BAB 59

Humor Completed 39788

Sebulan kemudian…

Hidup Tengku Quraisy sudah lagi tak keruan. Kehilangan Nia memang membuatkan hidupnya sepi. Sepi dan tak keruan. Kini selera makannya sudah hilang. Badannya turut kembali susut. Risau Tengku Darina dan Tengku Ariff Syah melihat anaknya.

“Bang…saya kesian tengok Quraisy tu. Tak makan tak apa…badan pun dah susut!” kata Tengku Darina.

“Saya pun sama…masuk ofis pun kerja langsung tak disentuhnya.”

“Abang…rasanya kita perlu laporkan kepada polis!” usul Tengku Darina.

“Tak apa…saya dah suruh konco-konco saya carikan Nia di seluruh negeri.”

“Tapi kes ni kan boleh dijadikan kes polis?”

“Ye saya tahu…tapi macamlah awak tak tahu. Reporter ada di mana-mana. Saya tak nak kes Nia ni masuk paper.”

“Hmmm…”

NIA pula turut tak keruan. Tiap harinya asyik memikirkan Quraisy. Ya Allah! Macam mana agaknya keadaan Quraisy? Sihat kah dia? Dah makan ke belum?

“Nia…” Nia menyeka air matanya apabila suara Rayyan kedengaran.

“Kau sampai bila nak kurung aku macam ni? Please lah Rayyan! Aku nak balik! Aku nak jumpa dengan Quraisy!”

“Kau jangan harap kau dapat jumpa dengan Quraisy sebab aku sendiri dah suruh konco aku kerrkk!” Rayyan buat gaya kelar leher!

Nia menekup mulutnya. “Kau…kau memang kejam! Kalau betul kau sayangkan aku, kau takkan buat aku menderita macam ni!” bentak Nia.

“Sebab aku sayanglah…aku buat macam ni! Dah makan…” Rayyan menghulurkan bungkusan nasi campur kepada Nia.

Nia mengambil bungkusan tersebut. Sememangnya perutnya terasa lapar 24 jam! Serius lapar…

“Esok aku akan terbang ke New Zealand. Tapi, kau jangan harap kau dapat lari dari rumah ni sebab aku dah sekat semua pintu! Aku akan ada di New Zealand lebih kurang seminggu.”

Baguslah kau pergi lama-lama! Tak adalah aku sakit hati nak hadap muka kau ni tiap-tipa hari! kata Nia dalam hati.

“Aku keluar dulu…” Rayyan segera meninggalkan Nia dalam bilik. Bilik itu tidak dikunci sebab dia tahu Nia ada keluar masak kalau dia lapar.

Nia mula merencana plan nak tinggalkan rumah ini. Macam mana caranya? Aku sekarang ada dekat Johor! Jauh tu dari KL. Macam mana ni?

“Nia! Aku keluar kejap!” laung Rayyan. Nia hanya menyepi. Nia bangun lalu membuka tingkap. Dia ternampak seorang budak lelaki yang mungkin berusia lingkungan 20-an sedang membuang sampah di luar rumah.

“Pssttt…” Nia memanggil budak lelaki tersebut.

“Pssttt…” budak lelaki itu menoleh. Nia memberi isyarat supaya datang ke tingkap biliknya. Budak lelaki itu datang.

“Akak panggil saya ke?” Nia mengangguk.

“Adik…adik boleh bawak kereta tak? Ke motor ke?”

“Boleh kak…saya boleh bawak motor. Kalau kereta, ayah saya tak bagi bawak sejak saya accident hari tu!”

“Ok cun! Adik boleh tolong akak tak?”

“Tolong apa?”

“Adik tolong akak lari?” budak lelaki itu mengerutkan dahinya.

“Adik….sebenarnya akak diculik! Lelaki tu gila! Akak nak balik! Akaka da suami!”

“Lah…ye ke kak? Habis tu macam mana?”

“Tak apa…esok laki tu bertolak ke New Zealand. Adik tolong prepare tau!”

“Baiklah kak…saya akan tolong akak. Tapi, kita naik motor Kawasaki besar tu. Tak apa kan kak?”

“Akak ok je! Tolong erkk??”

“Ok kak!”

“Ok…sharp esok tau!” budak lelaki itu mengangguk. Nia memberi isyarat supaya budak lelaki itu beredar pergi.

Yes! Nia bersorak riang dalam hati.

Budak lelaki tersebut mengeluarkan hensetnya lalu menelefon seseorang. “Saya dah jumpa Cahaya Qisrania bos!”

“Baiklah…esok saya akan bawak dia pulang!” budak lelaki tersebut memutuskan talian.

“QURAISY…makanlah sikit! Janganlah macam ni…” Tengku Darina memujuk Tengku Quraisy supaya makan. Dah nak dekat 3 minggu Tengku Quraisy tak makan.

“Quraisy tak nak ma…Quraisy nak Nia.” ujar Tengku Quraisy lirih.

“Quraisy! Janganlah macam ni…kalau Nia balik tengok keadaan Quraisy macam ni, macam mana? Makan sikit ya?”

“Quraisy tak nak ma! Quraisy nak Nia!” tegas Tengku Quraisy berbicara. Jiwanya berkecamuk. Otaknya berserabut.

“Ma…” panggil Tengku Arays. Dia mengisyaratkan supaya Tengku Darina meninggalkan mereka berdua. Tengku Darina segera meninggalkan dua beradik tersebut.

“Abang…”

“Abang nak Nia Arays! Kenapa sampai sekarang Nia tak balik lagi? Abang rindukan Nia!”

Tengku Arasy mengeluh. “Abang! Abang kena move on! Jangan macam ni! Macam mama kata tadi, kalau kak Nia balik esok macam mana dan tengok keadaan abang yang tak terurus ni?”

“Arasy…Nia tu ialah insan yang paling penting bagi abang! Sebulan dia hilang tanpa khabar! Abang risau Arasy! Entah dia masih hidup atau tak…”

“Abang…abang tak boleh cakap macam tu! Insha-Allah kak Nia masih hidup! Abang kena fikir positif! Jangan fikirkan negative! Oklah…apa kata abang makan? Makan sikit pun tak apalah!”

“Tak nak…”

“Abang! Abang nak kak Nia balik tak?” Tengku Quraisy mengangguk.

“Kalau macam tu…abang kena makan! Kalau abang sihat…barulah kak Nia akan sihat! Kalau abang tak sihat, kak Nia pun tak sihat!”

Dengar nama Nia disebut, terus Tengku Quraisy mahu makan. Tengku Arasy tersenyum. Hmmm…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience