BAB 39

Humor Completed 39788

Usai memakirkan kereta, Nia meluru masuk ke tempat pakaian Tengku Quraisy. Dari jauh, Tengku Quraisy memerhatikan isterinya yang berlari.

Nia hampir terjatuh apabila Tengku Quraisy sedang merenungnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Aduh! Mampuslah aku! Apa yang aku nak jawab ni?!

“Where did you go madam? Aku call kau tak angkat! Mesej tak reply?” soal Tengku Quraisy.

“Errr…aku…aku…aku pergi beli ni!” bungkusan Pizza Hut diangkat. “Kak Jem tak bagi tahu ke?”

“Ada…tapi aku tak percaya sebab kau pergi lama sangat! Kau pergi mana sebenarnya selain beli pizza ni? Sebab aku tahu kalau area ni kau hanya ambik 10-15 minit je…so? Tell me!”

Dia tahu ke? Mampuslah kau Nia! Memang kena basuh cukup-cukup!

“Kau jumpa Rayyan kan?” Nia memandang Tengku Quraisy apabila suaminya mention Rayyan.

“Mmm…mana ada!” Nia cuba menafikan.

“So? What is this?” Tengku Quraisy menunjukkan mesej yang diterimanya dari Rayyan tadi. Nia membaca text tersebut.

Bini kau datang jumpa aku dekat Alamanda…

Since when kau berani lepaskan dia?

Aduh! Kantoi pulak! Rayyan! What are you trying to do?!

“So? Can you explain?” soal Tengku Quraisy lagi. Nia mengetap bibirnya.

“Ok…fine! Aku akan explain! Aku buat semua ni sebab aku terpaksa ok! Alasan pizza ni aku saja-saja je bagi dekat Kak Jem! Aku perlu bercakap dengan Rayyan supaya dia tak ganggu rumah tangga kita. That’s it!”

“That’s it? Then, kenapa sampai nak kena ke Alamanda? Tak boleh ke area Bangsar ni je?!”

Duh! Nak bagi alasan apa ni? Dah buntu ni!

“Kau tahu tak aku bagai nak rak risaukan kau! Bila aku tanya Kak Jem, Kak Jem kata kau pergi beli pizza dekat area-area ni but you take about 1 hour! Aku risau kalau kau kena culik! This is the first and the last! Aku tak nak kau buat macam ni lagi! Dahlah aku call, tak berjawab! Mesej tak reply!”

“Sorry…” pinta Nia. Nampaknya Quraisy betul-betul marahkan aku kali ni! Arghh! Ni semua pasal Rayyan!

“Ingat! Kalau kau nak pergi mana-mana, inform dekat aku!”

“Kau tak boleh nak kongkong aku!” entah kenapa ayat itu yang terpacul dari mulut Nia.

“You say what?! Aku kongkong hidup kau?!” Tengku Quraisy bangun lalu menarik tangan Nia masuk ke dalam kereta. Tak manis kalau bergaduh depan kru-kru.

“Kau cakap aku kongkong kau?! Bila masa aku kongkong kau?! Cakap! Bila aku kongkong kau! Hey! Ini first time aku mintak kau buat macam tu!”

“Habis tu, kalau aku nak ke mana pun takkan nak kena inform kau?!”

“Yes! Kau kena beritahu aku! Kau sendiri kau cakap kau takut kau diganggu Rayyan kan! Sampai menangis segala! So now, kau tak nak pulak?! Entahlah Nia…aku pun malas nak cakap! Kalau kau nak buat, buatlah! Aku tak kisah tapi kalau kau jadi something, apa yang aku nak jawab dekat mak, ayah, papa dan mama?! Kau cuba cakap!”

“Aku cakaplah semua tu salah aku!”

“Senang! Senangkan kau cakap! Tell that all things that happen are because of you. Good! Tapi kau tak fikir di sebelah pihak pulak! Aku yang akan kena tempiasnya! Mereka akan cakap aku tak pandai jaga bini! Tanggungjawab aku ialah menjaga bini! Then?! Kalau kau jadi apa-apa, mereka takkan salahkan kau! Mereka akan salahkan aku! Yang tu pun kau tak boleh nak faham ke Nia?! Dahlah…aku malas nak cakap! Kalau aku cakap lebih-lebih, kau degil!” Tengku Quraisy turun dari keretanya dan menuju ke arah pakaiannya. Dia mengambil pakaian yang harus dipakainya nanti dan masuk ke dalam bilik persalinan.

Nia terkedu. Actually, what I’ve done?

KETIKA di rumah...Tengku Quraisy hanya sepi dan langsung tak bercakap dengan Nia. Nia pula terasa serba salah. Dia duduk di sisi Tengku Quraisy yang sedang menonton cerita Mega Movie apa entah!

“Quraisy…” Tengku Quraisy hanya buat bodoh. Apa? Ingat dia sorang je ke yang ada hati dan pandai-pandai nak marah?! Aku pun ada hati da nada perasaan! Boleh pulak dia kata aku kongkong dia? Aku ni suami dia! Of course lah aku rasa risau!

“Weyh…kau janganlah macam ni. Pasal petang tadi tu aku mintak maaflah…aku bukan sengaja! Aku..aku…” percakapan Nia terhenti bila Tengku Quraisy bangun menuju ke atas. Ke biliknya…

Nia mengeluh…apa yang aku nak kena buat ni?! Alahai…Quraisy ni pun! Nak merajuk lebih! Apa aku nak buat erkk?? Hmmm…fikir Nia! Fikir!

Nia menuju ke bilik Tengku Quraisy. Perlahan-lahan pintu itu dibuka. Dia melangkah masuk dan pintu ditutup. Aduh! Macam aku masuk kandang harimaulah pulak! Rasa seram sejuk bila langkah masuk! Tapi…mana Quraisy? Aikk?? Takkanlah halimunan tiba-tiba.

Krek…pintu bilik mandi dibuka. Nia terkejut melihat Quraisy hanya bertuala dari pinggang hingga lutut. Atas dedah habis! Nia ingin keluar namun ditegah.

“Kau nak pergi mana?”

“Arrr…aaaa…aku nak keluar!”

“Kenapa kau masuk bilik aku?” jantung Nia bergetar hebat. Duh Nia! Kenapa kau nak rasa macam ni pulak?

“Arrr…aku…aku…”

“Apa!” Tengku Quraisy berdiri di hadapan Nia.

“Opocot mak kau melambung atas bumbung!” Nia melatah. Muka Tengku Quraisy tetap tegang. Tak ada tanda-tanda nak senyum.

“Aku…aku…”

“Kau nak apa sebenarnya?!”

“Aku…aku…” isy Nia! Cakap jelah! Bukannya susah sangat pun! Bukan kau nak mintak malam pertama dengan dia pun!

“Aku…aku nak mintak maaf! Yelah…aku kan dah buat kau risau apa kan? Sorry erkk…itu je! Bye!” Nia mengorak langkah menuju ke pintu.

“Nanti!” serta merta langkah Nia terhenti. Nia menoleh. Dia nak maafkan aku ke?! Yippi!

“Kau nak pergi mana?” Tengku Quraisy jalan ke arah Nia. Berhenti betul-betul di hadapan Nia.

“Aku nak keluarlah. Ke bilik aku. Tak naklah ganggu kau pakai baju!”

“This is my territory…”

“So?”

“Kau ingat kau boleh terlepas dari kandang harimau macam tu je ke?”

Glurpp! Nia memandang Tengku Quraisy dengan pandangan yang seram. “Errr…so?”

“Kau kena stay dekat sini! Kau pakaikan aku baju!”

“Errk! Kena pakaikan kau?! Hesy! Tak kuasa aku!”

“Betul ke tak nak? Kalaulah kau tak nak, aku boleh je tak redha dengan perbuatan kau dan kau takkan cium pun bau syurga!”

“Alah! Suka main kuasa veto kan! Hesy!”

“Take it or leave it? Kalau kau take it, aku akan lepaskan kau dan kalau leave it,” Tengku Quraisy memandang Nia dari atas hingga bawah. “Kau dalang gantinya!”

Nia menyepak kaki Tengku Quraisy! Amboi! Melebih ni! “Kau jangan nak menggatal erkk! Ok fine! Aku pakaikan kau baju! Mana baju?!”

Tengku Quraisy menghulurkan baju yang disoroknya di belakang badannya tadi. Nia merampas baju tersebut lalu baju tersebut disaruk kepada badan suaminya.

“Seluar?” mata Nia membuntang.

“Kau gila ke apa?! Kau pakailah sendiri! Macam budak kecik!”

“Take it or leave it?” Nia mendengus. Geram pulak aku dengan mamat ni! Hempuk dengan bata rumah jugak kang!

“Take it!” Nia terpaksa mengalah. Kalau tak, aku yang mengantikan temoat seluar dia pulak!

“Nah…” seluar diserahkan. “Jangan risau. Seluar kecik aku dah pakai!” Nia mencubit lengan Tengku Quraisy. Namun semasa menyarukkan seluar pada Tengku Quraisy, Nia memerhati ke arah lain. Tak kuasa aku!

“Kenapa kau pandang arah lain?” soalan Tengku Quraisy menyebabkan darah Nia naik mendadak.

“Hey! Kau ingat aku nak usya kau punya ke?! Memang tak arr!”

“Kau nak usya ke?”

“Apa kejadah aku nak usya! Dah bye!” Nia terus melangkah keluar dari bilik. Makin lama aku duduk dalam ni, makin gatal pulak mangkuk ni! Tengku Quraisy hanya ketawa. Tahu takut!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience