BAB 57

Humor Completed 39788

Nia duduk memerhati Tengku Quraisy sedang berlakon dengan artis comel Amyra Rosli tersebut. Hmmm…bosannya! Kejap kejap director cakap cut sebab babak tak jadi atau pelakon tertawa dengan lakonan masing-masing. Huh…andailah aku berlakon jugak dalam cerita tu?

Hesy kau ni Nia! Apalah yang kau berangan tahap awan macam tu? Sungguh tak masuk dek akal! Kau? Nak jadi pelakon? Bukannya kau suka pun sebenarnya.

Nia memerhati Tengku Quraisy yang kembali ke arahnya. Hmmm…mesti rehat ni! Amyra Rosli turut melangkah menuju ke arahnya sambil tersenyum. Tengku Quraisy meneguk air mineral yang diserahkan oleh Nia.

Amyra Rosli menyapa Nia. “Hi…Nia isteri Quraisy?” Nia hanya mengangguk.

“Hmmm you comel! Patutlah Quraisy terpikat!” ujar artis tersebut.

“Mana ada akak ni! Saya ni manalah cantik sangat kalau nak dibandingkan dengan akak ni.”

“Eh? Apa panggil akak? Panggil je Amyra. Well, saya kan dah jadi rakan Quraisy?” Nia hanya tersenyum lantas mengangguk.

“Well you memang hebat berlakon!” puji Tengku Quraisy.

“Isy! You ni puji I depan isteri you? Alah…lagipun tak ada apalah. Setakat berlakon macam tu, small matter. I pun gugup tau nak berlakon dengan pelakon yang besar seperti you ni.” balas Amyra Rosli.

“Alah…I ni bukannya hebat mana pun! I keep praktis dengan wife I. So, menjadilah babak tu. Like a real one!”

Pipi Nia memerah. Hesy! Bohong je dia ni! Berlakon dengan aku pun tak pernah! Stand in pun sekali!

“Eh! Director dah panggil tu! Jom! Kita kena sambung shoot balik!” Tengku Quraisy dan Amyra Rosli kembali ke lokasi set.

Nia yang ralit memerhati Tengku Quraisy dan Amyra Rosli berlakon tidak sedar dengan kehadiran Rayyan di belakangnya. Tiba-tiba, muka Nia ditekup dan Nia tak sedar apa-apa selepas terhidu cecair di kain kecil tersebut. Nia pengsan.

Rayyan tanpa menunggu lama terus mendukung Nia lalu diletak dalam keretanya. Dia memandu ke suatu tempat yang jauh dari Kuala Lumpur. Ya! Jauh!

Tengku Quraisy yang baru habis shooting untuk episode 1 segera pulang ke tempat Nia duduk. Mana Nia? Hmmm…mungkin dia ke tandas kot.

30 minit berlalu…Nia masih tak kelihatan. Mana Nia ni? Aku call dan mesej langsung tak berjawab.

“You kenapa ni resah semacam?” tanya Amyra Rosli yang kebetulan lalu di situ.

“I tunggu isteri I lah…dah 30 minit dia tak ada….”

“Pelik! Tak apalah…I kena balik dulu. I ada urusan sikit. See you tomorrow…”

“Alright…” Nia! Mana kau pergi ni??

NIA terjaga dari pengsannya yang lama. Pandangannya masih kabur. Urgh…aku dekat mana ni? Nia cuba memerhati sekeliling. Rumah sapa ni? Sapa yang bawak aku ke sini?

Nia mengamati seluruh pandangan bilik ini. Ini bukan rumah Quraisy or parents dia! Rumah orang lain! Tiba-tiba pintu bilik yang didudukinya dibuka. Satu gerangan yang Nia cukup kenal masuk ke dalam bilik.

“Rayyan?” Rayyan menghadiahkan senyuman kepada Nia sambil membawa dulang berisi makanan kepada Nia.

Nia takut dengan kehadiran Rayyan. “Apa yang kau nak? Kenapa kau bawak aku ke sini? Aku dekat mana ni?” tanya Nia dalam keadaan cemas.

“Jangan cemas sayang. Sayang sekarang ni jauh dari family sayang! Jauh dari Quraisy yang tak guna tu!”

“What?!” mata Nia membulat. “Kenapa kau buat macam ni Rayyan?”

“Kau tahukan sebab apa aku buat macam ni? Aku buat semua ni sebab aku nakkan kau! Aku nak kahwin dengan kau Nia!”

Nia menggeleng. Ya Allah! Kenapalah semuanya jadi macam ni?? “Rayyan! Kau kan dah beristeri sekarang ni!”

“Hey! Setanlah semua tu! Aku langsung tak heran dengan kehadiran bitch tu! Dia tu dah alim sekarang ni! Buat apa?? Alim semata-mata nak dapatkan Quraisy! Plastik!” balas Rayyan tegas.

“Hey! Dia tu isteri kau tau tak yang kau panggil bitch tu!”

“So what? Hey! Aku jadikan dia sebagai tempat pelampias nafsu je. Tak lebih dari tu. Dah makan! Aku tak nak kau jatuh sakit! Dalam masa beberapa hari ni, kau akan stay dengan aku! Esok aku akan balik KL and suruh Quraisy ceraikan kau!”

“Rayyan! Kau sedar tak apa yang kau cakapkan ni?! Aku ni isteri Quraisy tau! Apa hak kau nak suruh dia ceraikan aku??” ujar Nia tak berpuas hati.

“Kau tu hak aku sorang je! Kau bukan hak Quraisy atau siapa-siapa pun!”

“Rayyan! Belajarlah terima kenyataan yang aku ni dah jadi hak milik Quraisy! Kau dah lupa ke apa yang kau dah buat dekat aku dulu?! Aku ni hampir mati sebab nak bunuh diri! Itu punca dari siapa?! Dari kau jugak! And sapa yang jadi penyelamat aku? Nama dia Tengku Quraisy!”

“Quraisy, Quraisy, Quraisy! Kau tak ada nama lain nak sebut?”

“Ada! Tengku Arasy!” hamik kau!

“Hey! Kenapa kau cinta mati sangat dekat Quraisy tu hah? Apa yang dia boleh bagi dekat kau?”

“Dia bagi seluruhnya dekat aku! Kasih sayang, cinta, hidup, erti sebenarnya hidup dalam dunia! Bukan macam kau! Aku dapat erti bodoh dalam kehidupan!”

Rayyan mengetap bibirnya. “Hey! Aku akan pastikan Quraisy takkan hidup dengan aman!” Rayyan keluar dari bilik lalu pintu itu dikunci.

“Rayyan! Rayyan!” Nia cuba membuka pintu bilik tersebut namun hampa. Pintu itu sudah dikunci oleh Rayyan.

“Quraisy…” Nia menangis. “Kenapa semua ni berlaku?” Nia menangis lagi. Ya Allah! Mesti Quraisy tengah risaukan aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience