BAB 22

Humor Completed 39788

Deringan telefon mengganggu kerja Tengku Quraisy. Hmmm…nombor siapa pulak ni? Eh kejap! Ni bukan ke syarikat penerbitan filem tu! Ada apa mereka call aku? Tengku Quraisy menjawab panggilan tersebut.

“Assalamualaikum…”

“Ye saya Tengku Quraisy. Ada apa erkk?”

“Oh…tak apa. Nanti saya datang dengan PA saya tengok kontrak tu yer?”

“Baiklah…terima kasih.” talian diputuskan. Berlakon lagi! Hmmm…nasib kaulah Quraisy! Dia kembali menyemak fail-fail yng tergendala tadi.

Tok! Tok! Tok! Tengku Quraisy melihat gerangannya. Dia tersenyum.

“Hmm…sibuk ke Quraisy?”

“Taklah papa. Ada apa?”

“Papa nak cakap yang minggu depan papa tak dak ke New Zealand. Papa bawak mama. Ada urusan sikit dekat sana. So, Quraisy tahukan nak kena buat apa?”

“Yep! Tapikan papa…ada satu syarikat penerbitan ni tawarkan Quraisy berlakon.”

“Ye? Watak dah tahu?”

“Emmm…belum! Esok nak pergi tengoklah dapat watak apa.”

“Rezeki kamu melimpah ruah!”

“Alhamdulillah papa. Berkat usaha…”

“Hmmm…papa keluar dulu. Nanti ada apa-apa, call papa ok?”

“Ok pa..” Tengku Ariff Syah berjalan keluar.

NIA mengeluh. Duh…banyak betul tawaran mamat ni dapat! Hmmm…apo nak dikato kalau oqa nya dah terkena…(terkenal.)

“Takkan tak boleh kot dia pergi sendiri? Perlu ke angkut aku sama? Hesy! Susah betullah!”

“Dah kenapa kau bebel sorang-sorang ni kak?” tanya Aryan. Tak sengaja dia lalu di depan bilik kakaknya dan terdengar kakaknya membebel.

“Tak ada apa-apalah Aryan…kau pehal tak tidur lagi?”

“Hmmm…tak ngantuk lagi…tak apalah aku masuk bilik dulu…” Aryan segera keluar menuju ke biliknya.

Tiba-tiba telefon Nia berbunyi. Hesy! Mesti mamat ni lagi! Dia menjawab.

“Hello! Kau pehal call aku?! Kalau aku dah kata ya tu, oklah!” serbu Nia tanpa melihat gerangan yang menelefonnya.

“Kau pehal kak? Ni akulah…Hafriz! Alah kau ni. Kecoh arr! Tak apa nanti aku tak kacau kau dah!”

“Eh! Hafriz! Sorry lah! Aku bukan sengaja! Emmm…kenapa kau call aku ni? Nak duit?”

“Tak adalah kak! Aku nak tanya semua orang sihat ke?”

“Hmmm…semuanya sihat je! Kau tu…sihat tak? Dah makan?”

“Dah…aku baru lepas balik dari cafeteria. Dah aku rindu nak dengar kau bebel, aku call lah! Tak sangka kena tengking!”

“Eleh kau ni! Tak macho arr! Kau ni lelaki ke aww?”

“Banyaklah kau punya aww! Aku still lelaki! Nak check ke?”

“Nak mampus kau kan dengan aku?! Kalau kau duduk depan aku ni, dah lama aku ketuk kepala kau ni!”

“Hahaha…aku main-main jelah kak!”

“Hmmm…kau tu duduk sana ada tak yang nak ngorat?”

“Hmmm…hahaha gila kau tak de?? Banyak tau yang hantar boring permohonan couple!”

“Kau terima tak?”

“Adalah dah nak terlekat! Banyak yang cun kot!”

“Kau jangan nak buat pasal erkk!!! Aku sakai kepala kau kang!”

“Yelah…kak aku off dulu. Aku nak study kejap! Nanti aku call lain!”

“Alright! Study hard! Bye!”

“Bye kak! Love you!!!”

“Eiii! Apa kejadah kau ni! Dah! Bye!” talian diputuskan.

“NIA!!! Tengku Quraisy dah tunggu kamu dekat luar tu! Kamu dah bersiap ke belum?” laung Puan Muna dari bawah.

“Dah sampai??? Kejap!!!” jerit Nia. Tak lama kemudian, kelibatnya kelihatan turun dari tangga.

“Nia pergi dulu mak!!!” Nia menyarung sneakers nya kelam kabut dan terus menuju ke arah kereta Tengku Quraisy.

“Sorry lambat!” fuh! Dah berpeluh aku!

“Lagi? Tidur pukul berapa semalam?” Tengku Quraisy memandu keretanya.

“Pukul 10 malam. Kenapa?”

“Pukul 10 pun boleh bangun lewat! Entah subuh ke tidak!”

Kurang asam betullah mamat ni! Aku cutilah! Nak je aku jerit!

“Dah kenapa angkut aku sekali? Pergi sendiri tak boleh?” Nia memperkemaskan tudungnya.

“Aku kena ada saksi jugak! Kalau producer tu menipu, kau ada boleh bagi bukti! Faham?”

“Oh…”

Deringan telefon Nia berbunyi. Nia mengeluarkan telefonnya. Hafriz? Haih…mamat ni tak habis-habis lagi ke rindu dekat aku?

“Assalamualaikum! Kau ada apa call aku lagi?”

“Kak…aku nak mintak tolong kau sikit boleh tak? Aku nak pinjam duit kau sikit. Aku nak 100 hengget je. Boleh?”

“Kau nak buat apa?”

“Aku nak beli buku study yang baru.”

“Ok…tak apa nanti aku ke sana. Tapi aku sampai lambat sikitlah ok!”

“Ok kak…thanks.” talian diputuskan.

“Kenapa?” tanya Tengku Quraisy. Gaya percakapan pun macam serius.

“Emmm…kau boleh tolong aku tak?” pinta Nia.

“Apa dia?”

“Kau boleh tak bawak aku ke matrikulasi dekat Kuala Pilah, Negeri Sembilan? Adik aku Hafriz belajar dekat sana. Boleh? Aku nak hantar duit sikit dekat dia.”

“Hmmm…boleh!”

“Tak menyusahkan kau ke?” Tengku Quraisy hanya menggeleng.

“Kau kan tunang aku? Tak menyusahkan pun!” Nia mencebik.

“Bajet arr! Nak guna pangkat tunang segala!” menyampah pulak aku!

“Yelah…habis tu takkan nak guna pangkat isteri kot? Ha…aku tahu! Kau tak sabar nak jadi bini aku kan?” sengaja Tengku Quraisy mengenakan Nia.

“What?! Uwekkk! Kau tahu tak?? Hesy! Tak pernah seumur hidup aku nak kahwin dengan lelaki yang mental macam kau ni dan famous macam ni!”

“Yelah tu! Se mental aku ni pun taklah mental macam kau dulu!” Tengku Quraisy memulangkan paku buah keras.

Nia memandang Tengku Quraisy tajam. “Kau perli aku erkkk??”

“Eh tak! Aku cuma mengata kembali…” Nia terasa macam nak sekeh je kepala Tengku Quraisy sekarang!

Akhirnya, Nia mengambil keputusan untuk senyap. Kalau aku cakap lebih pun, buat sakit tekak je!

“Kenapa adik kau ambik matrik jauh sangat?” soalan dilontar oleh Tengku Quraisy.

“Entah…katanya nak berdikari…” jawab Nia singkat.

“Oh…” Tengku Quraisy hanya mengangguk.

Sampai di syarikat penerbitan, mereka turun dari kereta. Nia melihat bangunan tersebut.

“Masya-Allah! Bapak gajah punya besar syarikat!” tergamam aku dibuatnya!

“Memanglah…dah! Jom masuk!” NIa mengikut langkah Tengku Quraisy ke dalam. Nia memuji setiap decoration dalam pejabat tersebut. YA Allah! Semuanya cantik-cantik belaka. Gaya macam decoration Italy!

“Hello miss…can I know where is producer’s room?” tanya Tengku Quraisy kepada seorang gadis yang berambut putih. Mat salleh kot!

“You just go to 14th floor. Then, straight and you just need to find door with brown colours. It’s belonged to right side.” balas gadis itu.

“Oh thanks miss…”

“Wait…are you Tengku Quraisy whom get an offer to playing a role in a drama’s?”

Tengku Quraisy hanya tersenyum. “Yes I am…am I need an appointment first?”

“No…you just can go. Producer already told me about this.”

“Oh…once again thanks! Nia…jom!”

“Nak pergi mana?” Nia blur alam.

“Tingkat 14! Aku nak jumpa producer.”

“Oh…” Nia melangkah lantas tersenyum kepada gadis mat salleh itu.

“Weyh…” panggil Nia. Tengku Quraisy memberi respon melalui tangannya.

“Dia tu mat salleh ke?”

“Ha arr…” Tengku Quraisy menekan punat lif. Mereka masuk apabila lif terbuka. Tengku Quraisy menekan punat nombor 14.

“Mat salleh tadi tu comel kan?” Nia memandang Tengku Quraisy pelik. Tiba-tiba pulak naik isu ni?

“Hmmm…oklah dari aku ni yang coklat macam Bangladesh!”

“APa yang coklat Bangladesh nya? Kau ok apa? Kau coklat cream gitu!”

“Eii! Apa yang coklat cream nya? Kau ni memang suka merepek kan?”

“Hmmm…merepek pun aku tetap pilih kau dari dia.”

“Kenapa?”

“Kalau dia sunburn dia tetap jugak akan jadi macam kita…” Nia tergelak.

“Apasal?”

“Kahkahkah…aku tak boleh bayang mat salleh sunburn!” Nia terus ketawa.

“Kau ni kalau bab nak gelakkan orang no.1 kan? Dah…jom!” ajak Tengku Quraisy bila pintu lif dah terbuka di tingkat 14.

Emmm…mana erkk?? Ini kaler brown jugak tapi bukan tulis producer. Dia menuju ke kaunter pertanyaan.

“Emmm…cik?”

“Ya?”

“Saya nak tanya. Mana pejabat producer ni ya?”

“Oh…encik straight sikit lagi dan belok kanan lepas meja yang depan tu. Emmm…encik ni Tengku Quraisy kan?”

“Ya saya…”

“Kejap! Saya nak make a call. Nak maklumkan encik ni dah sampai…” Tengku Quraisy mengangguk.

Perempuan itu menekan sesuatu di interkom. Tak lama kemudian, panggilan berangkat.

“Ada apa Ruzila?” suara seseorang. Suara perempuan.

“Tengku Quraisy dah sampai…”

“Ok…panggil dia masuk.”

“Baiklah…” punat end ditekan. “Encik boleh masuk…mari saya hantarkan.”

“Terima kasih…jom Nia!” Nia hanya mengikut Tengku Quraisy. Sampai di hadapan pintu producer, Ruzila menekan passcode yang berada di pintu itu. Dia membuka pintu.

“Sila masuk encik…cik…”

“Terima kasih…” ucap Tengku Quraisy. Nia sempat sedekah senyuman kepada Ruzila.

“Welcome Tengku Quraisy!” sapa seorang wanita yang agak berusia dalam lingkungan 40-an?

“Silakan duduk…” pelawa wanita itu lagi. Tengku Quraisy dan Nia berhadapan dengan wanita itu.

“So you nak tengok contract dulu ke Tengku Quraisy?”

“Ya…”

Waniat itu mengeluarkan contract dari laci mejanya dan diserahkan kepada Tengku Quraisy.

Tengku Quraisy mengambil contract tersebut lalu dibaca.

Actor: Tengku Quraisy Tengku Ariff Syah

Name to play a role: Mohd Aqim Razif b. Hussin

Contract with this entertainment: 4 years.

-

-

-

Actress: Janna Firash

-

-

Janna Firash?? Woiii! Kawan aku weyh! Yahoo.

“So?” tanya wanita itu.

“Emmm…contract ni betul ke 4 tahun kerja dengan syarikat puan?”

“Betul…saya bukannya macam setengah producer yang lain. Cheat. Kalau saya tulis contract you dengan company I 4 tahun, so 4 tahunlah.”

“Ok…actress ni betul ke Janna Firash?”

“Yes…dia baru baca contract ni semalam. So, macam mana? Kalau you tak setuju, I nak cari orang lain.”

“Emmm…ok saya setuju.”

“Thanks Tengku Quraisy because watak ni suit for you. Adaptasi dari novel…”

“Boleh saya tahu dengan lebih details?”

“Yes…you akan mainkan peranan kekampungan. I know you can do it. Tapi Janna Firash ni akan memainkan peranan orang kaya.”

“Oh…ok. Not that hard…”

Not that hard? Boleh ke mamat ni berlakon watak kampung? Selama nilah kan aku tak pernah tengok drama dia main watak kampung! Semuanya bandar je!

“This is your new PA?”

Ish mak cik ni! Asyik cakap BI je! Cuba kerap gunakan Bahasa Melayu kita ni! Haish..tahulah terer BI pun!

“Ya…nama dia Nia. Cahaya Qisrania…”

“Oh…nice name. I dengar you dah bertunang? Betul?”

“Ye…” Tengku Quraisy mampu tersenyum.

“Boleh saya tahu dia?”

“Emmm…”

Mamat ni nak cakap ke dekat mak cik ni??? Oh no!

“Sebenarnya dekat sebelah saya ni je…” terus mata mak cik tu berubah dekat aku! Apa? Aku ni buruk sangat ke?

“Your PA?”

Eh mak cik ni! Macam nak pertikai je?? Tahulah aku ni just PA dia! Apa? Kau nak pertikai?

“Ok…sesuai dengan you. She’s quite pretty. I sokong pilihan you…”

Zzzz…am I having daydreaming? Mak cik tu puji aku cantik? Oh…so saweet lah macik! Sayang mak cik lebih.

“Thanks…by the way bila shoot ni akan start?”

“About bulan depan because sekarang ni shoot drama tak habis lagi.

“Ok…tapi bulan depan saya akan nikah…”

“What? Seriously? Date?”

“Emmm…24 haribulan.”

“Ohhhh…kita akan terlepas scenes jugak nanti! Kita akan shoot start 14 haribulan.”

“Emmm…tak apa. Bukan ada yang stand in?”

“Memanglah…tapi nanti benda tu kena ulang balik.”

“Tak apa…saya tahu nak urus macam mana…”

“Ok…by the way thanks sebab terima.”

“Sama-sama puan. Emm…boleh tak saya berunsur dulu? Saya ada kerja lain pulak.”

“Hmmm…ok. We meet at the set pada 14 ya?”

“Baiklah…terima kasih untuk tawaran tu…” wanita itu mengangguk. Tengku Quraisy dan Nia segera beredar keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience