BAB 56

Humor Completed 39788

“Assalamualaikum!” Nia memberi salam apabila sampai di hadapan pintu rumah emak dan ayahnya. Aikk?? Kenapa tak bukak pintu ni? Rumah pun main gelap semacam je??

“Aisya! Mak! Ayah! Nia dah sampai ni! Bukalah pintu!” Nia mengetuk lagi. Tiada sahutan. Namun…tiba-tiba pintu dibuka.

“Aisya! Kau jangan main-main Aisya! Ini tak lawak ok??” Nia memberi amaran sambil kakinya melangkah masuk. Begitu juga dengan Hafriz dan Tengku Quraisy. Mereka turut blur dengan apa yang berlaku sekarang ini.

Tiba-tiba Nia terdengar ada suara menyanyikan lagu happy birthday.

“Happy birthday to you. Happy birthday to you… Happy birthday, happy birthday…happy birthday to you…” Nia tergamam begitu juga dengan Hafriz.

Cahaya lilin menggambarkan gerangan yang berdiri di hadapan Nia sekarang ini.

“Happy birthday kak Nia and Hafriz! May Allah bless both of you...” suara yang Nia dah Hafriz cukup kenal.

“Rizky?” sebut Nia. Lampu rumah yang tiada kembali benderang. Jelas di pandangan Nia yang gerangan di hadapannya ialah Rizky.

“Rizky…! Bila kau balik??” Nia memeluk Rizky. Tengku Quraisy pula blur. Birthday Nia dan Hafriz??

“Aku baru je sampai hari ni…err tu laki kau?” soal Rizky lebih kepada Tengku Quraisy yang tercegat di muka pintu.

“Hmmm…”

“Tak sangka kau nikah dengan retis kan?? Apapun aku mintak maaf sebab tak balik masa kenduri kau hari tu? Aku banyak kerja!”

“Tak apa…aku faham!”

Rizky langkah menuju ke arah Tengku Quraisy. “Abang Quraisy?”

“Ya…?” Tengku Quraisy blur.

“Tahniah sebab dapat kahwin dengan kak saya yang keras ni! Tak sangka kakak akan lembut dengan awak!” Rizky tersenyum begitu juga Tengku Quraisy.

“Ok…so awak ni adik Nia lah? Yang tak ada masa majlis pernikahan kami hari tu?” Rizky mengangguk.

“Oh…”

“Kak Nia! Cepatlah potong kek! Sedap ni! Kek cheese! Wah…” celah Aisya.

“Yelah! Kau ni bab makan kek nombor satu!” perli Nia. Dia segera memotong kek dan diagihkan ke atas pinggan. Setiap kek-kek tersebut diagihkan kepada emak, ayah, dan suaminya. Adik-adik? Oh…ada tangan sendiri! Ambik sendiri!

Mata Nia mula mengatuk! Tulah…semuanya nak dimakan! Spaghetti, kek, ayam KFC yang dibeli…fuh! Kenyang cek oii!! Boleh meletup perut aku!

“Nia…” panggil Tengku Quraisy. Nia memandang Tengku Quraisy.

“Kau mengantok ke? Kalau mengantok, jomlah balik!” Nia mengangguk. Huih…mengantuk gila ni!

Tengku Quraisy memegang tangan Nia. Nia lantas berdiri. Beg tangannya dicapai dalam keadaan mengantuk. Macam orang mabuk pun ada!

“Dah nak balik Quraisy?” tanya Tuan Rafizul.

“Ya ayah…lagipun si Nia ni dah ngantuk sangat! Nampaknya eloklah saya bergerak dulu.” balas Tengku Quraisy sopan.

“Hmmm yelah. Bawak kereta elok-elok. Jangan nak pecut je…”

“Baiklah ayah…” tubuh Nia dibawa ke dalam kereta. Makan banyak sangat lah Nia ni! Tulah yang mengantuk awal!

Usai menyalami kedua orang tua Nia, Tengku Quraisy segera memandu keretanya pulang ke rumah mereka.

Sampai sahaja di rumah, Tengku Quraisy mematikan enjin dan segera keluar dari kereta. Pintu bahagian peumpang dibuka lalu tubuh Nia dicempung masuk ke dalam rumah. Dia meletakkan tubuh Nia di atas katil dalam biliknya.

Fuh! Esok dah nak start shooting ni! Hmmm…mintak-mintaklah tak bangun lambat esok! Usai membawa barang Nia masuk, dia merebahkan dirinya atas sofa. Tanpa dipinta, matanya terus terpejam. Lena.

NIA terjaga dari lenanya. Ditilik bilik yang ditidurnya. Uitt?? Bilik Quraisy?? Nia terus bangun dari tempat tidurnya. Dia memerhati ke sebelah.

Aikk?? Tuan punya bilik tak ada? Nia memerhati jam di dinding. Dah 6.30 pagi! Fuh! Hari ni Quraisy start shooting. Nia terus bangun dari katil lalu menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Usai sembahyang, Nia turun ke ruang tamu. Lah…dia tidur dekat sini rupanya. Penat aku cari kau Quraisy! Dia mengejutkan Quraisy.

“Quraisy! Quraisy!”

“Hmmm…apa??” matanya masih terpejam.

“Bangunlah! Sembahyang Subuh! Awal pagi kita nak kena gerak! Kan hari ni first day kau shoot!” Nia menampar kaki Quraisy! Isy! Liat sungguh!

“Yelah!” Tengku Quraisy bangun dalam keadaan mamai lalu memanjat tangga menuju ke biliknya. Nia ke dapur untuk membuat sarapan.

RAYYAN terjaga dari tidurnya. Dia memandang katilnya disebelah. Aik? Mana Aryana?

“Aryana! Aryana!” tiada sahutan.

“Aryana! Woi! Aku panggil ni! You dengar tak?!” pekik Rayyan. Kalah tarzan!

“Ye! Ada apa?!” Aryana datang bersama telekung yang tersarung di badannya.

“Mak!!! Hantu telekung!” terjerit Rayyan lalu bantal dibaling ke arah Aryana.

“Hei! Apa yang you merepek ni Rayyan?? I lah! Aryana! Mana ada hantu subuh ni!” hantu telekung? Ya Allah! Dia mimpi apalah agaknya tadi? Tiba-tiba Aryana terasa nak tergelak lalu dia tergelak.

“Apasal you gelak?” tanya Rayyan pelik. Ke memang dia ni hantu?

“Tak sangka you yang brutal ni penakut hantu! Kahkahkah…” Aryana bantai ketawakan Rayyan.

“Hey! I bukannya takut ok! I cuma terkejut!” nafi Rayyan walhal tadi memang berdebar gila-gila!

“Hahaha…! Yelah tu! Alah…you mengaku jelah yang you memang takutkan hantu kan? Kan? Kan?”

“Aryana! You better pergi sekarang! You jangan nak perli-perli I ok!”

“Penakut!” Aryana terus berlari menuju ke biliknya apabila melihat gerangan Rayyan yang sudah bangun dari katil dengan muka bengis tahap singa.

Aryana duduk di birai katil. Tudung dibuka. Aryana tersenyum. Memng betullah kau dah jatuh cinta dengan Rayyan! Kau memang dah jatuh cinta dengan Rayyan! Kalau tak, kau takkan tersenyum macam ni…

Ya Allah…aku harap perasaan cinta ni takkan sampai ke tahap kritikal. Aku takut jika suatu hari nanti, aku dah cerai dengan Rayyan perasaan cinta ini aku tak dapat bendung dan tak dapat kawal!

Di sana pula, Rayyan asyik tersengih. Rasa seronok pulak aku bergaduh macam tu dengan Aryana. Rayyan menampar pipinya. Rayyan! Wake up! Ingat mission kau untuk dapatkan Nia! Jangan disebabkan perasaan dan khayalan kau ni kau lupa mission yang kau sendiri dah cipta!

Wajah Aryana bertelekung tadi muncul lagi. Rayyan meraupkan wajahnya kasar. Aryana! Aryana! Aryana! Tak boleh ke yang muncul ni hanya wajah Nia?! Tak boleh??!

“Memang sah kau dah sukakan Aryana!” Rayyan berbicara sendiri dengan dirinya.

“Ahhh! Tak mungkinlah Rayyan! Kau hanya suka tubuh dia bukan diri dia!”

Tak! Kau suka Aryana! Kau bukan sukakan tubuh dia tapi kau dah miliki hatinya yang sekeping itu!

“No!” Rayyan cuba menyangkal lagi. Kau tak boleh nak sangkal apa-apa lagi Rayyan! Bukan kau tak tahu yang kau sendiri rasa seronok bila kejar Aryana tadi!

“Uhuk! Uhuk! Duh! Sapa pulak yang mention nama aku??” Aryana memegang dadanya. Berdebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience