BAB 55

Humor Completed 39788

“Aryana!” panggilan dari Rayyan menyebabkan langkah Aryana terhenti. Hesy! Apa mamat ni nak?!

“Apa?” soal Aryana acuh tak acuh.

“Wow! You look fabulous! You ni betul ke dah bertaubat?”

“Tak ada kena mengena dengan youlah! Ini taktik baru I nak dapatkan Quraisy! Takkan yang tu pun you tak boleh nak ambik sense langsung??” sengaja Aryana membuat alasan. As I said before, dia akan jadi kambing hitam aku.

“Ok…I hope new progress you ni berjalan dengan lancar. Apa-apa new information, cakap dekat I ok?”

“Hmmm ok…” Aryana terus keluar. New progress?? Hahhaa….

“Cerdik jugak Aryana ni!” gumam Rayyan. Dah masuk perangkap!

RIZKY keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Finally! I’m here back! Selama beberapa tahun duduk di Perth, kali ini dia sudah berada di tanah airnya sendiri.

Hmmm…sapa pulak yang datang nak ambik aku? Huhuhu…menyesal tak call awal-awal masa dalam flight tadi! Dia menuju ke arah teksi yang berkdekaan.

“Pak cik…boleh bawa saya ke Shah Alam?”

“Boleh!”

“Terima kasih…” Rizky meletakkan begnya dalam bonet teksi. Dia duduk di tempat penumpang di sebelah pak cik teksi tersebut.

Sampai sahaja di hadapan rumahnya. Rizky turun lalu mengambil begnya. “Nah pak cik…” dia membayar tambang teksi tersebut. Pak cik itu mengambil lalu segera memandu teksinya kembali.

Rizky tersenyum. Hmmm…mesti mak dan ayah terkejut dengan kepulangan aku ni! Hehehe…

Tok! Tok! Tok! pintu rumah itu diketuk. 1 saat…2 saat…3 saat… pintu dibuka dari dalam. Wajah Aisya kelihatan tercengang.

“Hai adik…”

“Abang!!!” Aisya memeluk abangnya. Rindu terhadapa abangnya sungguh tak terkata.

“Amboi! Rindu dekat abang sangat ke?” Rizky mengusik adiknya.

“Mestilah! Dahlah masa kenduri kak Nia abang tak balik! Sampai hati!” Aisya mula merajuk.

“Alah…sorry lah! Abang dah di tahun akhir dan dah start exam. Jadi, mana boleh abang skip macam tu je!” Rizky memujuk.

“Yelah…Aisya faham!”

“Aisya hari tu dapat berapa A dalam PT3?”

“Tak adalah banyak mana sangat pun…setakat 5A 4B 2C…”

“Hey! Oklah tu!”

“Dahlah abang…dari sembang dekat luar ni, jom masuk! Mak mesti happy bila abang dah balik!” Aisya menolong abangnya membawa beg.

“Mak! Mak!” laung Aisya.

“Apa dia?” Puan Muna terkaku. Rizky??

“Assalamualaikum mak…” Rizky menuju ke arah emaknya lalu tangan itu dicium hormat.

“Waalaikumussalam…bila kamu sampai??” Puan Muna memeluk tubuh anaknya. “Mak rindukan Rizky tau!” luah Puan Muna.

“Rizky pu rindukan mak!” ucap Rizky.

“Sapa yang datang tu?” suara Tuan Rafizul pula kedengaran. “Rizky?”

Rizky berjalan ke arah ayahnya. Tangan itu dicium. “Ayah apa khabar?”

“Baik Alhamdulillah…kamu bila sampai ni? Ya Allah! Dah hensem anak ayah!” Rizky tergelak mendengar gurauan ayahnya.

“Mestilah hensem! Anak ayah kan??”

“Abang!!!” Ikmal dan Zikri berlari mendapatkan abangnya. “Rindu abang!!!”

Rizky mencangkung lalu tubuh adik-adik lelakinya didakap erat. “Abang pun rindukan adik!”

“Abang! Abang bawak balik hadiah dekat Zikri tak??” Rizky tersenyum lalu hidung Zikri dicuit.

“Oh…nak hadiah je?? Abang tak nak??”

“Abang nak buat apa??”

Rizky buat tarik muka! “Ok…tak apa! Tak nak bagi Zikri hadiah!”

“Alah…ok ok! Sayang abang!!! Nak hadiah??”

“Eleh! Tipu pulak! Hmmm…jom!” Rizky membawa begnya lalu Ikmal dan Zikri mengikut langkah abangnya ke bilik!

Puan Muna dan Tuan Rafizul hanya menggeleng melihat gelagat anak-anaknya. Nak hadiah je yang tahu!

NIA memerhati nombor yang tertera di skrin. Aisya?? Kenapa tiba-tiba call aku ni??

“Hello?? Ada apa Aisya?” Nia mengerutkan dahinya.

“Hah?? Kenapa pulak aku nak kena balik?” Nia mengetuk dagunya. Hafriz dan Tengku Quraisy hanya memandang.

“Hmmm…yelah! Aku balik! Tapi aku sampai lewat sikitlah sebab aku sekarang ada dekat Negeri Sembilan. Jenguk Hafriz…”

“Ok…” Nia memutuskan talian.

“Kenapa?” soal Tengku Quraisy.

“Entahlah dekat si Aisya ni. Dia suruh aku balik. Suruh bawak Hafriz sekali. Entah apa yang jadi dekat rumah tu.”

“Aku sekali kena? Dah kenapa Aisya tu?” Nia hanya menjungkit bahu.

“Kau free tak Hafriz?” soal Nia.

“Kalau ikutkan jadual…aku free tiga hari. Kenapa?”

“Kau balik sekali dengan aku! Entah apa yang Aisya tu nak tunjuk dekat kita. Boleh tak?”

Hafriz memikir. “Boleh jugak!”

“Kalau ok, jomlah bertolak sekarang! Kang lambat pulak sampai!” mereka menuju ke kereta dan bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

“Macam mana Aisya? Kak Nia nak balik tak?” soal Rizky. Aisya hanya mengangguk.

“Mesti dia tertanya-tanya kana pa yang dah jadi?” Rizky mengangguk dengan kata-kata adiknya.

“Ini surprise untuk hari jadi dia dan abang Hafriz hari ni! Entah dia ingat ke tak birthday dia sendiri hari ni!” gumam Aisya. Kak Nia tu kadang-kadang hari lahir dia langsung tak ingat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience