BAB 60

Humor Completed 39788

“Aku pergi dulu!” ujar Rayyan lantas keluar dari rumah. Rayyan mengunci pintu rumah. Dia yakin yang Nia tak dapat lari dari rumah tersebut.

Nia hanya memerhati kepergian Rayyan. Apabila kelibat kereta Rayyan sudah menjauh, Nia menarik senyuman. Yes! Dia terus menuju ke bilik. Pintu bilik dikunci. Almari dibuka. Beg baju yang sudah dikemasnya semalam dibawa keluar.

“Pssttt akak!” Nia menoleh ke arah tingkap. Oh…budak tu dah datang.

“Kejap!” Nia mengambil begnya lalu membuka tingkap dengan luas agar dirinya dapat keluar. Nia melompat keluar. Yes! Alhamdulillah…

“Akak! Jom!” Nia mengikut budak lelaki tersebut ke belakang rumah. Melalui pintu kecil belakang rumah, Nia menyelusup masuk bersama budak lelaki tersebut menuju ke halaman rumah.

“Mak! Lan pergi dulu!”

“Ya!” mak budak tersebut keluar. Nia menuju ke arahnya hendak bersalaman. Mak cik itu menerima hulurannya.

“Jadi anak ini kena culik?”

“Ye mak cik…saya bukan ada apa-apa pertalian dengan dia. Saya dah kahwin!”

“Habis tu kenapa dia culik kamu?”

“Dia sebenarnya ex boyfriend saya masa sekolah menengah dulu. Bila saya kahwin dengan abang tiri dia, dia cemburu dan tercabar.”

“Oh…hmmm tak apalah! Pergilah cepat!” arah mak cik tersebut.

“Baiklah…”

“Akak! Jom!” ujar Lan atau namanya Azlan. Moto Kawasakinya sudah dihidupkan.

Nia menuju ke arah Lan. Beg baju diserahkan kepada Lan. Dia mencapai helmet yang diserahkan oleh Lan lalu dipakai. Dia naik duduk di belakang Lan. Kemudian, Lan perlahan-lahan menunggang keluar dari perkarangan rumah.

“Akak ok tak? Saya nak bawak laju ni! Sebab kalau tak kita kemungkinan akan sampai lewat kat KL!”

“Akak ok!” ujar Nia. Lagipun apalah sangat! Setakat laju…no hallah!

Perjalanan yang berjam-jam itu memenatkan Nia dan Lan. Lan lagilah kan?? Dia yang menunggang. Mereka singgah di sebuah RnR yang berdekatan untuk berehat dan sembahyang.

Usai sembahyang, mereka makan makanan ringan untuk mengalas perut sebelum sampai ke KL. Lagipun mereka dah nak masuk area Negeri Sembilan. Jadi, dah tak jauhlah!

“Akak ok?” tanya Lan apabila melihat wajah Nia yang agak pucat.

“Akak ok…cuma akak letih sikit. Yelah…naik motor kan?”

“Tulah…” Lan memandang wanita di depannya dengan pandangan simpati. Kesian menantu Tengku Ariff Syah. Dia rasa bertuah sebab duduk di perumahan tu. At last, jumpa jugak Nia. Dia dah syak masa awal-awal hari Rayyan membawa wanita ini pulang. Dia sudah syak yang wanita itu ialah Nia.

“Akak dah ok? Kalau dah ok, kita bertolak sekarang?” Nia hanya mengangguk. Dia pun tak nak menangguhkan perjalanan. Lagi lambat tangguh, lagi lambat mereka sampai ke KL.

Mereka menaiki motor lalu Lan memecut laju membelah jalan raya. Nia memeluk erat tubuh Lan. Sesungguhnya dia terasa sakit kepala. Kepalanya terasa berpinar. Tiba-tiba pelukannya longgar.

Lan yang terasanya mula panik. Kenapa ni?? Lan terus memaut tangan Nia supaya Nia tidak jatuh dari tempat duduk. Lan melajukan lagi speed motornya. Dia menunggang ke hospital. Nia di belakang sudah tak sedarkan diri. Nasib baiklah dia bersandar pada badan Lan.

SAMPAI di hospital, dia terus mencempung tubuh Nia ke dalam. “Nurse! Nurse! Tolong kawan saya nurse! Dia pengsan tadi!”

Nurse tadi terus menghampiri mereka bersama katil yang sudah disediakan. Nurse tersebut menolak Nia masuk ke dalam wad bersama doktor yang bertugas.

Lan duduk di kerusi lantas menelefon Tengku Ariff Syah. Usai mengkhabarkan keadaan Nia, Tengku Ariff Syah terus memutuskan talian.

Tengku Ariff Syah berwajah cemas. “Kenapa ni bang?”

“Nia pengsan! Lan dah jumpa Nia! Sekarang ni Nia dah ada di Hospital Kelana Jaya. Jom pergi sekarang!”

“Ya Allah! Alhamdulillah…jom pergi sekarang! Ajak Quraisy sekali!” Tengku Ariff Syah hanya mengiakan.

Tengku Darina menuju ke bilik Tengku Quraisy. Passcode ditekan lalu masuk ke dalam bilik Tengku Quraisy.

“Quraisy…”

“Ya ma?”

“Jom ikut mama dan papa?”

“Nak ke mana?”

“Adalah…jom!”

“Hmmm yelah!” Tengku Quraisy bangun dengan malas lalu mengikut jejak mamanya turun.

Tengku Arasy sudah bersiap. Mereka masuk ke dalam kereta lalu pemandu Tengku Ariff Syah memandu ke Hospital Kelana Jaya.

“Kita nak buat apa datang sini ma?” tanya Tengku Quraisy selepas pemandu Tengku Ariff Syah memasuki perkarangan parking Hospital Kelana Jaya.

“Adalah…kita nak jumpa seseorang,” mereka segera turun lalu masuk ke dalam hospital.

Dari jauh mereka nampak kelibat Lan yang sedanng duduk di kerusi berhadapan dengan wad yang menempatkan Nia untuk dirawat.

“Macam mana Lan?” tanya Tengku Ariff Syah.

“Alhamdulillah…keadaan dia ok. Cuma katanya kekurangan air dan vitamin. Dan sekarang dia tengah mengandung 5 minggu…” seolah-olah mengerti, Lan menggunakan ‘dia’ sebagai ganti nama Nia.

“Alhamdulillah!”

“Wait…apa ni? Quraisy tak fahamlah!” wajah Tengku Quraisy kelihatan blur.

“Emmm…boleh tak masuk?” pinta Tengku Darina.

“Boleh! Tapi just sorang je. Saya rasa baik kita bagi Tengku Quraisy yang masuk.” ok, Tengku Quraisy bertambah blur.

“Ok! Quraisy! Pergilah masuk!”

“Apa ni ma? Quraisy know nothing ok ma! Then, nak suruh Quraisy masuk ke dalam wad tu? Ma! Quraisy tak gila lagilah ma!”

“Quraisy! Listen! We’re not doing therapy for you! We’re not saying that you were crazy. Tapi mama just mintak yang Quraisy masuk ke dalam wad tu!”

“Yeah…but tell me the truth why must I have to enter the wad?” Tengku Quraisy masih berkeras.

“Quraisy…just listen to us please? Bila Quraisy dah masuk nanti, Quraisy akan tahu siapa di dalam tu…” ujar Tengku Ariff Syah pula.

“Ok fine,” dengan lemah, Tengku Quraisy melangkah masuk ke dalam wad tersebut.

Matanya tertancap pada sekujur tubuh perempuan yang terbaring. Siapa dia tu? Tengku Quraisy menghampiri wanita tersebut. Dia mengamati wajah tersebut.

“N…Nia?” ujar Tengku Quraisy perlahan.

“N…N…Nia?? Kau kan Nia…??” Tengku Quraisy memegang tangan Nia erat. Serta merta air matanya tumpah.

“Nia…aku rindu kau tau Nia! Siapa yang buat kau jadi macam ni??” Tengku Quraisy bersuara sedih. Sakit melihat muka Nia yang pucat.

“Alhamdulillah…keadaan dia ok. Cuma katanya kekurangan air dan vitamin. Dan sekarang dia tengah mengandung 5 minggu…” kata-kata Lan kembali terngiang.

“Nia…kau mengandung Nia! Aku happy gila Nia!” Tengku Quraisy mengucup dahi Nia penuh kasih.

“Bangunlah Nia! Aku teringin nak sembang dengan kau Nia! Aku teringin nak dengar kau marah-marah aku Nia!” Tengku Quraisy mengisap pipi Nia lembut.

Penat berperang dengan diri sendiri, akhirnya dia turut terlelap disisi Nia. Letih dengan tumpahan air mata.

Tengku Darina menitiskan air matanya melihat Tengku Quraisy. Tengku Ariff Syah berasa sebak dengan keadaan anaknya.

“Sedih saya tengok Quraisy abang.”

“Saya pun sama…” Tengku Arasy memerhati dari jauh. Menyimpan rasa kasihan dalam hati

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience