BAB 58

Humor Completed 39788

“Mana Nia ni? Dah malam pun tak balik! Entah-entah…dia keluar dengan Nada apa?” Tengku Quraisy cuba menelefon Nada.

“Hello Nada. Emmm Nia ada dengan awak?” Tengku Quraisy mengerutkan dahi mendengar jawapan Nada.

“Awak sure yang Nia tak ada dengan awak?”

“Hmmm oklah. Tak ada apa-apalah…saya off dulu. Bye,” Tengku Quraisy memutuskan talian.

“Mana Nia pergi ni?” Ya Allah! Kemanalah isteri ku sebenarnya.

Seminggu berlalu dan Tengku Quraisy asyik dimarahi oleh director kerana setiap dialek lakonannya salah. Amyra Rosli turut memberi kata-kata semangat kepada Tengku Quraisy.

Selama ketiadaan Nia, Amzi kembali menjadi pengurus Tengku Quraisy. Amzi turut bersimpati dengan keadaan Tengku Quraisy. Selama 6 tahun menjadi pengurus Tengku Quraisy, tak pernah lagi dia jadi macam ni.

“Kau ke mana Nia?! Kau tahukan yang aku cintakan kau! Aku sayangkan kau Nia! Kau ke mana Nia?!” dialog yang salah dilontarkan oleh Tengku Quraisy ketika sedang berlakon.

Amzi turut tergamam mendengar dialog Tengku Quraisy. Quraisy! Apa yang kau merepek ni??!

“Cut! Nia?! Mai mana nama Nia?! Nama dia Syahira! Syahira! Fokus! Jangan nak berangan je kerja!” Tengku Quraisy tertunduk mendengar teguran director.

“Sorry!” ucap Tengku Quraisy. Dia meraupkan wajahnya. Ya Allah!!!

“Kita mula balik!” suara director kedengaran. Tengku Quraisy menarik nafas panjang dan lakonan bermula.

“KALAU ye pun, kau tak bolehlah nak fikirkan Nia tiap-tiap masa! Kau kena fokus jugak dekat karier kau!” ujar Amzi. Teguran.

“Kau cakap senanglah Amzi! Kau tak rasa apa yang aku rasa! Yang hilang tu bini aku tau! Bini aku!” ujar Tengku Quraisy tegas.

“Ye…aku tahu! Bukan aku suruh lupakan bini kau! Cuma, tumpukan kepada karier kau! Please lah! Esok dah masuk last scenes ok! Jangan buat ragam!” tegur Amzi lagi. Risau pulak tengok keadaan Tengku Quraisy.

“Aku tak tahu dia ke mana Amzi…entah dia sihat ke tak? Makan ke tak lagi?” suara Tengku Quraisy risau.

“Insya-Allah dia ok! Kau jangan risau sangat erkk!” tiba-tiba telefon bimbit Tengku Quraisy berbunyi. Tertera nama Rayyan.

“Hello!”

“Hello Tengku Quraisy…” nada seram!

“Kau nak apa Megat Rayyan?” soal Tengku Quraisy cemus.

“Aku nak satu perkara je dari kau! Tolong ceraikan Nia!”

Satu renjatan elektrik terasa seperti menyusup ke dalam tubuh badan Tengku Quraisy. “Kau cakap apa?”

“Kau pekak ke? Aku nak kau lepaskan Nia!”

“Hey! Kau dengar sini erkk! Sampai mati pun aku takkan lepaskan Nia! Kau ingat!”

“Hahahaha…” ketawa jahat kedengaran.

“Kenapa kau gelak?!” muka Tengku Quraisy dah tahap bengis.

“Sampai mati? Ok…aku akan mampuskan kau!” tut…tut…tut…

“Rayyan! Hello! Rayyan!” panggilan dah terputus. “Huh!!!” Tengku Quraisy meletak kasar telefonnya atas meja.

“Rayyan?”

“Yelah!” nafas Tengku Quraisy naik turun naik turun.

Rayyan tersenyum sinis. “Sampai mati erkk kau tak nak lepaskan Nia? Hmmm…dah susah sangat kerja aku, bagi senang aku mampuskan kau!”

Aryana yang mendengarnya di balik dinding restoran tersebut ternganga. Biar betul si Rayyan ni? Dilihatnya Rayyan sedang berlalu pergi.

“Rayyan!” langkah Rayyan terhenti. Dia menoleh ke belakang.

“You serius ke?” Rayyan mengerutkan dahinya.

“Apa yang seriusnya?”

“You nak bunuh Quraisy? No way! Hey! Ingat! Mission kita sama ok! Ok, kalau you nak bunuh Quraisy, fair I bunuh Nia right?”

“Hey! Dia yang susah sangat nak lepaskan Nia!”

“You boleh tak bersabar sikit! You tak boleh nak push dia!” gila ke apa?!

“Aryana! You dengar sini erkk! You bersabarlah dengan sabar you tu…I ni dah tak boleh nak sabar!” Rayyan bingkas meninggalkan Aryana.

Aryana mendengus. No way! Aku kena call Quraisy! Mintak dia berhati-hati! Aryana mengeluarkan telefonnya. Dia mendail nombor Rayyan.

“Hello Quraisy!” …

“Kau kenapa Quraisy?” tanya Amzi apabila melihat keruhan tertera di wajah Tengku Quraisy.

“Aryana call aku then dia cakap Rayyan nak bunuh aku!”

Amzi mengerutkan dahinya. “Kau percaya cakap Aryana?”

“Bro, dia dah berubah sangat sekarang ni! Dia dah bersumpah guna nama Allah lagi! And one more, dia buat Rayyan jadi kambing hitam dia!”

“Kau mudah sangat percaya dia kan?”

“Nope…mula tu aku tak percaya tapi ada saksi di situ. Janna ada sekali…”

“Ok…”

Aryana menyimpan kembali telefonnya. Aku harus buat sesuatu. Dia tahu orang suruhan Rayyan siapa yang sebenarnya. Dia harus berjumpa dengan orang suruhan Rayyan.

Tapi, kenapa Rayyan tak balik semalam?? Dia ke mana? Semabuk mana dia pun dia tetap akan pulang ke rumah. Hmmm…dia ke mana sebenarnya?

Aryana menuju ke tempat tinggal orang suruhan Rayyan. Seperti dijangkanya, Rayyan ada. Aryana mengundur keretanya lalu diparkir di sebuah rumah orang. Agak tersorok dari pandangan Rayyan.

“Pak cik…saya tumpang parking kejap ya?” pak cik itu hanya membenarkan. Aryana memerhati kereta Rayyan yang beredar pergi. Line clear!

Dia menuju ke rumah orang suruhan Rayyan. Kehadirannya disambut.

“Hello miss Aryana! Apa mimpi datang sini?” soal Max.

“Tadi kenapa Rayyan datang sini?” Max memandang Aryana. “Takkan kau tak tahu?”

“Tak! Sebab tulah aku datang sini tanya kau!”

“Dia nak kita orang bunuh Quraisy! Tengku Quraisy!” tepat jangkaan aku!

“Ok…tapi aku nak korang jangan buat kerja tu boleh?” Max memandang hairan. “Kenapa pulak?”

Aryana membawa keluar sampul surat berwarna coklat lalu diserah kepada Max. “Dalam tu…ada 5 juta! Cash! So, stop ikut arahan Rayyan! Aku tahu Rayyan hanya bagi 10 ribu kan?” Max mengangguk. “Tapi ingat! Jangan bagitahu Rayyan! Kalau aku dapat tahu kau bagitahu Rayyan, aku dan konco-konco aku sendiri datang selesaikan kau! Faham?!”

“Ok Aryana!” Max seriau dengan ugutan Aryana. Dia tahu konco Aryana cukup kuat kalau nak dibandingkan dengan konconya.

“Ingat! Konco aku sentiasa aware dengan pergerakan konco kau! Kalau aku dapat tahu…” Aryana membuat gaya kelar leher. Max hanya mengangguk. Aryana terus keluar dari rumah konco Rayyan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience