BAB 32

Humor Completed 39788

Nia memakai baju berwarna merah hati. Tema untuk keluarganya adalah berwarna merah hati dan bagi keluarga Tengku Quraisy ialah berwarna kuning keemasan. Fuh! Habislah aku hari ni! Penat weyh!!!!

Nada turut memakai baju yang berona sama dengan Nia. Ditilik Nia yang sudah disolek oleh mak andam tadi.

“Nia…you’re so gorgeous! Mesti Tengku Quraisy cair tengok kau! Perghh! Marvellous!”

“Ceh! Apa yang marvellous nya? Setakat muka palsu aku ni tak jadi apa ok!”

“Yelah! Tapikan kau dah rasmi jadi bini Tengku Quraisy! Kau tahu? Banyak wartawan dekat luar sana! Nak buat liputan terkini.”

“Hmmm…tulah yang aku meluat! Busy body betul!”

“Kau kena ingat Nia! Kau kahwin dengan artis! Bukannya anak orang biasa. Mestilah banyak wartawan nak buat liputan terkini.”

“Cemuih…!”

“Cemus tak cemus! Kau kena jugak hadapi semua tu!”

“Hmmm…”

Kemudian, pintu bilik itu dikuak. Tengku Quraisy masuk dengan berpakaian lengkap.

“Aku keluar dulu…” Nada keluar dari bilik tersebut.

Tengku Quraisy menghampiri Nia yang sedang duduk memerhatikan dirinya di dalam cermin tersebut.

“Cantik kau pakai baju ni…”

“Seksa kot! Hesy!” Nia mengeluh.

“Nia..boleh tak aku nak buat request?” Nia berpaling memandang Tengku Quraisy.

“Jangan nak mintak yang merepek!”

“Isy taklah! Aku nak mintak kau jadi gegirl sikit hari ni. Tak banyak pun…sikit je sampai majlis tamat. Boleh?”

“Hesy kau ni! Permintaan kau ni tak masuk akal langsung! Gegirl? Memang taklah! Kau sengaja kan nak suruh aku kucing siam?”

“Eleh kau ni! Kerek arrr…sikit je Nia. Aku tak mintak lebih! Kalau aku mintak yang tu belum tentu kau akan bagi!” Tengku Quraisy mencebik.

“Kau jangan macam-macam Quraisy! Kang…”

“Kang apa?” Tengku Quraisy mendekatkan mukanya kepada Nia. Hanya beberapa inci sahaja bibir mereka akan bersentuhan.

Nia menjarakkan mukanya. Hesy! Mamat ni bukannya boleh percaya sangat! “Tak ada apa-apalah!” Nia menunduk.

“Rayyan ada?” soal Nia.

“Tak…entah! Sejak kena belasah dengan Janna, dia lesap terus! Kenapa? Kau takut ke?” Nia mengangguk.

“Kau jangan takutlah…akukan ada! Aku boleh protect kau! Tapikan, ayah kau ada kata. Kau ni ada silat. Kenapa tak guna je?”

“Waktu tu memang aku tengah takut gila! Aku tak boleh nak buat apa-apa…semuanya beku.”

“Tak apalah…kau jangan risaulah. Kau dah ada aku kan?” Tengku Quraisy memandang ke dalam anak mata Nia.

“Kalau kau dia boleh cederakan tak mustahil aku kan?”

“Nia…” Tengku Quraisy memegang bahu Nia. “Kau jangan takut. Aku ada untuk kau.”

“Kenapa kau tak bagitahu aunty dengan uncle pasal Rayyan?” Nia memandang wajah Tengku Quraisy.

Tengku Quraisy mengeluh. “Aku tak nak mama kecewa dengan sikap Rayyan yang dah jauh tersasarnya. Aku tak nak mama malu. Kau tahukan mulut kak Quraisya macam mana? Dia tu pedas sikit. She can hurt anybody with her word!”

“Oh…” aku pun dah kena sebenarnya!

“Aku tahu kau kena serang dengan kak Quraisya hari tukan?”

“Macam mana kau tahu?” Nia memandang dengan pandangan pelik.

“Dia cerita semuanya dekat aku masa dekat masjid tu…”

“Then?”

“Dia kata dia bersalah sangat…she just wanted the best for me. That’s why she acted like that.”

“Aku tahu…aku tak ambik hati pun…” balas Nia.

“Nia…Quraisy! Jom turun! Majlis dah nak mula! Tetamu pun dah datang…” mereka berdua mengangguk.

Tengku Quraisy menghulurkan tangannya. Nia memandang Tengku Quraisy meminta penjelasan.

“Yelah…kenalah buat sweet sikit. Kau tak rasa ke apa yang tetamu akan cakap kalau kita tak sweet langsung? Dahlah aku suruh kau jadi gegirl kau tak nak!”

Nia mendengus. Tangannya diletakkan dalam genggaman Tengku Quraisy. “Ok fine! Kali ni je!” Nia menejeling Tengku Quraisy. Tengku Quraisy tersengih gembira. Ambik kesempatan!

Ketika mereka masuk dan ingin ke meja makan pengantin, semua mata asyik memandang ke arah mereka. Ada yang tersenyum tambah-tambah lagi adik beradik Nia.

Ketika di meja pengantin, Nia memandang lauk pauk. Alamak! Semuanya seafood! Takkan mereka tak cakap yang aku ni allergic udang dan segala jenis seafood ni? Kalau ada adik beradik kerang tak apalah jugak! Ini udang galah besor punya! Terbaik!

“Quraisy…” Tengku Quraisy memandang Nia.

“Kenapa?”

Nia mendekatkan mukanya ke Tengku Quraisy. “Aku tak boleh makan seafood lah! Kau tak cakap dekat mereka ke?”

“Allah! Aku lupalah Nia! Sorry…kau nak ayam golek tu? Aku boleh mintak mereka uruskan!”

“Emmm…tak payahlah!”

“Habis tu? Kau nak makan apa?”

“Aku makan jelah…lepas tu balik aku perah air lemon.”

“Tak payahlah Nia…”

“Tak apa ok?” Tengku Quraisy tak senang hati. Boleh ke Nia ni?

Upacara makan bermula. Seluruh dewan itu bergema dengan lagu-lagu pengantin. Sepanjang itu juga Nia terpaksa berpura-pura senyum dan terpaksa menerima dan menyuap Tengku Quraisy. Nak sweet lah konon kan?

Effect udang dan ketam sudah dirasa dalam tekak. Nafasnya naik turun. Hidungnya mula berair. Dadanya terasa sesak sangat. Nia memegang dadanya. Ya Allah…sakitnya!

“Nia? Nia? Kau ok?” tanya Tengku Quraisy yang perasan perubahan Nia.

“Aku sakit…” ujar Nia perlahan.

“Nia? Nia ok tak ni?” tanya Tengku Darina. Dia turut cemas melihat keadaan Nia. Nia menggeleng. Sesungguhnya aku memang tak ok sekarang ni!

“Quraisy! Bawak Nia balik bilik. Guna pintu belakang…” Tengku Quraisy mengangguk lantas memimpin Nia keluar dari dewan makan. Mereka pulang ke bilik hotel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience