BAB 24

Humor Completed 39788

Ketika kereta Tengku Quraisy berundur, Nia sempat melihat kelibat adiknya yang berjalan pergi. Namun, matanya tertancap kepada geng-geng yang mengerumuni adiknya. Macam senior je!

“Quraisy! Stop!” arah Nia.

“Kenapa?”

“Aku cakap berhenti, berhenti jelah!!!” Nia membuka pintu lantas menghampiri adiknya. Sengaja dia berlakon seperti budak matrik tapi…what?! Dia mengugut adik aku?! Nak mampus agaknya!

Dicekak kolar baju budak-budak yang berlagak hebat tu!

“Hoi!!! Kau buat apa hah?! Kau ugut adik aku!!!” Nia melepaskan kolar budak-budak tersebut.

“Kau ni sapa hah?!” soal salah seorang geng senior samseng!

“Aku kakak dia!!! Hey! Kau ni baru umur 19 dah nak tunjuk lagak! Kau ingat kau ugut adik aku kau baguslah!”

Hafriz menikus. Kantoi sudah!

“Hey! Adik kau ni kuli aku je! Budak miskin!”

Pang!!! satu tamparan singgah di pipi senior itu. Gengnya tak berani masuk campur.

“Kau ingat sini elok-elok! Aku boleh adu perbuatan kau ni dekat dekan! Kau nak!!! Sapa kau nak kata family aku miskin?!”

“Memang dia miskin!”

“Oh…miskin? Kau nampak BMW hitam tu? Tu kereta akulah bongok!” sengaja Nia menggunakan kereta Tengku Quraisy. Kasi ajar budak ni!

“Nia!” sapa Tengku Quraisy. Dia terus turun bila nampak Nia menampar pipi budak tu.

“Abang Quraisy?” suara Hafriz. Alamak! Kecohlah lepas ni! Geng-geng berlagak senior tu terdiam. Abang? Errr…ni bukan ke Tengku Quraisy si pelakon tu?

“Kau nampak!!! Dia panggil lelaki ni abang kan?! So?!” Nia memerhati mamat di depannya dengan padangan kecik besar kecik besar.

“Kau nak aku mengadu dekat dekan korang?!” geng-geng senior itu hanya menggeleng.

“Tahu korang takut kan! Waktu ugut adik aku, kau tak takut?!” Nia memerhati adiknya. “Kau pun satukan! Kenapa tak lawan balik! Buat penat je ayah hantar kau belajar silat!” Nia membebel ke arah Hafriz pula.

“Sekarang ni korang blah! Blah!” geng-geng senior tadi berlalu pergi.

“Kenapa kau tak cakap dekat aku?!” marah Nia.

“Aku …aku…”

“Apa?! Kau ingat kau rahsia macam ni, kau boleh settle masalah! Kau salahlah!”

“Nia…”

“Kau diam!” kali ini Tengku Quraisy pula yang kena.

“Aku dah cakap! Kalau kau tak nak bagitahu ayah pun, kau bagitahu aku! Itupun susah ke?! Apa gunanya aku sebagai kakak kau kalau aku tak boleh nak bantu kau!” marah Nia lagi.

“Sorry kak…aku tak nak susahkan kau!”

“Apa yang susahnya?! Hey! Aku dengan adik-adik aku, aku tak berkiralah! Janji tak ganggu mak dengan ayah! Aku jaga kau dari kecik! Kau nampak aku mengelun masa aku jaga kau! Ada?!” Hafriz hanya menggeleng.

“Aku mintak maaf kak…”

“Tak apa. Kali ini aku maafkan tapi kalau lepas ni kau buat lagi, aku takkan tolong kau sampai bila-bila! Faham!” Hafriz hanya mengangguk.

“Nia…bukan macam ni caranya kau nak ajar adik-adik kau.”

“Kau apa tahu Quraisy?! Kau apa tahu?! Depa ni kalau ada masalah, tak pernah nak bagitahu! Suka pendam! last minute baru nak bagitahu! Mahunya aku tak hangen!”

“Nia…kalau ya pun janganlah macam ni. Mungkin dia ada sebab…”

“Sebab apa?! Hey! Nyawa aku pun sanggup aku gadai untuk keselamatan adik-adik aku! Duit pun aku sanggup habiskan untuk perbelanjaan adik-adik aku asalkan depa tak ganggu ayah! Kau tak faham aku Quraisy!”

“Aku cuba Nia tapi…”

“Dah! Kau ingat Hafriz!” Hafriz hanya mengangguk.

“Aku nak balik!” Nia melangkah ke arah kereta Tengku Quraisy. Dia duduk di tempat pemandu.

“Abang pergi dulu ya? Jangan terasalah dengan kak Nia tu. Dia sayangkan Hafriz lah tu…” ujar Tengku Quraisy.

“Hafriz tahu abang. Kak Nia tu memang macam tu. Dia sayang betul dengan kami…”

“Yelah…abang pergi dulu erkk?” Hafriz mengangguk. Dia menyalami Tengku Quraisy. Tengku Quraisy menuju ke keretanya.

“Eh? Kau nak memandu ke?” tanya Tengku Quraisy bila Nia duduk di tempat pemandu.

“Kau duduk sebelah! Aku nak hilangkan stres!”

“Hah?”

“Aku cakap duduk sebelah, duduk jelah!” arah Nia tegas. Tengku Quraisy hanya mengikut. Angin monsoon dia ni bukan boleh kira! Kalau sekali tiup, tsunami habis!

Sebaik sahaja tutup pintu, lock kereta turun. Nia meletak gear pada huruf R. Undur pun bukan main laju.

“Nia…” tegur Tengku Quraisy. Gear diletak pada huruf D. Pedal minyak ditekan dan laju kereta BMW itu bergerak keluar dari kawasan matrikulasi.

“Nia! Slow down!” arah Tengku Quraisy. Belok pun kalah F1 Racer.

Nia tetap dengan kelajuannya. Tengku Quraisy mengucap dalam hati. “Nia please…dengar cakap aku! Slow!”

“Apa gunanya aku sebagai kakak kalau aku langsung tak boleh nak membantu!!!” Nia menghentak stereng kereta.

“Nia…mungkin dia alasan dia sendiri!”

“Alasan apa?! At last, berita tu sampai jugak dekat ayah aku! Aku tak nak ayah aku kesusahan! Dia ada penyakit jantung!”

“Nia…”

“Semuanya tak nak dengar cakap aku! Yang tahunya nak menyusahkan ayah! Cukuplah aku dah menyusahkan ayah aku dulu!” air mata Nia mengalir keluar dari tubir mata.

“Nia…kau istighfar banyak-banyak. Tak semua personal dia kena share dengan kau…”

“Hey! Kalau ada masalah study ke apa…dia tak nak share dengan aku tak apa tapi ini masalah buli! Kau faham tak?!”

“Aku faham Nia…”

“Kau tahu tak! Susah aku nak handle semua ni! Aku anak pertama! Jadi, masalah adik-adik aku aku kena jugak ambik tau! Tak boleh nak harapkan ayah!”

“Aku tahu Nia…tapi kau tak boleh nak desak adik-adik kau sangat! Macam tadi…kau sepatutnya rileks dan cakap dengan dia elok-elok.”

“Kau nak suruh aku rileks bila tengok dia kena buli macam tu?! Hey! Kakak mana boleh rileks tengok adik dia kena buli?!”

“Nia…”

“Dahlah! Aku malas nak cakap pasal ni! Buat sakit otak aku!” Tengku Quraisy akur. Hanya berdiam diri. Tak nak menimbulkan banyak masalah.

“KAU kenapa ni Hafriz?” tanya Izzue. Teman sebilik Hafriz.

“Aku risaukan kak akulah…”

‘”Yang belasah geng-geng senior tadi tu ke?” Hafriz mengangguk.

“Apa yang nak risaukan?”

“Yelah…aku dah berahsia dengan dia perkara ni. Memanglah kalau dia dapat tahu dia akan mengamuk! Sekarang aku risau tahu sebab aku tahu tadi kakak aku yang pandu balik kereta tu.”

“Habis tu?”

“Hey! Kau tahu tak…kak aku tu F1 Racer tau! Kalau dia stres, tambah lagi naik kereta, dia akan memecut. Dia pernah accident sekali. Untung tak parah sangat! Aku risaulah…”

“Alah…kau jangan risaulah! Tengku Quraisy tadi kan ada!”

“Kau ingat kakak aku tu spesies yang mendengar kata? Come on lah! Kalau kata-kata ayah aku pun dia berani lawan, tak dengar cakap ini apatah lagi Tengku Quraisy yang baru jadi tunang dia!” Hafriz meraupkan wajahnya.

“Alah…kau jangan macam ni! Kau doa je kakak kau tu sekarang sihat walafiat! Jangan fikir macam-macam!” Hafriz beristighfar dalam hati. Betul cakap Izzue. Kalau aku pikir macam-macam, buruk padahnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience