BAB 26

Humor Completed 39788

Hari ini Tengku Quraisy akan memulakan penggambarannya. Nia? Hmm…busy dok gosok bajunya. Mama dan papa dah selamat sampai di New Zealand semalam.

Tengku Quraisy memerhatikan semua orang yang terlibat dalam shooting ni…runner, camera man, director, producer, pengarah kreatif, co-camera man, penata suara. Sibuk dengan alatan masing-masing.

“Hai!” Tengku Quraisy disapa. Dia menoleh.

“Weyh! Kau ke Janna! Lama siot tak jumpa kau! Kau pergi mana?” gembira Tengku Quraisy dapat berjumpa lagi dengan teman sekerjanya.

“Aku kan shoot dekat overseas! Kau tak ingatlah tu!” suara Janna Firash.

“Ha arrrlah! Kau shoot dengan Nizam kan?” Janna Firash hanya mengangguk.

Nia yang tadi sibuk menggosok baju Tengku Quraisy tertumpu kepada perbualan Tengku Quraisy bersama seorang wanita yang tidak bertudung tapi boleh tahan cantik! Comel macam Nad Zainal.

“Aku dengar kau dah bertunang! Siapa tunang kau??” tanya Janna Firash excited.

“Hmmm…well dia orang public je…”

“Yelah! Tapi sapa? Aku nak tahu!” desak Janna Firash.

Jari telunjuk Tengku Quraisy dituju ke arah Nia yang sedang menyusun bajunya di rak.

“Oh gosh!! She’s quite pretty!” puji Janna Firash.

“Ye ke?” tanya Tengku Quraisy inginkan kepastian.

Janna Firash menampar lengan Tengku Quraisy. “Kau yang pilih dia, kau pulak yang tanya macam tu dekat aku?”

“Yelah…sebab bagi pandangan orang lain selain kawan-kawan kita ni dia tu agak simple!”

“Yeah! Itu kata orang! Kau?”

“Bagi aku dia tetap lawa!” balas Tengku Quraisy.

“Then? Pedulikan apa yang orang cakap! Walaupun dia agak berisi but okay sebab muka dia sangat suci you know?”

“Hmm…”

“Sejak kebelakangan ni kau jadi tajuk utama! Semalam tajuk utama kau, kau main kayu tiga di belakang tunang kau! Kononnya kau ada skandal dengan PA kau! Apa kes bro? Kenapa tak cakap je tunang kau tu sebenarnya PA kau?” pelik pulak Janna Firash! Selalunya artis umum!

“Aku tak naklah bila dia di tempat public, ada reporter akan soal dia macam-macam! Kau tahu? Kau nampak dia simple and dimple macam tu tapi sebenarnya dia samseng kot! Aku takut dia tabuh reporter tu je! Tak pasal dia jadi tajuk utama tunang Tengku Quraisy seorang gangster. Tak ke naya aku?”

Janna Firash ketawa. “Kau ni memang lawaklah!”

“Lawak tak lawak beb! Dia memang asli gangster!” ujar Tengku Quraisy sambil matanya melirik ke arah Nia yang sedang ralit menggosok bajunya.

“Hmmm…well apa pun aku ucapkan tahniah dekat kau sebab akhirnya dha bertunang selepas kau dah break dengan minah sengal tu! Hah! Ada satu lagi!”

“Apa lagi Janna?”

“Aku tengok Twitter semalan and caption Ku Reen was so euuu! She’s madly in love with you Quraisy! What happen Quraisy!! Macam mana dia boleh jatuh cinta dekat kau?”

“AKu pun tak tahu…mungkin waktu di set! Waktu aku kena berlakon dengan dia dulu.”

“Nasib kaulah Quraisy jadi orang ternama dan hensem macam kau ni! Pakat-pakat minat!”

“Memanglah pakat minat dekat aku tapi yang tu…” jarinya dituju ke arah Nia. “Susah tau nak buat dia minat dekat aku!”

“Hmmm? Kalau dia tak minat dekat kau, kenapa dia boleh bertunang dengan kau?” Janna Firash menggaru kepalanya yang terasa gatal.

“Panjang ceritanya. Semuanya sebab Rayyan…”

“Rayyan? Adik beradik tiri kau tu?” Tengku Quraisy mengangguk.

“Dah kenapa pulak nak dikait dengan Rayyan?”

“Dulunya Rayyan tu ex boyfriend kepada Nia…so bila kerap kali Rayyan kacau dia, at last dia buat decision nak kahwin dengan aku! Dia kata dia selamat dengan aku! Waktu tu pun dia dah tahu yang aku sukakan dia.”

“Oh…no wonder lah dia percaya kan kau. Hmmm…rumit jugak masalah kau ni kan? Well, kau tak rasa ke Rayyan akan ganggu jugak rumah tangga kau?” Tengku Quraisy menggosok dagunya.

“Itu aku tak berani jamin because I know him! Apa cara pun dia akan buat supaya hak dia dapat balik! Aku totally risau sebenarnya!”

“Itulah…aku takut kau dengan Nia berpisah nanti akibat Rayyan!” Janna Firash turut bersuara risau.

“KAU ni kenapa lagi Rayyan?” Alex turut bersuara tak puas hati.

“Aku tak suka dia dengan Nia! Aku akan buat dia berpisah dengan Nia!” suara Rayyan berdendam.

“Kau ni dah kenapa Rayyan? Aku tak fahamlah kau ni! Dulu waktu kau ada dia, kau tak pandai nak appreciate! Sibuk dengan playboy kau tu! Bila dia dah jadi milik orang kau tak puas hati pulak?!”

“Kau tak faham aku Alex!”

“Memang! Memang aku tak faham kenapa kau jadi segila talak macam ni! Ke kau nak Nia balik sebab kau berdendam dekat Alya??”

Rayyan memandang Alex tajam. “Kau jangan sebut nama minah tu depan aku!”

“Habis tu? Sebab apa??”

“Kau takkan faham!”

“Memang! Aku takkan faham dan aku tak nak faham dengan perangai kau yang sebenarnya! Kau kena terima hakikatlah derr! Nia tu dah nak jadi isteri Quraisy! Apa gunanya kau nak berebut! Kau tau tak, perangai kau ni bukannya menyenangkan orang tapi menyusahkan orang!” Alex terus bangun meninggalkan Rayyan seorang diri. Dengan aku sekali jadi gila nanti!

TENGKU Quraisy menuju ke arah kru yang sedang menikmati jamuan makan tengahari.

“Quraisy! Jomlah makan!” ajak Janna Firash. Tengku Quraisy hanya mengangguk lalu duduk di sebelah Janna Firash. Bungkusan makanan dibuka.

“Kau nampak Nia tak?” tanya Tengku Quraisy.

“Errr…tak nampak pulak! Kenapa?”

“Entahlah…aku rasa tak sedap hatilah beb!”

“Perasaan kau je kot! Tak ada apa-apalah. Adalah tu dia pergi toilet kot!” Janna Firash sekadar menyedapkan hati Tengku Quraisy. Sebenarnya dari habis shoot tadi, bayangan Nia langsung tak nampak!

“Tolong!!!! Tolong!!!!” suara itu sayup-sayup kedengaran. Tengku Quraisy berhenti makan begitu juga dengan semua kru.

“Kau dengar tak?” tanya Tengku Quraisy. Janna Firash hanya mengangguk.

“Tolong!!!!! Tolong!!!!!” suara itu kedengaran lagi.

“Nia!!!!” Tengku Quraisy terus bangun dan berlari ke arah suara tersebut. Kru-kru yang lain turut mengikut langkah Tengku Quraisy.

“Tolong!!!!”

“Nia!!!!” jerit Tengku Quraisy.

“Quraisy!!!! Tolong aku!!!!” suara Nia menjerit lagi.

“Nia!!!!!!” Tengku Quraisy melangkah ke arah parking. Ternampak kereta Mercedes Sport melincir laju keluar.

“Rayyan!!!”

“Kenapa Quraisy?” tanya Janna Firash.

“Janna…I need your help! Teman aku cari Nia!!! Dia kena culik dengan Rayyan!”

“Ya Allah! Jom!” Tengku Quraisy mengeluarkan kunci keretanya. Janna Firash meluru masuk di tempat penumpang sebelah pemandu. Tengku Quraisy terus pecut.

“Kau call director cakap sorry sebab kena lari dari shooting. Cakap kita kena selamatkan Nia!”

“Ok…” Janna Firash menelefon pihak director dan menceritakan perkara yang sebenar. Tak lama, talian diputuskan.

“Untunglah director tak marah. Tak apa…dia kata dia akan shoot pelakon yang lain dulu!” Tengku Quraisy hanya mengangguk.

Berperang dengan kesesakan jalan…akhirnya Tengku Quraisy ternampak kelibat Mercedes Sport itu di hadapan. Dia melajukan lagi keretanya. Dia ternampak kereta itu memberi signal sebelah kanan tanda hendak masuk selekoh itu. Eh? Itu bukan ke laluan nak ke pendalaman kawasan yang merbahaya tu?

Tak guna punya Rayyan! Kau ingat kau boleh lari dari aku??! Kau memang cari nahaslah!

“Quraisy! Ni bukan ke pendalaman yang dikatakan merbahaya tu ke?? Polis pun tak bagi masuk!”

“Memang tapi kita kena jugak masuk sebab setan tu dah bawak lari tunang aku! Shit holy fucker!” geram Tengku Quraisy dibuatnya.

“KAU nak bawak aku ke mana!!! Rayyan! Please lepaskan aku!!!! Kau dah gila ke!!!” Nia menjerit. Ya Allah! Hutan mana ni??!

“Hey! Kau boleh diam tak!!! Kau tahu tak aku separuh gilakan kau tapi kenapa kau pilih Quraisy jugak! Apa yang lebih diri dia tu!!!” Rayyan menggenggam rambutnya dengan sebelah tangannya.

“Kau tahu kenapa?! Sebab dia bukannya kasanova macam kau!!! Kau tak layak untuk aku!!!” balas Nia lagi.

“Sapa kau cakap aku tak layak untuk kau!!! Kau lagi layak untuk aku dari Quraisy tu!!! Quraisy have nothing! Nothing!!!” jerit Rayyan.

“Sekurang-kurangnya dia tak mainkan perasaan aku!!!! Kau ni apa?!!! Kau gila talak!!! Lepaskan aku!!!!”

“No way!!! AKu takkan lepaskan kau!!! Kau jangan nak mimpi!!! Sampai saja di sana, aku akan buat kau jadi milik aku!!!”

“Kau gila Rayyan!!! Kau gila Rayyan!!!”

“Memang! Mula-mula aku akan ambik dara kau dulu…lepas tu aku akan kahwin dengan kau!” Rayyan tersenyum sinis.

Nia memandang Rayyan dengan pandangan yang tak percaya! “Kau gila ke apa Rayyan! Aku takkan serahkan diri aku untuk kau yang gila nafsu ni semata-mata!”

“Oh ya…we will see. Kau kuat ke aku yang kuat!”

Nia terdiam. Perasaan takut kepada Rayyan makin menjadi-jadi. Aku tahu aku ada ilmu pertahankan diri tapi dengan keadaan Rayyan sekarang yang macam ni aku tak rasa yang aku boleh menang dengan ilmu aku tu!

Sedar tak sedar, tempat itu sudah sampai. Nia makin takut. Rayyan menariknya keluar dari kereta menuju ke rumah yang kosong.

“Lepaskan aku!!!! Lepas!!!!” Rayyan hanya buat bodoh. Kau akan jadi milik aku tak lama lagi Nia! Tak lama lagi!

Tubuh Nia dihumban ke atas lantai. Nia berundur ke belakang apabila Rayyan menghampirinya.

“Kau kenapa ni sayang? Takut erkk?? Janganlah takut…aku bukannya buat kuat sangat pun!”

“Kau gilalah Rayyan!!!” Nia menendang perut Rayyan. Rayyan terjelopok ke belakang.

Rayyan memandang Nia bersama senyuman sinis. “Wooo…ganas! Aku suka perempuan ganas ni!”

“Rayyan!!!! Jangan!!!” takut Nia apabila Rayyan menghampirinya dan jelas matanya berarak dengan nafsu.

“Kau jangan takutlah…aku akan bagi kau nikmat yang paling sensasi dan yang kau tak pernah rasa dalam dunia ni. Kau nak tahu apa??” terus muka Nia ditekup dengan kain yang cecairnya adalah menyebabkan Nia menjadi khayal. Bukan pengsan tapi berkhayal.

“Lepas!!!!” namun makin lama mata Nia makin mengecil. Bukan sebab mengantuk atau apa tapi cecair itu meresap masuk. Nia mula berkhayal. Tiba-tiba dia tersenyum.

“See sayang? Sayang sukakan??” Rayyan mendekatkan mukanya kepada Nia. Rayyan memandang bibir kecil Nia. Kalau aku…baru sahaja hendak cium, terasa kolar bajunya dicekak. Dan sepantas itu, dia terasa pipinya ditumbuk.

“Kurang ajar kau setan!!!!” jerit Tengku Quraisy. Muka Rayyan terus-terusan ditumbuk.

Janna Firash menuju ke arah Nia. “Nia??” Janna Firash menepuk-nepuk pipi Nia.

“I’m in heaven now…” ujar Nia.

“Hah?? Apa? Heaven?? Awak khayal ni!” Janna Firash menoleh ke arah Tengku Quraisy.

“Quraisy!!! Dahlah tu!!! Datang sini! Kita bawak Nia balik!” Tengku Quraisy berhenti menumbuk Rayyan. Dia menuju ke arah Nia.

“Nia…Nia…” pipi Nia ditepuk.

“I’m in heaven…truly heaven made! What wonderful world…” ujar Nia tanpa dia sedar.

“Nia! Apa ni Nia?? Kau khayal ni!!”

Rayyan perlahan-lahan bangun. Pisau di koceknya dibawa keluar. Perlahan-lahan dia bangun dan menuju ke arah Tengku Quraisy.

Baru sahaja dia nak mengangkat Nia, terasa ada tusukan tajam di bahunya. Tengku Quraisy mengerang kesakitan. Darah memancut dengan banyak. Tusukan itu dia terima sebanyak 3 kali.

“Hahahaha…!!!!” Rayyan ketawa jahat. Tengku Quraisy rebah. Janna Firash terjerit akibat terkejut.

“Kau!” katanya dituju kepada Janna Firash bersama pisau dituju tepat ke arah muka Janna Firash.

Oh…kau nak berlawan erkk Rayyan?? Huh! Kau silaplah Rayyan! Setakat pisau Rambo kau tu aku dah biasalah! kata Janna Firash dalam hati.

“Kenapa?!” tanya Janna Firash berani.

“Berani kau erkk?? Kau tak takut ke aku tikam kau macam aku tikam Quraisy?” Rayyan memerhatikan Janna Firash.

“Huh! Dengan orang yang tak waras macam kau ni?!”

Rahang Rayyan bergerak-gerak menahan geram. “Kau nak mampus ke?!”

“So?” Rayyan rasa tercabar. Serta merta Rayyan melangkah ke arah Janna Firash.

Janna Firash yang dapat membaca pergerakan Rayyan tangkas mematahkan serangannya. Tangan Rayyan dikilas.

“Arhhh!!!” Rayyan menjerit kesakitan. Kaki Rayyan diselit dan dipatahkan. Rayyan menjerit lagi.

“Kau jangan ingat perempuan macam aku ni lemah!!!” tubuh Rayyan ditolak. Rayyan mengerang kesakitan.

“Quraisy!! Kau ok??” Tengku Quraisy mengangguk walaupun kesakitannya amat ketara.

“Tak! Kau tak ok! Jom bangun! Aku pimpin kau dengan Nia!”

“Larat ke?” tanya Tengku Quraisy.

“Larat! Jom!” Janna Firash memimpin Tengku Quraisy untuk bangun. Kemudian, dia mengangkat Nia pula. Dia memimpin Nia dan Tengku Quraisy.

Sampai di kereta, Janna Firash membuka bonet kereta. Syukur ada kain yang boleh balut luka Tengku Quraisy sementara nak sampai dekat hospital.

“Aku balut luka kau!” Janna Firash mengikat kain tersebut diantara ketiak dan bahu. “Kau duduk depan…Nia kena duduk belakang dengan keadaan dia macam tu!” Tengku Quraisy hanya mengikut. Dia duduk di sebelah pemandu.

Usai meletakkan Nia di seat belakang, dia segera masuk ke dalam kereta. “Aku bawak kau ke hospital!” Janna Firash terus memandu kereta Tengku Quraisy ke hospital.

Sementara Rayyan…

“Tak guna kau Janna! Quraisy!!!! Nia milik aku!!!!” jerit Rayyan! Plan yang diatur musnah sekelip mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience