BAB 35

Humor Completed 39788

Nia terjaga apabila matahari terik memancar ke matanya. Urhh…dah pukul berapa ni? Hmmm…Nia mencapai telefon bimbitnya lalu ditilik. Huarr!!! Dah pukul 10.00 pagi! Mana pulak Quraisy ni pergi? Kenapa tak kejutkan aku?

Nia bangun. Baju salin diambil lalu berlalu ke bilik air. Usai mandi dan bersiap, Nia keluar dari bilik. Dia menelefon Tengku Quraisy.

“Hello! Kau ada dekat mana? Sampai hati tak kejut aku!”

“Hmmm ok…” Nia menuju ke tempat makan.

“Sapa yang call tu Quraisy?” tanya Tengku Ariff Syah.

“Nia pa…dia on the way ke sini…”

“Oh…”

Tak lama kemudian, mereka ternampak kelibat Nia sedang tersenyum ke arah mereka.

“Sorry lambat! Quraisy ni tak kejutkan orang pulak!” Nia menjeling ke arah Tengku Quraisy lalu duduk.

“Bertuah sungguh Quraisy ni! Bini sendiri tak dikejutnya?” Tengku Darina memandang anaknya.

Tengku Quraisy tersengih. “Manalah tahu ma! Tadi bukan main tidur lena!”

“Dahlah tu…Nia nak makan apa?”

“Sandwiches ada tak pa? Perut ni bukan boleh isi sembarangan! Kang sakit perut susah!”

“Ada…nak sandwiches apa?”

“Emmm…tuna with mayo ada?” Tengku Ariff Syah mengangguk lantas memanggil waiter dan menghabar menu yang dipesan Nia.

“Nia…Quraisy…mama dan papa ada surprise untuk kamu berdua,” Tengku Darina dan Tengku Ariff Syah tersenyum.

“Apa dia ma?” tanya Tengku Quraisy.

“Emmm…nah!” segugus kunci dihulur kepada Tengku Quraisy. Tengku Quraisy memandang pelik sambil tangannya mengambil kunci tersebut.

“Kunci apa ni ma?” tanya Tengku Quraisy. Dia memandang kunci tersebut. Wait…ini bukan ke kunci…

“Rumah…we bought a new house for you both as a present from us!”

“Hah?!” Nia tercengang. Rumah? Aku dan dia?

“Ya…rumah Quraisy dan Nia. There, you both can get privacy! Tak ada mama dan papa yang nak kacau!” ujar Tengku Darina lagi.

Nia memandang Tengku Quraisy dengan muka yang erkk! Isy! Aku duduk dengan dia berduaan memang seram!

“Tapi ma, pa…kan Quraisy dah ada kondo Quraisy sendiri?”

“Kondo tu kamu juallah! Rumah ni lagi better dari penthouse kamu tu!” balas Tengku Ariff Syah.

Aduhai papa oi!!! Papa tahu tak Quraisy sayangkan penthouse Quraisy tu! Quraisy stay dengan penthouse tu about 5 years! Huhuhu…how could you!

“Dahlah…jangan nak buat muka toya macam tu! Lusa kamu pindah!” kata Tengku Ariff Syah. Aikk?? Gaya macam nak menghalau je?

“Amboi papa! Macam nak halau je?” Tengku Quraisy menjongket keningnya.

“Bukan nak halau tapi papa dah cemus tengok muka kamu tiap-tiap hari dalam rumah tu!”

“Amboi!” Tengku Quraisy menjegil matanya. “Fine! Tak nak balik dah!”

Nia nak tergelak mendengar ayat Tengku Quraisy! Aduh mak aiii! Dia nak merajuk! Kahkahkah!

“Nak gelak tu gelak jelah!” perli Tengku Quraisy. Bukan dia tak nampak muka Nia serupa orang tahan kentut!

“Hesy! Mana ada! Aku cuma nak senyum. Tak boleh?”

“Yelah tu!”

ARYANA membaca coretan yang tertera pada akhbar tersebut. No!!!! Surat khabar itu dilempar. Rambutnya dicengkam. Tak mempercayai yang Tengku Quraisy sudah berkahwin.

“No!!!! He’s mine!!”

TENGKU QURAISY SAH BERGELAR SUAMI PETANG KELMARIN DI MASJID PUTRAJAYA.

Itulah yang dibaca oleh Aryana tadi.

“How could you Quraisy!!!” Aryana menendang segala kerusi di rumahnya.

“You’ll be mine ever after Quraisy! Aku akan pastikan benda tu berlaku!!” tekad Aryana. Dia mengambil surat khabar tersebut dan mencari nama isteri Tengku Quraisy.

TENGKU QURAISY SAH BERGELAR SUAMI PETANG KELMARIN DI MASJID PUTRAJAYA BERSAMA PASANGANNYA IAITU CAHAYA QISRANIA.

Aryana memandang wajah perempuan di surat khabar tersebut. Oh! Not bad at this entire woman! Senang je aku nak hancurkan!

“Cahaya Qisrania? Nama macam kekampungan! Well, nothing to afraid. Dia orang kampung je!”

LUSANYA Tengku Quraisy dan Nia kembali menyambung kerja masing-masing. Barang rumah? Hmmm…nantilah kemas!

Sampai sahaja di set, ramai yang mengucapkan tahniah kepada dia dan Nia.

“Congrates Quraisy! Nia! Tak sangka you both kahwin! Nah hadiah!” Janna menghulurkan hadiah kepada Nia.

“Thanks Janna…buat susah-susah je awak beli hadiah ni! Bukan saya kahwin dengan dia atas dasar cinta…”

“I know…alah terima jelah! Bukan senang tau nak dapat hadiah dari saya tau!”

Tengku Quraisy memerhatikan hensetnya apabila telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

congrates Quraisy…sorry tau sebab tak hadir

majlis you semalam. I ada shooting!

Mesej dari Ku Reen. Hmmm…

Tak apa…

Kemudian, mesej dari Zahirah Zira dibaca pula.

Congrates weyh! I’m so happy for you! sorry

tau sebab tak datang semalam! Semalam aku

last scenes! Tak boleh nak tinggal macam tu je!

Tengku Quraisy membalas.

Tak apa…aku faham! Last scenes memang

memang director and producer tak bagi escape!

Kemudian, group what’s app dibuka. Fuhyoo!

All men group: Azmir Affandi: congrates bro! Tak sangka kau kahwin jugak!

hahahaha…apapun tahniah!

:Ahmad Arif: tahniah bro! Sorry tak dapat datang sebab aku ada

di set! Last scenes dengan Zahirah Zira!

Oh…berlakon dengan Zahirah Zira rupanya!

Nizam Zafi: Wooo bro! Makan malam semalam memang terbaik arr! Teringin

aku nak makan lagi ayam golek semalam! Terliur!

Tengku Quraisy ketawa membaca mesej dari Nizam Zafi. Teman sekerjanya juga.

Tengku Quraisy: Hahaha…kalau kau terliur, tunggu aku kahwin 2lah!

Tak lama kemudian, mesejnya dibalas.

Nizam Zafi: Gilerr koo nak kahwin lain! Nehii!! Dil to pagel hai! Haisy! Galak

kau kan??!

Tengku Quraisy: Percayalah kau! Takkanlah aku nak duakan bini aku kot? Aku

sayang dekat dia ok!

Nizam Zafi: Woooo…ayat cintan cintun! Hahaha…bro! Apa kata kita lepak

nak? Lama tak jumpa kau!

Tengku Quraisy: Aku tak bolehlah…aku busy sekarang ni. Aku tengah

shooting sekarang ni! Cerita baru!

Nizam Zafi: Oh…ok. Tak apalah…bila kau ada masa, kau text aku ok?

Tengku Quraisy: Kau tak shooting ke?

Nizam Zafi: Aku kan baru habis semalam? Lupa erkk??

Tengku Quraisy: Oh…ok, ok! Weyh bro! Aku kena chau dulu! Shoot dah nak

mula! Nanti chat lain! Bye…

Nizam Zafi: Bye…

“Bak sini fon!” arah Nia sambil tangannya disua.

“Eleh! Jadi mem besar pulak!” Tengku Quraisy menyerahkan telefonnya kepada Nia.

“Cepat pergi! Shoot dah nak mula!”

“Yelah…” Tengku Quraisy berlalu ke tempat shoot nya. Nia menyimpan telefon Tengku Quraisy di dalam poketnya.

“Ehem!” sapa suara wanita. Nia menoleh. Lah…sapa pulak ni?

“Ye cik? Cari siapa?”

Wanita itu memerhati Nia dari atas hingga ke bawah. Nia memerhati dirinya. Baju aku ada yang terkoyak ke?

“Kekampungan!” ujar wanita itu.

Eh eh mulut minah ni! Sesedap rasa gulai kawah Adabi je dia nak kata aku macam tu?! Sabar Nia..sabar…

“Emmm cik ni siapa?” wanita itu membuka spek matanya.

“I Aryana…” Nia terlopong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience