BAB 66

Humor Completed 39788

“Nia…” Tengku Quraisy memeluk Nia yang sedang membasuh pinggan dari belakang.

“Ya?”

“Boleh tak kalau lepas nikan kalau kau nak ke mana-mana just dengan aku? Kau tak boleh dah drive sorang-sorang!”

Nia berhenti basuh pinggan lantas berpusing menghadap ke belakang. Nia menjongketkan keningnya. “Kenapa?”

“Sebab bahaya dekat luar sana tu…Rayyan plan something untuk membuatkan kita berpisah.”

“Tahu mana?”

“Aryana yang bagitahu…”

“Oh…” Nia kembali berpusing. Membasuh pinggan kembali.

“Hey…dengar ke tak ni??” macam tak nak dengar pun ada bini aku ni.

“Yelah…aku akan keluar dengan kau kalau aku nak ke mana-mana! Puas??”

“Sounds tak ikhlas je?” Tengku Quraisy meletakkan dagunya di atas bahu Nia.

“Ikhlas lah. Alah…aku tahu kau sayangkan aku kan? Sebab tulah kau protect aku macam ni. Aku faham…” serta merta Nia terasa pipinya dikucup.

“Hesy! Apa ni?!” bentak Nia.

“Tanda aku sayang kau!” Nia tergelak kecil lantas mencubit pipi suaminya perlahan.

“Aishhh…apa ni main cubit-cubit ni? Nak kena ‘makan’ ke?” Nia faham sangat apa yang dimaksudkan si suaminya.

“Hmmm…” tak sempat ayat Nia habis, terus Tengku Quraisy mengangkat tubuh isterinya.

“Isy apa ni Quraisy??” Nia memerhati suaminya yang tersengih gatal.

“Kan tadi kau nak aku makan kau?” Tengku Quraisy menjongketkan sebelah keningnya beberapa kali.

“Bila masa aku cakap?”

“Yang hmmm tadi tu??”

“Isy! Bukanlah! Aku tak dan cakap habis lagi, kau dah angkat aku!”

“Alah…tak kisahlah…” Tengku Quraisy membawa isterinya ke bilik.

“Quraisy! Apa ni?!! Eiii!!! Aku tak siap masak lagi ni! Kejap lagi mak, ayah, mama dan papa nak datang kan?”

“Alah…mereka mesti faham punya!”

“Quraisy!!!” Nia menumbuk-numbuk dada suaminya.

Tanpa Nia sedar, dirinya sudah berada di atas katil. Tengku Quraisy berada di atas badannya.

“Quraisy…aku tak masak lagi ni!”

“Biarlah…” Tengku Quraisy mengucup dahi Nia.

“Isy Quraisy! Ingat erkk!!! Aku pregnant!”

“So?”

Ya Allah dia ni!!! Gatal sungguh!

“Quraisy…pleaselah! Aku dahlah tak prepare apa-apa lagi. Air pun tak bancuh lagi…”

“Alah sayang…mama, papa, mak dan ayah mesti fahamlah kalau anak mereka terlewat sediakan makanan.” pipi Nia dicium pula. Sungguh lama tak tengok Nia marah-marah geram.

“Quraisy!!! Pleaselah! Jangan nak jadi budak-budak ok!” marah Nia. Sengaja dia nak test aku!

“Tak jadi budak pun!” akhir sekali, bibir Nia diciumnya. Diciumnya sehingga Nia sesak nafas. Tengku Quraisy melepaskan bibir Nia.

“Quraisy!!!! Eiiii!!!!! Hah!!! Suka ambik kesempatan kan??!!” marah Nia. Ya Allah!

“Hehehe…suka tengok kau marah!” Tengku Quraisy tersengih.

Nia mengetap bibirnya. What?! Dia suka tengok aku marah? Ok fine! Hahaha…ready standby role and action!

Nia menolak tubuh sasa Tengku Quraisy ke tepi. Dia melangkah keluar dalam keadaan pura-pura marah.

“Alamak…dia marah ke?” Tengku Quraisy memandang Nia yang sedang beredar keluar ke dapur.

Tengku Quraisy keluar menghampiri Nia yang sedang memotong kacang buncis bersama-sama sayur yang lain untuk masak sayur campur.

“Nia…” senyap. Alah…dia betul-betul marah ke ni?

“Nia…” senyap lagi?? Aduhai…

“Alah Nia…sorry lah Nia! Aku saja je tadi…” senyap!

“Aku tolong bancuh air erkk??” silent mode lagi.

Tengku Quraisy tak betah bertanya lagi. Dia mencapai jag air lalu membancuh air Ribena. Hahaha…kanak-kanak Ribena lagi.

Nia hampir tergelak melihat wajah suram suaminya. Tulah…ingat kau sorang pandai berlakon? Aku pun pandailah! Macam dramalah pulak!

Tok! Tok! Tok! pintu rumah mereka diketuk. Mesti mak ayah mama dan papa dah sampai! Nia memberhenti tugasnya lantas menuju ke arah pintu. Dia tersenyum apabila wajah-wajah yang dia sayang beridiri di hadapan pintu rumah.

“Masuklah mak, ayah, mama, papa…” Nia tersenyum lantas membuka pintu dengan luas.

“Sorrylah mak, ayah, mama, papa…Nia tak sempat nak serve makanan.”

“Hmmm tak apa-apa…” jawab Puan Muna dan Tengku Darina serentak.

“Nia pergi dapur kejap erkk?? Nak goreng sayur…” Nia tangkas ke dapur. Tengku Quraisy pula menyalami mama papanya dengan mertuanya sekali.

Usai menggoreng sayur campur tersebut, Nia mencedoknya ke dalam mangkuk. Dia menghidangkan makanan tersebut di atas meja makan. Nasib baikla suaminya dah tolong sendukkan kuah ke dalam pinggan. Taklah lambat kerja aku!

“Mama, papa, mak, ayah…nak makan sekarang ke?” tanya Nia. Manalah tahu nak rileks rileks dulu ke apa?

“Boleh jugak! Dah lama tak makan masakan Nia ni…” Tuan Rafizul bersetuju. Mereka semua menuju ke meja makan.

Nia mencedok nasi ke dalam pinggan manakala Tengku Quraisy tolong menuang air ke dalam gelas. Usai mengaminkan doa yang dibaca Tengku Quraisy tadi, mereka segera makan. Nampaknya semua berselera dengan masakan yang dimasak oleh Nia. Tengku Quraisy pun dah masuk 2 kali tambah. Nia yang mengandung dia pulak yang makan lebih.

Usai makan, Nia membawa pinggan-pinggan ke dapur untuk dibasuh. Turut dibantu oleh Tengku Quraisy.

“Nia…kau marahkan aku lagi ke?” Tengku Quraisy dalam keadaan hendak memujuk.

“Entah…” itu sahaja yang dibalas oleh Nia. Usai mencuci pinggan, dia menuju ke arah peti ais.

Puding roti dibawa keluar lalu dipotong. Nia mencapai 6 pinggan lalu dibawa bersama pudding roti ke meja makan.

“Wah…ada dessert pulak?” kata Tengku Ariff Syah.

“Mestilah papa!” balas Nia sambil tersenyum. Mereka masing-masing menikmati pudding roti yang dibuat oleh Nia.

“Nia…nanti ajar mama tau macam mana nak buat pudding roti ni sebab papa suka sangat makan pudding roti!” ujar Tengku Darina. Nia mengangguk kecil.

Mereka makan sambil bersembang-sembang pasal diri sendiri. Sekali-sekala dikaitkan tentang kandungan Nia.

Malam menjelma…ibu bapa Quraisy dan Nia meminta diri untuk beredar. Nia dan Tengku Quraisy menghantar parents mereka hingga depan pintu pagar.

Mereka berjalan masuk ke dalam rumah apabila kereta ibu bapa mereka hilang dari pandangan. Tengku Quraisy menutup pintu lantas menguncinya. Dia menuju ke arah Nia yang sedang sibuk membancuh milo.

“Nia…”

“Apa?!” suara Nia tegas. Lakonan masih dilakukan.

“Nia…janganlah sentap. Tadi tu aku cuma bergurau je…” tiba-tiba Nia tergelak kuat.

“Kenapa kau gelak?” pelik pulak Tengku Quraisy melihat isterinya.

“Hahahaha! Aku just kenakan kau je tadi! Apa?! Kau ingat kau sorang je pandai berlakon? Aku pun pandailah!” Nia terus-terusan ketawakan Tengku Quraisy.

“Oh…kau kenakan akulah erkk?? Hmmm?” Tengku Quraisy mendekati isterinya lalu tubuh itu digeletek.

“Quraisy!!! Geli! Sorry! Sorry!!!” Nia terasa senak perut akibat ketawa yang banyak.

“Matian-matian aku ingatkan kau marah aku Nia! Kau kenakan aku?!”

“Sorry!!!” Tengku Quraisy berhenti menggeletek Nia. Takut menjejaskan kandungan Nia pulak.

Ting tong! loceng rumah berbunyi. Nia dan Tengku Quraisy berpandangan.

“Siapa?” soal mereka serentak. Mereka berjalan ke arah pintu. Pintu dibuka. Tak ada siapa? Tengku Quraisy melangkah keluar. Kemudian, dia ternampak seorang lelaki yang berbaju hitam.

Terus Nia rasa tak sedap hati. “Quraisy! Masuk dalam rumah Quraisy!” matanya dapat menangkap yang lelaki itu sedang menghalakan pistol ke arah Tengku Quraisy.

“Quraisy!!!!” Nia berlari ke arah suaminya.

“No!!!!” satu suara menjerit.

Dush! Tembakan dilepaskan. Namun, Tengku Quraisy dan Nia tidak rasa sakit. Mereka memandang seorang perempuan yang terbaring lemah dengan berlumuran darah. Lelaki tadi segera melarikan diri.

Mereka menghampiri wanita tersebut. “Aryana?!” serentak mereka berkata.

“Like I’m said right Quraisy?” soal Aryana sambil menahan kesakitannya. Nia masuk ke dalam kereta lantas mencapai kunci kereta.

“Quraisy! Angkat dia bawak masuk dalam kereta!” arah Nia. Tudung sudah tersarung di kepalanya. Tengku Quraisy segera mencempung tubuh Aryana lalu diletakkan di bahagian belakang tempat penumpang. Dia memangku kepala Aryana.

Nia segera memandu ke Hospital Gleneagles. Dia memecut laju. Darah Aryana mengalir keluar dengan kadar yang banyak.

Sampai sahaja di Hospital Gleneagles, Aryana terus ditolak ke ICU. Baju Tengku Quraisy dibasahi dengan darah Aryana. Nia dan Tengku Quraisy sabar menunggu keputusan dari doktor.

“NO! NO! NO! Tak mungkin! Tak mungkin aku bunuh dia! Tak mungkin!” Rayyan memegang kepalanya. Rambutnya dicengkam kuat.

“Aku…aku…aku sayang Aryana! Aku…tak mungkin aku yang tembak!” Rayyan masih menggeleng.

“No! Tadi kena Quraisy kan?! Tak mungkin ke dekat Aryana! Tak mungkin!!” Rayyan masih tak keruan kerana kes tadi.

“Tak Rayyan…tembakan kau tadi kena dekat Aryana!” ada suara membisik di telinga Rayyan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience