BAB 34

Humor Completed 39788

“Dijemput kedua-dua mempelai kita iaitu Tengku Quraisy bersama pasangannya, Cahaya Qisrania masuk ke dalam dewan…”

Hati Nia berdebar kencang! Tengku Quraisy hanya beriak selamba. Tangan Nia digenggam erat. Ketika mereka lalu di sepanjang karpet merah, mereka diperhati oleh kaum kerabat dan sanak saudara.

“Kau nervous erkk??” bisik Tengku Quraisy perlahan. Tangan Nia sejuk macam kena beku!

“Gila kau tak nervous? Semua mata memandang aku macam nak telan je!” balas Nia perlahan.

“Mereka memang macam ni…kau buat rileks je!” sampai di meja pengantin, Nia dan Tengku Quraisy duduk di kerusi mereka. Photographer, reporter semuanya datang menyerbu mengambil gambar mereka.

“No seafood…” ujar Tengku Quraisy.

“Legalah aku!” Nia tersneyum.

“Semua tetamu dijemput makan…” ujar DJ tersebut dan beberapa buah lagu dimainkan.

Usai upcara makan semua, Nia dan Tengku Quraisy menuju ke meja kek yang bertingkat itu. Duhai! Bertuah banyak punya kek!

Flash kamera terang benderang di hadapan mereka. Nia pun dah mula letih nak senyum! Nia memandang Tengku Quraisy bila tangannya digenggam.

“Pegang pisau ni…kita nak kena potong kek!” ujar Tengku Quraisy. Nia memegang pisau tersebut sambil tangannya dipegang oleh Tengku Quraisy. Perlahan-lahan, tangan Nia mengikut gerakan tangan Tengku Quraisy untuk memotong kek.

Kepingan kek yang dipotong tadi diletakkan di atas piring. Tengku Quraisy mengambil sudu dan kek itu dipotong kecil dengan sudu dan dihulurkan ke mulut Nia. Nak tak nak…Nia kena juga buka mulut. Nia pura-pura senyum. Begitu juga dengan giliran Nia.

Aduhai! Aku terseksa oii! jerit Nia di dalam hati.

Habis saja upcara tersebut, tetamu yang hadir mengucapkan tahniah kepada Nia dan Tengku Quraisy. Reporter mula mengerumuni Nia dan Tengku Quraisy.

“Tengku Quraisy! Tahniah kami ucapkan kepada Tengku kerana berkahwin setelah bertahun lamanya peminat-peminat Tengku menyuruh Tengku untuk berkahwin. Jadi, inikah isteri Tengku?”

“Ya…inilah isteri saya yang paling saya cintai.”

Isy mamat ni! Langsung tak malu!

“Apakah nama isteri Tengku ni? Boleh Tengku beritahu?”

“Nama dia Cahaya Qisrania…saya bertuah dapat memiliki dia kerana bukan sahaja dia baik malah dia seorang yang rajin membantu saya dalam apa keadaan sekalipun!”

Puihh! Ayat cliché betullah mamat ni!

“Adakah Tengku akan stay dalam dunia lakonan ni ataupun tumpukan perhatian kepada isteri atau kerja Tengku sendiri?”

“Insya-Allah saya akan stay dalam dunia lakonan. Saya tak terfikir pun saya nak keluar dari dunia lakonan kerana saya masih terikat kontrak dengan penerbitan lagi. Perhatian kepada isteri of course!”

“Ok…soalan kepada Cahaya Qisrania pula. Apa pula pandangan puan tentang Tengku Quraisy, suami puan sendiri?”

Nia gentar. Alamak! Dia soal akulah pulak! Hesy! Nia tayang senyum.

“Dia seorang yang caring dan baik hati. Dia selalu menolong saya waktu saya kesusahan! Dia tidak mengongkong hidup saya walaupun saya terikat talian pertunangan dengan dia dahulu sampailah sekarang saya jadi isterinya yang sah.”

“Wow! Dua-duanya so sweet. Adakah puan akan benarkan Tengku Quraisy berdamping dengan mana-mana perempuan dalam set?”

Kau ingat aku ni heran sangat ke?

“Saya tak kisah. Saya tak halang. Apa yang dia nak buat, buatlah. Saya setuju saja dengan keputusan kerana itu dunia dia.”

“Puan tak cemburu?”

“Taklah kot sebab saya faham kerjaya dia…” dan setersunya…tak tau nak cerita macam mana!

NIA menghembuskan nafas leganya apabila sesi temu bual or ramah tadi sudah habis! Penat siot! Nia membuka tudungnya lalu membaringkan badannya di atas katil. Tengku Quraisy entah ke mana hilangnya! Akhirnya, Nia terlelap.

Tengku Quraisy melangkah masuk ke dalam bilik. Dia melihat Nia yang sudah tertidur dengan baju pengantin yang masih tersarung di badannya. Lah…dah tidur minah ni! Hmmm…letihlah tu! Tengku Quraisy menyalin bajunya. Panas pakai baju pengantin ni!

Tengku Quraisy duduk di birai katil. Dia melihat Nia yang tertidur untuk dengan rambut yang menjuntai jatuh. Rambut Nia ditebak ke belakang telinga. Penat ke? Tengku Quraisy tersenyum lantas dahi itu dikucup untuk kali kedua selepas majlis akad nikah hari tu lalu bantal diambil dan dia merebahkan tubuhnya di atas sofa.

Kalaulah Nia tahu aku cium dia tadi, hmmm buatnya dia jadi kingkong jadian! Huarghhh…Tengku Quraisy menguap. Matanya makin lama makin kecil lalu terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience