BAB 46

Humor Completed 39788

Selepas dua hari menetap di rumah mak mertuanya, Nia terasa kelainan. Entah apa tapi serius rasa macam ada something. Hmmm…perasaan kau je kot! Baru tadi kau berSMS dengan Quraisy tapi dia ok je! Mak dengan ayah? Hmmm…Nia menelefon ayahnya.

“Assalamualaikum ayah!”

“Waalaikumussalam…ada apa kamu call ayah malam-malam ni Nia?”

“Tak ada apalah ayah…cuma rasa rindu je dekata ayah dengan mak!”

Tuan Rafizul tersengih di talian. Dah besar panjang pun nak bermanja lagi?

“Ayah dengan mak pun rindu dengan Nia. Nia macam mana? Ok? Bila Quraisy balik?”

“2 hari lagi ayah…biasalah businessman ayah! Mana boleh balik awal sangat!”

“Hmmm yelah! Dahlah…ayah nak pergi surau kejap ni! Ada mesyuarat!”

“Tak habis lagi? Hmmm yelah! Nia letak dulu! Assalamualaikum!”

“Waalaikumussalam…” talian dimatikan.

Nak sembang dengan siapa ni? Aku manalah ada kawan sangat! Setakat si Nada tu aku dah cemus nak chat dengan dia! Entah sekarang ni dia tengah kerohh(tidur) apa!

Nia memandang jam di dinding. Dah pukul 10.30 malam. Aikk?? Ayah ni dia mesyuarat apa malam-malam macam ni? Hmmm…apa-apa jelah! Baik aku tidur. Nia membaringkan tubuhnya. Ahhh…selesanya! Pinggang berkruk tadi sudah pun terasa selesa.

NIA terasa ada gerakan di atas katil. Apa yang bergerak-gerak ni? Takkan ada anak dinasour terlepas? Nia perlahan membuka matanya. Terkejut dia bila wajah Rayyan yang berada di atas katil bersama dirinya.

“Rayyan?! Kau buat apa dekat sini?! Macam mana kau boleh masuk!” terjerit Nia dibuatnya. Nasib baik tudung masih tersemat di kepala sewaktu dia tengah tidur tadi. Dikerling jam di dinding. 1 pagi?!

“I miss you…” ujar Rayyan menggoda.

“What are talking about huh?! Get out!”

“Nope! Buat apa aku nak keluar kalau ikan dah terhidang depan mata aku ni? Lagipun Quraisy kan tak ada malam ni! So, can we enjoy this beautiful night?”

Nia mula cuak. Dia turun dari katil. Kalau kau nak buat apa-apa, memang siap aku bukak silat! Woman must act brave!

“Nak pergi mana?”

“Kau datang dekat dengan aku, nahas kau aku kerjakan!” Nia mengugut. Menjadi? Of course not! Malah Rayyan makin menghampirinya. Tangan yang ingin mendarat di bahunya Nia menepis dengan kasar.

“Kau jangan nak buat apa-apa erkk?! Sia-sialah kalau kau nak tebuk aku! Quraisy dah merasa aku dulu!”

Rayyan meraup wajahnya kasar dan wajahnya turut bengis. “Kenapa kau bagi?!”

“He’s my true husband! So, tak salahkan? Dia berhak dapat semua tu berbanding kau yang tak ada apa-apa hubungan dengan kau hanya sebagai kakak ipar tiri!”

“Aku yang berhak dapat semua tu bukan Quraisy!!!” Rayyan menyambar tubuh Nia. Dirangkulnya erat. Nia meronta-ronta. Dia memijak kaki Rayyan dan menendang sensitive Rayyan. Hamik kau! Senak innalillah!

Nia berlari ke arah pintu lalu pintu dibuka. Hampir nak terjatuh Nia apabila wajah Tengku Darina dan Tengku Quraisya berada di hadapan pintu. Tengku Arasy turut ada.

“What are you try to do Megat Rayyan?” soal Tengku Darina.

“Mama…”

“Answer me! What are you trying to do hah?!” ton suara Tengku Darina menaik.

Rayyan tergagap-gagap nak cerita. Tengku Quraisya menghampiri Nia. “Apa yang dia nak buat dekat Nia?” tanya Tengku Quraisya.

“Dia cuba nak buat benda tak senonoh dekat Nia! Sebab tulah Nia lari keluar!”

“Rayyan! Perangai Rayyan ni makin menjadi-jadi! Melampau! Mama tak sangka Rayyan akan jadi seagresif macam ni! This is how I’m teaching you back then?!”

“Mama…”

“No mama for now! Kalau Rayyan nak rasa mama jaga Rayyan lagi not papa then buat elok-elok! Behave! Ingat! You menumpang and I pun menumpang!” Tengku Darina beredar ke kamarnya.

Rayyan melepaskan keluahnnya. Dia memandang Nia, Tengku Quraisya dan Tengku Arasy sebelum berlalu ke biliknya. Tak sangka Nia akan bertindak sekuat itu!

“Nia ok?” soal Tengku Quraisya sekali lagi.

“Ya…Nia ok! Arasy…awak tahu macam nak tukar passcode ni? Please tukar!” Nia merayu. Tengku Arasy hanya akur lalu kata laluan itu ditukar kembali.

“Thanks…” ucap Nia selepas Tengku Arasy siap memasuki kata laluan yang baru.

“Oklah…akak masuk bilik dulu ya? Kalau ada apa-apa, jerit je! Bilik akak dekat sebelah je pun.”

“Oklah akak…” Nia memasuki kamarnya. Rayyan makin melampau! Tanpa diminta, air matanya menitis.

TENGKU QURAISY memasuki kamar tidurnya. Kelihatan Nia tidur dalam keadaan nyenyak. Kenapa dengan Nia ni? Aku call dia tak angkat! SMS janganlah nak reply!

Tengku Quraisy duduk di sisi katil lalu mengusap kepala isterinya yang diselimuti dengan tudung. Dalam bilik pun nak pakai tudung ke?

Nia terasa ada gerakan di kepalanya. Errr…sapa ni?! Janganlah kata Rayyan! Nia terus bangun dan menuduh.

“Kau jangan nak pegang-pegang akulah Rayyan! Aku geli dengan kau! Berambus!!!!!” Nia menumbuk-numbuk dada bidang Tengku Quraisy.

“Nia! Nia! Hey! Kenapa ni? Aku ni! Quraisy…” Tengku Quraisy menangkap tangan Nia yang sedang memukul dada bidangnya.

Nia memandang Tengku Quraisy yang sedang memegang tangannya sambil merenung dirinya. Arghh! Kenapa kau tak tengok dulu sapa!

“Kenapa kau ni?! Mengigau?”

“Errrr…”

“Ke kau ada sorok something dari aku?!” tebak Tengku Quraisy. Nia mengetap bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience