BAB 41

Humor Completed 39788

Di set, perut Nia asyik berbunyi akibat kelaparan. Duh! Perut! Tahanlah sikit! Aku nak kena gosok baju suami aku ni! Kejap je!

Krukkk…berbunyi lagi! Duhai…memang tak boleh tahan ni! Aku kena isi jugak perut aku ni! Almaklumlah tadi aku boleh sumbat sekeping je disebabkan scramble egg yang dah di tahap kritikal dimakan oleh king kong tak ingat dunia!

Nia menuju ke arah Tengku Quraisy. Kalau tak cakap, nanti kena leter pulak! Bahu itu dicuit. Tengku Quraisy memandang.

“Aku nak keluar kejap boleh tak? Aku laparlah…tulah! Kau dah pelahap semua scramble egg aku!”

“Kau nak pergi mana?”

“Dekat area nikan ada KFC? Aku nak beli burger dahlah! Kau nak ke?”

“Gila kau? Boroi jugak aku! Kau sure nak pergi sorang-sorang? Kau tak nak aku teman?”

“Tak payahlah…kau kan nak kena hafal apa benda segala ni? Aku pergi kejap je!”

“Bukan Alamanda?” sengaja Tengku Quraisy nak test Nia.

“Hesy kau ni! Nak perli aku pulak! Tak…bukan aku nak jumpa Rayyan pun! Oklah…bye!” Nia terus pecut ke arah kereta. Dia terus menuju ke arah KFC drive thru.

“Nak pesan apa cik?”

Cik? Apa muka aku ni nampak macam cik-cik ke? Hahaha…bangga kejap!

“Emmm…saya nak one zinger burger dan air pepsi. That’s it.” Nia menyerahkan duit tersebut. Duit baki bertukar tangan.

“Ok…” tak lama kemudian, pekerja itu menghulurkan bungkusan plastik burger bersama air pepsi tersebut.

“Terima kasih…” ujar pekerja tersebut.

“Sama-sama…” Nia terus memandu pulang ke tempat shooting suaminya. Nasib baiklah hari ni last scenes! Alhamdulillah!

Sampai sahaja di sana, Nia terus duduk. Usai membaca doa, dia terus makan burger tersebut.

“Amboi Nia! Makan burger pagi-pagi? Breakfast tak makan ke?” teguran dari Kak Jem itu membuatkan Nia nak tersedak. Air Pepsi segera disedut.

“Kak Jem! Nasib baik saya tak tercekik tau! Breakfast? Tu…si pelakon tu dah habiskan dulu! Saya sempat makan sandwiches satu keping je!”

“Lah…kesian kamu! Dah tu, kamu keluar pergi beli tu dia tak marah ke?”

“Tak pun sebab saya dah mintak izin…”

“Oh…hmmm tak apalah! Kamu makanlah dulu…Kak Jem nak pergi check pelakon-pelakon tu kejap!” Nia hanya mengangguk. Burger tersebut dimakan lagi.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi tanda ada mesej masuk. Nia berhenti makan dan mengelap tangannya dengan tisu yang disediakan. Dia membuka peti mesej.

Aku nak jumpa kau hari ni! Dekat tempat kelmarin…

Apa kes Rayyan ni?! Mesti ada kes yang dia tak puas hati ni!

Tak naklah aku! Buat apa jumpa kau? Tak ada

faedah pun!

Kemudian, mesejnya dibalas.

Boleh tak kau just ikut arahan?!

Arahan yang wajib aku patuhi adalah suami

aku! Bukannya dengan orang lagho macam

kau ni! Daripada aku layan kau ni, baik aku

layan suami aku! Lagi bagus!

Fine! Aku sendiri akan jumpa kau!

Kau tahu ke tempat suami aku shooting?

Aku tahu!

Nia terus menyimpan telefonnya. Dia tahu? Errr…ok fine! Whatever! Malas nak ambik tahu!

Tak lama kemudian, Nia ternampak sebuah kereta Mercedes Sport berwarna hitam itu diluar pagar rumah agam ini. Telefonnya berbunyi. Peti mesej dibuka.

Kau keluar sekarang! Aku dah sampai!

Alamak! Dia ni memang betullah nak cari nahas! Macam mana ni? Quraisy pun tak habis shoot lagi ni! Telefonnya berbunyi lagi. Mesej kedua dibaca.

Aku nampak kau dekat dalam tu! Keluar cepat!

Dia nampak? Oh my…mata dia ni memang sejenis mata eagle eyes! Nia memanggil Rizal, si juru audio.

“Apa kena Nia?”

“Awak boleh tak tolong temankan saya sampai ke pagar tu? Rayyan nak berjumpa dengan saya!”

“Rayyan?! Adik tiri Quraisy tu?” Nia mengangguk.

“Nia…saya tak beranilah. Buatnya Quraisy marah macam mana?”

“Tak apa…saya akan cover kan awak! Saya jamin awak tak kena marah! Jomlah!”

“Ok…ok…Kak Jem! Saya keluar kejap!” selepas itu, Rizal mengikut langkah Nia ke pagar.

“Awak tunggu dekat sini…saya akan keluar. Kalau apa-apa jadi dekat saya, awak tolong selamatkan saya eh?”

“Ok!” Nia menuju ke arah Rayyan.

“Kau nak apa lagi Rayyan?! Please stop bothering me!” bentak Nia! Ada jugak lelaki semental Rayyan dalam dunia ni!

“Kau tahukan aku takkan berhenti ganggu kau dan harapkan kau selagi kau tak menjadi milik aku!”

“Hey Megat Rayyan! Apa yang kau bodoh sangat ni?! Kau nampak tak ni?!” cincin di jarinya diangkat tinggi. “Kau nampak kan?! Aku dah sah jadi bini Quraisy! Kau tak boleh nak nafikan!”

“Nia…kau tahu kan aku tak boleh hidup tanpa kau…” tangan Nia digenggam.

“Hey! Apa ni?! Lepaslah!” Nia merentap tangannya kembali. “Kau jangan kau merayu macam ni, aku akan lemah dan cair dekat kau balik! Kau dah lupa apa yang kau dah buat dekat aku?! Enough Rayyan! Let bygone be bygone! Aku malas nak fikir semua ni!”

“Nia…”

“Stop Rayyan! Stop dari berharap! Lama-lama kau sakit jiwa!”

“Yes! Memang aku akan sakit jiwa dan semua tu because of you!”

“Because of me?! Hey! Kau yang tak nak cuba ubah diri kau tu sendiri! So, jangan nak salahkan orang! Dahlah! Aku tak de masa nak layan kau! Bye!”

“Nia!” tangannya direntap dan dia berada dalam pelukan Rayyan.

“Rayyan! What are you doing?! Let me go!” Nia membentak namun pelukan Rayyan lagi kemas.

“I won’t let you go this time…I miss you like crazy! I miss you so much and I want to be a husband and father of my kids in future with you!”

“Kau dah gila Rayyan! Lepaskan aku!”

“Please terima aku?”

“Never Rayyan! Never!” Nia menolak tubuh Rayyan kuat. Dia berjalan melintasi jalan.

“Nia!” tangan Nia direntap lagi. Nia cuba melepaskan dirinya namun entah dari mana datangnya motosikal lalu merempuh tubuh Nia.

“Nia!!!” Rayyan memangku kepala Nia. Dia menepuk perlahan pipi Nia.

“Nia…please wake up! Hey man! Apa yang kau dah buat hah?!” Rayyan marah kepada mat moto tersebut.

“Rayyan! Nia!” Tengku Quriasy menghampiri Rayyan yang sedang memangku kepala Nia.

“What are you doing to my wife?!” marah Tengku Quraisy.

“Saya mintak maaf bang…saya tak boleh nak kawal motor saya tadi bila tiba-tiba sahaja isteri abang ni berdiri di hadapan motor saya!” ujar mat moto tersebut.

“Tak apa! Rayyan! You better watch out! This is the second time you done this to Nia!”

“Bukan salah akulah!” bentak Rayyan.

Tengku Quraisy mengangkat tubuh Nia masuk ke dalam keretanya dan menuju ke hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience