BAB 67

Humor Completed 39788

2 jam berlalu namun perkhabaran tentang Aryana masih belum ada. Dalam hati Nia dan Tengku Quraisy berdoa agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Tak lama kemudian, seorang doktor lelaki keluar dari ruangan ICU. Doktor lelaki itu menghampiri mereka berdua.

“Ini ahli keluarga Puan Aryana ke?” tanya Doktor Mikael.

“Errr kami ni kawan dia je…” jawab Tengku Quraisy.

“Ok…keadaan dia agak stabil sekarang. Alhamdulillah… peluru dapat dikeluarkan dan kandungan dia pun dalam keadaan baik.” ujar Doktor Mikael.

“Dia mengandung doktor?” tanya Nia. Doktor Mikael mengangguk.

“Ok…thanks doktor…” Nia hanya tersenyum. Apa Rayyan tahu yang Aryana mengandung?

“Kesian Aryana awak…” awak?? Tengku Quraisy memandang Nia pelik.

“Awak?” Nia memandang Tengku Quraisy pelik.

“Yelah! Awak? Kenapa? Weird sangat ke aku nak panggil kau awak?”

“Tak…”

SELEPAS beberapa hari dirawat, akhirnya Aryana dibenarkan pulang. Tengku Quraisy menghantar Aryana pulang ke kondo Rayyan.

“Take care…kalau ada apa-apa masalah, call I ataupun Nia ok?” Aryana hanya mengangguk. Dia segera keluar dari kereta bersama beg bajunya. Tengku Quraisy segera meandu pulang ke pejabatnya.

Aryana menuju ke arah lif. Pintu lif terbuka dan dia melangkah masuk. Punat 8 ditekan. Sampai sahaja di tingkat 8, dia segera menuju ke kondo Rayyan. Kunci pendua dicapai lalu pintu dibuka.

Dia melangkah masuk selepas memberi salam. Dia memandang isi rumah. Ya Allah!!! Kenapa huru-hara je keadaan rumah ni?! Dia meletakkan beg baju di atas meja makan lantas mengemas bantal-bantal yang bersepah di ruang tamu.

Usai mengemas, dia menuju ke bilik Rayyan? Kelihatan sekujur tubuh sedang berbaring di atas katil. Hmmm…mesti rasa bersalah kes semalam sampai nak berselubung sampai macam tu sekali.

Dia menyelak langsir yang membuatkan bilik itu suram sahaja. Dia menuju ke arah Rayyan. Dia duduk di sisi katil.

“Rayyan…Rayyan…” dia menggerakkan tubuh Rayyan.

Rayyan yang terasa tubuhnya digerakkan segera mencelikkan matanya. Dia menyelak selimutnya ke tepi. Wajah Aryana memenuhi ruang matanya.

Lantas tubuh Aryana dipeluk. Aryana pula hanya tergagam. Kenapa tiba-tiba ni? Ke dia kena mimpi buruk?

“Rayyan….awak kenapa ni? Tiba-tiba je peluk saya? Awak mimpi buruk ke?” tanya Aryana sambil tangannya mengusap belakang Rayyan yang tidak berbaju.

“Aku…aku…aku nak mintak maaf!” suara Rayyan tergagap-gagap.

“Apa?” aku salah dengar ke? Rayyan mintak maaf dekat aku?

“Aku…aku nak mintak maaf kau pasal kejadian seminggu lepas. Aku tak sangka yang aku akan tertembak kau!” Rayyan masih memeluk Aryana. Hmmm…hailah! Dia jadi baby pulak?

“Tak payahlah nak mintak maaf ka apa…aku dah maafkan kau pun!” Aryana menarik senyumannya. Rayyan melepaskan pelukannya. Dia memandang Aryana.

“Kau betul ke dah maafkan aku?” soal Rayyan inginkan kepastian.

“Itupun kalau awak stop kacau Quraisy dan Nia!” Aryana meletak syarat. Rayyan nampaknya seperti berat nak tunaikan permintaan Aryana.

“Tak apalah kalau awak tak nak tunaikan…” Aryana bangun menuju ke biliknya.

Rayyan! Kalau kau betul-betul sayangkan Aryana, lepaskan Nia bersama Quraisy dan kau hidup happy dengan Aryana! Ingat! Nia sememangnya sudah ditakdirkan untuk menjadi isteri kepada Quraisy! Bukan kau! Kau ditakdirkan untuk hidup dengan Aryana! Terima dia seadanya Rayyan sebelum terlambat! hatinya berkata-kata. Rayyan bangun menuju ke bilik Aryana.

Kehadirannya langsung tak diendahkan oleh Aryana yang sedang bermain dengan telefonnya.

“Aryana…” sepi melayan telefon. Rayyan duduk di sisi katil Aryana.

“Ok Aryana…aku mengalah ok? Aku janji dengan kau yang aku takkan kacau Quraisy dengan Nia lagi.” bunyi macam tak ikhlas je? Aryana tetap bermain dengan telefonnya.

Rayyan mengendap siapa gerangan Aryana bermesej. Quraisy?! Dia membaca setiap yang dihantar oleh Quraisy dan Aryana. What?!

Entahlah…I pun dah malas nak layan Rayyan!

I dah penat Quraisy!

So, apa plan you? You nak jadi isteri I? Kalau

you nak, I boleh je. Lagipun Nia dah bagi

permission.

Boleh jugak! I akan mintak cerai dari Rayyan!

Terus telefon Aryana dirampas. Mintak cerai?? No! “Kau mimpilah kalau kau nak mintak cerai dari aku!” marah Rayyan. Cemburu? Of course!

“Kan aku dah cakap yang aku janji aku takkan kacau Quraisy dan Nia lagi! Aku dah tak nak kejar orang yang tak sudi dekat diri aku ni! Percayalah aku Aryana! Aku dah tak bohong! Aku berani bersumpah…!” bersungguh-sungguh Rayyan berikrar.

“Kenapa? Kau takut aku berpatah balik dekat Quraisy?”

“Yelah! Kau berSMS dengan dia bukan main sweet! Aku jealous tahu tak?!” bentak Rayyan.

“Hmmm…yelah! Tapi, janji dengan saya yang awak tak akan sesekali kacau Quraisy dan Nia lagi?” Rayyan mengangguk.

ALHAMDULILLAH….!!!! Hampir-hampir Aryana memeluk Doktor Mikael. Syukur kepadaMu Ya Allah! Positif anak Rayyan!

“Mesti you happy kan Aryana?” tanya Doktor Mikael.

“Of course I happy Mikael! I berharap sangat yang anak ni anak Rayyan! Ya Allah…”

“I’m happy for you Aryana. Tapi ingat, happy, happy jugak! Tapi, kandungan tu kena jaga ok?”

“Ok! Oklah Mikael, I balik dulu ok?” Doktor Mikael. Aryana keluar lalu segera pulang ke rumah.

Sampai sahaja di rumah, Aryana segera mencari Rayyan.

“Hei?? Ada apa-apa yang happy sangat ni?” tanya Rayyan.

“Saya mengandunglah..!”

“Mengandung?? Anak sapa?” suara Rayyan gusar. Aryana terasa hati di situ.

“Anak awaklah…!”

“Mana bukti?” Aryana mengeluarkan sampul berwarna coklat tersebut lalu diserahkan kepada Rayyan. Rayyan membuka sampul tersebut lalu membaca isi kandungannya.

“Seriously Aryana?” Aryana mengangguk. “Bila masa awak buat test ni?”

“Masa awak call saya suruh saya balik cepat hari tu. Waktu tu saya pergi hospital buat test DNA.”

“Alhamdulillah…”

“Awak suka?” tanya Aryana.

“Gila tak suka?” Aryana menarik senyuman. Ingatkan tak suka!

“Saya rindukan mama…” luah Rayyan tiba-tiba.

“Kita balik rumah mama nak?” Rayyan menggeleng.

“Dia dah tak anggap saya ni anak dia. Yelah…saya nikan yang paling the worst sekali?”

“Syhhh…janganlah cakap macam tu! Kiat try balik ok?” Rayyan mengangguk.

“RAYYAN!” panggil seseorang. Rayyan menoleh ke belakang. Quraisy?

“Ada apa?” soal Rayyan.

“Aku nak jumpa dengan Aryana!” lakonan!!

“Buat apa kau nak jumpa dengan bini aku?” dah ada bini pun nak kebas bini orang lagi?

“Kau tak tahu ke yang aku ada affair dengan bini kau?!”

“Hey! Aku dah tak kacau bini kau, kau jangan kacau bini aku!” marah Rayyan.

“Kenapa tak boleh? Dulu kau kacau ok je??”

“Hey!” Rayyan memandang muka Tengku Quraisy dengan pandangan bengis.

“Asal? Rileks arr bro! Aku tak kacau bini kau pun! Hahaha…rileks ok? Chill…tujuan aku jumpa kau ni pun sebab nak ajak kau balik rumah jumpa mama. Dia rindukan kau…”

“Ye ke dia rindukan aku??”

“Kenapa? Kau tak percaya? Rayyan…come on. Kau selamanya akan jadi anak dia. Mustahil dia nak membenci kau sehingga akhir hayat dia. Jom! Balik!”

“No Quraisy…”

“Look Rayyan. You already change yourself attitude. So, why not kau balik jumpa mama and mintak maaf dekat dia?”

“Mahu ke dia jumpa aku?” Rayyan masih berbelah bahagi.

“Of course dia nak. Kau kan anak dia? Jom!”

“Hmmm…ok!”

RAYYAN dan Tengku Quraisy melangkah masuk ke dalam rumah agam tersebut. Hatinya berdegup kencang. Sudah lama kakinya tak jejak ke sini sejak kejadian malam itu.

“Mama! Mama!” laung Tengku Quraisy.

“Ya?” Tengku Darina keluar dari dapur. Matanya terkaku. “Rayyan??”

“Mama?” Rayyan menuju ke arah mamanya lantas tubuh mamanya dipeluk erat. “Ma…I miss you so much! Very-very much! I damn miss you…maafkan Rayyan ma?”

Tengku Darina menitiskan air matanya. Dia merungkaikan pelukannya. Dia memerhati wajah anaknya yang sangat dirindui. “Mama dah maafkan Rayyan lama dah…mama setiap hari tunggu Rayyan datang jumpa mama dekat sini. Maafkan mama sebab halau Rayyan dulu?”

“No mama…it was the best way to teach me a lesson!” Rayyan memegang tangan mamanya.

“Surprise! Happy birthday to you…happy birthday to you…happy birthday to Rayyan! Happy birthday to you…” jeritan dan nyanyian lagu birthday memeranjatkan Rayyan.

“What….??” Rayyan kelihatan blur.

“Hello Mr Rayyan! Hari ni birthday kaulah! Takkan dah lupa?” ujar Nia.

“Oh ya…hahahha…” Rayyan mentertawakan dirinya. “Lupa pulak!”

Aryana datang bersama kek ditangannya. “Make a wish…” selepas membuat wish, Rayyan meniup lilin tersebut. Ya Allah…sesungguhnya hari ini ialah hari yang terindah dalam diriku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience