BAB 20

Humor Completed 39788

Nia memakai baju kurung moden. Dia nampak lagi cantik dengan lilitan shawl di kepalanya yang berwarna pink. Hari ini mama dan papa Tengku Quraisy akan datang merisik dirinya sekaligus dengan pertunangan. Huh…nervous nya!

“Kak…kau nampak cantiklah kak!” ujar Aryan yang memasuki bilik kakaknya.

“Kau perli aku ke apa?”

“Aku puji kau kot! Aku puji salah…tak puji salah!” Aryan mencebik. Nia hanya buat bodoh.

“Kak…macam mana kau boleh ngam dengan Tengku Quraisy tu?” soal Aryan ingin tahu. Setahu aku kak aku ni anti typical lelaki! Ni sampai dah nak jadi tunangan orang! Apa kes derr??

“Entah…” ringkas sahaja jawapannya.

“Emmm…kau memang dah sukakan Tengku Quraisy kan sebenarnya?” Aryan mengusik kakaknya. Bila nak mengusik lagi kan?

“Mulut kau kasi cukup garam erkk! Aku tak suka dialah! Hafriz je yang tahu kenapa aku nak kahwin dengan Tengku Quraisy!”

“Kau jangan cakap kau kahwin dengan tengku Quraisy sebab duit!”

“Aku lempang kau kang?! Kau gila ke aku nak kahwin dengan dia sebab duit?! Agak-agaklah!” marah Nia. Takkanlah aku nak buat kerja gila tu!

“Habis tu? Kau ceritalah dengan aku kak! Takkan abang Riz je yang tahu! Aku ni tak guna ke?” Aryan mula merajuk.

“Lah kau ni…ok aku cerita tapi kau jangan cakap dekat ayah ataupun ibu! Adik-adik sekali! Faham!” Aryan angkat tangannya tanda janji.

“Ok…sebenarnya aku nak lari dari Rayyan. Kau tahukan?”

“Oh…dah kenapa kau nak lari dari dia?”

“Dia kerap ganggu akulah kebelakangan ni! Dan…dia adik tiri Quraisy! Sebab tulah aku nak kahwin dengan Quraisy bagi dia tak ganggu aku lagi and aku yakin Quraisy boleh jaga aku dari Rayyan. Sekarang kau faham? Quraisy pun dah tahu perkara ni sekali dengan mak dia!”

“Oh…”

“Kau jangan bocor dekat mak dengan ayah!”

“Ye…aku janji!”

“Nia!!!” serbu Nada tiba-tiba tanpa memberi salam. Tubuh Nia dipeluk.

“Woi! Kau nikan! Kotlah nak bagi salam dulu!”

“Hehehe…sorry lah! Aku excited tahap awan bila dapat tahu kawan aku yang hiperbola ni nak tunang!” selamba Nada mengata Nia.

“Kau cakap aku hiperbola?? Kurang asam kau kan?!”

“Hehehe…alah aku acah je! Derr…serius aku tak sangka kau akan tunang dengan Tengku Quraisy! Dulu bukan main bergaduh tahap awan! Apa kes beb?”

“Entahlah Nada…lagipun kau tahukan sebab yang aku cakap hari tu?”

“Hmmm…aku tahu! Aku haraplah Quraisy dapat protect kau dari mamat gila talak tu!”

“Aku pun…” Nia mengeluh.

“Hey! Kau tahu tak? Wartawan dah ada depan pagar rumah kau! Nak temu ramah tengku Quraisy lah tu! Ramai beb!”

“Hah?!” Nia terlongo. Dia bangun menuju ke tingkap. “Ramainya!!!” gumam Nia.

“Habislah kau kak…” ujar Aryan.

“Hesy! Ni yang aku tak suka ni! Rimaslah!”

“Tak apa… aku sure Tengku Quraisy boleh handle perkara ni!” Nia duduk kembali di atas katilnya.

“Masalahnya aku kan PA dia? Bukan ke tugas aku nak halang wartawan semua tu?”

“Alah…tadi aku nampak PA dia sorang tu lagi…Amzi tu! Dia handle semua tu tadi!”

“Oh…” Nia menarik nafas lega.

“Nia…” Nia memandang ayahnya yang sedang melangkah ke arahnya.

“Kenapa ayah? Dah habis ke?”

Tuan Rafizul menggeleng. “Tak…ayah naik ni nak tanya kamu setuju tak nak jadi tunang kepada Tengku Quraisy?”

Nia hanya mengangguk lemah. Terdengar ayahnya mengucap Alhamdulillah. Nia memandang ayahnya yang berlalu keluar.

“Kak…orang dah panggil turun. Nak sarung cincin…” ujar Aisya.

“Sekarang ke?” Aisya mengangguk.

Nia bangun lalu turun ke bawah diiringi Nada. Hati Nia berdebar-debar bila semua mata tertumpu ke arahnya. Lebih-lebih lagi Rayyan!

Argh! Kau buat bodoh sudah Nia! Dia tak boleh nak buat apa dah dekat kau! Kau dah jadi tunang Quraisy dan tak lama lagi kau akan kahwin dengan Quraisy! So, kau selamat dari Rayyan!

Nia duduk berhadapan dengan Tengku Darina. Wajah Tengku Darina ketika itu tersenyum sampai ke telinga! Selepas cincin disaruk ke jarinya, Nia mencium tangan Tengku Darina.

“Thanks Nia…” ucap Tengku Darina. Nia hanya mengangguk.

“Rayyan ok ke aunty?”

“Aunty dah sound dia tadi and I think he will be okay…”

“Macam tak je aunty? Dia tengok Nia macam nak tikam Nia je?”

“Taklah…”

Gosh! She’s so pretty! Damn pretty! Tengku Quraisy memuji Nia di dalam hatinya. No wonder hati aku terpaut walaupun dia agak kasar and abang-abang.

RAYYAN memerhati Nia yang cantik dan tersenyum manis waktu itu.

Kenapa kau pilih Quraisy Nia? Kenapa kau tak pilih aku? AKu dah gilakan kau macam nak rak tapi kenapa kau pilih Quraisy jugak in the end? Dia langsung tak layak untuk kau!

Kau milik aku Nia since kita couple! Aku mintak maaf Nia sebab persiakan kau Nia! Arhhh!!! Tapi Tengku Quraisy yang ganggu line aku! Damn it!

Nia…kau cantik Nia! Cantik dari Alya! Alya hanya fucker yang dah musnahkan hidup aku! Aku tahu aku bodoh sebab terlampau percayakan Alya! Nia!!!

Habis sahaja majlis pertunangan itu, Tengku Quraisy dan keluarganya yang lain keluar. Tengku Quraisy hanya bereaksi tenang menghadapi wartawan. Dah terlampau masak sangat perangai wartawan sekarang ni.

“Tengku Quraisy! Adakan Tengku Quraisy betul-betul dah bertunang?” tanya salah seorang wartawan di situ. Banyak mikrofon dan henset berada di depannya untuk merakam percakapannya.

“Ya…memang betul saya dah bertunang…” jawab Tengku Quraisy.

“Emmm…boleh kami tahu apa nama tunang Tengku Quraisy?”

“Maaf…saya tak boleh beritahu nama tunang saya. Tunggu majlis nikah saya pada bulan depan. Masa itu saya akan umumkan nama isteri saya.”

“Boleh kami tahu macam mana Tengku boleh jatuh cinta dengan dia?”

“Saya boleh jatuh cinta dengan dia kerana keikhlasan dia menjaga segala keperibadian dia dan semangatnya untuk menyara keluarganya.”

“Oh…lagi? Boleh kami tahu secara detail?”

“Dia hanya orang yang biasa. Saya sukakan orang yang biasa-biasa sahaja. Bukan yang berkaya raya. Saya sukakan dia kerana dia langsung tak memandang duit saya…”

“Oh…”

Rayyan hanya mencebik mendengar jawapan Tengku Quraisy. Kau tunggu Quraisy! Aku akan buat liputan hiburan terbaru suatu hari nanti! Rayyan tersenyum jahat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience