BAB 17

Humor Completed 39788

“Aunty ada seperkara nak bincang dengan Nia…” Nia duduk di kerusi lalu memandang Tengku Darina dengan pandangan pelik. Macam mustahak je ni?

“Apa dia aunty? Sounds like serius je?” Nia setia menanti untuk mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Tengku Darina.

“Sebenarnya Nia…aunty bukannya apa tapi aunty sebenarnya dah sukakan Nia. Dan aunty nak Nia jadi sebahagian dari keluarga aunty…”

“M…m…maksud aunty?”

“Aunty nak Nia jadi menantu aunty.”

Kenyataan yang cukup mengejutkan Nia. Aku? Jadi menantu dia? Errr…

“Nia?”

“Nia…Nia…” aduh! Tergagaplah pulak!

“Aunty tahu Nia tak dapat nak terima Quraisy kan selepas apa yang jadi antara Nia dan Rayyan?” duga Tengku Darina.

“Aunty tahu mana pasal Nia dan Rayyan?” macam mana mak cik ni boleh tahu? Haish pelik!

“Sebenarnya Rayyan anak aunty. Adik beradik tiri dengan Quraisy…”

“Errr…kejap! Quraisy kan ada pangkat Tengku dan kenapa pulak Rayyan jadi pangkat Megat?”

“Sebenarnya ayah Quraisy kahwin dengan aunty sejak Quraisy form 4 lagi.”

“Oh…anak aunty tu Rayyan sorang je ke?”

“Tak…ada lagi cuma yang lain di bawah tanggungan bekas suami aunty. Hanya Rayyan sahaja yang di bawah jagaan aunty.”

“Oh…aunty bercerai?” Tengku Darina hanya mengangguk.

“Jadi…angkara Rayyanlah Nia tak dapat nak terima lelaki dalam hidup Nia?” Nia mengangguk.

“Nia anggap semua lelaki sama?” Nia mengangguk lagi.

“Saya dah tak suka jenis typical lelaki ni aunty. They all are jerk! Entahlah…hati saya ni dah tertutup nak terima mana-mana lelaki dalam diri saya ni…”

Tengku Darina menghembus nafas kecilnya. “Nia…Nia tak boleh buat conclusion Nia sendiri. Nia kena fikirkan yang lain sama. Jangan angkara Rayyan, Nia pertikaikan orang yang mencintai Nia dengan sepenuh hatinya.”

“Sapa yang aunty maksudkan? Quraisy?” Tengku Darina mengangguk.

“Aunty tengok sejak dia terjumpa dengan Nia ni, kehidupan dia dah ok sikit. Kehidupan dia pun dah cheer up!”

“Entah-entah dia ada orang lain kot! Mungkin bukan sebab saya! Manalah tahu dia happy sebab dapat bekerja dengan Zahirah Zira balik?” teka Nia. Tak mungkin mamat kerek kerang tu cheer up angkara aku!

“Taklah Nia…aunty kenal anak aunty tu.”

“Errr…”

“Nia?” sapa seseorang. Rayyan??

“Eh? Rayyan dah balik?” Rayyan menyalami mamanya.

“Nia buat apa dekat sini?” jelas wajah Rayyan happy.

“Saja…lepak…mama nak kenal dengan dia. Yelah…tak lama kan Nia dah nak jadi wife kepada Quraisy?” sengaja Tengku Darina mencelah. Dia tahu Nia tak selesa.

“What? Are you sure Nia?”

“Betullah! Mana mama nak tipu Rayyan pulak! Dahlah…Rayyan pergi masuk dan mandi! Mama dah masak…”

“Hmmm yelah mama!” Rayyan sempat melihat Nia sebelum masuk ke dalam rumah menuju ke biliknya.

“Sorry Nia…” pinta Tengku Darina. Nia hanya menggeleng.

“Tak apa aunty. Lagipun Nia bersyukur aunty tolong Nia tadi. Selamat! Nia pun mati kutu nak cakap apa dekat Rayyan tadi!” Nia tersenyum.

“Nia! Tadi ayah kau call suruh aku hantar kau balik!” laung Tengku Quraisy.

“Ayah aku call??” Tengku Quraisy mengangguk.

“Aku angkat! Sorry…”

“Hmmm…tak apalah! Sorry aunty…Nia kena balik sekarang! Nanti kita jumpa lagi ye?”

“Hmmm…yelah! Kirim salam dekat keluarga Nia nanti!”

“Insya-Allah aunty!”

“Kau nak ke mana?” tanya Tengku Quraisy bila Nia ingin menapak masuk ke dalam rumah.

“Nak ambik beg akulah!” Tengku Quraisy mengangkat tangannya menunjukkan beg Nia di tangannya.

“Oh…” Nia terus meunuju ke Tengku Quraisy. “Suka suki hati kau je kan nak pegang benda aku!”

“Dahlah…jangan banyak songeh! Masuk!” Nia hanya mengikut. Dia masuk ke dalam kereta Tengku Quraisy.

Dalam perjalanan, Tengku Quraisy bersuara. “Sebenarnya bukannya ayah kau call pun!”

Nia memandang Tengku Quraisy. “Tadikan kau kata…?”

“Ya…sebenarnya aku nak lari dari Rayyan!”

“What do you mean?”

“Kau tahu? Lepas mama cakap macam tu tadi dekat Rayyan…Rayyan terus meluru ke arah aku dan marah-marah aku! Cakap dia akan rampas kau! Aku tahu dan kenal sangat dengan Rayyan. Dia mampu lakukan apa sahaja untuk dapatkan kau balik. Sebab tulah aku sengaja cakap yang ayah kau call tadi walhal aku nak larikan kau dari Rayyan.”

“Habis tu? Aku nak buat apa?” Nia pun mula buntu. Duh! Rayyan ni mula agresif!

“Aku pun tak tahu nak buat apa Nia. Aku sendiri pun buntu! Dia macam memang dah gila nakkan kau! Kau tahu, kalau dia anggap orang tu adalah milik dia, maknanya dia akan buat orang tu menjadi hak milik kekal dia untuk selamanya!” ucap Tengku Quraisy.

“Termasuk buat benda tu?”

“Yes!” kata-kata Tengku Quraisy menaikkan rasa takut dalam diri Nia. Macam mana ni?

RAYYAN menumbuk dinding. Walaupun sakit tapi tak sesakit hatinya sekarang.

“Nia akan dijodohkan dengan Quraisy?? No way! Nia milik aku je! Dia tak boleh jadi milik Quraisy atau sesiapa pun! Nia milik aku sorang je!” dia menumbuk dinding. Cecair pekat mengalir keluar di sebalik celah buku limanya.

“Nia!!!!” jerit Rayyan. Melepaskan geramnya.

“Ada apa ni Rayyan?? Ya Allah! Apa yang kamu buat ni?!” cemas Tengku Darina melihat tangan anaknya yang berlumuran darah.

“Tak payah masuk urusan oranglah mama! Mama tahukan Rayyan sukakan Nia tapi kenapa mama nak NIa tu kahwin dengan Quraisy!!!” Rayyan menengking Tengku Darina.

“I’ve no choice because memang Nia tu girlfriend Quraisy!”

“Arhhh!!!! Mama tipu! Mama tipu! Mama sengaja nak kenakan Rayyan! Mama tahukan Nia tu hak Rayyan?!”

“No! Dia bukan hak Rayyan! Dia bukan isteri dan tunang Rayyan!”

“Arhh!!! Rayyan tak kisah! Rayyan nak Nia! Nia is mine!!! Get out from my room! Get out!” tengkin Rayyan lagi.

Tengku Darina malas nak melayan lalu beredar pergi meninggalkan Rayyan.

“Those guy all bullshit!!! They’re damn hell!” Rayyan mencarut lagi. Dan kau Quraisy…kau takkan dapat Nia sekali pun!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience