedaplah! Dah berapa keping masuk ke dalam perut aku ni! Memang terbaiklah!” Tengku Quraisy mengangkat thumbs up nya.

“Kalau ye pun sedap, simpanlah dekat aku sikit! At least, bagilah aku boleh makan 2 keping! Ini kalau banyak ni, aku boleh makan sekeping je tau!” ngomel Nia. Dia memandang olastik berisi roti gardenia tersebut. What?? Tinggal lagi 3??

“Kau serius ke ni Quraisy? Sampai tinggal 3 keping lagi roti ni! Kau memang kaki makan erkk??”

“Kalau kau nak tahu…yang sebenarnya ialah rasa scrambles egg with mayo and tuna kau ni rasa sebijik macam mama buat tau! Ini kalau mama buat, memang habis aku makan!”

“Patutlah perut kau boroi!” perli Nia sambil mengunyah sandwiches nya.

Tengku Quraisy memandang perutnya. Dia memegang perutnya. Sedikit berisi. “Nampak sangat ke?”

“Agaklah…” Nia meneruskan kunyahannya.

Tengku Quraisy memandang Nia dengan pandangan tak percaya. Kalau aku boroi, habislah ‘saham’ aku! Tak boleh jadi ni! Aku kena kempiskan balik perut aku! Kena pergi gym ni!

“Dahlah! Jom pergi sekarang!” ujar Nia selepas habis meneguk fresh orange nya. Dia membawa pinggan dan mangkuk itu ke sinki dan dibasuhnya.

“Jom!” ujar Nia selepas selesai membasuh pinggan. Dia menuju ke arah beg-beg pakaian yang harus dibawa. Fuh! Selamat aku dah packed awal-awal semalam!

“Jom!” Tengku Quraisy menolong Nia membawa beg pakaiannya ke kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience