BAB 23

Humor Completed 39788

“Kau pandai ke nak main watak kampung?” soal Nia.

“Kenapa? Kau ingat aku ni kebandaran sangat ehhh??” soal Tengku Quraisy kembali.

“Yelah…kau sanggup ke nak buat kerja kampung? Bakar sampah? Cucuk tanam!”

“Hmmm…aku tak kisahlah nak buat watak apa! Lagipun watak kampung best apa kan? Boleh main dalam sawah!” balas Tengku Quraisy senang.

“Hmm betul jugak kan? Best lah main dalam sawah! Lama tak balik kampung tok aku dekat Perak. Rumah dia betul tepi sawah. Tiap-tiap hari aku main dalam sawah dengan adik-adik aku.”

“Tak ada pacat dengan lintah ke?” tanya Tengku Quraisy.

“Tak…semuanya mampus kena lenyet dengan mesin padi. Dulu…memanglah ada! Tapi, sekarang dah tak berapa nak ada.”

“Ohhh…ni kita straight ke nogori Sembilan erkk??”

“Kau larat ke? Kalau tak larat, baliklah dulu…”

“Tak apa. Aku boleh. Kalau aku tak larat, kau pulak gantikan aku…”

“Hmmm…yelah!” mereka menuju ke arah kereta. Tengku Quraisy segera memandu keretanya ke Negeri Sembilan.

Nia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menghubungi nombor adiknya. 5 saat panggilannya diangkat.

“Assalamualaikum…Hafriz! Aku dah on the way. Tapi lama lagilah nak sampai. Kau ada kelas tak? Kalau kau ada kelas, kau confirm dengan aku.”

“Emmm…aku ada kelas pukul 2.00 nanti. Kau sampai pukul berapa?”

“Pukul berapa?” tanya Nia kepada Tengku Quraisy.

“Dalam 4 petang macam tulah…sebab highway ke Negeri Sembilan sesak.”

“Hmmm…dalam pukul 4 macam tulah…”

“Kau datang dengan sapa?”

“Tengku Quraisy…”

“Nerhhh akak! Habislah satu matrikulasi aku kalau kau datang dengan Tengku Quraisy! Heboh derr dengan kehadiran artis!”

“Tak apa! Aku suruh je si tunang aku ni duduk dalam kereta!”

“Hmmm…yelah kak! Nanti kau dah sampai call aku.”

“Ok…bye! Assalamualaikum!” Nia memutuskan talian selepas salamnya dijawab.

“Kenapa kau suruh aku duduk dalam kereta pulak?”

“Yelah…kang kalau kau turun, kecoh satu matrikulasi adik aku tu! Kau kan pelakon famous!” ada nada sindir di situ.

“Alah biarlah…”

“Hah! Kau jangan nak mengada erkk! Guard tak ada! Kau dengan aku je! Buatnya yang datang serbu kau beribu macam mana? Aku bukannya gajah yang nak boleh halang kau!” mamat ni! Dia kena serbu aku jugak yang payah!

“Hmmm yelah!” Tengku Quraisy terpaksa mengalah.

HAMPIR 5 jam perjalanan…mata Nia mula kuyu akibat kebosanan. Celoteh DJ radio pun dah tak menarik minatnya. Yang dia tahu dia nak tidur…walaupun masuk sudah area Negeri Sembilan. Arhh…ada aku kisah? Janji mata aku ni tertutup sudah. Akhirnya, Nia terlena.

Tengku Quraisy yang sedang memandu menoleh ke arah Nia. Hmmm…minah ni dah tidur rupanya. Mengantuklah tu! Tengku Quraisy hanya menggeleng. Tak nafikan matanya turut terasa berat. Namun, matanya tertancap pada signboard Petronas. Lagi 500 meter. Hmmm…bolehlah aku beli air. Nak bagi segar balik mata ni.

Tengku Quraisy membelok kiri. Usai memakir keretanya, dia keluar menuju ke mini mart Petronas itu. Boleh isi minyak juga. Dia mengambil air Nescafe perisa Mocha dengan air Coklat Dutch Lady untuk Nia. Juga roti untuk alas perut mereka.

Kebanyakannya mata menyorot ke arahnya. Dia mampu sedekahkan senyuman. Tak percaya ada artis! Cashier tu pun tersengih! Excited ke kak??

“Yang ini bayaran sekali dengan minyak ye. Kereta BMW hitam tu…” cashier itu mengangguk. Tengku Quraisy mengambil bungkusan plastik yang berisi roti dan makanan yang dibelinya.

Dia menoleh untuk beredar. Namun, ada seorang budak kecil tercegat di belakangnya dengan buku dan pen.

“Abang ni pelakon tu kan? Abang ni hensemlah!” puji budak perempuan itu. Tengku Quraisy tersenyum lantas meninggung depan budak itu.

“Adik nama apa?”

“Qaisara. Abang…nak tandatangan abang boleh? Qaisara minat abang! Boleh tak Qaisara panggil abang ni abang hensem?”

Tengku Quraisy mengusap kepala Qaisara lantas mengangguk. “Boleh…” Tengku Quraisy mengambil buku dan pen lantas tandatangannya dicoret di atas kertas itu. Dia memulangkan kembali buku dan pen itu.

“Terima kasih abang!” semua mata dalam petronas itu tertumpu ke arahnya. Tak sangka artis sebaik Tengku Quraisy ni ada. Tak kekwat macam artis yang lain.

“Abang pergi dulu erkk??”

“Bye abang!” Qaisara melambaikan tangannya dan Tengku Quraisy melambai kembali.

Sampai di kereta, dia membuka punat kunci dan masuk ke dalam kereta. Minyak? Ada orang tolong isi dah tadi. Dia menghidupkan enjin.

“Dah bangun? Nah…” Tengku Quraisy menyerahkan bungkusan plastik itu kepada Nia.

“Apa ni?” Nia memerhati isi dalam plastik tersebut.

“Air dengan roti…aku takut kau lapar sementara kita nak sampai ni. Kalau kau lapar, kau makanlah roti tu.”

“Air Nescafe tu untuk siapa?”

“Aku…”

“Oh…ok.” Nia mengeluarkan roti coklat tersebut. Dia mengoyak roti itu lantas makan. Nak gigit? No…no…no. Bukan cara kau ok!

“Nia…kau bukak air Nescafe tu dekat aku…” Nia hanya menurut. Air Nescafe dibuka lantas dihulurkan kepada Tengku Quraisy. Seteguk sahaja habis diminum Tengku Quraisy.

“Amboi kau! Memang lapar air erkk??”

“Hmmm…”

“Kau tak lapar ke?”

“Prihatin nampak?”

Nia mencebik. “Prihatin sangat kan? Kang kau jatuh sakit, aku nak jawab apa dekat aunty?”

“Hmmm…tak apa. Aku tak lapar lagi..”

“Kau jangan erkk Tengku Quraisy! Kau dahlah ada gastrik! Kang gastrik kau serang, macam mana??”

“Ok aku akan makan…tapi kau yang suapkan aku.”

“Aku? Suap kau? Ha ha ha…in your dream Mr! Baik kau gastrik dari aku suap kau!”

“Ok…fine! Tapi kalau aku gastrik betul-betul…kau yang tanggung!”

“Hesy! Suka betul nak hiperbola dengan aku kan? Ok, fine! Aku suap kau!” Nia mengoyak roti itu lalu disuakan ke mulut Tengku Quraisy. Terpaksa ok!

Tengku Quraisy tanpa banyak kata memakan roti yang dihulur oleh Nia. Hmmm…bahagianya aku!

Nia hanya tayang muka terpaksa. Sukalah tu aku suap dia! Gatal betullah Tengku Quraisy ni!

AKHIRNYA…mereka tiba di Matrikulasi tersebut. Kereta Tengku Quraisy diparkir di hadapan cafeteria. Nia mendail nombor adiknya. Namun, panggilan tak berjawab. Hmmm…kelas tak habis lagi kot!

“Kenapa? Tak angkat?” tanya Tengku Quraisy apabila melihat Nia menaip mesej untuk adiknya.

“Hmmm…” dia menaip mesej untuk adiknya di what’s app.

Nia: Weyh, aku dah sampai. Kau datang ke blok cafeteria kau tu. Kau tengok kereta BMW hitam. (send)

Nia menyimpan kembali telefonnya. Deringan telefon Tengku Quraisy kedengaran. Nia hanya buat senyap. Aunty lah tu!

“Ye mama?”

Hmmm…kan aku dah kata!

“Ada kat Negeri Sembilan ni ma…Nia nak jumpa dengan adik dia. Dekat matrikulasi Kuala Pilah…”

“Insya-Allah ma…” Tengku Quraisy menyimpan kembali telefonnya.

“Mama aku kirim salam…”

“Waalaikumussalam…” jawab Nia.

Tak lama kemudian, tingkap kereta Tengku Quraisy diketuk. Nia melihat gerangannya. Oh…adik aku!

Nia membuka pintu. Dia keluar dari kereta Tengku Quraisy.

“Sorry kak…aku tertidur tadi. Tadi kelas cancel.”

“Tak apa…” Nia mengeluarkan not 100 dan dihulurkan kepada Hafriz. Namun, ada ganjaran! Ditambah 100 lagi.

“Kak…aku mintak 100 je kan? Kenapa kau bagi 200?” kakak aku ni macam-macamlah! Suka bagi lebih! Walhal diri dia sendiri tak ada duit!

“Kau gunalah…bukan selalu aku nak bagi lebih!” ujar Nia.

“Terima kasih kak…”

“Betul kau nak beli buku untuk study?” tanya Nia sambil keningnya dijongket.

“Kenapa kak? Kau tak percaya aku ke?” ada nada getar di situ.

“Taklah…aku percaya! Cuma aku tak nak kau beli benda lain! Setakat topup aku boleh terima lagilah!”

“Taklah…memang aku nak beli buku study pun. Yang lama hilang entah ke mana…” oppss! Terlepas cakap!

“Hilang?” Nia mula terasa pelik. “Setahu aku kau ni bukannya sejenis yang careless! Macam mana boleh hilang?”

Mampus kau Hafriz! Kau cakap pun…tak fikir!

“Hello! Aku cakap dengan kau ni Hafriz!” suara Nia mula tegas. Mesti ada something.

“Tak ada apalah kak. Aku tercicir dekat kelas kot!”

“Dah cari? Jumpa tak?” tertangkap!

“Tak jumpa…”

“Aku tak percaya kaulah Hafriz! Kau sebilik dengan junior ke senior?”

“Junior…”

“Setahu akulah kan? Aku seorang je paling careless dalam keluarga selain adik-adik! Kau ni kalau orang bagi apa semuanya ada. Macam mana kali ni kau boleh careless? Aku tahu kau mesti sorok something dari aku kan?”

“Taklah kak…”

“Kau cuba cakap dengan ak! Kalau kau dia macam ni, macam mana nak settle?”

“Betul kak! Tak ada apa!” tegas sikit kali ini suara Hafriz.

“Ok…fine! Kau tak nak cakap dekat aku kan? Tapi, kalau aku dapat tahu, kau dengan orang yang buli kau aku kerjakan! Dah…pergi balik. Nanti kau nak apa, kau call aku!”

“Hmmm…yelah kak!” Hafriz menyalami Nia.

“Bye…” Nia memasuki kereta Tengku Quraisy. Hafriz berundur pulang ke asrama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience