BAB 27

Humor Completed 39788

Di hospital…Janna Firash sabar menunggu khabar dari doctor yang merawat Tengku Quraisy. Nia turut masuk hospital kerana tiba-tiba dia pengsan begitu juga dengan Tengku Quraisy. Ketika perjalanan ke hospital, tiba-tiba Tengku Quraisy pengsan dan kepala Tengku Quraisy terletak di atas bahunya.

Berat? Jangan dikatalah! Naik lenguh bahu aku tadi tapi tak apa demi keselamatan Tengku Quraisy!

Ya Allah…kau selamatkanlah Tengku Quraisy Ya Allah! Kau sembuhkanlah Nia dari segala ancaman yang merbahaya. Bagilah peluang Quraisy untuk terus hidup di muka bumi Mu ini.

Kepada pihak produksi dia sudah khabarkan keadaan Nia dan Tengku Quraisy. Habis saja shoot untuk yang episode ke-2, mereka akan datang ke hospital untuk melawat Tengku Quraisy dan Nia.

Nia hanya ditempatkan di wad biasa dan Tengku Quraisy masih di ICU. Namun begitu, perkhabaran mereka berdua masih belum diketahui lagi. Mata Janna Firash tertancap kepada seorang doctor perempuan yang baru keluar dari merawat Nia. Janna Firash segera mendekati doctor tersebut.

“Doktor…macam mana dengan kawan saya?”

“Dia ok cik. Cuma akibat pil khayal dia tu membuatkan kesihatan dia terjejas sikit. Pil khayal itu mempunyai tahap dos yang tinggi dan memudaratkan!”

“Ya Allah…tapi jenis apa ya?”

“Ia jenis ecstacy…”

“Ecstacy??!”

“Ya…jadi buat sementara ni biar dia berehat dan make sure dia tak berada dalam keadaan stress! Saya rasa dia masih trauma dengan apa yang terjadi sebab ketika saya merawat dia tadi dia asyik sebut nama Rayyan. Gaya dia seperti ketakutan…”

“Oh…emmm terima kasih doctor.”

“Sama-sama. Kalau ada apa-apa…meracau ke apa ke panggil kami segera! Oh ya…ini mungkin barangan dia…” doctor itu menyerahkan dompet dan telefon bimbit milik Nia.

“Baiklah doctor…emmm terima kasih.”

“Saya pergi dulu?” Janna Firash mengangguk. Doktor-doktor tadi beredar pergi. Janna Firash duduk di kerusi kembali.

Macam mana dengan family Nia erkk??? Aku tak ada nombor dia…eh kejap! Kan henset Nia ni ada! Hmmm nasib baiklah…dia on henset Nia.

“Alamak! Passcode lah pulak! Macam mana ni??” Janna Firash mengeluh. Namun, matanya tertancap pada nombor yang berada di paparan hujung skrin. Emmm…apa kata aku try nombor tu tengok?

Dia mengetik di passcode tersebut. Hmmm…unlock! Yeah!!! Dia menyalin nombor telefon ayah Nia.

Selepas panggilan dijawab…Janna Firash menceritakan perkara yang terjadi.

“Hah?!! Betul ke nak? Sekarang ni anak pak cik ada dekat mana?!”

“Anak pak cik ada dekat hospital pantai…anak pak cik dah ok tapi dia perlukan rehat yang banyak.”

“Terima kasih nak! Tak apa…pak cik datang sekarang!”

“Baiklah pak cik…” talian diputuskan.

Oh! Family Quraisy pulak! Dia mencuba mendail nombor Tengku Ariff Syah namun talian disconnect! Nombor Tengku Darina turut dicuba namun sama…disconnect! Apa kata aku try kakak dia pulak! Dia cuba mendail lagi. Namun, tak berjawab jugak! Arasy?? Hmmm! Mamat ni selalu dengan telefon dia! Panggilannya berjawab.

“Hello Arasy!”

“Yes Janna? Ada apa?”

“Aku nak cakap yang abang kau ada dekat hospital sekarang ni.”

“So? Takkan korang shoot dekat hospital pun nak cakap dekat aku?”

Janna Firash menepuk dahinya. Bengap punya orang! “Hoi! Kalau shooting tak adalah aku nak call kau macam ni! Ni dengar sini, abang kau masuk wad sebab kena tikam! Kena tikam dengan Rayyan!”

“Hah?! Kau tak main-main kan?!”

“Buat apa aku nak main-main Arasy oiii! Aku tak ada masa nak berlakon dengan kau ni disaat kecemasan!”

“Kau dekat hospital mana?”

“Hospital pantai…datang cepat!”

“Ok…!” talian diputus oleh Tengku Arasy.

“Ada pulak dia cakap aku main-main! Sungguh tak kena gaya!” gumam Janna Firash.

“Janna!” sapa producer.

“Puan Ruziela!”

“Macam mana dengan Quraisy??” tanya Puan Ruziela cemas.

“Entahlah! Dari tadi di ICU masih tak ada khabar…”

“Nia?”

“Dia dah ok cuma dia perlukan rehat yang banyak!”

“Ya Allah…sapalah angkara semua ni!” Puan Ruziela duduk di kerusi. Janna Firash tak menjawab. Semua kru-kru dan pelakon berkampung di hospital.

Sekarang…sudah masuk 3 jam Tengku Quraisy duduk di ICU. Entah apalah yang Tengku Quraisy rasa sekarang ni…

“Assalamualaikum!” sapa Tuan Rafizul.

“Waalaikumussalam…” semuanya memandang ke arah Tuan Rafizul dan Puan Muna.

“Pak cik ni ayah kepada Nia ke?” sapa Janna Firash.

“Ya…mana anak pak cik? Kamu ni Cik Janna?”

“Ya saya…anak pak cik ada di wad hujung sekali belah kanan tu.”

“Pak cik boleh masuk jenguk dia…?”

“Boleh pak cik tapi jangan buat dia stress. Kalau dia meracau ke apa, panggil doctor dengan segera!”

“Baiklah…terima kasih ya cik Janna!” Tuan Rafizul dan Puan Muna bergerak ke arah wad yang menempatkan anak mereka.

“Mak ayah Nia?” tanya Puan Ruziela. Janna Firash yang mengangguk.

“Kesian dekat mak ayah dia…” Puan Ruziela turut menghulur simpati ke atas Nia.

Tiba-tiba wad ICU dipadam. Seorang doctor lelaki keluar. Doktor itu menuju ke arah mereka.

“Doktor! Macam mana dengan Tengku Quraisy?” tanya terus Janna Firash.

Wajah doctor itu kelihatan sugul. “Tengku Quraisy berada dalam keadaan kritikal. Dia kehilangan banyak darah akibat tusukan di bahunya sebanyak 3 kali itu. Darah dia jenis O. Kami kekurangan darah jenis O. Jadi kami perlukan penderma darah secepat yang mungkin!”

Janna Firash mengeluh. Semua kru turut mengeluh. Kebanyakan mereka ada golongan darah kedekut iaitu A, AB.

“Ambik darah saya doctor!” jerit Tengku Arasy yang baru tiba di hospital. “Saya jenis darah O! Saya adim Tengku Quraisy!”

“Baiklah…kamu boleh ikut nurse ni…” Tengku Arasy mengikut langkah nurse tersebut untuk menderma darahnya.

Walaupun darah sudah disalurkan ke dalam tubuh badan Tengku Quraisy, keadaan Tengku Quraisy masih dalam keadaan kritikal. Doktor pun tidak memberi jaminan bila Tengku Quraisy akan kembali sedar. Mereka hanya bertawakal dan berserah kepada Allah S.W.T.

Malam itu Tengku Arasy menjaga abangnya manakala Janna Firash menjaga Nia di wad. Manalah tahu Nia meracau teruk lagi. Di samping itu, dia tak lupa membaca Yassin kepada Nia dan Tengku Quraisy agar kesihatan mereka kekal terjamin dan jauh dari malapetaka yang akan datang.

Ketika dia membaca novel, tiba-tiba Nia meracau.

“Engkau tak guna Rayyan!!!! Kau memang sial Rayyan! Aku bencikau Rayyan!!! Aku takkan maafkan kau Rayyan!!!!!”

“Nia!!! Bangun Nia!!”

“Aku benci kau Rayyan!!! Sampai mampus pun aku takkan maafkan kau!!!”

“Nia!!!” tak boleh jadi ni! Aku kena panggil doctor. Dia keluar dari bilik dan menjerit panggil doctor.

Doktor terus berlari ke wad Nia. Habis sudah bantal berselerakan.

“Berambus!!!! Aku meluat tengok kau!!!!!” doctor itu hanya mampu memberi suntikan ubat penenang kepada Nia. Akhirnya, jeritan Nia makin surut dan diri Nia kembali diulik mimpi.

“Kalau dia meracau lagi, panggil kami ya?” Janna Firash hanya mengangguk. Doktor tadi segera beredar bersama nurse. Tengku Arasy masuk ke dalam wad menempat Nia.

“Apa dah jadi?”

“Nia ni meracau teruk tadi. Agaknya mimpikan Rayyan!”

“Hmmm! Rayyan ni makin melampau!” ujar Tengku Arasy geram. Baginya, sikap Rayyan tak dapat dimaafkan lagi.

“Hmm…tak apalah. Aku balik ke wad abang aku balik. Naka pa, call aku!”

“Ok…” Janna Firash duduk di sebelah Nia.

Kesian kau Nia…kau stress dengan kerja Quraisy lagi…ini tambah lagi dengan Rayyan yang gila talak tu! Aku harap kau tabah Nia! Akhirnya, Janna Firash turut terlelap di sisi katil Nia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience