BAB 16

Humor Completed 39788

Tengku Quraisy memandang Nia dengan perasaan pelik. “Kenapa pulak kau tiba-tiba tanya aku?”

“Saja…”

“Memang aku sukakan kau! Kalau boleh aku tak nak Rayyan tu rampas kau!” ujar Tengku Quraisy menyebabkan Nia mengeluh.

“Kau tahu tak Quraisy…masa kita berdua duduk dekat pondok tepi sungai tu…aku dah tekad dengan diri aku sendiri yang aku takkan jatuh cinta dan takkan sukakan siapa pun!”

Tengku Quraisy mengeluh hampa. “Kau tak nak try?” Nia menggeleng.

“Nia…kau tak boleh tau samakan mana-mana lelaki dengan Rayyan selepas apa yang terjadi dekat kau! Habis tu kau nak kata ustaz-ustaz dekat luar tu pun kasanova macam Rayyan jugaklah?”

“Aku taklah kata sampai macam tu! Kau ni suka buat andaian sendiri kan?!”

“Yelah…kau kan tak suka typical lelaki!” sengaja Tengku Quraisy mengenakan Nia.

“Hesy! Diam! Tapi…shoot kau ni dah habis ke?” rileks je mamat ni?

“Memang dah habis dah! Kalau tak…tak adalah aku dekat sini lepak sembang dengan kau!” selamba Tengku Quraisy berkata.

“Hmmm…kau nak bawak aku jumpa mak kau dah ke?”

“Ikut kaulah…kalau kau nak straight…aku ok je.”

“Hmmm…straight jelah. Kesian pulak dekat kau nak kena ulang alik ambik aku! Kau tunggu kejap…aku ambik semua baju kau dulu…”

Usai menyimpan semua keperluan Tengku Quraisy, Nia menuju ke arah Tengku Quraisy. “Jom!” Tengku Quraisy mengikut.

“ASSALAMUALAIKUM…” ucap Tengku Quraisy sebaik kakinya mencecah masuk ke dalam rumah.

“Waalaikumussalam…” sambut Tengku Darina bersama senyuman. Tengku Quraisy menyalami mamanya begitu juga dengan Nia. Takkan nak bersombong pulak kan?

“Jadi, inilah Nia ya Quraisy?” suara Tengku Darina gembira.

“Ya mama…emmm mama Quraisy naik dulu erkk?? Nak mandi. Panas…”

“Baiklah…” Tengku Quraisy meninggalkan Nia bersama mamanya.

“Cantiklah Nia ni…patutlah Quraisy minat!” puji Tengku Darina.

“Isy aunty ni! Mana ada Nia ni cantik! Nia ni biasa-biasa je!” sangkal Nia. Mallu pulak dok kena puji macam tu.

“Isy Nia ni. Malu-malu pulak! Jomlah kita bual dekat sofa tu..aunty nak kenal Nia dengan lebih lagi!” Tengku Darina menarik tangan Nia ke sofa. Air pun sudah siap ada! Wuish…cekap betul ni!

“Nia umur berapa?” soal Tengku Darina.

“Dah 24 tahun…” jawab Nia lembut.

“Hmm…muda lagi. Nia ni anak ke berapa?”

Amboi mak cik! Temu ramah aku ni macam naka buat menantu je!

“Saya anak pertama dari enam orang adik beradik. 2 perempuan dan 4 orang lelaki…”

“Oh…mak dengan ayah kerja apa?”

Macam polis penyiasat pulak dok tanya aku macam ni!

“Ayah dah pencen dari jadi guru KAFA…mak pula full time suri rumah!”

“Oh…Nia dah habis belajar?”

“Baru beberapa bulan yang lepas dalam bidang business! Tapi sebenarnya saya tak minat business pun!” jawab Nia jujur. Memang aku tak minat business tapi dah ayah yang mintak. Nak buat macam mana kan? Kenalah ikut!

“Mama sembang dengan sapa tu?” suara seorang lelaki kedengaran.

Nia dan Tengku Darina menoleh. Sapa pulak ni? Tengku Darina hanya tersenyum.

“Oh…mari mama kenalkan! Ini Nia…kawan abang Quraisy dan Nia…ini Tengku Arasy Amin…adik kepada Tengku Quraisy! Quraisy ada seorang kakak jugak nama dia Tengku Quraisya Amalina tapi sambung buat peringkat Ph.D di Manchester.”

“Oh…”

“By the way Arasy ni umur muda setahun je dari Nia. Umur dia 23 tahun…”

“Hai…” Nia hanya senyum.

“Hai…” Tengku Arasy membalas senyuman Nia.

“Mama!” Laung Tengku Quraisy dari atas tangga. Dia menghampiri mamanya. “Quraisy laparlah…”

Eiii!!! Macam budak-budak! Mesti anak mak ni! Teka Nia dalam hati.

“Tulah! Arasy pun dah lapar ni! Mama masak apa?”

Mama masak apa? Emmm…takkan rumah ni tak pakai orang gaji? Selalunya aku tengok dalam tv orang kaya semuanya pakai orang gaji!

“Mama masak ikan siakap tiga rasa…ayam goreng madu…macam-macam lagilah! Nia nak makan ke?”

“Bolehlah jugak…perut ni dari pagi tadi tak berisi…”

Tengku Quraisy memandang Nia tepat. “Kau tak makan dari pagi tadi?? Apasal kau tak cakap dekat aku? Kalau tak aku tapau nasi goreng mamak tu!”

“Kau dah apahal? Aku dah biasalah tak makan dari pagi sampai petang macam ni!” balas Nia sambil matanya menjeling Tengku Quraisy.

“Yelah! Buatnya kau ni dapat gastrik macam mana?? Siapa susah? Aku jugak kan?”

“Sapa suruh kau kisahkan kan aku?”

“Hey! Tangan aku ni pun tak lega lagi! Sakit lagi! Ini kalau kau jatuh sakit…kau tak boleh nak bangun! AKu juga nak kena angkat kau kan?”

Nia pandang Tengku Quraisy dengan pandangan tak puas hati.

“Eh…eh…sudahlah bergaduh! Tadi kata lapar kan? Jom makan! Nia! Jom!” Tengku Darina menarik tangan Nia ke meja makan. Sempat lagi Nia menyepak kaki Tengku Quraisy.

“Minah ni memang nak kena betullah!” gumam Tengku Quraisy geram.

“Abang dengan kak Nia tu sweetlah!” usik Tengku Arasy lalu segera menuju ke meja makan.

“Yang ni sorang lagi!” Tengku Quraisy duduk berhadapan dengan Nia. “Papa mana?”

“Hmmm…bukan tak tahu rutin dia! Tak duduk rumah…pergi pejabat. Tak pejabat pergi main squasy dengan kawan-kawan dia tu!”

Tengku Quraisy hanya mengangguk. Dia membacakan doa. Usai membaca doa…mereka menikmati hidangan tersebut dengan berselera sekali.

Nia makan dengan penuh berselera. Tapi hanya sepinggan sahaja dia makan. Malas nak makan banyak-banyak. Kalau makan banyak, takut jadi ngantuk!

“Eh Nia? Makan sikit je? Tambahlah lagi…” pelawa Tengku Darina.

“Tak apalah aunty. Kalau Nia makan banyak, takut jadi ngantuk pulak! Nanti satu kerja pun tak jalan!” Nia segera berlalu ke dapur.

Usai membasuh pinggan, dia menuju ke meja makan kembali untuk minum air. Tengku Darina pun sudah selesai makan.

“Arasy dengan Quraisy makan ya? Mama ada banyak benda lagi nak sembang dengan Nia…”

Dua-dua mereka hanya mengangkat thumbs up. Tengku Darina membawa Nia ke taman yang dihiasi dengan pelbagai jenis bunga. Indahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience