BAB 63

Humor Completed 39788

“Arghhh!!!! Mana pulak perginya si Nia ni?!!!” Rayyan mengetuk-ngetuk kepalanya. Mana Nia pergi?? Tak mungkin dalam masa seminggu dia dah boleh sampai KL!

Maybe boleh! Mungkin dia naik flight?? Oh damn it! Kenapa aku tak terfikir yang dia akan lari ikut tingkap?

Ok fine! Play hard to get huh?? You just wait Qisrania! I’ll take you away from Quraisy! Kau main kotor kan?? We will see one day what will happen if I’m back!

ARYANA mendengus geram selepas mendapat perkhabaran daripada konconya. Jadi, Rayyan yang culik Nia! Melampau betul!

“Yes bos, orang saya baru je dapat scan location Rayyan and it was true yang Rayyan ada di JB bersama Nia.”

“Jadi, betullah yang Rayyan culik Nia?”

“Yes bos…memang dia yang culik Aryana.”

“Ok…tak apa. Thanks for the information. Bye…” Aryana memutuskan talian.

Jadi…inilah caranya dia nak tumpaskan Quraisy? Oh great! Tak apa…kita tengok plan apa pulak yang dia nak buat lepas ni!

Tiba-tiba telefon Aryana berbunyi. Dia memandang nama yang tertera di skrin. Rayyan??

“Yes Rayyan?” Aryana mengeluh.

“Aku nak kau percepatkan lagi plan kau! You know what…one month ago aku culik Nia and she was gone! Run away!”

“So? What do you expect me want to do?”

“Pikat Quraisy segera!”

“Hello Rayyan! Nak pikat Quraisy tu bukan senang ok! Hati dia terlalu keras untuk dilembutkan balik!”

“Apa-apa jelah Aryana! Yang aku tahu kau harus pikat diasegera!” tut…tut...tut

“What?? Dia letak macam tu je? Oh gosh!!! Fuck this!” Aryana mencarut. Aku? Nak pikat Quraisy?? No way!

“APAKAH komen Ku Reen bila kebanyakannya follower yang follow Ku Reen di Instagram hanyalah hendak kutuk perbuatan Ku Reen semata-mata?” soal salah seorang reporter.

Ku Reen tayang muka menyampah. “Well, you all know me right? I kan suka berfesyen-fesyen…so about what I wear…tak payahlah nak busy body sangat! I tak ganggu fesyen you all, you all janganlah nak sibuk fesyen I!” bentak Ku Reen kepada reporter tersebut.

“Ok…what about yang komen kata you langsung tak ada maruah?”

“I masih bermaruah ok! Diri I ni belum disentuh sapa-sapa...so sapa yang cakap tu silalah suruh diri tu dulu sebelum kutuk I!”

“Oh ok…”

“Dah! I nak kena pergi set! So, get away!” halau Ku Reen. Reporter-reporter tersebut hanya mencebik. Diva lebih! Menyampah!

Tiba-tiba Ku Reen terlanggar seseorang. “Auch!!”

“Eh sorry…” ujar seorang lelaki.

“It’s okay…” Ku Reen bangun dibantu oleh lelaki tersebut.

“Oh wow…you’re Ku Reen!” ujar Nizam Zafi. Perli ke ikhlas??

“Oh…Nizam Zafi hot item plus popular!” sindir Ku Reen.

“Thank you atas pujian you tu. Emmm…you tak ada shooting ke?”

“Of course ada! You ni tak ada ke??” bongkak?? Sounds like yes…

“Eh ada! Banyak! Well, takkan peluang you just sekali tu je berlakon dengan Quraisy???”

Ku Reen mencebik. “What do you mean?”

“Yelah…bukan I tak tahu yang you memang gilakan Quraisy kan??”

Ku Reen menghentak kakinya lantas beredar. Nizam Zafi hanya tergelak. Finally yes! Dapat jugak kenakan Ku Reen.

Bila teringatkan sahabtanya Quraisy…Nizam Zafi terus menelefon Tengku Quraisy. Tut…tut…tut…

“Hello bro!” ujar Nizam Zafi apabila panggilannya bersambung.

“Besalah bro kalau aku ajak kau ni! Mestilah aku nak ajak kau lepak!”

“Tempat biasalah bro. Bawaklah bini kau sekali! Teringin jugak aku nak berkenalan! Kalau dia segan cakap je kata Zahirah Zira dan Janna Firash ada.”

“Ok! Cantik! See ya??” talian diputuskan. Nizam Zafi meluru ke arah keretanya lalu segera ke tempat lepaknya bersama geng-geng dulu.

“TAK NAKLAH…seganlah! Lagipun buatnya dia ajak semua geng laki macam mana? Aku seganlah!” Nia berupaya menolak ajakan suaminya untuk berjumpa dengan Nizam Zafi.

“Alah…jomlah! Lagipun janganlah segan! Zahiran Zira dengan Janna Firash pun ada! Jom! Kalau segan jugak…ajak Nada! Call dia sekarang!”

Nia tak mampu lawan. Dia segera bersiap dan menelefon Nada.

“What’s up derr kau call aku ni?” soal Nada di talian.

“Errr…jom kita jumpa dekat Times Square nak?”

“Times Square? Nak buat apa jumpa dekat sana?”

“Saja…lepak! Dengan kawan-kawan laki aku sekali…tapi adalah perempuan jugak!”

“Emmm…”

“Please Nada?” suara Nia seolah merayu.

“Hmmm yelah! Aku ikut!”

“Yeah! Kau bersiap sekarang! Lagi 20 minit, aku sampai dengan laki aku!” Nia terus memutuskan talian. Dia segera menyiapkan diri.

Tengku Quraisy menoleh apabila kelibat Nia sedang turun dari tangga menarik perhatiannya.

“Cantiknya isteri aku ni! Tak sabar nak jumpa Nizam Zafi ke?” usik Tengku Quraisy.

“Isy apa pulak kena dengan dia? Dahlah jom! Excited nak jumpa Nada!” mereka berdua segera keluar.

Sampai sahaja di depan rumah Nada, Nia ternampak Nada sedang menguncikan pintu rumahnya dan menyarung sneakers nya. Hailah…masih dengan sneakers nya?? Eleh! Samalah dengan kau! Tak padan dengan mengandung! Pakai sneakers jugak!

Nada segera masuk ke dalam kereta Tengku Quraisy. “Sorry lambat!”

“Tak apa…” balas Tengku Quraisy lalu segera memandu keretanya ke Times Square.

Sampai di Times Square, Tengku Quraisy saling bersalaman dengan kawan-kawannya. Nia hanya melihat. Dia hanya bersalaman dengan Zahirah Zira dan juga Janna Firash. Begitu juga dengan Nada.

“Lawa bini kau! Well, congrats sebab tak lama lagi kau akan menjadi bapa!” kata Azmir Affandi.

“Congrats!” ujar yang lain juga. Nia hanya tersenyum.

“Thanks guys! Well, aku bersyukur jugak!” ujar Tengku Quraisy pula.

“Kau dengan Rayyan macam mana?” soal Janna Firash.

“Entahlah! Malas aku nak cakap! Dia sekarang dah makin melampau!”

“Aryana?” soalan dari Zahirah Zira pula.

“Entahlah…tapi kadang-kadang aku kesiankan Aryana. Yalah…macam diabaikan!” kata Tengku Quraisy.

“Well, nak buat macam mana kan? Kahwin sebab tangkap basah! Rayyan tu nakkan si Nia…” ujar Nizam Zafi membuatkan Nia tersentak. “Eh Nia! Sorry…bukan saya nak mention pasal ni tapi saya just nak bagi nampak jalan cerita,” timbul rasa bersalah dalam hati Nizam Zafi.

“Tak apalah…saya tak ambik hati pun.” ujar Nia. Nizam Zafi membalas dengan senyuman. Kemudian, pandangan Nizam Zafi teralih kepada Nada yang bertudung comel.

Errr…can I say that she’s too cute for me?? For me?? Apa yang kau merepek ni Nizam?? Wake up! Manalah tahu dia ni dah ada boyfriend! Hesy! Jangan cari pasal Nizam!

“Hoi Nizam! Apa benda yang kau menungkan tu?! Oh…kau hendap si kawan Nia erkk??” Janna tersengih. Tahu sangat!

“Errr…emmm…isy mana ada kau ni!” sedaya-upaya Nizam Zafi menyangkal.

“Eleh! Yelah tu! Macamlah aku tak nampak kau sedap usya si kawan Nia tu!” Janna menyakat lagi.

“Kau kan Janna! Kalau tak usik aku, tak boleh?” sengaja Nizam Zafi membuat gaya tak puas hati. Tak nak diusik terus-terusan.

Janna hanya mencebik. Eleh! “Kau tak payahlah nak nafikan apa yang aku cakapkan ni Nizam Zafi!”

Nada yang duduk di sisi Nia memerhati mereka dengan pandangan blur. Errr…si pelakon tu jatuh cintan dekat aku?? Hesy! Sungguh tak logik! Aku ni dahlah baju kemeja je…seluar jeans! Kasut sneakers…takkan dekat aku pun ada taste jugak!

“Apa salahnya??” Tengku Quraisy pulak turun padang mengenakan Nizam Zafi.

“Kan??” Ahmad Arif turut kenakan Nizam Zafi.

“Syhhh!” suara Nizam Zafi sengaja ditegaskan.

“Hok aloh! Dia malu pulak!” Tengku Quraisy masih berniat nak mengusik.

“Eh? Bini kau ke mana Quraisy??” soal Zahirah Zira apabila dirinya terperasan yang Nia tak ada di sisi Tengku Quraisy.

Tengku Quraisy segera menoleh. Aikkk?? Mana Nia?? “Nia?” matanya melilau mencari kelibat Nia. Nada pun tak ada!

“Tulah! Ralit sangat dengan kawan sampai bini pun terasa terabai!” Nizam Zafi pula mengenakan Tengku Quraisy.

Kemudian, mereka nampak kelibat Nia dan Nada sedang menuju ke arah mereka sambil di tangan Nia ada aiskrim Baskin Robin.

“Lah…kau pergi mana Nia?” soal Tengku Quraisy risau.

“Aku pergi beli aiskrim nilah…tiba-tiba pulak aku rasa nak makan aiskrim!” balas Nia sambil makan aiskrim tersebut.

“Emmm…mengidam lah ni?” Zahirah Zira tersenyum melihat tubuh Nia yang sedikit berisi.

“Lain kali cakaplah dulu…aku risau tau tak?”

“Sorry…” malas nak layan Tengku Quraisy, lebih baik aku layan aiskrim depan mata ni!

“Kenapa guna bahasa aku-kau? Kenapa tak guna baby, sayang, abang, honey, love?” soal Azmir Affandi.

Errrr??? Hati Nia bercelaru. Tengku Quraisy pula tersengih.

“Derrr…kita orang ni sebenarnya sweet tau daripada pasangan couple yang bersayang-abang! Aku-kau ni pun sebenarnya sweet! Tak best lah guna sayang-abang! Lagipun, dah biasa sangat dalam skrip! Tak boleh, tak boleh!” Tengku Quraisy menggeleng.

“Apa kejadahnya yang sweet?” Ahmad Arif menggaru kepalanya.

“Hah…hanya aku dengan aku je yang faham dekat mana sweetnya beraku-kau tu!”

Mereka semua hanya mencebik. Namun, Nizam Zafi cepat-cepat menarik tangan Tengku Quraisy ke belakang. Ada benda yang perlu dia bincang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience