BAB 53

Humor Completed 39788

“Dah kenapa kau suruh aku jumpa perempuan ni?” soal Tengku Quraisy agak kasar.

“Quraisy! Kau boleh tak dengar dulu apa yang aku nak cakap?” pinta Janna. Bukan dia tak tahu yang Quraisy ni cukup anti dengan Aryana.

“Then?”

“Ok, macam ni. Ada something yang harus kita dengar dari Aryana. I mean you should listen!”

“Apa lagi yang pompuan ni nak tipu?!”

“Quraisy!!!” Janna Firash menegur. Kot ya pun benci, janganlah dikasarkan perempuan tu!

“Ok fine!” Tengku Quraisy mengalah.

“Quraisy…”

“Apa?!”

“Quraisy! Boleh tak kau lembut sikit kali ni?” Janna mengeur lagi.

“Ok…I tahu I banyak salah pada you sebelum ni. But at least, bagi I peluang untuk explain apa yang terjadi?”

“You nak explain apa lagi Aryana? I malas nak dengar! Entah-entah you reka cerita supaya you dapat tagih simpati I kan?!”

“No Quraisy! Bukan macam tu…I just nak cakap yang apa you nampak dulu tu…”

“Hey Aryana! You tak payah nak explain apa-apa! Kalau you tu dah kotor, kotorlah!” Aryana menitiskan air matanya. Tak sangka Tengku Quraisy mengehrdiknya sebegini.

Janna menarik tangan Tengku Quraisy jauh dari tempat duduk mereka. Dia mendengus kuat.

“Kau boleh tak turunkan ego kau sedikit! Aryana ada benda yang mustahak nak bagi tahu kau! It’s about Rayyan! Pasal kenapa dia buat macam tu dulu! Boleh tak kau dengar?!”

Tengku Quraisy memandang Janna dengan pandangan yang… “Rayyan?”

“Habis tu?! Kalau tak ada hal yang penting, aku tak call kaulah!”

“Ok fine! Kali ni aku akan dengar tapi kalau langsung tak penting, aku blah!”

“Ok…!” mereka kembali duduk di tempat mereka.

Tengku Quraisy mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut Aryana. Baginya sungguh tak percaya!

“You sengaja mereka cerita kan? I langsung tak percayakan you! Jangan haraplah I nak percayakan you!”

“I berani sumpah Quraisy! I berani sumpah apa yang I cakap tu semuanya betul! Kalau tak, I balik I kena langgar dengan kereta!”

“Hesy! Apa yang kau cakap macam tu?!

“Tak apalah Quraisy…kalau you tak percaya, it’s ok! I faham! I pun dah banyak kali tipu you kan? It’s ok…” Aryana mengambil beg-beg bajunya tadi dan segera beredar pergi.

Janna menampar tangan Quraisy kuat. “Kau ni dah kenapa?! Tak apa…kau tak percaya dia sangat kan?? Jangan sampai satu hari Rayyan buat sesuatu dekat bini kau sudah!” Janna turut beredar pergi meninggalkan Tengku Quraisy.

“Kenapa ni??” Tengku Quraisy blur.

“LAMANYA shopping! Ingatkan dah tak reti nak balik rumah!” bidas Rayyan. Aryana hanya menjeling.

“Whatever Rayyan! Malas aku nak layan kau!” Aryana menuju ke biliknya. Handphone dibawa keluar. Youtube dibuka. Dia perlu melihat cara-cara melilit shawl. Dia melihat setiap video tersebut. Emmm…tak susah mana pun!

Aryana mengeluarkan shawl yang baru dibelinya. Dia cuba melilit sendiri di kepalanya. Pin diletakkan. Hmmm cantik! Tina-tiba pintu biliknya dikuak. Wajah Rayyan tersembul di muka pintu.

“Are you seriously want to wear hijab?” soal Rayyan seolah-olah mentertawakan dirinya.

“Yes! I’m serious! Why?”

“Hello?? Dah bertaubat ke?” Rayyan mentertawakan dirinya.

“Whatever Rayyan! This is none of your business!” Aryana menjeling.

“Amboi! Menjeling pulak! Malas aku nak layan kau!” Rayyan terus beredar. Aryana hanya mencebik.

“KENAPA ni muka kusut semacam?” tanya Nia apabila Tengku Quraisy masuk ke dalam bilik.

“Tak ada apa-apalah…just thinking about Aryana…” balas Tengku Quraisy.

“Aryana? Kenapa kau nak fikir pasal dia pulak?? Oh…kau dah jatuh suka dekat dia balik?” jelas ada nada cemburu di situ.

“Eh! Mana ada...aku cuma terfikir tentang apa yang dia cakap tadi…”

“Apa yang Aryana cakap?”

“Ok…dia sekarang dah nak start berubah! Ok…then dia bagitahu aku tadi yang Rayyan akan monopoli kita! Aku tak tahu nak percayakan dia ke tak!”

“Weyh…apa salahnya kalau sekali sahaja kita percayakan dia walaupun dia dah banyak buat salah dekat kita?”

“Memanglah…tapi macam mana kalau…”

Jari Nia mendarat di bibir Tengku Quraisy. “Syhhh…dah! Fikir yang positif! Janganlah nak negative terus!”

Tengku Quraisy memandang isterinya. “Kenapa baik sangat?”

“As I said, aku memang baik pun!” Tengku Quraisy tersenyum. Ayat kulapuk lagi!

“Kalau aku tak baik, kau tak adalah sayang aku bagai nak rak kan??” Nia menjongket-jongketkan keningnya.

“Tahu pun!” Tengku Quraisy mencuit hidung Nia.

“Quraisy…jom makan? Aku laparlah! Dari tadi aku tunggu kau!”

“Kau tak makan lagi?” Nia menggeleng. Tengku Quraisy menarik senyum. “Kalau macam tu, apa kata aku yang ngap kau? Nak?”

“Eiiii!!!!” muka Nia berona merah. “Gatal betullah! Jomlah…aku lapar ni!”

“Hmmm yelah! Jom turun! Kesian bini aku ni tak makan lagi ye seba tunggu suami terchenta??”

“Terchenta lah sangat!” Nia mencebik. Mereka turun ke meja makan.

“HEY! Cepat bagi aku duit! Apa?! Kau ingat sejak kakak kau serang kami hari tu, kami tak berani lagi nak buat benda ni?!” marah senior tersebut.

“Hey! Aku takkan senang-senang serahkan duit aku dekat senior macam ni! Dah kurang ajar! Biadap pula tu! Langsung tak kenal untung!” balas Hafriz.

“Hey! Kau ni memang kurang ajar kan?! Aku cakap, bagi-bagi jelah!”

“Hey! Kan aku dah cakap yang aku tak ada duit! Pekak ke apa?!” balas Hafriz. Kali ini dia akan melawan. Dia tak akan menyusahkan kak Nia lagi!

Izzue tidak lagi bertahan. Dia menelefon Nia. Dia perlu beritahu Nia perkara ni secepatnya! Aduh! Kenapa dia tak angkat??? Kak Nia! Angkatlah!

“Aku cakap bagi, bagilah!!!” jerit senior tersebut sambil menolak bahunya.

“Kau ta faham ke yang aku tak ada duit?!” Hafriz membalas kembali.

“Geng! Ajar dia!” geng senior tersebut datang membelasah Hafriz.

“Hoi!!!” marah Izzue. Dia menepis segala tumbukan pada Hafriz. Hafriz pula mengguna tenga silatnya lalu dia menumbuk kembali geng-geng senior tersebut.

“Kau jangan ingat kau senior kau boleh menumbuk dan menunduk aku sesuka hati kau!” tumbukan padu diberi lagi kepada geng-geng senior tersebut sebelum dia rebah pengsan akibat kehabisan oksigen.

“Weyh Hafriz! Hafriz!!! Bangunlah!” tubuh Hafriz digerak-gerakkan. Geng-geng senior tersebut dah blah pergi.

“Hafriz!!! Bangunlah!!!” tubuh Hafriz digoncang lagi.

“Kenapa ni?” tanya Adam yang baru habis kelas.

“Weyh Adam! Tolong aku Adam! Hafriz ni tiba-tiba pengsan masa lawan dengan geng senior tadi!”

“Ok ok!” Adam menyimpan buku-bukunya ke dalam beg lalu tubuh Hafriz dicempung ke dalam bilik dengan bantuan Izzue.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience